Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Takdir Memisahkan Kita

Rabu, Disember 29, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:29 PTG
Teringat sewaktu dulu
Betapa sukar untuk mendapatkanmu
Tapi tetap aku mengejarmu
Biar terpaksa lalui onak duri
Ku redah tanpa peduli
Supaya kita dapat bersama

Bila kita sudah bersama
Aku seakan lupa pada kamu
Lena diulik mimpi indah
Hiasan duniawi yang sementara
Kekadang ku tersedar
Kekadang ku tertidur
Kekadang aku rasa
Aku tak mampu untuk terus bersamamu
Kerana kau terlalu sukar digapai

Kini...
Takdir memisahkan kita
Mungkin hanya sementara
Mungkin juga buat selamanya
Kerana janji aku terpaksa pergi
Pergi menunaikan janji yang dituntut
Aku pasti inilah jalan terbaik buatku
Biar ku terpaksa tinggalkan mu
Maafkan aku...
Kenangan bersama mu
Memberi aku banyak pengalaman
Memberi aku banyak kenalan
Aku tak akan pernah melupakan mu
Tanpa kamu siapalah aku

Suatu hari nanti
Aku akan tetap mengejarmu
Walau apa pun ranjau mendatang
Walau usia dan jarak jadi batasan
Walau tanggungjawab ku bertambah
Walau mungkin kau telah berubah
Tunggulah aku
Suatu masa nanti
Pasti aku akan menjemput mu

"Fantasiku akan ku pastikan jadi sebuah realiti"

Inilah janji ku pada mu... IMPIAN ku...

Anda nak Kaya?

Khamis, Disember 23, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:27 PTG
hari ni saya nak masuk bidang ekonomi... nak jadi pakar ekonomi pulak... hehe... dulu ramai orang masuk ASB kan sebab dia memberi faedah yang lebih tinggi berbanding bank lain... jadi saya mahu war-warkan sekejap mengenai ASB... ASB adalah pelaburan yang tidak mempunyai pemantau syariah... jadi di zaman serba moden yang ada macam-macam pilihan ni... kita sebagai orang islam... seeloknya kita tinggalkan yang was-was... apa kata kita ambik yang mampu kita yakin perlaksanaanya mengikut syariah... jadi pilihlah perlaburan yang ada unit syariah... supaya kita tak termakan duit yang haram... bahaya tu.... nak senang tak payah fikir pasal duit dan zakat letak jer kat tabung haji.... fikir-fikirkan....

sekarang ni... ramai orang mula berminat dengan perlaburan emas... pelaburan emas ni pada saya lebih menguntungkan berbanding pelaburan biasa kerana kalau nilai emas turun pun... dia tak akan turun banyak mana... dan akhirnya dia akan naik balik.... cuma rugi kalau kita jual masa harga dia tengah jatuh dan... kita beli lepas tu jual terus sebab harga beli adalah mahal daripada harga jual... antara cara pelaburan emas ni... beli dan gadai... anda beli emas tersebut... dan anda gadaikannya untuk mendapat wang... jadi wang tu anda boleh gunakan untuk keperluan semasa... cuma anda perlu tanggung kos bank simpan emas tu... tapi kalau anda tidak memerlukan wang... pada saya agak rugi anda menggadaikannya... lebih baik anda simpan sendiri... tapi memandangkan keadaan sekarang yang ramai pencuri dan perompak... untuk menyimpan dirumah... mungkin menyebabkan anda risau... Tapi jika iman anda cukup kuat... anda tak perlu risau... yakin hanya pada Allah... kalau emas anda di curi... anggaplah itu bukan rezeki anda... terimalah dengan redha... ia juga akan menguji tahap kecintaan anda kepada dunia....huhu....

kalau anda tak nak gadai dan tak nak simpan dalam rumah... ada cara lain lagi.... anda boleh buka akaun emas... di Malaysia terdapat 3 bank yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance Homes (KFH)... tetapi hanya KFH yang menawarkan akaun islamik berdasarkan syariah... Maybank dan Public Bank menawarkan akaun dalam bentuk konventional.... beza akaun emas ni dengan akaun biasa ialah dalam buku akaun yang dicatit ialah berapa gram emas yang dimiliki... kiranya... kita bagi duit kat bank dan beli emas mengikut gram melalui bank... masuk nilai emas tu dalam akaun... kalau nak keluarkan... kita boleh keluarkan dalam bentuk emas ataupun duit... kalau nak duit... kira kita jual emas tu balik kat bank... dan dapat balik la duit untuk dikeluarkan...

