Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Kosong

Selasa, Mei 22, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:30 PTG
kawan saya cakap bila nyanyi lagu kosong najwa latif... terasa dirinya kosong... aku pun fikir balik... aku pun rasa hidup aku ni kosong... sibuk sangat duk uruskan hal dunia... sehingga lupa kemana aku nak pergi lepas ni... akhirat... aku belum bersedia untuk itu...bak orang kata...aku tak bersedia nak mati lagi... aku tak kawin lagi... macam la yang dah kawin bersedia untuk mati... nanti yang dah kawin kata... akau tak boleh mati lagi... aku belum mohon maaf dan dapat redha suami lagi.... macam la mati tu boleh dirancang...

memandangkan tajuk post  ini kosong... aku pun mahu cakap2 kosong saja... akhir2 ni aku memang terasa kosong jer hidup aku... mungkin sebab kesibukan kerja... sejak aku di kursus lagi... semua orang sibuk nanti nak kenaikan pangkat... bagi aku setakat waktu ini... buat apa aku berkejar kejar untuk naik pangkat... sedangkan kalau aku naik pangkat aku kena buat kerja pengurusan yang aku tak suka... baik aku kekal dengan jawatan sekarang... jadi aku tak ada matlamat dalam bekerja... mungkin ini membuatkan jiwa aku kosong... kerja macam nak gila tapi tak ada matlamat... satu jer kut matlamat aku bagi mengisi kekosongan ini... aku nak pelajar aku bahagia dan berjaya....

sekarang pelajar cuti... pergi pejabat pun terasa kosong... dah memang ramai rakan sekerja pun cuti... nak buat kerja jadi malas... beberapa hari lepas dah bercuti... cuma kerja 2 hari lebih... lepas tu aku pun nak cuti... balik kampung... haaaa... ni penyebabnya malas nak kerja.... mood cuti on... badan jer kat sini... otak dah rehat kat kampung halaman... tak sabarnya nak bercuti lama... lama? tak der la lama sangat... cuma lebih setengah bulan jer... haaa... lama juga tu... nak bertunang ker? tak der la... cuma nak tunggu orang datang merisik jer... dah ada calon ker? tak ada lagi.... berangan jer lebih... tengok banyak sangat jemputan kawin cuti sekolah ni... terasa diri ini kosong...

ok... ada jawatan kosong disini... bukan untuk dapat gaji setiap bulan... tapi untuk tanggung dosa aku... haha... siapa yang berminat nak isi kekosongan ni... boleh la datang merisik ... alamat pandai la cari kat blog ni... (alamak... berani punya mati pengumuman...) kalau yang kenal aku di alam realiti tak mungkin nak kat aku kut... mereka tahu aku budak jahat... hodoh pulak tu... mana tahu sangkut yang alam maya... haha... merepek apa aku ni tengah malam... tak sabar nak balik kampung 2 malam lagi... ingat... siapa rasa berani nak isi kekosongan ni... sila la yer.... hahaha (ketawa jahat)

Biarku Menjadi Lilin

Rabu, Mei 16, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:08 PG
Post ini khas saya tujukan kepada semua pelajar saya..
Sempena hari guru pada 16 Mei 2012...



Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri



Suka sangat lagu ni... maksud yang mantap....
Relaku menjadi lilin... untuk melihat impianmu tercapai... 
Dulu sebelum aku bergelar pendidik... 
2014 aku harap aku menghadiri 1 majlis konvokesyen...
Untuk menerima ijazah doktor falsafah (PhD)...
Kini setelah aku bergelar pendidik...
2014 aku harap kamu menghadiri 1 majlis konvokesyen...
Untuk menerima segulung diploma...
Biarlah ku pendam impianku dulu...walaupun ia menyakitkan...
Demi melihat kamu mencapai impianmu....
Saya cuba yang terbaik untuk jadi pendidik anda semua...
Mohon maaf atas segala kekurangan.....
Selama saya mendidik....

