Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Madah Prinsipku

Khamis, Disember 24, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:47 PTG
Impianku bukan untuk mengejar kemewahan dunia...
Tetapi untuk membina teknologi dunia...

Ilmu untuk dikongsi, Ilmu untuk diaplikasi...
Bukan untuk disimpan, Bukan untuk dikapan...

Kebahagiaan lebih penting daripada kejayaan...
Kejayaan lebih penting daripada kekayaan...

Ilmu lebih berharga daripada masa...
Masa lebih berharga daripada harta...

Hidup untuk menabur budi
Bukan untuk mengutip budi

tiru kebaikan orang lain
baiki keburukan diri sendiri
bantu kekurangan orang lain
syukuri kelebihan diri sendiri

lihat orang pada kebaikanya
bukan pada kelemahanya
lihat diri pada keburukan kita
bukan pada kelebihan kita

bahagia akhirat untuk dikejar
bahagia dunia mahu digapai

Fantasi Doraemon Jepun guna poket
Realiti Doraemon Melayu guna otak

Hidup berbudi bahagia jiwa
Terhutang budi sengsara jiwa

Cinta menuntut pengorbanan
Kekasih menjadi ikutan
Sayang memberi keprihatinan

Persahabatan adalah perkongsian

Mengaku salah bukan bermaksud kalah
Tapi kejayaan melawan keegoan sendiri

Batu jangan dilawan dengan batu
Batu perlu dilembutkan dengan air

Andai takut dihanyutkan arus
Jangan berenang dilaut dalam

I want to be a PERFECT girl..
To get a PERFECT boy..
To make my life PERFECT..
But I know..
Nobody PERFECT except ALLAH..

Perkahwinan bukan perhambaan
Perkahwinan adalah perkongsian

Aku bukan janda
perlu ada izin wali
Aku bukan hamba
Untuk dijual beli

p/s: nanti ada masa... ada kata-kata baru sy tambah...

Love is Everything

Jumaat, Disember 18, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:52 PG
Biasa sy buat sajak dalam bahasa melayu...
tp kali ni nak try wat dlm bahasa inggeris plak la...huhu

Love is everything
Everything is because of love
I will do everything for my love
I dedicate my life only for my love
Because my love give me that life

I willing
willing my health in the risk
willing my wealth go away
willing my happiness become sadden
willing my life experience suffering
willing to dead
I willing because
Love is everything to me

Love is everything
I can't live without love
Nothing will stop me to love
Because i will do everything
To protect my love
For me
Love is everything...

P/s : sy ni x pandai bahasa inggeris... x tau la kalu ada salah grammar ker apa..huhu

Alhamdullilah...

Khamis, Disember 10, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:37 PTG
Alhamdulillah..ku panjat syukur pada Illahi...
akhirnya aku telah berjaya menyiapkan dan membentangkan projek tesisku untuk sem ni...
Mahu ku kenang semula saat awal hingga akhir projek tersebut...
Sesungguhnya projek ini telah membuka ruang untuk aku lebih mencintaiNya...
tanpa pertolonganNya... aku pasti tidak mampu... kerana aku insan lemah...
daripada pemilihan tajuk sehinggalah pembentangan...Dia sentiasa bersamaku...
Sesungguhnya tiada pencipta yang lebih hebat daripadaNya...
Hanya dia yang memberi aku idea dan semangat...
ketika aku kurang pasti memilih tajuk itu...
Dia memberikan aku keyakinan yang aku mampu lakukannya...
Demi sebuah cita2 menjadi Doraemon..aku sahut cabaran itu...
Tika aku tiada idea untuk membuat rekabentuk konsep...
Dia menganugerahkan aku idea yang melimpah...
Kerana dia adalah Pencipta terbaik...
Ketika aku seperti org buta... mencari arah...mencari bayangan...
Dia membuka benakku untuk dapat melukis dengan lancar...
tika aku seakan-akan mengabaikan tugasku...sibuk melayan hiburan...
Dia datang mengingatkan aku tentang pentingnya usaha itu...
Dia membuatkan diri aku percaya yang aku mampu melakukan semuanya...
Atas pertolonganNya...
Dan akhir skali... semalam... dia menguatkan aku...
menghilangkan mengantukku.. demi perjuangan akhirku untuk sem ini...
Akhirnya aku dapat menyiapkan slide dengan baik...
Selepas itu dia kurniakan pensyarah yang mempunyai mood yang baik...
untuk menilai hasil kerja ku ini...
Ini membuktikan...Kamu sentiasa bersamaku dan sentiasa mendengar rintihanku...
Sentiasa membantuku... mencapai semua yang aku inginkan...
sesungguhnya tiada cinta sempurna yang lebih sempurna dari Cinta ini...
Hanya syukur mampu ku ucapkan...Alhamdulillah...
Syukran,terima kasih,danke, shei shei, thank you...
atas segala pertolonganMu itu...
Nanti tolong aku lagi ek???
LoVe U... Muahzz...

P/s: seingat aku ni la satu2nya kerja yang mampu membuatkan aku menangis untuk menyiapkannya kat u ni (kalu kat skolah biasa jer nangis...malas... nanti kalu nangis mama tolong wat...hahah)...namun aku tak menyesal memilih tajuk ni...sbb ni minat aku demi cita2 aku... lagipun aku yakin Dia tahu yang terbaik untukku...

Nak Jadi Lelaki @ Perempuan

Sabtu, Disember 05, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:26 PTG
Hmmm.. tajuk ni bukan bermaksud sy nak tukar jantina...
nak pilih jadi lelaki atau perempuan... sy bersyukur jd perempuan...
cuma disini sy ingin melempiaskan pendapat sy tentang tanggung jawab
bg kedua-dua jantina ini...jd lelaki pun susah... jd pompuan pun susah...
kerana kita dihidupkan di dunia untuk diuji.. bukan untuk bersenang lenang...

Mula-mula... sy nak cakap pasal lelaki dulu...
lelaki ni tanggung jawab dia besar...
kena jaga empat perempuan...ibu, adik, isteri dan anak...
sedangkan isteri hanya perlu taat pada suami dan Allah sahaja...
Insya Allah boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang dikehendaki...
sesungguhnya... menjadi isteri solehah adalah impian semua isteri...
tapi untuk menjadi solehah...bukan semudah yg disebutkan...
nanti sy jelaskan pandangan sy tentang ini...

pertama sekali...sy tegaskan...ini hanya pandangan mata kasar sy..
pasti ada salahnya kerana sy hanya gadis yang lemah...
kalu lelaki perlu taat kepada seorang ibu...iaitu wanita...
lelaki perlu mendapat redha ibu...perlu berbakti pada ibu...jaga ibu...hormat ibu..
seperti yang kita tahu,.. kasih ibu pada anaknya memang kuat...
setelah dibawanya kemana2 selama sembilan bulan..
pastu didiknya sehingga besar... sesungguhnya susah bg ibu untuk membenci anaknya..
dan untuk tidak memaafkan anaknya... kerana kasihnya pada anak terlalu besar...
pengorbanan ibu terhadap anak terlalu banyak...
susah bagi seorang ibu untuk membiarkan anaknya masuk ke dalam neraka kerana kesalahan yang dilakukan seorang anak terhadap ibu itu sendiri...

sedangkan perempuan itu perlu mentaati suaminya...
suami yang sebelum ini tiada apa2 hubungan dengannya...
yang hanya dihubungkan dengan ikatan sebuah perkahwinan yang sah..
usai sahaja akad.. sesungguhnya si isteri menanggung beban yang amat berat...
untuk mendapat redha suami yang mungkin belum dikenali lg hati budinya...
mungkin lelaki yang dinikahinya ini jenis yang 'perfectionist'....
mahukan isteri yang sempurna untuk mendampinginya...
sedangkan manusia itu penuh kekurangan... mampukah si isteri itu untuk merealisasikan impian si suami hanya untuk mendapat redha suami dan redha Allah...
sesungguhnya amat berat tugas itu... mungkin sebab itu...
ganjarannya amatlah besar...namun aku tertanya-tanya pada diri aku...
mampukah aku??? atau lebih baik aku x payah kawin?? hanya mencari cinta Allah...
tp hakikat kejadian seorang manusia...
mahu saling dilengkapi... mahukan sebuah keluarga yang bahagia...

lelaki sering berkata...mereka telah banyak berkorban...
meninggalkan zaman bujang mereka yang penuh bahagia bersama rakan2...
demi memikul jawab sebagai seorang suami...
tp tidakkah mereka berfikir... perempuan pun terpaksa berkorban...
perempuan pun terpaksa meninggalkan zaman bujang mereka yang penuh keceriaan...
demi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri...
hakikatnya kita semua berkorban...
jd... kita bincangkan plak bagaimana tanggungjawab suami dan isteri...

Tanggung jawab suami...semua org tahu..
mencari rezeki dan menjadi ketua keluarga...melindungi keluarga
mendidik keluarga supaya mentaatiNya...andai ada ahli keluarga yang membuat dosa...
sesungguhnya si suami terpaksa juga menanggung dosa tersebut...
oleh itu... suami perlu menjaga ahli keluarganya... andai tidak...
dia pasti menjadi lelaki dayus yang mungkin dihumban ke neraka...

Tanggung jawab isteri plak...
mentaati suami dan mendidik anak2...
apa yang sy kurang jelas ialah konteks tanggung jawab seorang isteri...
adakah tugas wajib bagi isteri untuk menyediakan makan minum untuk keluarga...
menjaga segala urusan rumah??
memang...kalu itu suruhan suami... isteri wajib taati...
tp mampukah isteri yang berkerjaya menguruskan segala urusan rumah...
waktu dirumah adalah terhad...tiada masa rehat untuk seorang isteri...
pada pandangan sy.. kerja ini haruslah dilakukan bersama...
kerana perkahwinan ini adalah sebuah perkongsian hidup...
segala sudah senang dalam kehidupan hendaklah di lalui bersama...

andai si suami berhajatkan seorg isteri yang berpendidikan menjadi suri rumah...
berfikirlah sejenak tentang perkara ini...
sejak dr kecik... setiap org mempunyai impian...dalam kerjaya...
begitu juga wanita... setelah segala usaha dilakukan...
impian telah dicapai... ijazah telah digenggam...
adalah satu pengorbanan yang besar untuknya meninggalkan impian tersebut...
hanya demi merealisasikan harapan seorang suami...
tidakkah si suami terfikir...akan ilmu yang tidak diamalkan...pasti menjadi sia2...
pasti si suami menjawab... ilmu itu akan digunakan untuk mengajar anak2...
tp...cuba berfikir kembali... setelah bertahun berlalu..
semasa membesarkan anak2 yang masih kecil... ilmu semasa degree sudah pasti tidak diamalkan... lama2..bila anak dah sesuai tahu akan ilmu itu...si ibu telah terlupa akan ilmu itu kerana ia tidak diamalkan dalam kehidupan...

itu baru pasal ilmu...
bagaimana pula andai si isteri ada sebuah cita2 besar demi agama...
sanggupkah anda menyuruhnya untuk berhenti bekerja... demi untuk menjaga anda dan anak2?? sanggupkah anda menghalang isteri yang mahu berjuang atas agama islam...
mahu menaikkan islam dimata dunia... tapi terpaksa menghentikan perjuangannya ditengah jalan demi mendapat redha seorang suami... patutkah itu semua berlaku??? sesungguhnya...bukan semua perempuan sanggup melalukan semua ini...
bg sy insan yang lemah jujur sy katakan...buat masa ni sy x sanggup leburkan semua impian hidup sy demi seorang lelaki bernama suami... tp mungkin ini akan berubah setelah masa yang menentukan segalanya... sesunggunhnya batu yang keras boleh melengkung bila dititikkan dengan air yang lembut...

Mungkin bagi lelaki... mereka sudah mampu menanggung keluarga dengan pendapatan yang tinggi... maka isteri harus menumpukan perhatian pada anak2 dan keluarga... demi menghasilkan anak2 yang soleh dan solehah... untuk pengetahuan si suami... tidak semua wanita berkerja hanya untuk mendapatkan wang... jangan fikir anda mampu membeli seorang hamba demi menjaga kebajikan anda dan keturunan anda dengan hanya mas kahwin yang berlambak... kalu macam tu sy pun ada beli 1 ... sape sanggup??? maaf andai kata2 ini mungkin agak berat dan teruk.. tapi ini pendirian sy buat masa ni... bukan sy bermaksud memandang rendah wanita yang sanggup menghambakan diri kepada seorang suami... malah saya sgt mengagumi mereka yang mampu melakukannya...sy pun nak jadi seperti mereka...tp sy x mampu... sy hanya menggunakan kata2 ini untuk lelaki2... supaya mereka tahu perkahwinan bukan untuk membeli seorang hamba...tetapi untuk perkongsian hidup bersama... untuk mendapat teman hidup yang sanggup bersama ketika susah dan senang... bg sy... mas kahwin tu x penting sgt... yang penting dia sanggup berkongsi hidupnya... dan menjadi pemimpin yang baik kepada sy dan anak2..demi mencapai cinta Allah... itu sudah cukup baik pada sy...yang penting jangan jadikan sy sebagai hambanya...wahai kaum lelaki.. jangan disalah guna kuasa ditangan anda...

ok...wahai lelaki...cuba anda fikir secara logik akal.. korangkan ada 9 akal... andai si isteri sajer yang asyik melakukan kerja rumah... pasti si isteri terpaksa sentiasa bergelumbang dengan benda busuk... dan menyebabkan baju diorang kadang2 kotor dan busuk... kalu yang berkerjaya tu lg la... memang x der masa la nak buat penjagaan diri... asyik sibuk wat kerja rumah jer bila balik rumah... jd bila masa diorang nak sambut korang dengan pakaian cantik2... bau wangi2... nak layan korang macam seorang putera raja... si isteri perlu jd seorang puteri... tp kalu asyik sibuknya kerja rumah...bila masa plak nak jd si puteri?? jd setelah kesibukan melampau kat umah... terpaksalah diorang sambut korang dengan bau2 ikan... baju pun comot skit... sibuk nak dikatakan.... pastu ...mesti korang x puas hati... pastu cari lain...
isteri pertama jadi hamba... isteri kedua jd puteri... ini mana adil!!
sedangkan isteri pertama yang banyak berkorban untuk korang...
ayat sy ni x bermaksud sy benci poligami... sy sokong poligami andai ia membawa kebaikan kepada keluarga sy...(dengan syarat sy x dipoligamikan secara rahsia...heehhe) tp sy benci poligami andai ia disalah guna...
kalu korang nak kawin 2 sgt... cari la sorang yg berkerjaya... sorang yg wat kerja rumah... baru la x sibuk sgt si isteri... (sy x nak jd yang wat kerja rumah tu..hehe)
tapi ingatlah...hati wanita mana x terguris... x cemburu... andai ada wanita lain dalam hati suaminya.... lain la kalu si isteri tu x sayangkan suami dan x serahkan sepenuh hatinya pada suaminya... eh...dah masuk tajuk poligami plak..