tapi kalau duit anda cukup banyak... saya cadangkan satu pelaburan yang lebih menguntungkan... biasa naik jer... tak turun2... iaitu perniagaan hartanah... anda beli tanah... anda simpan... bila dah mahal anda jual balik bila anda perlukan duit... tapi masalahnya... nak jual mahal sangat pun kekadang orang tak mampu nak beli... hmmmm... saya ada cadangan lain untuk anda pasal hartanah ni... menguntungkan pihak anda dan mampu membantu orang lain... anda beli tanah kebun yang kat pedalaman... biasa tanah ni tak der la mahal macam kat bandar... kurang 100K untuk 3-4 ekar... tak tau la nilai sekarang... tu dulu la... anda pecahkan tanah tu ikut lot rumah... anda jual kepada orang kampung kat situ.... biasanya mereka hanya mengambil upah menjual getah... nak kumpul berpuluh ribu nak beli tanah tu tak mampu la... tapi kalau bayar 100 sebulan insyaAllah mereka mampu... kalau tanah seekar boleh pecah 6-10 lot kalau tak silap saya.... gini.. kita ambik la tengah2 8 lot seekar.. ada 3 ekar... jadi 24 lot... ada beli dalam harga 80K... campur dengan kos baiki keadaan tanah dan lain kos katanya 70K... jadi... modal anda 150K... kalau anda jual dengan harga 20K satu lot... anda dapat 480K tolak dengan modal anda... anda untung 330K... 2 kali ganda dari modal anda... berbaloikan...cuma anda kena tunggu 17 tahun kalau anda jual secara ansuran (100/bulan).. dalam masa yang sama.. anda dapat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk memiliki tanah sendiri... membantu orang tu dapat pahala yang tidak ternilai dengan wang ringgit... cuma peringatan saya untuk anda... jangan teroka tanah sampai anda mengabaikan tanggungjawab anda kepada alam sekitar... sayangi alam indah yang Allah ciptakan untuk kita semua... untuk orang yang dapat duit epf banyak dan tak ada pencen saya rasa sesuai buat benda ni... sebagai bekalan hari tua anda...

tak puas hati lagi dengan pelaburan yang saya cadangkan? nak yang menguntungkan lagi... hahah... aku ni macam orang iklan pelaburan la pula... ada... ada pelaburan yang lebih dan sangat menguntungkan... tapi ramai yang tak nak melabur kat situ... sebab mereka nak lihat hasil pelaburan tu... tak nak tunggu sampai mati dulu baru lihat.... pelaburan apakah itu? pelaburan ke jalan Allah... infaqkan duit anda ke jalan Allah... anda akan peroleh pahala yang tak ternilai... anda mahu kaya dulu baru nak melabur kat dalam pelaburan ni... tunggu la anda kaya... tapi tahukah anda mati anda bila? kalau anda mati esok... tak sempat nak kaya... dan tak sempat nak melabur... ikut sunnah nabi sedekah setiap hari... anda ada rezeki lebih tu sedekahlah ke jalan Allah... biar rezeki itu sedikit asalkan berkat... cara senang anda nak melabur dalam pelaburan ni ialah berikan duit kepada ibubapa anda... kalau ibubapa tak nak terima? anda boleh dermakan niat... derma bagi pihak ibubapa... jadi duitnya ibubapa anda tak dapat... tapi insyaALlah pahala kita derma tu mereka dapat...

cuba kita renung... lihat... betapa ramai yang hidup susah dari kita... lebih memerlukan wang itu dari kita... apa kata kita kongsikan sedikit apa yang kita ada untuk kita sama2 hidup bahagia... ada orang kata bahagia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit... tapi hakikatnya bahagia boleh dibeli dengan wang ringgit... iaitu dengan memberikan duit itu pada orang yang lebih memerlukan... anda tak percaya? cubalah derma? pasti lepas tu anda rasa gembira sangat... segala duka jadi duka... kerana anda mampu membantu orang lain atas bantuan Allah...

mahu mencelah perkara lain sedikit... ada beberapa perkara yang mampu membuatkan hati yang gundah menjadi gembira... membuat hari yang suram menjadi ceria... 1. cuba anda berada dalam majlis ilmu.... 2. cuba anda bantu orang yang memerlukan pertolongan... 3. cuba anda infaq duit anda... saya pasti anda pasti akan bahagia selepas itu sebab hati manusia diciptakan untuk merasa bahagia bila membuat perkara yang baik dan jadi gundah bila buat perkara jahat....

hmmm... jadi siapa nak masuk pelaburan yang terakhir saya cadangkan ni... kena buang cinta pada dunia... kalau tak mesti rasa sayang kat duit kalau nak derma... hey... ingat la sikit... benda mahal untuk kemudahan dunia kita boleh beli... kereta mahal... rumah besar... pakaian cantik.. makanan sedap... sedangkan segalanya hanya sementara... bila2 masa pun boleh ditarik balik.... tapi kenapa takut untuk beli kemudahan kita untuk hidup seterusnya... takut untuk membeli saham akhirat? takut jatuh miskin sebab derma banyak sangat... ingat.. rezeki itu di tangan Allah... Allah boleh tarik bila2 masa yang Dia nak... kalau hanya duit tu ditangan kita.. didalam bank... tak digunakan sebaik mungkin... tak ada guna duit tu bila kita mati kelak... mungkin duit tu akan jadi pendakwa kita... biarlah duit tu jadi pembela kita.... kalau kita mati... duit jatuh kat waris... kita tak tau apa yang akan mereka buat dengan duit tu... kalau mereka guna untuk benda yang tak elok macam mana? kalau mereka guna sebaik mungkin Alhamdulillah...

kesimpulan... semua ni saya tulis sebagai panduan untuk saya juga... kita ni manusia kekadang leka mencari kekayaan dunia sehingga lupa tujuan hidup ni... tapi tak kaya2 pun sebab apa yang dicari bukan dengan tujuan yang betul... tak berkat... carilah kekayaan untuk mengeluarkan zakat dan membantu orang lain... bukan mencari kaya untuk kemewahan dan kesenangan diri sendiri... jangan lupa bayar zakat yer bila harta dah cukup untuk bayar zakat....kalau boleh derma sekali...hehe... ada satu lagi lupa nak cakap... kalau orang masuk kristian ... berapa banyak pihak gereja bagi duit.... tapi kalau orang masuk islam... berapalah sangat pihak zakat bagi... dan berapa la sangat orang yang nak bantu mereka... renung2 kan.... bukan sekadar baca...