Tiang itu Penting 2

Selasa, Mei 15, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:00 PG
ini adalah sambungan dari Tiang itu Penting.... apa itu tiang? Solat adalah tiang agama... kat sini saya nak sambung cerita tentang solat... bukan nak ajar cara solat..... tapi nak bincang kepentingan solat untuk melahirkan induvidu yang terbaik.... kalau nak ajar cara solat yang betul.... saya tak mampu... saya solat pun entah betul entah tidak... saya hanya akan hurai mengikut logik akal seorang manusia...

Solat mendidik kita menjaga waktu... mendidik kita menghargai masa... setiap solat ada tempoh dan masa tertentu... tak boleh tibai saja... dengan solat sepatutnya melatih umat islam menepati masa... tapi apa yang saya lihat hari ini... umat islam yang tidak reti menghargai masa... sehingga temujanji yang lambat dinamakan janji melayu... memalukan sungguh!!!... inilah bahananya bila kita tak menjaga waktu solat... kita pastinya tidak akan menjaga waktu yang lain... solat itu tiang... nak buat tiang kita kena keringkan simen mengikut tempoh masa tertentu... kalau tak itu tempohnya... apa akan jadi? ranaplah tiang tu tak lama lagi...

Dalam solat... ada 3 benda yang kita buat dalam satu masa... anggota badan kita mengikut pergerakan dalam solat... mulut kita terkumat kamit membaca bacaan daalm solat... hati kita niat dan seterusnya tumpu pada solat... ibarat menyelam sambil minum air... kita boleh buat 3 benda dalam 1 masa... hebat bukan kita? siapa kita? Makhluk ciptaan Allah... jadi siapa yang hebat? Allah bukan? Ini sebenarnya melatih kita menggunakan otak sebaiknya... kalau ada masa kosong tu... jangan biarkan otak berangan rangan ke alam kayangan... biarlah otak berfikir sesuatu yang membuatkan neuron bercambah...

Kita digalakkan solat berjemaah dengan kelebihan 27 kali ganda... apa lebihnya solat berjemaah ni? Cuba bayang... tiang kalau hanya ada satu.... kukuh ke tidak? rumah satu tiang... sekali tiup angan dah rebah ke bumi... begitu juga manusia... bak kata orang tua2.. bersatu teguh bercerai roboh.... solat berjemaah ni memupuk perpaduan... mengerat silaturahim... bila kenal sesama sendiri... boleh la yang lebih memberi... yang kurang dibantu... hasilnya berat sama dipikul... ringan sama dijinjing... sebenarnya solat berjemaah ni banyak benda yang boleh kita bentuk... salah satunya kepimpinan... yang jadi imam tu kan pemimpin... lagipun bila selalu pergi solat jemaah... mungkin akan dilantik menjadi AJK masjid atau surau...

Solat berjemaah sebenarnya membina sebuah organisasi yang utuh... ada ketua... ada pengikut.... pengikut perlu mengikut ketua... tidak boleh awal dari ketua... ini akan melatih kita menjadi pengikut yang setia... namun bila imam ada buat salah... makmun boleh tegur... tak semestinya ketua semua betul... kena ikut saja... manusia... tak terlepas dari buat silap... begitulah sepatutnya kepimpinan yang kita amalkan dalam kehidupan seharian... terimalah teguran orang bawahan... bagi pemimpin negara... terimalah teguran rakyat dengan berlapang dada... kita kadang2 tidak sedar dengan kesilapan sendiri... namun makmun menegur iman ada caranya... bukan pakai tegur saja... rakyat tegurlah pemimpin dengan cara yang betul agar teguran itu mudah untuk diterima....