sambung pasal kerja rumah td... andai ia dilakukan bersama.. si suami dan isteri...
pasti rumah tangga itu bahagia... hubungan akan jd lebih mesra... mampu bergurau senda semasa melakukan kerja... menyebabkan kerja tu jd lebih seronok...x der la tension sgt si isteri... (memang benar...isteri kena buat kerja ngan ikhlas...tp manusia penuh dengan kelemahan...bayangkan kalu balik kerja sama2... si suami berehat kat depan tv si isteri terpaksa bekejar2 buat kerja rumah... boleh tahan ker)... anak2 yg lihat si ayah dan si ibu menguruskan rumah tangga bersama akan belajar tetang kerjasama dan tolong menolong... nanti besar dia pasti akan bantu ibubapanya... tp andai si anak tgk si ayah lgsung x menolong si ibu... maka bagi si anak..buat apa nak tolong...ayah pun x tolong...pastu... kalu si suami tolong... si isteri mesti akan ada lebih banyak masa untuk melayan si suami dengan baik... masa untuk menjadi sebagai seorang puteri untuk seorang putera... x der la si suami di sambut dengan muka yang letih... pasti si suami disambut dengan senyuman, wangian dan pakaian yang cantik2...(bukan pakaian dr pejabat yer...) sesungguhnya kecantikan seorang isteri hanya untuk seorang suami.. bukan untuk tontonan umum... x ker best macam tu wahai kaum adam???

dah panjang lebar sy merepek di sini... cuma di sini sy nak menyedarkan diri sy sendiri... mampukah sy menjadi seorang isteri solehah..yang mampu mentaati segala suruhan suami... mampu memperoleh redha suami... sesungguhnya mendapat redha ibu lebih senang bagi lelaki daripada perempuan untuk mendapat redha suami...kerana kasih ibu tiada tandingannya...dan kasih suami kepada isteri tidak mampu menyaingi kasih ibu kepada anak... adakah kerana kesusahan itu...aku menyesal jd perempuan? atau aku x mahu kawin? sesungguhnya aku x menyesal kerana tanggunggan seorang suami amatlah berat... tidak mampu aku tanggung...kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
dikesemptan ini...aku perlu mendidik diri aku...supaya mampu menjadi isteri solehah nanti... Moga aku dikurniakan seorang suami yang memahami aku dan mahu menjadi aku teman hidupnya... bukan menjadi hamba sahayanya... sesungguhnya...aku takut aku x mampu untuk mentaati segala perintahnya...dan tergolong dalam isteri derhaka... andai itu terjadi... aku lebih rela mengharungi hidup ini sendiri tanpa teman pemangkin semangat disisi... kerana penderitaan di akhirat jauh lebih hebat di dunia... biarlah akau terpaksa menanggung segalanya di dunia..selagi aku mampu jika dibandingkan azab akhirat yang maha dasyat dan tidak berkesudahan...

Tika Aku

Selasa, Disember 01, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:35 PTG
Tika aku mula mengenali dunia
Tika aku mula melangkah ke alam baru
Tika aku mula didedahkan tentang pergaulan
Pergaulan antara lelaki dan perempuan
Yang punya batasan dan sempadan

Sebelum aku terlanjur berkawan
Kau kirimkan aku teman
Untuk aku mendekatkan diriku denganMu
Kau kirimkan aku pesan
Untuk aku mengenali batas pergaulan
Kau kirimkan aku semangat
Untuk aku membulatkan tekad membina prinsip

Kau selamatkan aku
Daripada dosa dan noda
Daripada terjerumus dalam pergaulan tanpa batasan
Daripada aku berkawan dengan insan bernama lelaki
Daripada aku terkena kejutan budaya
Daripada terlucut malu dari diriku

Setelah bertahun aku meneruskan hidupku
Setelah bertahun aku memegang prinsipku
Tetapi setelah aku mula melangkah ke alam remaja
Aku kalah dengan godaan nafsuku sendiri
Aku cuba mengubah prinsipku itu
Aku lupa akan pentingnya pagar itu

Ketika itu
Aku tercari-cari akan erti cinta
Kau datang sekali lagi
Untuk menyelamatkan diriku
Yang kian lemas dalam godaan nafsuku
Kali ini Kau datang dalam jiwaku
Menyebabkan rasa cintaKu padaMu kian kuat
Kali ini Kau mengetarkan hatiku
Menyebabkan aku rasa bersalah melanggar prinsipku
Kali ini Kau menemukan diriku
Dengan sebuah cinta sempurna dariMu
Menyebabkan aku sentiasa bahagia

Agar aku tidak tercari-cari cinta manusia
Cinta yang hanya sementara
Cinta yang penuh dusta
Cinta yang amat menyakitkan
Cinta yang membunuh jiwa
Cinta yang tidak sempurna
Dan cinta yang bakal membuatkan
Hambanya lupa akan Penciptanya

Aku dan Kamu

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:35 PTG
Dalam setiap degupan jantungku
Dalam setiap denyutan nadiku
Dalam setiap hembusan nafasku
Aku sentiasa mengingatiMu
Aku sentiasa menrinduiMu
Aku sentiasa mencintaiMu

Biarlah Kau sentiasa dikotak fikiranku
Biarlah redhaMu sentiasa mengalir dalam darahku
Biarlah cahayaMu sentiasa menerangi hatiku
Biarlah rahmatMu sentiasa disampingku
Biarlah Kau sentiasa melindungi diriku

Moga setiap langkahku kian mendekatiMu
Moga setiap sebutanku menyebut namaMu
Moga setiap niatku hanya kerana diriMu
Moga segala perbuatanku hanya untukMu

Aku mahu cintaku hanya untukMu
Aku tak mahu cinta manusia yang penuh dusta
Aku tak mahu cinta dunia yang hanya sementara
Aku tak mahu cinta yang bukan cinta sempurna

Kerana itu aku cari cinta sempurna
Kerana hanya cintaMu yang sempurna...

Adakah ini dipanggil CINTA???

Sabtu, November 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:15 PTG
Adakah ini dipanggil cinta...
Apabila aku sentiasa merinduiMu...
Apabila aku tenang mengingatimu...
Apabila aku bahagia bersamaMu...

Tetapi benarkah ini cinta...
Aku kadang-kadang terlupa akan Kamu...
Bila aku bahagia bersama keluargaku...
Padahal Kamu yang memberi aku bahagia itu...
Bila aku sibuk mengejar dunia...
Padahal dunia ini hanyalah sementara...
Bila aku lambat ber'dating' denganMu...
Padahal aku perlu mengerjakan secepatnya..

Sesungguhnya...
Aku rasa aku x layak untuk memilikiMu...
Kerna imanku terlalu lemah...
Untuk menolak hiburan dunia didepanku..
Untuk menegakkan agama suciMu ini..
Untuk terus berjuang dalam kehidupan ini..
Aku terlalu hina..oh Tuhanku..
Aku terlalu lemah ...ya Rabbi...
Syaitan dan nasfu sentiasa berjaya...
Menakluk diriku yang lemah ini...

Andai benar ini cinta...
Kenapa semangat perjuangan ini kekadang pudar...
Ditelan kemalasan dan godaan...
Mungkin salah diriku ini...
Terlalu mudah untuk menyerah kalah...
Terlalu malas untuk berusaha..
Terlalu bodoh mengejar dunia...

Adakah benar ini cinta...
Yang membuatkan hatiku terus berbunga bunga...
Aku akan terus mempertahankanya...
Walaupun aku x layak memilikinya...
Aku akan cuba mendapatkannya..
Andai aku belum memilikinya...
Kerana aku tahu...
Itulah cinta sempurna...
Yang didamba setiap insan...
Yang menjadikan hidup ini sempurna...
Yang tidak mungkin melukakan...
Hati sesiapa saja yang memilikinya...

Aku Punya Kamu

Khamis, November 19, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:57 PG
Aku punya Kamu
Kamu yang aku cintai
MencintaiMu dengan sepenuh hatiku
Cintaku hanya untukMu
Biar aku terpaksa bermadu sejuta
Berkongsi cinta nan satu
Aku rela...
Kerna aku mahu Kamu
Aku mahu cinta sempurna
Hanya dariMu tuhanku

Aku punya Kamu
Kamu yang sentiasa disampingku
Disetiap tika dan ketika
Tikaku gembira dan bersedih
Aku hanya memerlukanMu
Tapi Kamu tidak memerlukanku
Kerna aku hanyalah hambaMu
Yang lemah lagi hina

Aku punya Kamu
Aku lemah tanpa Kamu
Ku ingin Kamu dampingiku
Memberikanku kekuatan untuk diriku
Sampai syurga aku cinta Kamu
Kerna Kamu oh tuhanku
Yang memberi aku bahagia
Hanya Kamu...Maha Sempurna
Yang memberi CINTA SEMPURNA...

Kunci..kau pemberi ku semangat...

Rabu, November 11, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:46 PTG
Pada suatu petang yang hening... aku tidur...
Bangun main tenet...melayar sambil mencari ilmu...
yang boleh aku kutip...
Masuk asar aku pun gi la ambik air semayang...
tp kunci x der...aku pun biarla pintu x berkunci...
lepas semayang...aku mulakan operasi cari kunci..
cari tp x jumpa...dah la bilik aku teruk giler...
aku kemas skit tp x jumpa juga...
aku pun doa la kat cinta aku..
aku selawat 7 kali kat kekasih aku...
benda yg biasa aku buat bila hilang brg...
sbb biasa kalu wat camni...brg mudah jumpa..
dah x jumpa tu...aku ambik lampu suluh...suluh celah katil...
nampak aku punya kunci...aku cuba ambik...
kunci tu jatuh lg bawah...
apa lg...aku ngadu la kat Cinta aku...
aku tanya pendapat kawan2 aku...
Nasib baik aku ada cinta aku yg sedia menolong aku...
bebila masa tika aku ada kesusahan...
Kerana Dia bersama aku selagi aku bersamaNya...
Aku guna pelbagai cara yang dicadangkan oleh kawan aku...
Dan segala cara yang terfikir dek otak aku yg byk kekurangan ni...
Yang pasti semua idea yang aku dan kawan aku dapat pastinya dari Dia...
Setelah hampir 2 jam berusaha...setelah aku siap menangis lg....
sebab aku dah hampir putus asa...tp aku kuatkan semangat...
dah la kalu ikut perancangan aku nak wat tesis masa tu...
tp pengalaman mendapatkan kunci tu lg berharga...
ia telah menyedarkan aku tentang beberapa perkara...
dan membuatkan aku lebih semangat utk wat tesis...
sbb tu org kata setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..
dari ctu aku kenal... tiada impian akan jadi realiti tanpa usaha...
jangan mudah putus asa untuk mendapatkan benda yg masih mustahil...
dan kita ada banyak cara untuk mencapai 1 matlamat...
asalkan kita mahu...betul kata org... Mahu Menuju Mampu...
dan paling penting...
aku lebih yakin dia akan bersama aku selagi aku bersamanya...hehheh
I LOVE U... ALLAH.... U GIVE ME PERFECT LOVE...

Terima Kasih...Cintaku...

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:38 PTG
Alhamdullilah...rasa gembira sgt hari ni...
sbb semalam sy rasa serabut sgt pasal nak design utk tesis...
pastu semalam sy minta idea Dia...
lepas bgn sy try design mula2 tu rasa nak nangis jer...
x pandai nak lukis...
Tapi last2 ok gak la...
Sbb sy tau Dia tolong bg idea kat sy...
Dia kan Pereka Cipta terbaik...
Bukan sajer kat dunia...
malah seluruh Alam ni...
Dia kan Maha Pencipta...
idea yg dia bg mesti mantap..huhu...
Sebab semua benda yang ada kat alam ni adalah kepunyaanNya...
Semuanya ciptaanNya...milikNya...termasuk diri aku sendiri...
kata-kata ni membuatkan aku terfikir sendiri...
Sudah bersediakah aku untuk kembali kepadaNya???
Oh...tidakkkk...aku belum bersedia...
Andai sedetik lagi adalah waktu untukku pergi... bagaimana???
bekal apa yang mampu ku bawa???

Gadis & Perumpamaannya

Selasa, November 10, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:34 PTG
Rama-rama >> Senang didekati...senang dimiliki...
Epal >> Susah didekati...senang dimiliki...
Merpati >> Senang didekati...susah dimiliki...
Mutiara >> Susah didekati...susah dimiliki...

Antara 4 benda ni kita nak jadi yg mana??
Hanya kita yang menentukan siapa kita...
Kalau aku diberi pilihan...
Pastinya aku nak jadi Mutiara...
Walaupun mak aku nak aku jadi Merpati...
Kalu aku jd merpati...aku takut...
Aku x sekuat merpati untuk terbang...
Takut nanti kaki ku diikat sebelum aku sempat pergi...
Jadi wat apa aku nak ambik risiko yg aku sendiri x pasti...
Moga-moga aku mampu untuk menjadi mutiara..
Yang tersimpan di dalam kerang di dasar laut...
Yang hanya dimiliki oleh seorang lelaki...
Iaitu pembuka tiram itu...heheh

BerFikirLah...