Ceramah 5

Jumaat, Disember 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:26 PTG
Penceramah: (Maaf saya tak salin namanya)

Ringkasan Ceramah:

Keluarga bahagia
1) Tahu menghormati
2) Faham islam
3) Saling berkasih sayang
4) Bersederhana dengan kehidupan
5) Sebut kesalahan sendiri

Kebaikan bermula dari:
1) Faham agama
2) Zuhud pada dunia
3) Tengok aib sendiri

Amalan di pagi hari:
1. Ucap Alhamdulillah dan doa bangun tidur
2. Membaca al-Quran
3. Solat sunat subuh (baca surah alamnashrah dan alamtarakai)
4. Solat subuh
5. baca astaghfirullah 3 X paling kurang
6. Mendengar kuliah subuh
7. Sedekah sebelum terbit matahari

Nilaikan pada diri kita adakah kita menggunakan sebaiknya:
1. Masa yang diberi (Umur)
2. Anggota badan
3. Ilmu
4. Harta (dari mana dapat dan macam mana guna)
4 kategori harta :
a) Input halal output halal
b) Input halal output haram
c) Input haram output halal
d) Input haram output haram

Lapan wirid:
1. Solat berjemaah
2. Solat sunat (9):
a)Wuduk
b)Rawatib
c)Witir
d)Tahajud
e)Dhuha
f)Taubat
g)Hajat
h)Ishtikarah
i)Tasbih (1 minggu sekali)
3. Baca al-Quran (100 ayat sehari)
4. Zikrullah: (1000 X sehari)
i) Lisan dan hati
ii)Hati sahaja
iii) Lisan sahaja
5. Selawat nabi (1000 X sehari)
6. Sedekah
7. Majlis ilmu
8. Puasa sunat

Empat bulan yang mulia:
1. Rejab
2. Zulkaedah
3. Zulhijjah
4. Muharam

Tiga puluh hari yang mulia:
1. 10 akhir Ramadhan
2. 10 awal Zulhujjah
3. 10 awal Muharam

Amalan Asyura
1. Puasa
2. Solat sunat
3. Mandi (macam mandi mengangkat hadas besar dengan doa bebaskan kami dari segala penyakit rohani dan jasmani)
4. Sedekah

"Usirlah dunia sebelum dunia mengusir kita"

Ceramah 4

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:07 PG
Penceramah : (Maaf saya tak ingat nama)

Ringkasan Ceramah :

Nombor menuju akhirat
1 --> Allah
1 --> Rasul
1 --> Kitab
5 --> Rukun Islam
6 --> Rukun Iman
2 --> Rukun Ihsan
13 --> Rukun Solat

Tiga dasar urusan akhirat
1)Kepala --> Islam
>> Islam menjamin keselamatan di dunia dan akhirat
>> Islam sepatutnya dijadikan sebagai cara hidup
2)Tiang --> Solat
>> Solat boleh mencegah daripada melakukan perkara mungkar
>> Maksiat berleluasa sekarang ni kerana bertambahnya orang yang mengabaikan solat
3)Kemuncak --> Jihad

Tiga golongan yang dihadapi pendakwah...
1. Orang yang berilmu tapi pentingkan diri sendiri... tidak menyampaikan ilmu yang dipunyai kepada orang lain... dia sorang dia jer beribadah.. kira macam abid la...
2. Orang yang kurang ilmu atau jahil... tidak melihat islam secara menyeluruh... hanya melihat dari sudut tertentu... contoh macam orang buta pengang tali gajah... bila ditanya rupa gajah macam mana? dia kata macam tadi... bila disuruh pegang kaki.. rupa gajah macam apa? dia kata macam tiang... bila disuruh pegang telinga... rupa gajah macam apa? dia kata mcam dinding... apabila tak boleh lihat menyeluruh ... maka kita tak tahu bentuk sebenarnya... macam orang yang mengasingkan hal politik, ekonomi dan lain2...daripada islam...jadi lihatlah islam secara menyeluruh.. mengenali dengan sempurna...
3. Musuh islam... ni memang orang2 yang menentang islam la...

Maksud Hikmah --> Tepat dan betul berdasarkan dalil

Taqwa --> Takut yang mendekatkan diri kita dengan Allah.. Taat tanpa maksiat... zikir tanpa lupa... ada 1 lagi...saya tak sempat nak salin...

Relevankah : Mencintai tak semestinya memiliki?

