Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Pelik Tapi Benar

Khamis, Julai 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:50 PTG
Ni kisah yang dah lama berlaku... aku nak timbulkan balik sebab keputusan mahkamah dah keluar... tapi agak lama dah... aku jer tak menyempat nak tulis kat sini... kita yang sekali dengar mungkin tak logik... tapi ia dah berlaku kat Malaysia ni...

ok... aku terus kepada kejadian tu la... kisah kereta jatuh dalam bangunan... ni gambar dia...



gambar pun macam pelik... kereta kat tengah eskulator... kalau siapa yang tak tahu kisah ni... meh aku cerita... apa yang aku tahu la... tak tahu betul ker tidak... ada seorang remaja perempuan pinjam kereta dari sedara dia... pastu pak we dia bawa... diorang pergi kb mall bersama seorang adik perempuan tu.... mungkin masa nak balik tu.. kereta tu tak dapat dihidupkan... maka perempuan tu... yang tak ada lesen kereta disuruh bawa hidupkan kereta tu... pak we dia dan sorang lelaki lain tolong tolakkan dari belakang.... tetiba kereta tu hidup dan memecut laju merempuh dinding bangunan kb mall tempat parking dan menjunam ketingkat bawah....

ni bukan salah jurutera sebab dinding direka bukan untuk dirempuh dengan benda kuat... dan tak ada kaitan dengan rasuah... mungkin perempuan tu kalut tak sempat tekan brek bila kereta tu tiba2 hidup...bagi saya dalam kejadian ni tiada siapa pun yang bersalah... ni semua terjadi atas perancanganNya...macam tajuk saya sebelum ni.. dah nok geghoh...kejadian ni sebenarnya untuk mengingatkan kita... kat mana2 pun kita boleh mati... tak ada tempat yang selamat... kat kbmall ni banyak kapel2 yang bermesra sambil membuang masa...jadi... ingat la... tengah korang duk buat maksiat... bermesra.. berpegang tangan... tetiba kereta jatuh atas kepala... mati tak sempat nak taubat,... tapi mangsa kejadian ni rasanya bukan pasangan kapel... biarlah... dah ajal mereka... bagi yang kapel... ingat la... mungkin suatu hari nanti belum sempat anda kawin... mungkin kereta jatuh atas kepala anda dan pasangan anda pula... jadi bertaubatlah setiap masa... kerana pada bila2 masa pun kita akan mati...

seterusnya... benda pelik yang berlaku seterusnya ialah... orang yang menolong menolak kereta tersebut disabitkan kesalahan...kenapa... banyak2 orang yang terlibat... sorang jer yang kena... ok... kita baca dulu petikan akhbar sebelum saya ulas....

Tertuduh mengaku tak salah sebabkan 2 kematian
KOTA BHARU 10 Mei - Seorang penjaga sarang burung layang-layang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian dua pengunjung di pusat beli-belah KB Mall di sini pada 6 Disember tahun lalu.

Mohd. Sabri Jusoh, 28, berasal dari Kampung Gertak Seratus, Besut, Terengganu yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Haslinda Che Seman.

Tertuduh memakai kemeja T berwarna merah kelihatan tenang ketika memohon supaya kesnya dibicarakan tanpa peguam.

Mohd. Sabri didakwa dengan cuai telah menyebabkan kematian Siti Nor Amira Shamsudin, 20, dan Siti Nur Dianah, 19, pada pukul 5.10 petang, 6 Disember tahun lalu selepas kereta yang dikatakan ditolak olehnya melanggar tembok sebelum terjunam ke dalam kawasan pusat beli-belah KB Mall di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Noor Haslinda membenarkan Mohd. Sabri diikat jamin RM5,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hafiz Abdul Rahman.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas ke dalam pusat beli-belah itu.

Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.

Pemandu kereta tersebut, Norain Said, 19, cedera parah selepas kenderaan itu yang dikatakan ditolak oleh seorang lelaki, melanggar tembok sebelum terjunam ke dalam pusat belah.


ni petikan akhbar yang saya ambil dari web ni...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_07.htm

harap... bila saya sebut pasal benda ni... tak ada orang la nak saman saya atau tangkap saya... saya hanya nak luahkan pandangan saya.... dan terlebih dahulu saya katakan... saya hormat semua rukun negara termasuklah yang ketiga dan keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2... mohon maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang terlibat... hanya pandangan daripada kaca mata saya yang tak tau kisah sebenar...

saya cuma pelik dimana dalam kes yang melibatkan beberapa orang... kenapa hanya seorang yang menjadi tertuduh dengan kesalahan... menolak kenderaan tersebut.... cuba bayangkan kalau perkara ini terjadi kepada anda.... anda terlihat sebuah kereta yang susah nak hidup... anda pergi la dekat nak tolong... ada sorang jer lelaki tolak kereta tu... yang lain perempuan kat dalam kereta tu... mesti anda 'join' tolong tolak sekali kan? pastu tetiba kereta yang anda tolak tu hidup... dah terus kedepan tanpa sempat anda berhentikan....

tetiba anda mendapat tuduhan dan dipenjarakan atas 'kesilapan' anda dengan niat baik menolong orang lain dalam kesusahan... dah la anda bukan dari golongan kaya untuk mengupah peguam... kalau anda masuk penjara... siapa nak tanggung anak bini anda...
saya sangat bersimpati pada tertuduh.... zaman sekarang ni... susah nak jumpa orang yang sanggup tolong orang lain... tapi apa yang dia bakal dapat hasil keikhlasan dia.... hukuman meringkuk dalam penjara... ingat kawan2.... lain kali kalau orang susah jangan tolong... tak pasal2 kita sama2 susah... orang kena samun pun jangan tolong... nanti nyawa kita skali melayang... pendek kata... jangan tolong menolong.... tapi kalau rasa kehidupan lepas ni lebih berharga dari kehidupan sekarang... fikir apa yang patut anda buat... tolong @ tak tolong...