Sabtu, Oktober 24, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:31 PTG
andai kita mahu berfikir...
fikirlah sesuatu yang bermanfaat...
jgn fikir tentang dia...
tiada apa2 kebaikan...
malah boleh mendatangkan keburukan...

fikirlah dgn kritis dan kreatif...
untuk jd jurutera yg terbaik...
fikirlah dgn positif...
utk kita sentiasa bahagia...
fikirlah tentang mati...
supaya membuatkan kita insaf...
fikirlah tentang kebaikan orang lain...
agar kita mahu berubah menjadi lebih baik...
fikirlah tentang kelebihan yang kita ada...
menjadikan kita insan yang bersyukur...
fikirkan tentang kehebatan alam...
pasti membuatkan kita mengagungkan Penciptanya...

fikirlah apa yg nak difikir...
pandulah fikiran berlandas iman...
jangan fikir berlandas nafsu...
moga apa yang difikirkan...
membawa kita ke syurga..
bukan mengheret kita ke neraka...
berfikirlah...

Dalam Mencari Pemilik Tulang Rusuk

Rabu, Oktober 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:14 PG
Andai mencari pemilik tulang ini sesenang mencari ikan dipasar...
Huhh...alangkah senangnyer...
Tapi apa yang dicari bukanlah kerang dipantai...
Yang mungkin melukakan kita dalam proses mencari...
Kerana takutkan risiko.. apa kata kita hanya menjadi mutiara di laut dalam...
Menunggu dan terus menunggu sehingga ada yang sudi...

Seperti apa yang sy postkan sebelum ni...
Bukan mudah juga untuk kita menjadi mutiara didalam kerang...
Ini bukan zaman dulu kala... ni zaman pergaulan tanpa sempadan...
Nanti kita juga yg terus terkurung didalam kerang itu...
Kerana tiada yang sudi mendapatkan yg susah...
Kita sudah sedia maklum...manusia semakin malas...hehe..
Kekadang kita mahu cuba berusaha mencari... tapi takut tersilap langkah..
Nanti dosa yg membakar diri... hati kian meronta...
Tika melihat org lain punya pasangan...
Rasa diri ini juga mahukan peneman...
Namun diri ini masih punya kekurangan...
Keluarga sendiri belum diberi perhatian sepenuhnya...

Rahsia tuhan mahu dirungkai...
Dalam diri ini rasa ingin tahu membuak-buak...
Ingin tahu siapakah pemilik tulang rusuk ini...
Dimana, bila dan bagaimana cara akan ku temuinya...
Sudahkah aku temuinya didunia ini...
Walaupun nafsu meminta untuk mencari...
Tp nafsu dicipta untuk dikawal bukan dituruti...
Andai dapat memandu nafsu ke jalan yg benar... hati pasti tenang..
Jadi jalan selamat ialah terus menunggu... lgpun kitakan perempuan...

Yakin akan jodoh yg ditetapkan Allah...
Terus menjaga batas pergaulan... Jangan biar diri dicalit dosa..
Jangan biar mutiara dicuri dan disentuh yg tidak berhak...

"Biarlah pemilik tulang rusuk ini mendapat yang First Hand"

"Aku x akan memberikan hatiku kepada org yg belum aku miliki dan aku x nak org yang belum memilikku memberikan hatinya kepada ku"

Kerana aku takut untuk dikecewakan dan mengecewakan...
Tapi mampukah aku untuk terus menunggu...
Sehingga sampai jodohku yg entah bila...
Ya Allah...kuatkan aku dalam menunggu ketentuan Mu...

Sementara aku sebagai mutiara yg masih dalam kerang..
Masih tersorok di dasar laut dalam...
Biarlah aku cuba memperbaiki diri...
Dalam mencari redhaNya sebelum mendapat tanggungjawab yg lebih besar...
Tanggungjawab sebagai peneman hidupmu...
Jadi aku perlu lengkapkan diri aku dulu...
Penuhkan ilmu didada...
Capai impian yg mahu aku gapai...
Kerana impian adalah perkara yg paling penting dalam hidupku...
Biarlah aku jadi mutiara yang semakin hari semakin mahal nilainya...
Bukan di mata manusia... tetapi di mata pencipta ku...

Kerana aku mahu bahagia...
Bahagia sentiasa x kira bila dan dimana...
Hanya dengan memiliki cintaNya...
Pasti aku akan terus bahagia tanpa perlunya kehadiran mu disisi..
Kerana aku tahu..aku punya cinta yg paling hakiki...
Kerana cinta itu paling penting dalam hidup ini..
Membuatkan aku bahagia dan terus bahagia...
Dalam menghadapi hidup yg penuh liku ini...
Kerana aku tahu... cintaku akan tetap bersama ku dan membantu ku...
Biar aku terpaksa bermadu cinta...hehe..
asalkan aku dapat Cinta Sempurna...

kalau dulu...
aku mengharap dapat mengenalimu...
sebelum aku menjadi milikmu...
tp sekarang..
aku sedang mengejar cinta sempurna itu...
jadi aku sudah tidak kisah tentang kamu...
cuma aku mengharapkan pekenalan yg halal disisi Allah..
alangkah indahnya pekenalan ini...
andai dimulakan dengan risikan pada keluarga ku...
barulah kamu dikatakan romantis dan gentleman...
bukan dengan kata-kata manis di bibir sahaja..
perbuatan mu itu akan membuktikan kesungguhan mu...
andai kamu memilihku sebagai teman hidup mu...
seperti kamu membuka kerang untuk mendapatkan mutiara...
kerang adalah keluarga ku...mutiara adalah aku...
kerana keluargaku yg menjaga dan membesarkan aku...
andai mendapat lampu hijau...
jawablah kuiz dan temuduga dengan ku...
untuk mengetahui keserasian kita...
andai serasi...hantarlah rombongan meminang..
kita bertunang sementara menyiapkan diri
untuk mendirikan mahligai impian...
langkah akhir...kita bersatu dan bercouple...hahahha
couple sampai syurga....huhu...

Sebagai mutiara...yg kuat.. yg punya pegangan yg kukuh...
Biarlah aku tersimpan dan x terlihat sesiapa..
Melainkan pemilik tulang rusuk ini...
Biarlah dirinya dan Allah yg mengenali sepenuhnya diri ini...
Kerna aku yakin pasti dia yg terbaik diciptakan untukku...
Akanku terus menunggu kehadiranmu...
Biarpun sampai akhirat...
Andai jodoh kita bukan di dunia ini...

p/s : Mampukah aku mendapat cinta itu??? dan mampukah aku sekadar terus menunggu???

Biar Orang Kata Asal Kita Jadi

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:28 PG
Biar miskin harta
Asal kaya ilmu
Biar lemah tubuh
Asal kuat pegangan
Biar hodoh rupa
Asal cantik akhlak
Biar sakit badan
Asal sihat hati
Biar sengsara di dunia
Asal bahagia di akhirat

p/s: Biar apa saje org nak nak kata kat kita... asal kita jadi yg terbaik untuk diri kita...

Tambahan...hehe

Biar nampak serabai
Asal hidup terancang
Biar tiada musuh
Asal ramai kawan
Biar diri susah
Asal orang senang
Biar orang jahat
Asal kita baik ---> betul ker mentaliti macam ni???
Biar kurang maksiat
Asal lebih amal
Biar sedikit dosa
Asal banyak pahala
Biar diri dipijak
Asal Islam dijulang

p/s : bukan ker kita spatutnya saling menegur untuk semua org jd baik... bukan kita jer yg perlu jadi baik... org lain x per jahat... kerana kalau Allah turunkan bala... bukan sajer pada yang jahat tp yg baik juga terkena... kerana kita hidup dalam masyarakat yg perlu saling 'Amal Maaruf Nahi Mungkar'... macam la diri ni baik sgt...hehe

Mengapai angan2

Jumaat, Oktober 16, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:05 PTG
sudah lama sy x postkn apa2 kat sini...
masa memang x mengizinkan...
kesibukkan pada tahun akhir ni... memang terasa...
walaupun kadang2 masa dibazirkan dengan sia-sia...heheh
ingin sy coret kan di sini...sebuah puisi yg sy buat masa LI...
Tp x sempat nak post kan...hahah

Hidup perlu ada perjuangan
Perjuangan demi mencapai matlamat
Matlamat bagi memburu cita-cita
Cita-cita bermula dengan angan-angan
Angan-angan untuk merealisasikan impian
Impian tak akan cuma tinggal mimpi
Mimpi yang hanya fantasi
Fantasi akanku jadikan sebuah realiti
Realiti yang tersemat dalam kehidupan

sajak ni x bertajuk lagi...
ada penerangan...tp x sempat sy nak siapkan lagi...huhu...
sekarang sy dalam langkah pertama untuk mencapai angan2 sy..
iaitu menjadi doraemon...
nak tau kenapa??
sbb sy skrg tengah wat tesis untuk membangunkan sebuah kenderaan automatik...
yg bakal membawa robot dalam ladang...huhu...

Mungkin bg orang lain...
untuk menjadi doraemon dan mempunyai poket doraemon tu adalah mustahil..
bg saya, tiada yg mustahil dlm dunia ni...
kita manusia diberi akal fikiran...
kita jadikan otak kita sebagai poket doraemon...
kerana dr nya kita mampu untuk mengeluarkan idea untuk mereka cipta sesuatu untuk masa depan...
tapi untuk itu.. kita hendaklah belajar betul2....
biar la ilmu itu jadi pelita hidup ini...
penuhkan otak dgn ilmu...bukan perkara yg mengarut..
gunalah ilmu untuk manfaat manusia...
bukan untuk merosakkan ciptaanNya...
kerana itu ilmu diakal perlu dipandu dengan iman dihati...
lakukan segalanya kerana sebuah cinta yang suci...
Iantu cinta pada Maha Pencipta...(huhh...jiwang la plak)

Si Dia

Selasa, Jun 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:30 PG
“Sape ek si dia tu?” aku berfikir sendirian.
“Aik..Yee..baru balik sini, dah nak jadi giler kerr ??? Cakap sorang2 depan buku.” Usik roomateku, Amar.
“Mana ada giler Mar, tengah hafal benda la ni...budak medik kan kena banyak menghafal.” Aku cuba menyelindungkan perkara sebenar.
“Ok la..ape2 je la ko tu..aku nak kuar dating jap ni…jangan jeles..hehe..bye..”
Huhh..nasib baik kau pergi. Kacau daun jer. Aku nak sambung berangan pun lagi tenang bila kau tak de. Aku nampak si dia masa aku tengah tunggu bas nak balik sini semalam. Dia tengok aku macam aku buat salah kat dia jer. Aku kenal pun tak, ni plak nak wat salah kat dia. Tapi aku tengok muka dia semalam macam familiar jer. Aku pernah jumpa dia ker sebelum ni ek??? Yes... aku ingat pun. Dia budak kelas aku masa PLKN dulu. Kelas kenegaraan cikgu Kamal. Hehehe...aku dapat ingat balik cinta pertama dan terakhir aku tu..hahahaaa...
Masa tu semua kawan aku dah couple. Aku je yg single lg. Aku nak cari sorang yang boleh jadi suri hatiku ni. Jiwang plak. Aku tenampak si dia. Nampak cam baik jer. Comel lak tu. Terus hatiku terpikat. Tp aku ni penakut. Takut kena reject. Hahaha... Dia pun nampak macam sombong jer. Jadi, aku baik aku tgk dari jauh jer...
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yg berputik
Tersembunyi di dalam hati...
Cheeewah... nasyid plak aku...Daripada aku duk pikir fasal cinta aku yg entah ke mana tu. Baik aku study.

................................................................................................................................................

“Aku tengok ko ni Mar, sejak kebelakangan ni..tersenyum, tersengih tak henti2 ..nape ek?” Soalku pelik pada Amar.
“Kalu ko nak tahu, ni la orang panggil penangan cinta. Tu lah ko, aku suh cari awek tak nak. Asyik couple ngan buku jer. Mana la tak pressure. Hidup ni kena ada hiburan. Nak cakap tak de pompuan yang minat ko. Ramai jer yg minat. Pompuan mana tak minat bakal doktor la nak dikatakan” Gomel si Amar.
“Kan aku dah terangkan kat ko dulu, aku tak suka pompuan murahan ni. Apa tak nyer tawarkan diri untuk lelaki. Tak best la camtu. Aku nak yang jual mahal. Baru mencabar. Aku nak yang lain dari yang lain. Ada class gitu. Hahahaa.”
“Ko tu Yee memang memilih sangat. Mentang2 la orang banyak peminat, hensem lak tu, boleh la pilih yang mana berkenan di hati. Ehh.. ko tak pernah ker jatuh cinta Yee. Banyak pompuan yang ko tengok, tak kan tak de kot?”
“Kalu aku citer mesti ko tak cayer. Kisah cinta awal dan akhir aku. Hehee”
“Citer la, aku kompem cayer punyer la..”
“Gini citer nyer aku pernah minat ngan si dia ni. Masa kat PLKN dulu, tapi aku tengok dari jauh jer la. Aku tak berani nak dekat ngan dia. Sebab dia bukan nyer kawan sangat ngan laki ni. Setiap kali kelas ngan dia aku selalu curi tengok dia. Bila dia tengok aku. Aku buat2 tengok bawah. Biar nampak macam budak baik la konon. Hehee. Last skali aku tau pasal dia pun dia masuk matriks penang. Haaa…dah habis kisah cinta aku tu. Ape lagi yang ko nak tau ? ”
“Name si dia tu pun ko tak tau ker? Lepas habis PLKN tu ko tak pernah jumpa dia ker?
Ko tak pernah cari dia ker lepas tu?”
“Banyak betul soklan ko Mar. Ok lah name dia Yusma. Aku pernah gak try tanyer kawan aku kat matrik penang. Tapi tak der sorang pun kenal dia. Pasal jumpa plak. Aku tak pernah jumpa dia pastu. Tapi yang menariknyer aku baru jer nampak dia kat stesen bas masa nak balik sini. Hehee..gembiranyer hatiku”
“Ko tegur dia tak? Melepaskan rindu di hati ko”
“Mana ada, aku ni kenal dia pun tak. Lepas aku sampai sini baru aku ingat kat dia”
“Apa lah ko ni, tak kenal plak. Padan la sehari dua ni aku tengok ko macam angau jer. Tak der ker pompuan lain yang boleh mengantikan si dia di hati ko? Apa istimewa nyer dia di hati kau ek??”
“Bagi aku, dia sangat istemewa. Dia lain dari yang lain. Dia comel, dan ada tarikan tersendiri la. Dia tak bergaul sangat ngan lelaki ni. Pandai dia jaga batas pergaulannyer. Bukan macam pompuan lain. Mengayat skit dah cair. Bagi jer apa yang kiter nak. Tak der maruah langsung.”
“Sedapnyer ko kutuk pompuan ek. Takpe la, aku doakan ko jumpa si dia tu suatu hari nanti”Amar mengakhiri perbualan kami.
.....................................................................................