Khamis, Disember 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:37 PG
Biasa kalau orang bercinta sebelum berkahwin tapi terputus di tengah jalan... kecewa... tak dapat memiliki si dia yang dicintai... maka keluarlah ayat Mencintai tak semestinya memiliki... saya nak ajak kita sama-sama berfikir hakikatnya logik kah kata-kata ini... terus terang saya kata ia tidak relevan... tak patut untuk kita mencintai benda yang kita tak miliki... malah lagi teruk jika yang kita cintai itu milik orang lain...

kenapa kita perlu mencintai benda yang bukan milik kita... cuba bayangkan... kekasih anda terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga... maka keluarlah status di fb anda mencintai tak semestinya memiliki... bayangkan kalau pasangan kekasih anda membaca fb anda.. apa perasaannya...cuba anda bayangkan apa perasaan anda kalau anda berada ditempatnya... pedih bukan... rasa tergugat... terancam... sebab orang yang kita miliki ada peminat lain... perasaan jeles mesti membara... kalau pulak yang jenis hati lembut... tak ker kesian ker kat dia... mesti dia rasa bersalah sebab rampas kekasih anda... memutuskan cinta suci antara dua insan la konon....padahal dia hanya menurut perintah orang tuanya.... anda telah menyeksa jiwanya...

dan bayangkan pula kekasih anda membaca status tersebut di fb anda... pasti dia akan terus menaruh rasa cinta pada anda... dan menggantung harapan untuk bersama anda akhirnya... silap haribulan boleh bercerai juga dia... salah siapa? jawab la sendiri... lagi parah lagi pasangan kekasih anda.... andai dia tahu kekasih anda masih mencintai anda... apa perasaan dia bila dia tahu pasangan hidup yang dimiliki hanyalah jasad... dia tak mampu memiliki cinta pasangan hidupnya...

Jadi apa kata kita tukar ayat ni kepada Memiliki semestinya mencintai... setiap yang kita miliki.. pasti kita cintai... tambah2 lagi pasangan hidup kita yang sah... untuk apa kita miliki kalau tidak untuk mencintai... contoh mudah.. kita ada kereta.. kita sayang kereta kita...aduh... materialistik la pulak...dunia..dunia...ok... tukar2... kita ada ibubapa... kita sayang ibubapa kita... kita miliki islam sebagai agama kita... kita cintai islam sepenuh hati kita... ajaran islam dijadikan cara hidup kita... kalau suami isteri tu memang wajiblah memiliki dan mencintai... sebab cinta antara suami isteri itu membawa pahala...

ok la... sebagai penutup... saya tinggalkan satu soalan.. apa fungsi Mencintai kalau kita tidak memilikinya? fikir-fikirkan....jangan buat benda yang tak ada tujuan...

Ceramah 3

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
Penceramah : Dr Zukifli Muhammad al-Bakry

Ringkasan Ceramah:

Ada empat perkara kebaikan yang di bincangkan:
1) Salam
2) Memberi orang makan
3) Sambung silaturrahim
4) Solat malam

ok kita pergi satu persatu... mulakan dengan salam... salam adalah sesuatu yang sangat hebat... lain dengan selamat pagi... yang hanya untuk waktu tertentu... memberi salam adalah satu perkara sunat yang lebih afdal daripada wajib iaitu menjawab salam... sesungguhnya memberi lebih mulia daripada menerima salam.... semoga kita sama2 mengamalkan salam ini setiap kali bertemu sesama muslim....salam diutus... memanjat doa... menyambung hubungan...

ada beberapa cerita yang dikongsi bersama mengenai kehebatan salam ni... satu hari Rasulullah s.a.w pergi berjumpa wanita-wanita ansar... Rasulullah s.a.w memberi salam sehingga tiga kali barulah salamnya dijawab serentak oleh wanita-wanita ansar dalam rumah tersebut... Rasulullah s.a.w bertanya kenapa tidak menjawab salam baginda yang pertama dan yang kedua... wanita-wanita ansar itu menjawab... supaya nabi mendoakan kesejahteraan mereka beberapa kali kerana salam itu adalah doa.... Rasulullah s.a.w pernah berkata wanita yang paling bijak adalah wanita ansar....

kisah kedua ialah kisah Imam Syafie yang dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan yang tidak dilakukannya di depan amirul mukminin Khalifah Harun al-Rasyid... Iman Syafie terlebih dahulu memberi salam kepada Harun al-Rasyid... maka amirul mukminin tersebut menjawab salam... lepas tu Iman Syafie cakap... Alhamdulillah aku diberi ketenangan... Harun al-Rasyid tanya kenapa? Iman Syafie jawab... sebab amirul mukminin dah jawab salam aku... mendoakan kesejahteraan aku...akhirnya Iman Syafie terlepas dari hukuman itu dan dilantik menjadi antara orang penting dalam negara kerana kebijaksanaannya...

kisah terakhir mengenai salam... Hassan cucu baginda Rasulullah s.a.w bergaduh dengan adik tirinya... langsung tidak bercakap... menghampiri hari ketiga adik tirinya menemui Hassan berkata... Ibumu sungguh mulia... Fatimah Az-zahra puteri kesayangan baginda... jauh jika mahu dibandingkan dengan ibuku... jadi tidak mahu jadi lebih mulia daripada kamu dengan memberi salam kepada kamu dahulu... biarlah kamu yang lebih mulia memberi salam kepadaku dahulu... akhirnya Hassan memeluk adik tirinya dan mereka salam bermaafan....