Dalam solat sebenarnya banyak yang kita boleh belajar... orang yang biasa solat... kalau tak solat hati rasa resah... gundah gulana... kenapa? sebab rohaninya tak cukup makan... namun apa yang saya lihat masyarakat sekarang ni... ramai yang tak ambil solat sebagai perkara penting... cuba lihat dunia hari ini... berapa ramai remaja yang rosak akhlaknya... bila bincang pasal keruntuhan akhlak... ramai yang membincangkan tentang kurang didikan agama... sedangkan didikan agama  hanya membuatkan mereka tahu bukan sedar akan kepentingan beragama... tidak kurang juga yang membincangkan pengaruh rakan... andai jati diri kuat... tak mungkin untuk remaja tersebut terpengaruh....

Benda yang paling penting dalam membina bangunan adalah tiang... begitu juga dengan manusia... benda yang paling penting membina manusia adalah tiang.... dimana tiang agama itu adalah solat... kalau rosaklah seseorang manusia itu... siasatlah dari solatnya... pasti ada yang kurang... kerana solat membentuk kita menjadi manusia terbilang... cuba tanya remaja yang semakin hari semakin rosak akhlaknya... berapa kali mereka solat... mungkin tidak pernah... mungkin sekali setahun waktu raya.. mungkin juga sekali seminggu solat jumaat...

Aku disini... tengok budak islam bukan main liat nak solat... tapi budak kristian... begitu bersemangat ke gereja... ahhh... tidak hairanlah kenapa semakin hari semakin rosak akhlak remaja islam... kes zina... pembuangan bayi... pergaulan bebas... semakin bertambah dikalangan orang islam... tapi sampai bila semua ini akan berterusan... masjid semakin kosong bila orang tua seorang demi seorang meninggalkan dunia yang fana ini... mana yang muda menghilang? yang sepatutnya bangkit sebagai pahlawan membela ummah... ayuh pemuda pemudi harapan agama... kukuhkan tiang kita... tegakkan ia... InsyaAllah... kita akan jadi ummah terbaik!!!

Yang ku Harap

Ahad, Mei 13, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:40 PG
Tengah mengemas bilik... terjumpa puisi ni... dah lama saya karang...

Bukan ku harap kehidupan mewah
Bukan ku harap suami tampan
Bukan ku harap hantaran beribu

Hanya ku harap kehidupan bahagia
Hanya ku harap suami soleh
Hanya ku harap hantaran al-Quran

Andai mampu ku pinta
Segunung kebahagiaan sebagai maharnya
Sepenuh hidup untuk dikongsi bersama
Sekeping hati untuk diberi cinta

Aku bukan Tuhan
Untuk hidup sempurna
Tanpa ada pasangan
Aku bukan Rabiatul Adawiyah
Untuk hidup bahagia
Tanpa suami disisi

Tiang itu Penting

Sabtu, Mei 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:36 PTG
Pernah tengok orang buat bangunan... lama mana diorang pacak tiang atau nama penjajahnya piling... biasanya proses buat tiang ni... separuh dari masa pembinaan keseluruhan... kalau buat bangunan tinggi lagi la lama... buat rumah biasa pun lama... bila dinding dah naik.. sekejap jer rumah tu siap... kenapa lama yer kita kena buat tiang? sebab macam tajuk saya diatas... tiang itu penting... jadi masa buat tiang tu kena bagi fokus yang lebih... pastikan ianya mengikut spesifikasi... barulah bangunan yang dibina tu selamat untuk diduduki.... bayangkan kalau tiang tu kita buat cincai2 saja... berapa lama agaknya bangunan tu mampu bertahan... setelah beratus ribu atau mungkin berjuta kita laburkan untuk buat bangunan tu... berani ker kita naik? duduk dan bekerja di bangunan tu....

kebelakangan ni... banyak bangunan rosak... cuba tengok stadium kat terengganu... cuba tengok MRR2... berapa kali kena baiki... tengok bangunan kat putrajaya... baru jer siap... ada jer yang rosak... belum saya cerita bangunan sebuah perpustakaan ditempat saya kerja lagi... dinding retak seribu... lantai tingkat atas dah menurun... adoi... pelajar nak belajar pun susah... ada sebuah institusi pendidikan tu... pun bangunan mereka nak runtuh... dunia sekarang... ramai yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan awam... asal dia dapat duit... dapat makan rasuah.. bangunan runtuh ... orang mati tersepit pun tak apa... asalkan dia dapat masuk neraka...hahahaa....