“Wah.. cantik gak kampus UKM bangi ni. Tenang dari kesibukan kota, tak macam kampus kesihatan aku tu. Lagi pun kolej ko yang tersorok ni cam rapat jer ngan alam semula jadi. Ni baru kali ke berapa jer aku datang sini walaupun dah fourth year. Tu pun sebab ada urusan. Kalu tak takder nyer aku nak buang masa kat sini”
“Ko ni nak puji ker perli? Tau la kolej aku ni kat hutan. Tapi tak per. Yang penting kolej aku dekat ngan fak aku. Bangun lewat pun sempat gi kelas. Amacam ko sekarang..lama tak dengar khabar... dah berpunyer ker blum?” Hafiz ex-roomate matriks ku membalas.
“Aik..ke situ plak ko ni..Ko cari la kat aku satu..ko ambik course ape ek kat sini?”
“Aku ambik kejut meky. Ko nak yang macam mana? Describe skit kat aku ni. Senang la aku nak kenalkan kat ko.”
“Kalu aku kata, aku nak budak course ko macam mana? Ganas skit. Tapi mesti tak der nyer yang pompuan. Kalu ada pun mesti bukan taste aku.”
“Pompuan melayu ada 5 orang semuanyer. 2 comfirm dah ada pakwe. 3 lagi aku tak tau dah berpunyer ker blum. Ko tak bagi tau, camne aku nak bagi pompuan yang ko punyer taste.”
“Aku comfirm tak der nyer yang taste aku. Kalu ko nak tau, aku minat ngan pompuan yang suka pakai baju kurung. Nampak ayu gitu. Cam gadis melayu. Tu baru 1. Entah lepas, entah tak 3 pompuan tu.”
“Ko jangan main2. 2 orang memenuhi syarat ko yang tu. Ape lagi syarat ko yang lain? Bagi tau kat aku skit. Mana tau ada yang memenuhi segala kehendak ko?”
“emm..syarat kedua ialah pandai jaga pergaulan..tak kawan sangat ngan laki..ni mesti tak der yang lulus ni.. maklum la..kelas penuh ngan lelaki..kalu tak kawan ngan lelaki nak kawan ngan sape lagi”
“Ko ni asyik serkap jarang jer..2 orang pompuan tu kawan baik. Dua dua tak sangat kawan ngan laki..sorang aku tak tau sangat..sorang lagi aku kompem dia tak de pakwe lagi..”
“Ooo..kalu gtu ko kenalkan la yang ko kompem tak de pakwe lagi tu. Aku tak nak la dikatakan merampas awek orang plak”
“Yang tu aku tak berani la nak kenal kan kat ko. Aku pun tak kenal sangat ngan dia. Dia macam sombong semacam jer. Aku lalu tepi dia, aku senyum pun dia tak balas. Macam la cantik sangat. Aku nampak cam biasa jer. Kalu ngan pompuan lain bising jer.”
“huhuu...pompuan macam tu la aku nak. Jual mahal. Baru advanture skit nak tackle. Tak nak la senang2 jer dapat. Nanti aku tak hargai.”
“Tapi ko tak payah la ambik yang tu. Perangai dia teruk sangat la. Mulut laser nak mampus. Serabai plak tu. Giler2, tak ayu langsung. Jalan pun cam samseng. Walaupun pakai baju kurung tapi pakai kasut sport. Cam orang tak betul jer.”
“Aku suke ape awek macam tu baru nampak lain dari yang lain. Ko tolong la kenal kan aku ngan dia. Ko ada tak gambar dia. Nak tilik skit, nampak cam pompuan baik ker tak.”
“Ko ni memang pelik. Selama ni aku fikir sape la lelaki malang yang nak kan dia. Rupanyer ko. Gambar dia ada, tapi 1 jer la. Masa aku gi kem dulu. Jap aku buka laptop ek. Ko ni nak suh aku tolong camne. Ko nak no tepon dia ker? Tapi aku rasa kalu ko tepon dia pun dia tak layan daa..”
“Ok, first aku nak tengok gambar dia. Nak baca skit perangai dia. Pastu kalu jadi aku nak minta ko tolong jadi posmen aku. Bleh?”
“Posmen? Ape2 je la ko ni. Aku boleh tolong sedaya yang aku mampu jer. Hah..ni pun gambar dia.”
Berderau darah aku. Mata aku terpaku pada skrin tu. Betul ker apa yang aku lihat ni. Gambar yang terpampang di dada skrin tu adalah gambar si dia. Betul ker?
“Name ape ek budak ni. Cam pernah aku tengok jer”
“Kalu ko dah kenal dia senang la skit. Name dia Isma Yusma. Orang panggil dia Yus. Ko kenal dia tak? ”
Jantung ku rasa macam nak tercabut. Hati aku rasa gembira sangat. Akhirnyer, aku dah jumpa si dia yang aku cari selama ni.
“Yer aku kenal, budak PLKN aku. Aku pernah minat kat dia dulu. Tapi dulu aku tak berani. Sekarang aku kena juga memberanikan diri aku. Sebab aku takut kehilangan dia lagi.”
“Pastu apa ko nak wat sekarang. Aku nak ingatkan ko, bukan senang nak dapat si dia tu. Aku takut kau kecundang dan kecewa di pertengahan jalan. Nanti ko serik ngan first love ko tu”
“Camni aku ada idea. Ko tau apa yang dia suka, apa hobi dia, cita2 dia atau apa2 la pasal dia. Ko siasat n then bagi tau aku. Aku nak wat surprise kat dia”
“Aik.. ko ingat aku ni James Bond ker. Nak siasat pasal si dia tu plak. Tak per la aku citer skit apa yang aku tau pasal dia kat ko. Hobi dia suka main game komputer. Haa..kalu aku bagi alamat friendster dia kat ko lagi senang ko nak tau pasal dia. Segala nyer ada kat situ. Ko baca la sendiri tak payah aku susah2 nak siasat. Lagipun friendster dia tu tak private pun.”
“Ok. Benda tu selesai. Tugasan pertama ko cari dulu no bilik pompuan tu. Terima kasih banyak2 Fiz. Tak dapat aku nak balas jasa kau.”
“Ok, bos” balas Hafiz diiringi dengan gelak tawa kami.
..............................................................................................................................................

Malam tu lepas balik ke bilik aku. Aku terus jer buka laptop buka frienster dia. Aku nak sangat tahu pasal diri dia. Rasa rindu aku yang dah lama hilang kini membuak buak. Dah 5 tahun kiranyer aku tak tahu pasal perkembangan dia. Aku baca segala yang ada dalam friendster tu. Friendster dia memang macam budak2. Kan perangai dia macam budak2. Tu lagi membuatkan aku suka kat dia tu. Boleh membuatkan orang tergelak melihatnyer. Tapi dalam tu penuh ngan info fasal dia. Aku ada rancangan baik punyer la. Kompem dia terpikat ngan aku. Aku nak bg di CD n sekuntum bunga. Buat surprise kat si dia. Hehe..
Kat dalam CD tu aku nak letak game. Game yang best2, yang ada kaitan ngan cinta, yang uji iq n tak ketinggalan game yang ganas. Biar nanti dia main game dia ingat kat aku. Yang paling penting skali, kat dalam tu aku nak letak surat cinta aku kat dia. Baru romantik skit. Kita ni kan kat zaman IT. Surat cinta pun dalam CD la. Hahaha...
Sekarang kerja aku mengarang surat cinta...huhu... kali pertama siut..

Assalamualakum.
Saudari Yusma,
Maafkan sy jika menggagu. Sy rasa pasti saudari terkejut dengan kehadiran CD dan bunga ini. Mesti saudari juga tertanyer-tanyer hadiah ni datang dari mana. Oleh itu, terlebih dahulu sy perkenalkan diri sy. Nama sy Ahmad Fikri bin Hashim. Umur sy sama dengan saudari iaitu 22 tahun. Sy adalah pelajar medik UKM tahun 4. Sy tak tahu saudari masih mengingati sy ker tidak. Sy adalah pelajar sekelas saudari semasa kelas kenegaraan cikgu kurin di PLKN dulu.Sejak dari PLKN dulu lagi sy berminat ingin berkenalan lebih rapat dengan saudari. Tetapi dulu sy tidak punya kekuatan untuk menyatakannya. Tetapi sekarang setelah sy dapat menjejaki semula saudari. Sy tak ingin melepaskan peluang ini sebelum sy kehilangan saudari buat kali kedua. Sy berkenalan dengan lebih rapat dengan saudari. Sy harap saudari dapat menerima sy sekurang-kurang nyer sebagai kawan saudari. Adakah saudari sudi menerima sy???
Walau apa pun keputusan daripada saudari, sy harap saudari menghantar jawapan saudari ke email sy fik_yee@yahoo.com. Selagi saudari tidak menghantar email saudari sy anggap saudari masih lagi berfikir. Dan sy aku terus menunggu saudari.
Sekian, terima kasih.
Luahan hati,
Yee ’08
..............................................................................................................................................

“Fiz, aku nak ko hantar benda ni kat bilik dia. Suh budak pompuan yg dia tak kenal bagi kat dia. Biar suprise skit” arah ku kepada Hafiz
“Fuyoo..caya lah kau, Yee. Aku akan uruskan. Nanti jangan lupa belanja aku makan kalu berjaya tackle dia. Hehee”
“Ok, itu no problem. Ni la tugas kau yang terakhir. Pasni aku akan berurusan sendiri ngan dia. Terima kasih la Fiz. Ko la kawan aku dunia akhirat.”
………………………………………………………………………………………………

Hatiku benar2 bedebar bila buka laptop keesokan harinyer. Macam mana la penerimaan si dia terhadap suratku itu. Adakah dia dah hantar email kepada ku itu. Buka jer laptop tu. Aku tengok email kosong. Hati ku hampa. Tetiba sampai satu email kat aku. Nadiku semakin kencang berdenyut. Sapelah penghantar email ni. Ehh...Yusma. Aku membuka email itu dengan penuh debaran. Mata ku tertumpu pada skrin.

Assalamualaikum,
Saudara Fikri
Sy memohon maaf kerana tidak dapat menerima saudara sebagai kawan sy. Sy hanya berkawan dengan lelaki hanya atas urusan penting sahaja.
Sekian, terima kasih.

Yuss’08

Mmm... sedey nyer dia tak terima aku. Memang betul la dia ni jual mahal. Tak pe ko. Pemainan kita baru jer bermuda. Aku takkan kecundang di awl permainan ni. Aku akan buat kau cair akhirnyer. Yang penting sekarang ni aku dah dapat email dia. Aku nak buat dia marah lah. Baru dia balas email ku nanti. Aku tau pompuan macam ni bukannyer makan pujuk rayu lelaki. Aku terus reply email dia.

Asslamualaikum,
Saudari Anira
Memang betul apa orang kata. Saudari ni memang sombong. Patut la tak de orang yang nak. Sy approve saudari sebagai kawan pun saudari tolak. Macam la saudari tu miss perfect. Ker saudari tak nak kawan ngan lelaki ni sebab saudari ni lesbian...hahahaa.. Kalau benar sy harap saudari bawa bertaubat la...Tuhan melaknat orang macam saudari ni.

Yee’08

Tak sampai sampai sepuluh minit lepas aku hantar email tu, sampai lagi satu email.
Aku membacanyer

Assalamualaikum,
Saudara Fikri,
Sy bukan sombong macam yang saudara pernah katakan. Sy bukan lesbian macam yang saudara ramalkan. Sy sebagai gadis Islam. Sy perlu mejaga pergaulan dan harga diri sy. Sy tidak mahu berkawan kerana dalam islam ada mengatakan perempuan dan lelaki ada batas pergaulannyer. Hanya untuk untuk perkara penting sahaja. Harap maaf.

Yuss’08

Huhh.. aku plak la yang terkena. Malu aku. Takpe, sekurang kurangnyer aku tahu dia ni budak baik. Dia berkawan dah berpisah kerana Allah. Mesti dia tengah online ni. Baik aku try add dia dalam ym aku. Mana tau tetiba lak dia terima. Tetiba ym aku berbunyi

Yuss : Kan sy dah kata tadi. Sy x kan terima awk. Awk ni melayu ker x??? X faham ker org cakap dlm bahasa Melayu. Ker nak sy ckp dalam bahasa aper???
Yee : Hehee.. jgn la marah. Nanti kena jual. Hahaa…Sy ikhlas nak kawan awk. Tp sy faham dengan alasan awk. Maafkan sy.

Perbualan kami berhenti di situ sahaja. Aku perlu buat sesuatu. Aku kena cari cara lain nak tackle dia ni. Aku tak kan menyerah kalah.
………………………………………………………………………………………………

“Fiz, aku nak minta tolong ko ni”
“Ko nak suh aku tolong ape Yee? Pasal si yus tu lg ker. Kater hari tu yang terakhir. Aku dah kate. Bukan senang nak dapat dia. Ko tak cayer. Dah la tak berbaloi pun kalu dapat dia pun. Buang masa ko jer.”
“Ewah2.. sedap mulut ko mengata dia. Ko ni nak tolong aku ker tak ni?”
“Hehehee..marah yer orang kutuk buah hati dia. Yer..aku tolong. Nak suh aku wat apa plak ni?”
“Gini.. ko minta tolong roomate dia ker...kawan rapat dia ker...Ajak dia pergi makan malam. Pepandai la kawan dia tu tipu dia. Cakap nak belanjer ker. Yang penting dia tak tahu yang aku nak melamar dia masa tu. Aku nak buat romantik skali. Aku tak kisah nak ajak dia makan kat mana pun. Tapi ko pilih la tempat romantik skit.Yang penting ko dan kawan dia ikut skali jadi saksi kami. Lagipun tak elok berdua duaan. Satu lagi, aku nak dia pakai baju kurung. Aku teringin sangat nak tengok dia pakai baju kurung. Boleh tak?”
“Ditanggung beres, boss. Aku akan cuba.”
.....................................................................................