Petanda haji mabrur ada dua... lepas balik haji... pertama dia selalu bagi salam... kedua dia suka beri orang makan... orang yang suka beri makan orang lain Malaikat akan mendoakannya dan beristighfar ke atasnya... dan orang yang menerima makanan darinya juga akan mendoakannya... mari kita kongsi 1 lagi kisah... mengenai seorang lelaki kaya yang dermawan... kat tepi rumah dia... dia letak satu balang yang diisi susu unta dan sebekas roti... jadi sapa2 yang nak makan boleh makan makanan yang dia sediakan tu... sentiasa ada... suatu hari dia pergi berburu... jauh mengambil masa 1-2 perjalanan pergi.... ketika berburu... dia terjerlus dan termasuk dalam gua... kawan2nya cuba panggil namanya tapi tiada sahutan.. rakan2nya tanda kawasan dia terjerlus dan pergi mendapatkan bantuan... lebih kurang 3 hari lepas kejadian... bantuan sampai dan usaha mencari dimulakan... pada hemat orang biasa mungkin hanya mayat lelaki tersebut ditemui... tapi yang ditemui ialah lelaki tersebut yang masih hidup dan sihat... bila ditanya dia maka apa dalam gua duduk sorang2? dia kata setiap kali bangun pagi... dia disediakan dengan sebalang susu dan roti... itulah hikmah orang yang suka memberi orang lain makan...

seterusnya bab silaturrahim... orang kita ni hanya kerana tanah sekangkang kera pun boleh bergaduh... orang yang Allah akan panjangkan umurnya dan murahkan rezekinya ialah orang yang mengeratkan silaturrahim... rumah orang yang selalu memiliki tetamu akan mendapat berkat...

solat malam pula... bukan bermaksud solat isyak.. tapi yang dimaksudkan ialah solat di tengah malam dimasa orang lain enak lena diulit mimpi... solat tahjud... qiamullai... diwaktu malam dia berkhalwat dengan Allah... memohon doa... mengadu nasib... memperkukuhkan ikatannya dengan yang Maha Kuasa... ada satu kisah... tapi saya tak berapa ingat raja rom rasanya.. tanya apa kelebihan tentera islam... kelebihannya ialah diwaktu malam mereka seperti abid/paderi tekun beribadat kepada Tuhan, manakala diwaktu siang mereka adalah seperti panglima yang berani... maka raja tersebut berkata... kalau macam tu kita pasti akan kalah... betapa kuatnya hubungan dengan Tuhan... itulah yang menggerunkan musuh islam... terlalu banyak sebernarnya kelebihan solat malam... untuk dibincangkan salah satunya muka akan bercahaya.... hati akan tenang....

Inilah 4 perkara yang di bincangkan... perkara 1 hingga 3 menunjukkan hubungan manusia dengan manusia... manakala yang ke 4 menunjukkan hubungan manusia dengan Allah... segalanya perlu dijaga sebaik mungkin... InsyaAllah...

P/s: Maaf kalau ada salah silap... kerana penulisan ini 90% hanya sekadar apa yang diingat (malas nak salin panjang2)... harap tolong tegur kalau ada yang salah tu...

Ceramah 2

Rabu, Disember 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:10 PG
Penceramah : YB Ustaz Taib Azamuddin

Ringkasan Ceramah:

Ceramah ini berdasarkan kitab Fiqh Keutamaan. Kita perlu menggunakan akhirat untuk memimpin dunia... Masukkan nilai akhirat dalam kehidupan kita... maksudnya... jangan asingkan dunia dengan akhirat... contohnya duit RM50 dari hasil jualan kuih dan duit RM50 dari hasil riba... dari nilai dunia kedua-duanya sama... bernilai RM50... tapi nilai akhiratnya sangat berbeza... hasil jualan kuih tu duit Halal... tapi duit riba tu Haram... bila kita melihat dunia dari sudut dunia semata-mata.. kita tak akan dapat apa2 untuk akhirat nanti... sedangkan dunia ini hanya sementara dan akhirat itu selamanya... bila kita masukkan akhirat dalam kehidupan kita.... kita akan buat benda baik.. sebab kita nak ganjaran yang baik di akhirat... sesungguhnya... segala apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada hikmahnya... contoh lain ialah... tempat ambik wuduk... kekadang direka hanya untuk nampak cantik dalam seni reka.. tapi tidak mengira faktor ergonomik... iaitu tidak mengambil kira keselesaan pengguna.... jangan kerana nak cantik... keselesaan penggunan untuk beribadat pun susah....
mmm... ada sikit penambahan... pasal ubah nasib... kita perlu ubah diri kita dari dalam... bukan ubah faktor luaran semata-mata...