biasa kita tengok pentingnya tiang pada bangunan... tapi jarang kita lihat pentingnya tiang agama pada manusia... apakah tiang agama itu... SOLAT... banyak ibubapa yang lebih mementingkan pembangunan lahiriah anak2 berbanding pembangunan rohaniah anak2... berapa ramai ibubapa yang gembira bila anak mereka mampu membaca dan mengira... tapi berapa ramai yang menghantar anak mereka belajar mengaji.... berapa ramai ibubapa yang sanggup berhabis duit untuk anak mereka belajar di kolej dan universiti... tapi berapa ramai ibubapa yang berani hantar anak mereka ke sekolah pondok? kata mereka kalau hantar sekolah pondok nanti keluar nak kerja apa? jadi ustaz...mana glamour...

Tapi berfikirkah mereka... buat apa anak mereka jadi engineer kalau buat bangunan tapi akhirnya bangunan tu runtuh?... buat apa jadi doktor tapi tolong gugurkan bayi tak bersalah dari rahim si penzina?... buat apa jadi peguam kalau membela orang yang salah?... buat apa jadi pemimpin kalau hanya gila kuasa?... buat apa jadi penghibur kalau hanya perosak bangsa?... kenapa saya cakap begini... sebab segalanya bermula dari sebuah tiang... yang dibina sejak kecil... kalau tiang tu tak kukuh... rosaklah insan itu... biarpun dia seorang jurutera, doktor, peguam atau pemimpin....

Fikir balik.. berapa ramai yang sanggup merotan anak bila anak tak nak pergi sekolah... tapi berapa ramai pula yang sanggup merotan anak bila anak tak mahu solat... tiang itu mestilah dibina dengan kukuh dari bawah lagi... barulah mampuu menghasilkan bagunan yang utuh walau dilanda tsunami kehidupan... kalau dari kecil lagi diajar solat... bila dah besar... sibuk macam mana pun dia akan tetap mengerjakan solat... kalau tak pasti hatinya tak tenang....

Aku sebagai pendidik... ajar budak2 yang dah 20 tahun hidup... bagi masa untuk solat... pergi la solat... kadang2 tu siap halau... tapii mereka buat dekkk jer... "nanti la cik... nanti lepas ni kami pergi solat...", "nantilah cik... sikit lagi ni... siapkan dulu..." dan " lepas siap kemas ni kami pergi la solat"... pening kepala aku... takut aku sekali menanggung dosa... tapi mereka degil... ada hari tu aku hantar kat depan masjid... aku balik rumah untuk solat sebab kat masjid tu tempat ambil wuduk untuk muslimah kena kunci... ambil diorang... diorang tak solat dengan alasan... malu la...tak ada tempat,... ustaz tengah mengajar... rasa nak tumbuk jer sorang2... dush..dushh.. dushhh....

bila lihat macam ni la remaja kita hari ni.... ni yang jenis baik lagi... bukan yang jenis kutu tu... saya tak hairan kenapa masyarakat kita makin punah.. dah tiang bukan dari cengal... tiang dari span jer... sekejap jer bangunann itu boleh runtuh... tak pelik la kalau beli kereta...kereta rosak... beli rumah... rumah roboh... nak berurusan pun kena hulur duit.... kerana rasuah semakin bermaharajalela... bila manusia tak kenal tuhan... mereka tak kenal matlamat hidup.. bila tiang dah tak kuat... apa yang datang... itu yang dikejar... biarpun ianya hanya kenikmatan yang sementara... kalau keadaan ni berterusan... tak lama lagi.... ranaplah Malaysia...