Malam tu aku pakai baju Melayu dengan segak sekali. Sejambak bunga dah hadiah untuknyer aku dah siapkan. Ni la masanyer untuk aku pergi. Hati ku berdegup kencang macam nak gi nikah lak...hehehe..
Sampai jer aku kat restoran tu. Aku nampak kat satu sudut yang agak romantik, ada 2 orang pompuan, sorang lelaki. Lelaki tu adalah Hafiz. Aku terus berjalan menuju tempat itu. Hadiah dan bunga tu aku sorokkan di belakang.
“Asslamualaikum”
“Saya Ahmad Fikri bin Hashim ingin melamar Isma Yusma sebagai isteri saya. Adakah saudari sudi menerima saya?”
Aku melutut kepada nyer sambil memberikan sejambak bunga dan hadiah. Aku nampak dia terkejut beruk dengan apa yang aku buat. Dia tersenyum sipu. Aku pasti dia akan cair punyer la n terima aku.
“Maaf, sy tidak dapat menerima awk dan hadiah awk. Saya milik keluarga saya. Hanya keluarga saya yang boleh memberikan jawapan. Lagipun saya tidak mengenali awak. Masakan saya dapat menerima awak dan hadiah awak.”
Malunyer aku. Semua orang tengok aku kena reject. Memang la pompuan ni nak kena ngan aku.
“Kenape ek.. kalu lelaki nak pikat perempuan guna bunga.. ingat sumer pompuan cair sangat ker bila tengok bunga tu?”
Dah la reject aku depan2. Tak pikir langsung. Pastu kutuk aku plak tu. Memang tak sayang mulut betul la pompuan ni.
“Kalu awak tak nak terima saya sekarang pun tak pe. Saya akan pastikan suatu hari nanti awak akan jadi milik saya juga akhirnyer.”
................................................................................................................................................

Aku berjanji pada diriku, apa pun berlaku dia mesti tetap jadi milikku. Sebelum tidur aku membuka hadiah yang aku sepatutnyer bagi kat dia tadi. Di dalam nye ada sebentuk cincin yang aku beli untuk si dia menggunakan duit simpanan ku sendiri. Aku fikir balik apa yang dia kata tadi. Mmmm.. ade betulnyer. Dia milik keluarga nyer. Hanya keluarganyer yang dapat memberikan jawapan. Hahh..aku dapat satu idea. Baru aku faham. Maknanyer dia nak aku melamar dia dengan keluarganyer la ni. Aku terus mencapai telefon menelefon mama.
“Hello mama, Yee nak mintak mama tolong meminang gadis pilihan Yee boleh??”
“Anak mama dah ada calon isteri rupanyer.Nama apa? Tinggal kat mana? Dah lama mana kamu kawan ngan dia? Baik ker tak?”
“Ape la mama ni. Mesti la baik. Takkan Yee pilih yang jahat kut. Nama dia Isma Yusma. Yee tak kawan pun ngan dia. Yee tak tau la dia tinggal kat mana.”
“Aik..tak kenal pun nak buat jadi isteri ek. Kalu Yee tak tau dia tinggal kat mana. Macam mana nak suh mak pergi meminang. Mama nak pergi cari rumah dia kat mana?”
“Bukan tak kenal. Tak kawan jer la ngan dia mama. Dia tak nak kawan ngan Yee. Pasal alamat dia tu nanti Yee sms kat mama. Cincin tu pun Yee dah beli. Nanti saya hantar kat mak. Mak pinangkan yer untuk Yee”
“Ok la sayang, nanti mama pinang dia. Jangan lupa bagi alamat dia tau”
“Ni sayang mama ni” aku mengakiri perbualan telefon tu.
Aku terus meminta pertolongan Hafiz untuk mendapatkan alamat si dia.
.............................................................................................................................................

Masa terus berlalu. Dia sambung pengajiannyer ambik master. Aku juga bakal bergelar seorang doktor sebulan lagi. Sedar tak sedar dah 1 bulan aku jadi tunangan nyer. Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengannyer selepas kejadian malam itu. Keluarganyer telah memberikan jawapan. Aku layak jadi pelengkap hidupnyer. Tempoh pertunangan kami hanyalah 3 bulan. Makna nyer hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk kami membuat persiapan untuk hari bahagia kami. Aku perlu keluar dengannyer untuk membeli barang keperluan dan menempah baju perkahwinan kami. Aku menghantar emel kepada si dia. Akhirnya dia setuju untuk keluar denganku atas sebab urusan penting. Tu pun bertemankan dengan seorang temannyer.
Sebab dah lama tak berjumpa. Tu pun atas permintaan dia, si dia tak nak bercinta ngan aku, tak nak kuar ngan aku selagi tak kawin. Aku nak bagi la suprise skit. Aku belikan dia buku berkaitan dengan automotif, sebab aku tau dia sukakannyer. Dan aku beli permainan yang bekaitan ngan bidang mekanikal sebab aku tau minat dia macam budak-budak. Nakal dan comel. Itulah pengikat hatiku kepadanyer. Aku dah serik bagi bunga kat dia. Aku tau dia bukan minat sangat ngan bunga ni macam pompuan lain. Kan dia lain dari yg lain.
“Sayang, ni hadiah dari abang?”
Opps..tersasul plak aku. Dia pandang muka ku dengan muka marah.
“Apa sayang2 ni, bila plak saya jadi isteri awak. Ingat, kita tak de apa2 hubungan pun lagi. Kita hanyer bertunang jer. Bukan nyer kawin lg. Panggil sy Yus jer macam dulu.”
Huhh..garang nyer tunang aku ni. Dah lah ramai orang kat situ. Malu aku dia buatnyer. Aku menurut kan jer la. Kalu nak ikut ego lelaki aku, aku dah tampar dia. Tapi sayang punyer pasal, ego pun hilang. Memang dia ni tak pandai jaga mulut langsung. Dah la tak berterima kasih pun kat aku yang berhabis duit beli hadiah tu untuk dia.
.....................................................................................

Hari yang ku tunggu2 selama ni akhirnya tiba. Si dia sah menjadi milikku. Yeye..aku dah menang..hehe..Si dia dah tak dapat lari dari aku lagi...
Semasa aku masuk bilik beradu pengantin. Aku tengok si dia datang kepadaku, bersalam dengan ku sambil menangis. Aku kaget.
“Abang, maafkan saya kerana selalu berkasar dengan abang sebelum ni. Maafkan saya kerana memalukan abang masa abang melamar saya malam tu dan masa abang bagi hadiah kat saya masa kita jumpa hari tu. Saya tak nak kawan ngan abang dan tak boleh terima abang waktu tu bukan kerana saya tak tak ada hati pada abang. Tapi saya takut nafsu yang akan menguasai saya. Jadi lebih baik saya berwaspada dari awal lagi. Saya tak der niat pun nak malukan abang. Saya nak uji keikhlasan abang jer. Sebenarnya abang dah mencuri hati saya masa PLKN tu lagi. Maafkan saya abang.”
“Jangan nangis sayang, abang dah lama maafkan sayang. Sayang adalah segala2 nyer bagi abang. Abang sanggup buat apa sajer untuk sayang”
Sambil aku cuba menenangkannyer dan mengesat air matanye. Dia meletakkan jari telunjuknyer pada bibirku.
“Abang, jangan cakap begitu. Saya tak nak abang sayangkan saya sampai begitu sekali. Saya dah tak punyer apa2 untuk abang”
Aku terkejut, aku pandang tepat pada matanyer
“Kenapa sayang cakap macam tu . Sayang tak sayang abang ker?”
“Saya hanyer ada hati saya yang kosong jer untuk abang”
“Hati jer...mana hilang cinta, kasih dan sayang yang ada dalam diri sayang?”
“Cinta saya hanya untuk pencipta kita. Tuhan yang Maha Esa. Kasih saya hanya untuk kekasih Allah, Rasulullah. Dan sayang saya dah saya bagi pada keluarga saya. Cuma tinggal hati yang kosong untuk abang”
“Ooo...Kalau buat sayang buat macam tu. Abang pun nak buat macam tu. Nanti abang panggil sayang my heart yer..Abang akan isi hati sayang dengan kebahagiaan”
“Ikut suka abang la.. cuma saya minta abang isi hati ni dengan keimanan. Cuma keimanan dan ketaqwaan yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Lengkapkan hati saya. Cantumkan hati kita. Saya akan serahkan segalanyer pada abang. Zahir dan batin hanya untuk suamiku yang sah.”
“Percayalah my heart. Abang takkan persiakanmu. My heart takkan menyesal hidup bersama abang. Takkan abang nak persiakan hidupmu sesudah abang bersusah payah untuk mendapatkan mu. Marilah kita bina keluarga bahagia. Kita masuk kealam percintaan yang kita bina selepas perkahwinan. Moga ia mendapat redha Illahi.”

Alhamdullilah. Sesungguhnyer aku bersyukur mendapatkan si dia sebagai isteri. Aku tau dia insan istimewa. Lain dari gadis yang lain. Si dia adalah miss perfect ku. Sungguh lengkap comel, periang, nakal, pandai jaga diri, baik, dan ada pegangan agama yang kukuh. Dia simpan segalanye hanya untuk pemilik tulang rusuknyer. Beruntunglah aku menjadi pemiliknya. Si dia cinta awal dan akhirku. Kini bukan fantasi tapi realiti.

Manusia Sudah Berubah

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:15 PG
adab sopan zaman-berzaman
menjadi ikutan turun temurun
melayu terkenal kerana adab
manusia dihormati kerana kesopanan

dunia kini sudah berumur
manusia juga sudah berubah
adab sopan telah tiada
budaya barat jadi ikutan

apabila barat diagung-agungkan
adab sopan ditinggal-tinggalkan
manusia kini hilang adab
bangsa pula hilang identiti

manusia sekarang sudah berubah
manusia sekarang tidak beradab
adab sopan dikira lapuk
adab sopan dikeji dihina

orang tua tidak dihormati
jiran pula tidak dikenali
ibubapa jadi orang suruhan
kawan pula jadi bahan ejekan

duit rasuah dikira rezeki
mencuri menjadi satu pekerjaan
manusia dihormati bukan kerana adab
manusia disanjung kerana kekayaan
kerana itu adab telah tergadai
demi sebuah kekayaan didunia

hidup kita kena beradab
kerana adab pemancu bangsa
hilang adab runtuhlah bangsa
hilang adab musnahlah negara

Jadilah seperti skru

Jumaat, Mei 08, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:56 PTG
Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti rivet
Bila terpasang di suatu tempat
Ia kekal disitu seumur hidupnya
Bila ia dicabut
Ia sudah tidak berfungsi lagi
Ibarat mati

Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti paku
Bila ditukul terus melekat
Bila dicabut mungkin rosak
Jadi bengkok dan cacat selamanya
Tidak lagi boleh berbakti

Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti nat
Memerlukan bolt untuk berfungsi
Bergantung pada bolt setiap masa
Walaupun boleh dipasang di buka
Tanpa bolt, nat langsung tidak berguna

Jadilah seperti skru
Tidak rosak bila dikeluarkan
Mampu berdiri di atas kaki sendiri
Punya ulir untuk terus berdiri
Walau beban tersangkut padanya
Lagi banyak ulirnya
Lagi utuh dia berdiri
Untuk menghadapi segala bebanan
Skru hanya memerlukan skru driver
Untuk ia mula bertapak
Untuk ia merubah haluan hidupnya
Petunjuk arah hala tuju hidupnya

Sinonimnya
Kalau kita jadi skru
Kita mampu menukar haluan hidup
Bila kita sedar jalan hidup itu salah
Tanpa meninggalkan kesan terhadap diri kita
Beban ibarat dugaan hidup kita
Yang mencabar kekuatan diri kita
Ulir umpama pegangan hidup kita
Dengan pegangan yang kuat
Kita mengharungi pelbagai dugaan
skru driver seperti pendorong kita
Memberi dorongan untuk kita berjaya
Mungkin orang disebalik kejayaan kita
Mungkin juga lingkungan hidup kita

Yang pasti untuk berjaya
Dunia dan akhirat
Al-Quran lah petunjuk terbaik
Menjadi skru driver terulung
Moga kita menjadi skru cemerlang
Mampu bertahan walau apapun bebannya
Berada di tempat yang sesuai
Pada kedalaman yang sesuai
Kerana keserdahanaan penting dalam hidup ini

Lelaki yang dicari

Rabu, April 08, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:06 PTG
Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang sempurna
kerana diriku bukan insan sempurna
tapi yang dapat menyempurnakan
diriku yang serba kekurangan
cukuplah sekadar yang sederhana

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki rupawan yang kacak menawan
kerana diriku bukan gadis rupawan
rupa yang kacak tiada makna padaku
bakal hilang dimamah usia
cukuplah sekadar sejuk mata memandang

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang punya harta bertimbun
kerana diriku bukan mata duitan
duit tak boleh beli kebahagian
duit tidak bernilai tanpa bahagia
cukuplah sekadar mampu menganggung dirinya

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki berstatus tinggi
kerana diriku bukan 'high class'
status hanya bermakna didunia nyata
diakhirat kelak banyak tanggungan
cukuplah sekadar yang biasa-biasa

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang segak bergaya
kerana diriku bukan jenis styl0
nanti dia digilai perempuan lain
diriku juga yang rugi akhirnya
cukuplah sekadar yang skema sahaja

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang pandai bermain kata
kerana diriku bukan mudah dipermainkan
biarlah perbuatan membuktikan segalanya
bukan kata yang hanya manis dibibir
cukuplah sekadar yang pendiam sahaja

Lelaki yang dicari
biarlah ada pegangan agamanya
biarlah ada matlamat hidupnya
biarlah rasulullah jadi ikutannya
biarlah islam jadi perjuangannya
biarlah punya ilmu agama
biarlah punya ilmu dunia
biarlah punya akhlak mulia
biarlah memenuhi kehendak keluargaku
biarlah menyayangi ahli keluargaku
biarlah dapat menerimaku seadanya
biarlah dapat memahami diriku ini
biarlah dapat menyokong perjuanganku

yang penting
dia memguatkan cintaku pada Maha pencipta
dia meneguhkan kasihku pada kekasih Allah
dia mengeratkan sayangku pada seluruh keluargaku
dia menjaga hatinya dan hatiku
jangan dia memberi hatinya sebelum dia memilikiku
jangan dia menerima hatiku sebelum aku memilikinya

diriku bukanlah mengharap sesiapa
kerana diriku hanyalah insan biasa
cuma mengharap bahagia sentiasa
moga diriku dibimbing dan dilindung olehnya
kerana dia pelengkap hidup ku.....