seterusnya ustaz membincangkan tentang perumpamaan menjala dilaut dalam dengan menggunakan pukat pantai... kita manusia ada kelebihan tersendiri.. kita bukan hebat dalam segala bidang... kita mungkin hebat dalam bidang A... tapi kita mungkin tak tahu apa yang ada dalam bidang B ... bila orang tanya kita tentang bidang b terus terang sajalah kita tak tahu... serah pada yang pakar dalam bidang b... jangan buat-buat tahu pula kerana takut nak mengaku tak tahu... nak cakap tak tahu takut orang kata bodoh... tapi kalau kita jawab juga apa yang kita tak tahu tu... nanti jawapan kita akan menampakkan juga yang kita ni kita tak tahu sebab kita mungkin memberikan jawapan bodoh... itulah maksud perumpamaan tu... dah kita ada pukat pantai jer... menjala la kat pandai... jangan cuba menjala di laut dalam... satu lagi... kalau tahu sikit2 jer satu2 ilmu tu... jangan berlagak pandai... ulas merapu meraban... kita duk atas permukaan laut dalam tu jer.. tapi tak menyelam mengetahui segala isi laut dalam tu... kata orang kelantan jangan dok oyak kok sey dey kalu tak tahu... maksunya jangan main taram jer...nak tahu juga... gunalah peralatan menyelam... belajar menyelam... baru boleh selam...dan kongsikan pengalaman menyelam...

satu lagi pasal jangan mempersulitkan hal yang dipermudahkan syariat... contohnya secara afdal ambik wuduk dari hujung jari ke siku... tapi kekadang kalau paip tinggi yang nak ambik wuduk tu rendah... kalau buat macam tu kan nanti basah seluruh badan... ada lagi contoh lain... kalau akikah kambing... afdalnya hanya memotong dibahagian sendi sahaja... tapi kalau akikah guna lembu,... takkan tak potong tulang lembu? panjang sangat nak di masak... ikut logik la... pasal sejadah... tongkat masa khutbah pun ada yang nak dipertikaikan... padahal semua tu bukanlah keutamaan... sampai kekadang orang nampak macam islam tu susah... daripada duk bergaduh benda remeh... lebih baik ajak orang datang masjid....

P/s: Ringkasan ni mungkin ada tokok tambah dari saya dan mungkin juga tidak lengkap atau tidak mencapai maksud sebenar... salah silap harap tegur saya...

Ceramah 1

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:33 PG
Penceramah : Ustaz Long Kechik (UNITEN)

Ringkasan Ceramah :

"Ilmu seperti air tidak bertakung di tempat tinggi. Air hanya bertakung di tempat yang rendah"
--> orang yang meninggi diri tak akan dapat ilmu... hanya orang yang merendahkan hatinya dapat menimba ilmu...

Fungsi masjid:
1) Pusat Dakwah
2) Pusat Ilmu
3) Pusat Ibadah
4) Pusat Hikmah

Ceramah ini banyak berkisar tentang dakwah... setiap yang mengaku islam wajib berdakwah... bukan setakat mengabdikan diri kepada Allah... Ummat Muhammad a.s ialah ummat yang terbaik kena perlu menyambung tugas rasul iaitu berdakwah... ummat rasul lain tak perlu berdakwah... sebab dakwah ni hanya tugas rasul...

Perbezaan antara rasul biasa dan rasul terakhir
1) Rasul biasa diturunkan untuk kaum tertentu
--> Rasul terakhir untuk semua ummat manusia
2) Rasul biasa berdakwah pada kawasan tertentu
--> Rasul terakhir berdakwah untuk seluruh alam
3) Rasul biasa bertugas sehingga baginda wafat sahaja
--> Rasul terakhir wajib bertugas sehingga kiamat

Jadi setelah wafat, siapa yang nak sambung tugas Rasulullah s.a.w kalau bukan ummat islam... dengan dakwahlah islam tersebar ke serata dunia... kerana dakwah juga kita sekarang mengecapi nikmat islam...kita sebagai ummat islam ada 2 tugas iaitu berdakwah dan mengabdikan diri kepada Allah... dakwah bukan tugas badan-badan tertentu sahaja tapi tugas seluruh ummat islam... islam kini kian lemah sebab kita sekarang lebih menumpukan perhatian kepada mengabdikan diri kepada Allah tanpa mempedulikan tugas dakwah...

Ada satu kisah... Ali r.a bertemu Rasulullah s.a.w dalam gua... Ali r.a melihat Nabi menangis mengenangkan ummat akhir zaman... Ali bertanya kenapa?... Nabi suruh Ali tengok ke satu sudut... Ali nampak seekor merak cantik tapi makan bangkai busuk... Ali tanya apa maksudnya... Nabi jawab... begitulah ummat akhir zaman... nampak hebat... pakai baju cantik.. duduk rumah mewah... ada kenderaan besar... tapi dalam hati teruk... kotor... busuk... lupa tuhan... hanya lebih pada dunia semata2... Nabi suruh pulak Ali melihat ke sudut lain... dan Nabi kata bunuh apa yang dilihat... Ali melihat seorang yang sangat tekun beribadat... Ali bertanya kepada Nabi... kenapa? Nabi kata dia hanya tekun beribadat tanpa mempedulikan kaumnya yang lain...macam dia sorang jer nak masuk syurga...

pesanan dari ustaz... kita ni ummat islam selalu suka bergaduh... pasal politik pun berpecah.. pasal benda remeh pun gaduh... bertekak antara satu sama lain... antara mazhab berbeza... saling menyalahkan ... macam mana nak bersatu... anggaplah mazhab itu umpama uniform tentera... tentera kan ada macam2 uniform... yang udara lain dari yang laut... tapi mempunyai tujuan yang sama untuk menjaga keamanan negara... uniform tidak perlu dipertikaikan... hormatilah mazhab lain...marilah kita bersatu...

p/s: Kalau ada apa2 salah harap perbetulkan... sebab saya ingat2 lupa masa menulis ni...

Kejuruteraan: Adakah ilmu bermanfaat?

Sabtu, Disember 04, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:26 PG
Kalau anda orang sains... pastinya anda pelik kenapa diajukan soalan ini...
sudah tentunya bagi orang sains... percaya... ilmu kejuruteraan pastinya ilmu yang bermanfaat... kalau tak macam mana manusia nak berteknologi... nak maju... saya mohon... janganlah keduniaan sangat... kita hidup barang sekejap... kalau sekadar ilmu tu manfaat di dunia... dan tak mampu memberi kita manfaat di akhirat apa gunanya... akhirat itu tiada penghujungnya... sebelum saya mengomel lebih panjang lagi... terdahulu saya tampilkan ciri-ciri ilmu itu dikatakan bermanfaat...
1. Membawa kita semakin dekat kepada Allah
2. Mengetahui kelemahan diri
3. Mencintai akhirat
4. Membenci dunia

saya akan ulas berdasarkan ilmu yang saya ada iaitu kejuruteraan mekanikal... sebenarnya semua ni kait mengait... bila kita tahu kehebatan Allah kita akan tahu kelemahan diri sebagai hamba... jadi kita akan mencintai akhirat menemui yang kekal dan membenci dunia yang sementara.... say bawakan beberapa contoh di sini...

lihat saja semut berjalan... pastinya mereka berjalan melalui jarak terpendek...atau dikenali sebagai sesaran ke tempat yang dituju.... saya ada belajar dalam kaedah matematik untuk memcari rumus pergerakan ini... untuk mendapatkan perjalanan terpendek semut menaiki pokok.... begitu panjang pengiraan untuk membuat rumusnya sehingga memeningkan kepala saya sendiri... sedangkan semut yang tak punya akal tu berjalan dengan senangnya... bijaknya ciptaan Allah....

ok.. kalau kita lihat pula mengenai bahan... setiap bahan mempunyai pelbagai ragam... keadaan berbeza pada suhu berbeza... pada tekanan berbeza... daya berbeza... kadar berbeza...dengan sejarah lampau yang berbeza... tak termampu untuk manusia mengkaji semuanya... terlalu banyak untuk dikaji... manusia hanya mampu mengkaji yang penting sahaja... begitu unik dan indahnya ciptaan Allah

kita pergi pula ke bidang robotik... sekarang ada kucing mainan kan yang robot tu? sama ker dengan kucing yang Allah cipta? pastinya jauh berbeza kan? itulah buktinya ilmu manusia tak mampu menandingi ilmu Allah... ilmu yang ada tu pun Allah yang bagi... kalau Allah tak bagi... tak dak langsung... jadi adakah ilmu ini semua mampu mendekatkan kita kepada Allah... jawapanya ya... pastinya mampu... bila kita tahu....sifat Allah... kita tahu kekuasaan Allah... kita pasti akan meyakiniNya... dan mengakui Allah sebagai tuhan... sekaligus mentauhidkannya... pastinya ini akan mendekatkan kita kepada Allah... bukti kucing robot itu... sudah pasti membuktikan kelemahan manusia dalam menreka makhluk seperti yang di cipta Allah....

tak percaya lagi kelemahan manusia? baik lah... kita bicara lagi mengenai kereta... kereta yang manusia cipta... saya mahu tanya...Ada kereta mampu bertahan 50-60 tahun tanpa ada kerosakan besar? kereta ni paling tahan pun 20-30 tahun... tu pun dah nak go dah... manusia pada usia tu baru mencapai peringkat dewasa...lepas tu pulak... komponen2 kat kereta ada tempoh dia... cycle maksimum dia... kerana ia mungkin mengalami kegagalan lesu... jadi perlu diganti bagi mengelakkan kecelakaan... kalau manusia ni... selagi kita jaga elok tubuh badan kita dan Allah tak bagi penyakit... Alhamndulillah lah.. sihat wal'afiat...itulah beza ciptaan Allah dan rekaan manusia... mahu apa lagi sebagai bukti kelemahan diri kita sebagai hamba...kaji apa pun yang hamba punya.... semua hampeh...

bila kita reka sesuatu kan... setiap komponen... setiap sistem pasti ada faktor keselamatan... tak kira benda tu statik ataupun berulang (cyclic)... itulah bukti dunia ini tak kekal...untuk apa kita cintakan benda yang tak kekal? lebih baik kita cintakan yang kekal iaitu akhirat... lagipun... kat akhirat... kita boleh jumpa Yang Maha Kuasa.... kalau kita masuk syurga la.... jadi merebut-rebutlah kita mencintai akhirat dan membenci dunia....

kalau benci dunia... buat apa kita duk sibuk reka teknologi hebat di dunia? izikan saya menjawab persoalan ini... dunia adalah jambatan ke akhirat... didunia tempat kita menanam... hasilnya kita kutip di akhirat... dengan terrekanya teknologi hebat... kita mampu membantu ramai orang... itu mampu meningkatkan saham kita di akhirat... jadi wahai jurutera sekalian... manfaatkanlah ilmu sebaiknya... jangan hanya pentingkan dunia semata... sibuk mengejar duit dan gelaran... sehingga lupa tanggungjawab kita untuk membantu masyarakat...dan paling penting jangan lupakan manfaat ilmu itu yang paling penting iaitu mendekatkan diri kita kepada Allah....