Apa la...sy ni...

Jumaat, April 03, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:37 PTG
ish...sy ni...duk tgk keburukan org jer...keburukan sendiri x nak baiki...hehhe...baiki diri dulu baru baiki org lain...hhahha...betul x...
sy suka jd pemerhati tgk org kat sekeliling...pastu sy komen... diri sy sendiri sy x komen... dah la suka bg kritikan pedas,... maaf la yer kalu terasa tu... memang x nak berselindung...nak kata jer apa yg terbuku dihati ni...nak luahkan... pendapat sendiri... rasa nak kongsi pegalaman hidup ni... yg baik kita jdkan taulada....yang buruk jdkan sempadan....sy memang insan yg x sempurna... seperti yg sy katakan sebelum ni... sempurna itu asimtot...x mgkin di capai... cuma kita mampu cuba untuk dekatinya... maaf la kalu ada salah dan silap...

sy sering tertanya tanya apa pandangan org tentang diri sy ni... kalu org yg x kenal rapat dengan sy akan kata sy ni seorg yang pelik,... memang sy ni pelik pun... hahah... x tau kenapa... mgkin cara sy berfikir lain dr yg lain... diluar kewarasan manusia biasa... cara tindakan sy x terfikir dek org lain.... x tau la... mgkin tu kelemahan sy atau mgkin tu juga kelebihan sy... kalu org tu kenal rapat ngan sy... ada yg kata sy ni x leh dipertikaikan... diorg akan faham sy dan dah x pelik dah ngan sy sbb dah biasa sgt sy pelik... dah tau cara sy... ada gak kata sy ni kebudak-budakkan...sy rasa semua ni betul... hanya org yang betul2 kenal sy akan tahu siapa sebenarnya sy... sy rasa setakat ni... x de lg kut org yg betul2 ke nal sy..... kenal sy sepenuhnya... hahahah....

lelaki oh lelaki....

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:10 PTG
lelaki suka kat pompuan cantik...lelaki ni lebih suka tgk paras rupa... nak buat macam mana...nafsu lelakikan 1 jer...hanya pada perempuan...kalu pompuan cantik skit... mudah la tergoda...walaupun hati dan akalnya tau bahawa pompuan cantik pada paras rupa sahaja x kan membawa apa2 kelebihan... kerana kecantikan itu akan hilang bila perempuan tu meningkat usia... pastu lelaki tu pun cari pompuan lain yg lebih muda dan cantik.... begitu la kitaran nya kalu lelaki tu pilih hanya pada rupa la... ada satu lg keburukan kalu lelaki tu pilih hanya pada cantik... lelaki tu mesti akan cemburu kalu perempuan tu rapat ngan mana2 lelaki..... pompuan cantik la nak dikatakan... semua lelaki nak pikat... si pemilik perempuan tu pasti rasa tercabar...hahah...padan muka...

bukan sy nak salahkan lelaki... sy faham lelaki tetap lelaki... tp jgn la ikutkan hawa nafsu sgt... pilih yg cantik semata mata... nak yg cantik tu boleh tp biar lah cantik luar dan dalam... bukan sahaja cantik pada paras rupa sahaja... cantik akhlak, akal dan pastinya agama yg cantik lg penting... untuk meneruskan generasi yg akan datang...cuba fikir kalu dunia ni penuh dgn org yang cantik tp x de kelebihan lain...sy rasa dunia ni pasti penuh dengan maksiat... pelacuran ... zina... dan segalanya lah...alangkah indah dunia ni kalu di penuhi dgn manusia yg beragama...berakal...akhlak...pasti damainya dunia ini...kesimpulan kat cni ialah....jangan memilih hanya menggunakan nafsu semata mata...gunalah akal dan hati......moga dapat pilihan terbaik...

Duit...duit...DUIT....

Khamis, April 02, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:16 PTG
sy nak tanya ... ada sape2 yg x nak duit... semua nak duit kan... ramai orang fikir betapa bagusnya kalau kita ada duit byk...kan3... manusia jd buta kerana duit...sggp jual maruah...jual bangsa.... jual negara dan paling teruk skali jual agama kerana duit... manusia lupa bahawa duit tu x mampu beli segalanya.... biasa la manuasia x kan bersyukur dgn apa yg kita ada... kita selalu mengharap lebih dr itu... sy teringat ada 1 benda yg sy pernah baca...

dlam traffic jem ...org miskin naik motor...tgk org kaya rilek jer dalam keta....

"mmm...best nyer kalu aku jd kaya...boleh naik keta....x de la berpanas berhujan ngan motor ni."

orang kaya yg kat dlam kete plak...tgk org naik motor....

"mmm... bagusnya kalu aku naik motor...x de la terperangkap dalam jem ni...cepat skit sampai"

nampakkan...betapa x bersyukur nya manusia ni...setiap benda ada baik buruk dia ...Allah dah tentukan segalanya ... dia tau yg terbaik utk kita... lari tajuk lak ni...

ok kita berbalik semula pasal duit ni... saya ada 1 cerita...pengalaman sy la... dulu...citer ni dah lama dah... masa zaman jahiliah lg.. sy kecik lg masa tu... hahah...sekarang pun masih kecik...x besar2.. sy kawan ngan sorang prof ni... prof ni yahudi...keturunan belanda dan indonesia... lama la gak sy kawan ngan dia... pastu tetiba... dia kata dia menang loteri 1 juta dollar US... dia kata dia nak bg kat sy hadiah tu... sy kata sy x nak... tu duit haram bagi agama saya... pastu lepas sy tolak dgn baik tu... dia dah x berhubung langsung ngan sy... bygkan kalu masa tu hati sy buta... buta ngan duit yg byk tu... kalu sy terima jer duit tu ... apa akan jadi... sy rasa la kan... mgkin dia nak tarik sy masuk yahudi...kalu x...kenapa lepas tawarkan duit tu.. dan sy tolak secara baik...kenapa dia terus hilangkan diri...pelikkan... Alhamdulillah.. sy x tergoda ngan duit tu... agama sy x leh di jual beli... moga2 x der la org islam tergoda ngan duit tu... Biarlah nyawa berpisah dr badan asalkan islam tetap di hati kita ...kan2...buat apa kalu dpt duit byk2 tp hati x tenteramkan??? hidup abadi kita diakhirat kelak tergadai... hanya dengan duit...kita terseksa selamanya di neraka... nauzubillah..


manusia ni... kalu dapat gaji 20000 sebulan pun x cukup...tp ada gak yg dapat 2ooo sebulan lebih dr cukup... segalanya pasal pengurusan kewangan...kalau pandai urus duit tu kita akan rasa duit tu byk... kalu kita x pandai urus pasti rasa duit tu x cukup walau banyak mana skali pun yg kita dapat... betul x... jd kita kena belajar cara pengurusan duit... supaya duit kita sentiasa cukup... xder la perlu berhutang atau meminta minta...

satu lg benda sy nak cakap pasal duit ni... ada org ingat duit ni boleh beli segalanya... kalu ada duit boleh dapat segala benda yg kita nak... biasanya org x berfikir macam ni adalah org yg biasa x de duit.... dan x pernah ada duit byk... hahah...(mcm la sy pernah ada duit byk) ...sbb dia x pernah terfikir kalu dia ada duit... dia akan pening memikirkan duit tu... takut duit tu hilang la... takut nyawanya terancam la... dan takut lalai dgn hiburan kerana duit byk... semua benda leh dapat nak dikatakan... sehingga mgkin kita lupa pada Maha Pencipta...

Cuba korang fikirkan.... kalu korang ada duit yg sgt byk... tp korang sedih.... sakit.... korang x de masa ngan keluarga... korang x bahagia... korang x berjaya.... korang sering runsing memikirkan nasib korang di akhirat kelak bila ditanya pasal duit tu... x de guna duit yg byk tu kan??? sebab semua ni lg penting dr duit tu... duit x dapat beli segalanya ... dan duit x bisa buat manusia gembira.... sy heran bila tgk budak2 pompuan sekarang... suka sgt ngan lelaki kaya... bg mereka lelaki kaya tu boleh bg mereka segalanya.... sesungguhnya apa yg mereka rasa tu adalah x betul...kerana duit punya kelemahanya sendiri.... sedangkan masa pun duit x boleh beli... inikan plak benda lain...memang la perempuan ni byk nafsu... kebanyakan nafsunya boleh dilangsaikan denga duit... contohnya nak shopping....nak barang kemas.... nak nampak cantik....semuanya memerlukan duit kan...tetapi pelihara lah nafsu mu itu....sbb benda2 ttu x de la berguna sgt...

bg sy la kan... duit bukan matlamat utama sy... sy x kisah byk duit ker x... asal apa yg sy nak kat dunia ni sy dapat... tp sy x nak la hidup tanpa duit... kerana duit tu penting untuk meneruskan kehidupan...x nak la minta belas kasihan org.... duit tu biarlah berpada pada... jgn byk sgt smpai sy lupa diri... mgkin sy memerlukan duit untuk perjuangan ni... biar la sy simpan duit tu... nanti sy guna di kemudian hari untuk perjuangan ni... bukan untuk kemewahan hidup... biarlah duit itu diguna untuk menambah ilmu didada atau untuk memajukan ummat...Ya Allah selamatkan lah aku dari nafsu terhadap duit....

Perokok

Rabu, April 01, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:14 PTG
org yg paling sy x suka...bg sy lebih teruk dr org isap dadah...hehehe...jgn marah....nak tau kenapa sy kata macam tu...sbb perokok ni bukan bahayakan kesihatan dia jer...tp manusia kat sekeliling dia...org yg dia syg...sbb dia hisap rokok kat semua tmpat...kalu dia hisap rokok bilik kedap udara x pe la.... racun tu x merebak ke org lain...tp kalu dia hisap rokok kat tempat awam...org lain pun kena akibatnya...kenapa la undang2 yg ada tu x di kuatkuasakan...kalu kuat kuasa...mesti bersih skit udara ni...nape x saman jer org yg hisap rokok kat tempat awan...kerajaan pun leh tambah duit...tgk kalu kat u ni...senang jer org hisap rokok...kat kafe tu...penuh ngan asap rokok...x suka nyer...

kan dah ada fatwa megatakan rokok tu haram...kenapa nak hisap lg... kenapa masyarakat boleh terima benda ni... tp x leh terima org hisap dadah??? kerana org hisap dadah tu budaya baru...tetapi rokok tu adat zaman berzaman...hahhhh...camtu ker...bukan sy nak kempen hisap dadah... tp nak kata kat perokok...berhentilah merokok... ingatlah org tersayang,..

Lelaki...sy nak tuju kan benda ni khas untuk lelaki...kerana apa??? kerana kebanyakan lelaki ingat pompuan suka lelaki merokok... ingat macho sgt la tu...padahal hampeh...hahahh...pompuan pun jgn la merokok... cam pompuan jahat,... cam pelacur lak... betul...ikut pandangan sy la...
biasanya perokok ni juga la pembuang sampah dimerata tempat...lepas hisap... buang jer kat mana2 putung rokok tu... alam pun tercemar... silap hari bulan boleh bw pula kepada kebakaran...

nasihatnya...jangan la hisap rokok bukan saja membahayakan kesihatan...pencemaran udara...malah juga pencemaran bau...hahahah...x pasal2 sy kene tutup hidung bila lalu sebelah mereka ni...baik bau taik kucing...lg wangi...hahahaha

Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…

Isnin, Mac 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:37 PTG
Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…
Ketiga tiga ni ni adalah perumpamaan untuk seorang yg bergelar gadis…
Kita mulakan dulu perbincangan ni tentang gadis yang seperti rama2. Rama2 terbang bebas, menonjolkan kecantikannya dikhalayak umum. Berkawan bersama si kumbang sambil mencari madu di bunga. Rama2 x kenal erti malu. Dia rasa dunia ni dia yg punya. Dia x kisah dirinya disentuh oleh manusia. Malah dia bangga bila dia menjadi tarikan ramai. Dia hanya mungkin sedar bila coraknya yang cantik sudah hilang dek sentuhan manusia. Itulah antalogi bg seorang gadis murahan. Dia bebas melakukan apa saja. Dia bangga dirinya jadi tarikan ramai punya kawan yg ramai, bebas bergaul dengan sesiapa sahaja asalkan dia dapat ENJOY. Sebab tu biasanya dia pakai seksi. Sebab dia bangga dengan kecantikan yg ada padanya. Dia nak semua org tengok. Malah dia x kisah kalu ada org yang nak rasa kecantikan tu. Asalkan org tu dapat membahagiakannya. Dia hanya mungkin sedar apabila orang yang meragut kesuciannya itu meninggalkannya. Tapi segalanya sudah tidak berguna. Maruahnya sebagai gadis telah diragut. Hanya taubat nasuha mampu penghapus dosanya.

Pasal buah epal plak. Gadis seperti buah epal ni banyak. Ada bermacam peringkat. Kita mulakan dulu dari buah epal yang rendah. Kalu yang rendah ni biasanya di ambik org dengan senang jer. Hampir sama ngan rama2. Cuma dia x menonjolkan dirinya macam rama2. Dia biarkan dirinya diambil org dengan mudah. Kalu org tu x suka epal tu. Orang tu akan membuang epal tu sesenang ia mengambil epal tu. Jenis epal yang kedua ialah epal yang pada awalnya ada kat atas. Tp bila dah lama kat atas. Dia rasa macam puas dah nak menunggu. Dia jatuhkan dirinya ke tanah. Nasibnya akan sama dengan epal pertama. Epal yang ketiga ialah epal yang kekal diatas. Dia x mungkin menurunkan dirinya ke bawah walau apa pun terjadi. Dia akan tetap terus menunggu jodohnya dia atas. Hanya orang yang sanggup menghadapi risiko untuk mendapatkan epal diatas sahaja yang mampu mendapatkannya. Biasanya kalu orang dapat epal ni orang akan hargai sebab mereka sudah bersusah payah untuk mendapatkan epal ni. Cuma keburukan epal ni adalah ia terdedah. Terdedah kepada persekitarannya. Dia kena kuat untuk terus berada di atas. Melawan angin yang cuba menjatuhkannya.