Percaya sihir?

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:23 PG
anda percaya sihir? maaf saya katakan saya kurang percaya... bukan saya tak percaya 100%... dan bukan saya tak percaya wujudnya syaitan dan jin... tapi saya tak percaya makhluk ini mampu mendatangkan penyakit....

kenapa yer saya tak percaya syaitan dan jin mampu menyebabkan penyakit... sedangkan saya percaya bakteria dan virus mampu mendatangkan penyakit... sedangkan semua makhluk ini saya tak mampu untuk melihat dengan mata kasar... jadi kenapa pandangan saya mengenai dua benda ini berbeza?

Yup... memang saya percayakan sains... sebab itu saya percayakan bakteria dan virus... mungkin saya susah untuk mempercayai sihir kerana terlalu banyak bomoh keparat yang menipu manusia bodoh... mempercayai semua kurafat itu... mungkin kerana mereka tidak berilmu... maaf... tidak patut saya gunakan perkataan tadi sebenarnya... tapi saya nak juga guna sebagai penegasan supaya manusia menjauhi perkara kurafat...

ada satu sebab lagi kenapa saya percayakan perubatan moden berbanding perubatan tradisional ini... kerana pada saya... virus dan bakteria... serta anggota tubuh akan taat setiap perintah Allah... maka bila Allah arahkan mereka untuk bertugas... mereka akan laksanakan tugas mereka dan menyebabkan orang yang Allah kehendaki itu jatuh sakit... bagaimana pula dengan jin dan syaitan.... apa yang saya tahu... jin ada yang islam ada yang tidak sama seperti manusia.... yang tak islam tu... nak ker ikut perintah Allah... pastu syaitan... lagi la... emmm.... tapi apapun... Allah berkuasa atas segalanya...

walaupun sains cuba merungkap segalanya... tapi... ia tetap tak mampu merungkai rahsia Allah... cuma yang kebiasaannya sahaja dapat dinilai sains... yang lain dari biasa hanya jadi kes terpencil... contohnya disini... kalau makan makanan manis banyak kena kencing manis... orang tu kalau Allah tak nak bagi kencing manis... makan gula banyak mana pun tak akan dapat kencing manis... dan kalau orang itu memang Allah nak bagi kencing manis... tak pernah makan gula pun boleh kena kencing manis... semuanya kuasa Allah...sains hanya digunakan untuk mengelak... tapi kalau kena juga...terimalah dengan redha dan sabar kerana itu adalah ketentuanNya...

hmmm.... dah habis bab sains... kita masuk bab sihir... huh... tak tahu nak cakap apa... bila melibatkan sihir... sains tiada penjelasan... apa yang mahu aku ulas... hanya Allah yang berkuasa... mungkin orang yang kena sihir tu Allah nak bagi penyakit.... jadi Allah gerakkan hati penyihir untuk menyihir orang yang disihir... dengan izin Allah...walaupun sihir tu menggunakan ilmu hitam... sihir itu akan terjadi... kerana sihir hanya alat Allah menyampaikan penyakit itu....pasal sihir tak dapat anak... tak dapat jodoh... rugi dalam perniagaan... ermmm...tak tau den nak kata... susah nak percaya sebab semua tu rezeki dari Allah... mungkin sebab den dan keluarga den tak kena lagi.... nauzubillahiminzalik... semoga dijauhkan Ya Allah... hanya kepada mu aku berlindung...

satu lagi yang saya pelik... saya tak nak ulas... saya nak cakap sebab cuma saya musykil... kenapa bila perubatan islam selalu dikaitkan dengan sihir? bukan ibnu sina dulu juga terlibat dalam perubatan yang tidak melibatkan sihir... bukan saya tak percaya perubatan menggunakan ayat al-Quran... saya percaya rawatan menggunakan ayat al-Quran mampu memberi penyembuhan... kerana dalam al-Quran itu terdapat begitu banyak doa...jadi amalan al-Quran sebagai sejenis rawatan adalah rasional.... lagipun Allah yang memberikan sakit... dan Dia juga yang memberikan penyembuhan... ubat itu semua hanya sebagai alat memberi kita keyakinan... bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah...yang saya musykilkan kenapa rawatan islam mesti melibatkan gangguan jin?

p/s: Maaf andai ada yang terasa... saya cuma mentafsir apa yang tersirat diminda ini... andai ada yang salah boleh tolong tegurkan... kerana saya budak baru belajar....