Antologi bagi gadis yang menyerupai 3 jenis epal ni. Bagi epal yang pertama gadis tu adalah seorang yang mudah menerima lelaki sebagai teman hidup seperti bercouple. Mereka mudah bertukar pasangan atau memasang banyak perangkap cinta. Bagi gadis yang jenis epal yang kedua adalah asalnya seorang gadis pemalu dan suci. Tapi akibat desakan nafsu. X mahu kalah dengan kawan2 yang dah punya couple. Dia sanggup murahkan dirinya semata mata nak membuktikan dia pun laku. Gadis ini tidak percaya dengan jodoh yang telah ditentukan. Dia takut dia tidak mendapat pasangan hidup hanya kerana dia jaga batas pergaulannya. Maka rugilah dia kerana menjatuhkan martabatnya sendiri. Gadis yang menjadi epal ketiga adalah gadis yang terbaik antara ketiga tiga buah epal. Walaupun gadis ni terdedah dengan persekitaran yang penuh godaan. Gadis ini tetap pada pendiriannya. Dia percaya kalu ada jodoh. Pasti ada orang yg memetiknya. Kalu x de jodoh pun dia redha. Sebab dia tahu jodoh tu dah ditentukan tuhan. Yang penting dia perlu terus menjaga kesuciannya.

Mutiara adalah sesuatu yang berharga. Nak dapatkannya pun susah. Lagi lama mutiara tu lagi cantik dan mahal harganya. Mutiara ni tersembunyi di dasar laut. Orang yang tahu selok belok mencari mutiara dan sanggup menghadapi risiko sahaja yang mampu mendapatkannya. Antologi bagi gadis yang benar2 menjaga kesuciannya sebagai seorang gadis. Tidak terlihat oleh orang lain, selain yang mendapatkannya dari tiramnya. Kerana ia berada di dalam tiram. Tertutup rapat dan susah dijumpai. Gadis yang macam mutiara ni akan terus menunggu kalu ada yang menjumpainya. Dia akan cuba menperbaiki dirinya dan mendekatkan dirinya kepada Allah setiap masa. Baginya cinta manusia tu x penting. Hanya cinta Allah yang didambanya. Tp kalu ada yang sudi mengambilnya sebagai isteri. Dia akan jadi isteri yang terbaik dan hanya akan berkhidmat untuk suaminya sahaja. Beruntunglah lelaki yang mendapat isteri seperti mutiara ni. Tetapi lelaki ni kena sanggup berjuang untuk dapatkanya dan memperbaiki diri serta menambah ilmu dulu kerana untuk mendapatkan yang terbaik, lelaki ini perlu menjadi yang terbaik.
>> Rasa nak sgt jd mutiara...tapi aku rasa aku x mampu...aku x layak...aku akan cuba berusaha kearah itu,....heheh

Tangan VS Sudu

Sabtu, Mac 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:05 PTG
Budaya melayu adalah cara hidup orang melayu. Banyak budaya melayu yang mengikut prinsip islam tidak kurang juga yang bertentangan dengan prinsip islam. Bagi budaya yang bertentangan dengan prinsip islam memang patut diamalkan. Tetapi bagi budaya yang berteraskan cara islam patut diteruskan. Dunia sekarang telah terbalik. Budaya yang bertentangan dengan islam terus diamalkan manakala budaya yang berteraskan budaya islam mula di tinggalkan.

Contoh mudah yang ingin saya bincangkan adalah benda yang kita buat setiap hari iaitu makan. Cara makan masyarakat melayu kini banyak terpengaruh dengan budaya asing. Ramai dikalangan kita yang lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu, serta chopstick. Mereka bangga makan menggunakan cara barat yang dianggap lebih moden.

Mereka mengatakan makan mengunakan cara barat ini memberi banyak kelebihan berbanding cara melayu iaitu meggunakan tangan semasa makan yang dianggap kolot. Mereka kat makan guna sudu ni senang….tak perlu basuh tangan …tangan pun tak berbau. Itu saja kelebihannya sampai ia dianggap ‘up to date’.

Disini saya nak menjawab permasaalah itu. Pasal basuh tangan…takkan nak basuh tangan pun kita malas. Kalu basuh tangan, kita sendiri yang basuh. Kita tahu tahap kebersihannya. Kalu guna sudu, orang lain yang basuh. Kita tak tau macam mana dia basuh…ni untuk yang makan kat kedai la… Pasal tangan berbau pula…kan sabun untuk basuh tangan disediakan…apa nak takut…kalu x basuh dengan betul memang la berbau…mulut pun berbau makanan…

Makan dengan tangan ikut budaya melayu ni ada kebaikannya. Antaranya ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Makan dengan tangan kanan ada kelebihanya kerana tangan kanan dicipta Allah untuk menyuapkan makanan. Ikut kajian enzim yg ada ditangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman selepas makan.. Pastinya banyak lagi kelebihan makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah sunnah nabi.Kalu kita makan dengan cara barat pastinya kita tidak menyentuh makanan itu. Ditambah pula kita akan menyuapkan makanan tersebut dengan kedua dua tangan bukan kanan sahaja.

Saya pelik kenapa orang melayu sendiri malu nak makan menggunakan tangan. Kalu makan sup tu tak pe la guna sudu pun. Nak ambik kuah kan. Tapi yang saya pelik kenapa orang pelik kalu tengok saya makan mee guna tangan ….pelik sangat ker??? Cuba tengok orang barat.. dia orang makan masakan melayu kat Negara kita pun dengan cara mereka. Kenapa kita nak makan makanan melayu kat Negara sendiri ikut cara barat …pelik kan???

Kenapa kalu kita makan makanan barat kat Negara sendiri guna tangga. Pasti orang pandang pelik kat kita. Salahkah kita menggunakan budaya melayu itu sendiri?? Kalu kita tak tonjolkan budaya kita, sape lagi nak buat. Kita patut bangga dengan budaya kita, cara makan kita, tambah2 lagi ia adalah sunnah nabi yang kita kasihi. Jangan anggap benda tu lapuk kalu benda tu x bg kerugian kat kita untuk teruskan …lagipun benda tu boleh bg kita pahala free…nape x nak???

Fikir2 kan lah…..

Cita2 ku.... Doraemon???

Selasa, Mac 17, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:08 PTG
kenapa sy suka doraemon...heheh,...sebab sy suka kucing...sy nak jd doraemon...sbb tu alamat blog ni nama doraemon melayu...sebab pemilik blog ni nak jadi doraemon melayu...hehe

sy nak jadi doraemon sbb sy nak keluarkan sesuatu untuk masa depan...dlam bahasa ringkasnya adalah pereka cipta....tu la cita2 sy sejak kecik lg....sy suka sgt cerita doraemon kut ...sebab tu terpengaruh...

bila sy sedar biasanya yg menjalankan penyelidikan untuk merekacipta benda baru ni adalah pensyarah....jd sy ubah cita2 sy tu jd pensyarah dah pereka cipta...dsamping sy mereka sesuatu teknologi...dapat juga sy membentuk masyarakat berilmu... sy dapat juga menyalurkan ilmu yg sy ada pada generasi pewaris...kalau boleh sy nak bentuk masyarakat yg berilmu dan berakhlak mulia....bukan yg rosak akhlaknya...apa guna ada ilmu...kalu punya akhlak macam syaitan...contohnya rasuah...kalu ada ilmu tggi pun...tp mengamalkan rasuah...negara akan musnah....kesimpulannya amalkan ajaran islam...pasti hidup sempurna...

tetapi semakin sy cuba menghampiri cita2 sy tu semakin sy rasa amat sukar untuk mencapainya..tp sy akan tetap terus mencuba selagi ada daya...bak kata org...lagi banyak kita tahu ..lg kita sedar sebenarnya lg banyak yg kita x tahu...jadi tuntutlah ilmu selagi kita hidup....

Comel kan???

Ahad, Mac 15, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:51 PTG
Sy sgt suka akan kucing...comel sgt...

Kucinglah binatang yg paling sy syg...sy x tgk kalu org wat jahat kat kucing tu....

mesti sy akan benci org tu....heheh...






kucing dlm video ni sgt comel...tp kecian kat kucing yg jatuh...heheh...


Takut yg Sebenar

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:14 PTG

Td sy citer pasal takut kat dunia ni...

ni baru takut sebenar benar takut sebab takut kita x sempat bertaubat sebelum ke alam kematian.... ni la risiko yg paling besar...sbb kita dah x boleh patah balik bila kita dah mati...menyesal kemudian tidak berguna... keputusan yg paling besar kita nak buat adalah...terus hanyut dengan keseronokan dunia yg sementara...atau bersedia mencari bekalan untuk kehidupan setelah mati yg kekal abadi....Oleh itu sentiasalah kita fikir pasal kematian...dan sentiasa menginsafi kesalahan diri...

mgkin hari ni kita mati......tiada siapa yg tau......

TaKuT??? X Suker??

Jumaat, Mac 13, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:01 PTG
apa yg sy paling takut??? apa yg sy paling takut dlm dunia ni ialah risiko...hehe...rasa takut nak ambil apa juga risiko... sebelum sy sedar akan benda ni... sy ingatkan sy takut pada laju...tp fikir punya fikir ...sy sedar sebenarnya sy takutkan RISIKO....hehe...lagi tinggi risiko tu lagi sy takut...hahah...tp dalam dunia ni x de benda yg selamat...semua yg kita buat pasti akan ada risikonya... jd apa pun yg berlaku...sy terpaksa terima risiko tu....
X suka....apa yg paling saya x suka dalam hidup ni ialah membuat keputusan...ia berkait ngan risiko tu...sebab masa nak buat keputusan tu kita kena fikir pasal risiko yg mungkin berlaku... sy takut membuat keputusan yg salah...tapi keputusan wajib diambil untuk meneruskan kehidupan ni....hahah...walaupun dah ambik subjek kemahiran membuat keputusan ni...sy tetap cuak dalam membuat keputusan...sy takut sy tersilap langkah...
jd kesimpulannya....sy mesti hadapi jg benda yg sy x suka dan paling takut tu dalam kehidupan ni....walaumacam mana sekali pun sy suka cabaran...dan sy pantang dicabar..heheheh

PerBEZAan

Selasa, Mac 10, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:01 PG
dalam kehidupan kita ni ada byk perbezaan...sebab dalam dunia ni kebanyakan benda berpasangan...jd setiap benda yg berpasangan tu mesti ada beza antara pasangan dia tu....untuk saling melengkapi antara satu sama lain...kalu sama, apa guna berpasangan...

begitu jugalah dengan manusia...pun ada pasangannya...lelaki dan perempuan...kedua-duanya berbeza...ada dalam nasyid kata perempuan ni dari tulang rusuk lelaki...perempuan ni bukan untuk dijunjung atau ditindas...tp dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindungi...begitulah pasangan yang saling memerlukan...aiks...tetukar tajuk la...

ok...berbalik pada perbezaan...perempuan dan lelaki memang dicipta berbeza...dan punya tarikan magnet antara satu sama lain...dulu bg sy, kalu boleh sy nak hapuskan perbezaan tu...nak jadikan perempuan sama macam lelaki...tp sekarang sy sedar...perempuan tetap perempuan...lelaki tetap lelaki ..pasti ada perbezaan...walau selembut mana lelaki itu atau sekeras mana perempuan itu...mereka tetap berbeza....

ohhh...sy nak ulas benda ni dari pengalaman sy...perbezaan sy melihat manusia berlainan jantina ini dalam melayari kehidupan...waktu zaman persekolahan sy....sy x kenal mcm mana sebenarnya manusia bernama lelaki ni....sy hanya kenal perempuan....kerana kawan sy semua perempuan....kerana sekolah sy adalah sekolah untuk perempuan sahaja....hanya ayah sy seorang lelaki...sy bercakap dari pandangan berkawan....maknanya x termasuk ayah sy....sy gembira berkawan dengan perempuan sahaja....kami saling memahami kerana kami punya jantina yang sama...heheh

tamat persekolah sy masuk plkn dan matrikulasi....masa tu pun sy x kenal lagi lelaki...walaupun kelas dah campur tp sy masih pemalu...masuk universiti sy nekad masuk kelas yg majoritinya lelaki...kerana sy minat bidang tu... sy kuatkan semangat dan sedia hadapi apa jua cabaran...bila dah masuk U ni la baru sy kenal sape tu lelaki....sbb dah byk kena buat projek kumpulan dan semestinya itu byk lelaki....dan dari situ sy tau perempuan dan lelaki memang berbeza...Apa perbezaannya??? Takut la sy nak katakan disini...nanti kena marah ngan lelaki...yg sy boleh katakan ialah sy lebih suka berkerja dalam kumpulan tanpa lelaki....hehehe....tp x bermaksud sy anti lelaki.....cuma bg sy kerja ngan pompuan ni lg senang sebab saling memahami...x tau la kalu sy memang x kenal lelaki ni sepenuhnya lagi...heheh

satu benda lagi pasal perbezaan...sy rasa dalam diri sy sendiri pun ada perbezaan...sy rasa identiti dan sifat sy di alam maya dan alam nyata berbeza...ini kerana sy seorang yg pemalu untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat sy ketika bersemuka....sebab tu lah lain kut...dan mungkin juga pemikiran dan tingkah laku sy berbeza kut..x tau la...sy rasa org yg kenal sy dlm alam maya mgkin x kenal sy di alam nyata dan sebaliknya....heheh...cuma kat cni sy cuba jd diri sy sendiri yang punya gabungan antara 2 identiti dan 2 sifat.....nak jadi diri sy sebenar...hehehe

Kenapa kita dihidupkan dan dimatikan???

Ahad, Mac 08, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:22 PG
beberapa hari lepas...sy ada berchatting dengan seorang budak PUNK. Dia telah murtad dari Islam dan sekarang tidak menganut apa2 agama...free thinker.... Semasa berbual dengannya...dia ada tanya...kenapa manusia dihidupkan dan dimatikan???

Alhamdulillah....sy dapat idea nak jawab soklan tu melalui pengalaman sy sebagai seorang pelajar kejuruteraan...sy katakan...kalau manusia tu, contohnya jurutera kalau dia cipta sesuatu pasti dia akan uji benda tu ok ker x sebelum dia komersialkan benda tu....dia akan lakukan bermacam ujikaji dan terhadap benda tu untuk pastikan benda tu ok...nak uji benda tu kena la on kan dulu...baru tau dia berfungsi dengan baik x....siap uji off la dulu...pastu baru keperingkat seterusnya untuk dipasarkan ker...nak kena baiki dulu ker....nak kena buang terus....

Macam tu la juga manusia ni....Allah ciptakan manusia....Lepas tu mesti la Dia nak uji manusia ni ok ker x....dia letak dalam dunia ni...dihidupkan manusia ni....dan dimatikan semula lepas tamat ujian...kiranya dunia ni sebagai tempat ujikaji @makmal.... bermacam ujian diadakan di dunia ni...kalu kita mampu mengharugi ujian tu dengan baik....pasti kita akan dimasukkan kedalam syurga....kalu kita ada buat kesalahan.... kita akan dimasuk ke dalam neraka untuk kesalahan tu...bila cukup masa kita akan dimasukkan ke dalam syurga....tp kalu kita betul2 salah..x bertaubat...dah sesat la kiranya....kita akan terus berada di neraka....

Itu adalah pandangan sy yg sy kaitkan dengan kejuruteraan....x tau la betul ker x....kalu salah tu tolong betulkan....yang baik datangnya dari Allah ....yang kurang tu datangnya dari sy sendiri

Erti Cinta

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:11 PTG
sy suka lirik ni....hehe

Alkisah bermula fantasi dunia
Mengolah bicara dalam erti cinta
Langkah kanan bertapak
Padanya tuhan yang Esa
Cinta sebenar
Kuatkan iman sepenuh rasa
Bersaksi lidah setulus minda
Bagai musafir dahaga cinta Dia
Kronologi masa hipotesis nada
Modifikasi cinta aplikasi terserlah
Jika cinta tanpaNya
Patah jiwa punah rasa
^InHeart-AN'08^

Diri Saya

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:03 PTG
hahah...pasal diri sy ...
sy nak berpantun plak....

Pantun ini tentang diriku,
Menceritakan tentang sikapku;
Ada yang benar ada yang palsu;
Boleh dinilai bila kenal diriku.

Baju kurung pakaian harianku,
Nasi dan daging makanan kegemaranku;
Sifat malu pelindung diriku,
Agama dan bangsa asas perjuanganku.

Sudu dan garpu diletak tepi,
Tangan diguna untuk makan;
Bahasa melayu jangan ditolak tepi,
Bahasa melayu mesti dimartabatkan.

Makan banyak kalahkan lelaki,
Suka buat kerja lelaki;
Berkecimpung dalam bidang lelaki,
Buktikan perempuan setanding lelaki.

Suka menjadi hiperaktif,
Suka berlari ke sana ke mari;
Hidup kitakan kena aktif,
Jalan laju macam lari.

Membaca Mastika itulah hobiku,
Permainan komputer juga kegemaranku;
Menjadi doraemon cita-citaku,
Akan ku gapai selagi ada dayaku.

Begitulah sikap diriku ini,
Ada yang baik ada yang buruk;
Sebagai kawan diriku ini,
Bantulah aku kikis yang buruk.

hehee....tu la diri sy yg sebenar....

Antara bahagia dan perjuangan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:37 PG
Mana tempat yg anda paling bahagia???
pastinya disisi keluarga tersayang...kan???
Kadang2 sy tertanya pada diri sy...
kenapa tinggalkan keluarga...kenapa tinggalkan bahagia...
padahal dalam hidup hanya bahagia yg dicari...
bukannya sy berada di luar negara...tapi hanya dinegeri lain...
tp hakikatnya skrg sy berada bukan bersama keluarga...

tapi hati ini punya jawapan...
perjuangan...itulah jawapannya...
kerana perjuangan sy sggp tinggalkan keluarga
kerana perjuangan juga sy sggp kehilangan bahagia...
kerana sy pasti suatu hari nanti sy akan mendapat bahagia itu...

walaupun sy jauh dr keluarga...
tp hati sy tetap bahagia...kerana keluarga tetap dihati...
mmm...perjuangan...kenapa demi perjuangan sy sggp jauh dari keluarga??
kerana perjuangan memerlukan pengorbanan...
seperti sajak yg sy post kan dulu...
perjuangan untuk menuntut ilmu...
demi agama, negara dan bangsa...

sy x nak agama Islam dipandang hina...
sy x nak penganutnya dipandang bodoh...
kerana tidak punya ilmu...tidak punya teknologi...
dulu zaman kegemilangan islam...ramai cendikiawan islam...
maka kalu nak islam dipandang positif...
umat islam perlu berilmu...
ilmu akan mengangkat martabat manusia ...di mata manusia...
bukan saja kekayaan yg dipandang mulia...tp ilmu...
kerana kekayaan bakal berakhir... tp dengan ilmu kekayaan boleh dijana....

x guna kalu manusia tu ada byk ilmu...
tapi x gunakan ilmu itu untuk kebaikan...
x guna juga kalu manusia tu ada ilmu...
tapi punya akhlak yg buruk...
sebab tu kita kena cari kesempurnaan tu...
walaupun ia seperti asimtot ....x mungkin mencapainya sampai infiniti...
tp kita perlu menghampirinya...

CINTA KASIH SAYANG DAN HATIKU...

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:35 PG
cinta...
mudah dilafaz....
tapi susah difahami....
payah untuk dihayati...
cinta juga menuntut pengorbanan..
apa sebenarnya cinta...
milik siapa cinta itu....

cinta...
cinta itu milik Allah...
hanya dia yang layak memilikinya...
Kerna cintanya sejati ..
kerna cintanya suci...
untuk setiap makhluk ciptaannya...
tanpa cinta darinya...
hidup kita x akan sempurna...


kasih...
kasih x bermakna sayang...
kasih x perlu diluahkan...
hanya perlu dihayati...
jadi kasih itu apa...
kasih untuk siapa...

kasih...
kasih itu hanya untuk kekasih allah...
hanya untuk rasulullah...
demi kasih sunnahnya menjadi ikutan...
demi kasih perjuangannya diteruskan...
kasih tak akan pernah luput...
walaupun tanpa ia di dunia ini...
tanpa kasih darinya...
hidup kita x akan bahagia...


sayang...
kata yang selalu diungkapkan...
oleh sesiapa jua...
yang juga terbit dari hati...
dan boleh dinilai dari tingkah...
tapi fahamkah kita erti sebenar sayang...
siapakah yang berhak memilikinya..

sayang...
sayang ini milik keluarga kita...
keluarga kita yang menyayangi kita..
dengan sepenuh hati mereka...
yang mendidik kita...
dari kita kecil sampai dewasa...
yang sanggup berkorban demi kita...
kita x berhak menyayangi...
yang lain selain mereka...
tanpa sayang dari mereka...
hidup kita x akan gembira...


hati...
hati itu kosong....
tanpa cinta kasih dan sayang...
hati hanya satu...
hanya seorang berhak memilikinya..
tapi siapakah gerangannya....
yang berhak memilikinya...
yang berhak mengisinya...
dan apa pengisiannya...

hati...
dimiliki oleh pemilik tulang rusuk ini...
suamiku yang ku nantikan kehadirannya...
yang behak mengisinya dengan keimanan...
kerna pemilihannya itu berdasarkan keimanannya...
bukan kerna ketampanan, kekayaan dan sikapnya...
kerana segalanya boleh berubah...
hanya iman yang teguh saja akan kekal...
buat selamanya....
akan ku pertahankan kesucian ku ini...
untuk suamiku milikinya...

P/s: sajak ini adalah ulasan bg lagu ku ingin

LAGU KU INGIN

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:31 PG
Ku ingin jadi sempurna
Tanpa adanya cinta
Ku ingin hidup bahagia
Tanpa hadirmu kasih
Ku ingin rasa gembira
Tanpa dirimu sayang

Tapi ku tak bisa
Tapi ku tak mungkin
Tapi ku tak akan

Kerna cinta ku pada Maha Pencipta
Kerna kasih ku pada kekasih Allah
Kerna sayang ku pada keluargaku

Ku ingin jadi sempurna
Tanpa adanya cinta
Tapi ku tak bisa
Kerna cinta ku pada Maha Pencipta

Ku ingin hidup bahagia
Tanpa hadirmu kasih
Tapi ku tak mungkin
Kerna kasih ku pada kekasih Allah

Ku ingin rasa gembira
Tanpa dirimu sayang
Tapi ku tak akan
Kerna sayang ku pada keluargaku

P/s : Lirik lagu ni direka sendiri...dia punya rentak hanya sy yang tau...ehehhe
kalu nak nyanyi ikut rentak sendiri pun boleh..

Petikan dari filem ‘BUDAK KELANTAN’

Khamis, Februari 26, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:13 PTG
  • Manusio beghuboh gapo hok dio ado, pengalame hok dio ghedoh, nak tokse,dale tok seda, uboh peghanga manusio jadi lagu lain, nok x se…
  • Hidu’ buke ‘badi. Tok kisoh sapo kaloh sapo mene. Hidu’ ni ujie. Nak caghi sapo terbaik, As-sanitaqwim…Makhluk terbaik asal kejadie manusio. Manusio terbaik, manusio guno, wi paedoh, wi manafaat ko manusio lain.
  • Lagu mano nak uboh oghe lain, tok leh…Kito oyak jah, nak beghuboh ko tok se, kijo tue tubuh. Kalu dio tok se kito nok wat ghano…Ado hok lagi besar, hok lagi tau bakpo…
  • Denga namo Allah ye Maha Genius, cipto manusio jadi genius. Maha Besar, dio cipto manusio supayo uboh sejaghoh, cipto sejaghoh.
  • Setia’ oghe lahir atah pitroh. Sabdo nabi “Pitroh maknonyo suci, baik, indoh. Selut koto sebab nisto sebab doso.” Maknonyo maso kito tubik atas dunio ni, kito dale keadae tak dok doso.
  • Tapi bakpo manusio jadi jaha’, perosok dunio. Ado bendo, ado sebab. Lingkunge…Lingkunge hok ngaja dio tok sempurno, tok seimbe.
  • Bakpo kito beghani masuk kande ghima. Hok bena ko kito??? Sejato gapo hok kito ado??? Tapi kalu ghima ghama-ghama masuk kande kambing. Dale kande dio nok ngembek ko ngaum???
  • Tapi bilo kito cayo male jadi sie, kade-kade kito keno beghani buat segalo bendo demi tuhe.
  • Aku mahu laghi daghi segalo galo. Hidup pege aku. Mahu tok mahu aku ikut. Sedar tok sedar, aku kaloh.

Cinta, Perempuan & Lelaki

  • Aku tok cayo cinto sebab aku tok peghenah raso. Ni, kali ni, aku ghaso ni la utuk petamo kali aku ghaso ado… Aku mau tau…Aku cumo mau tau…
  • Perempuan aku tok napok lebih daghi baghe, tok lebih…Kalu kito panda tawa, boleh beli lebih rendoh daghi moda…Lelaki mace aku cuma pendorong…
  • Raso kepuase kito memburu. Aku cari ye aku raso ame. Aku ghosokke. Aku ye ko boleh ludoh. Aku tok tau mahu ketawo atau untuk apo aku tulih…Aku tulih…

>> Adakah bercinta hanya kerana mahu tahu??? bercintalah kerana Allah…Jangan cinta berlandas nafsu semata-mata….

>>Sedarlah perempuan, jangan biarkan lelaki menganggap dirimu seperti barang. Jadi lah insan berharga punya maruah. Yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit…

>> Wahai lelaki, jangan kau buru dunia semata-mata, jangan ko rosakkan masa depan generasi mu… Sesungguhnya tugas mu amat berat…untuk menjadi pemimpin yang membawa manusia lain berjaya di dunia dan akhirat.

salahkah aku wahai sahabat

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:12 PTG

Salahkah aku wahai sahabat
salahkah aku menegur mu
salahkah aku mengingatkan mu
tentang tanggungjawab kita

aku insan biasa
punya kekurangan
punya perasaan

memang salahku memarahi mu
memang salahku menengking mu
maafkan aku wahai sahabat
aku tak dapat kawal amarahku
aku tak dapat kawal diriku
dari pujukan syaitan dan nafsu

aku memang insan yg lemah
tapi bagiku
antara tanggungjawab seorang sahabat
atau tali persahabatan yang terjalin
tanggungjawab lebih penting
aku cuma mahu mengajakmu lebih bertanggungjawab
aku tak mahu kau mendapat susah di kemudian hari
aku mahu jadi sahabat sejatimu

biarlah kau sisihkan aku
biarlah kau putuskan persahabatan ini
biarlah kau membenci aku
aku terima
aku rela
kerana aku pasti
suatu hari nanti
kau pasti faham

Masa Vs Emas

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:10 PTG

Ada orang kata
masa itu emas
tapi bagi diriku
masa dan emas berbeza
masa lebih berharga
masa tidak boleh dijual beli
masa hanya berlalu sekali
masa tidak akan menunggu kita
hanya kita yang menunggu masa

masa akan terus berlalu
tanpa kita menyedari nilainya
lalu kita terus leka
leka dalam kelalaian
hanya bila masa sudah berlalu
baru kita sedar
kerugian yang kita alami
kerana masa tidak boleh diundur
dan kita x mungkin dapat mengubahnya

andai emas didepan mata
tak mungkin kita mempersiakannya
kita akan gunakannya sebaiknya
kita bentukkan ia secantik mungkin
kita menjaganya sebaik mungkin
hanya kerana kita tahu nilainya

bagi masa
menyesal kemudian tiada gunanya
kerana masa tidak dapat diubah
bagi emas
menyesal kemudian ada gunanya
kerana ia boleh dicairkan semula
jadi masa jauh lebih bernilai
hargai masa
gunakannya sebaik mungkin
moga x menyesal dikemudian hari