Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Takdir Memisahkan Kita

Rabu, Disember 29, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:29 PTG
Teringat sewaktu dulu
Betapa sukar untuk mendapatkanmu
Tapi tetap aku mengejarmu
Biar terpaksa lalui onak duri
Ku redah tanpa peduli
Supaya kita dapat bersama

Bila kita sudah bersama
Aku seakan lupa pada kamu
Lena diulik mimpi indah
Hiasan duniawi yang sementara
Kekadang ku tersedar
Kekadang ku tertidur
Kekadang aku rasa
Aku tak mampu untuk terus bersamamu
Kerana kau terlalu sukar digapai

Kini...
Takdir memisahkan kita
Mungkin hanya sementara
Mungkin juga buat selamanya
Kerana janji aku terpaksa pergi
Pergi menunaikan janji yang dituntut
Aku pasti inilah jalan terbaik buatku
Biar ku terpaksa tinggalkan mu
Maafkan aku...
Kenangan bersama mu
Memberi aku banyak pengalaman
Memberi aku banyak kenalan
Aku tak akan pernah melupakan mu
Tanpa kamu siapalah aku

Suatu hari nanti
Aku akan tetap mengejarmu
Walau apa pun ranjau mendatang
Walau usia dan jarak jadi batasan
Walau tanggungjawab ku bertambah
Walau mungkin kau telah berubah
Tunggulah aku
Suatu masa nanti
Pasti aku akan menjemput mu

"Fantasiku akan ku pastikan jadi sebuah realiti"

Inilah janji ku pada mu... IMPIAN ku...

Anda nak Kaya?

Khamis, Disember 23, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:27 PTG
hari ni saya nak masuk bidang ekonomi... nak jadi pakar ekonomi pulak... hehe... dulu ramai orang masuk ASB kan sebab dia memberi faedah yang lebih tinggi berbanding bank lain... jadi saya mahu war-warkan sekejap mengenai ASB... ASB adalah pelaburan yang tidak mempunyai pemantau syariah... jadi di zaman serba moden yang ada macam-macam pilihan ni... kita sebagai orang islam... seeloknya kita tinggalkan yang was-was... apa kata kita ambik yang mampu kita yakin perlaksanaanya mengikut syariah... jadi pilihlah perlaburan yang ada unit syariah... supaya kita tak termakan duit yang haram... bahaya tu.... nak senang tak payah fikir pasal duit dan zakat letak jer kat tabung haji.... fikir-fikirkan....

sekarang ni... ramai orang mula berminat dengan perlaburan emas... pelaburan emas ni pada saya lebih menguntungkan berbanding pelaburan biasa kerana kalau nilai emas turun pun... dia tak akan turun banyak mana... dan akhirnya dia akan naik balik.... cuma rugi kalau kita jual masa harga dia tengah jatuh dan... kita beli lepas tu jual terus sebab harga beli adalah mahal daripada harga jual... antara cara pelaburan emas ni... beli dan gadai... anda beli emas tersebut... dan anda gadaikannya untuk mendapat wang... jadi wang tu anda boleh gunakan untuk keperluan semasa... cuma anda perlu tanggung kos bank simpan emas tu... tapi kalau anda tidak memerlukan wang... pada saya agak rugi anda menggadaikannya... lebih baik anda simpan sendiri... tapi memandangkan keadaan sekarang yang ramai pencuri dan perompak... untuk menyimpan dirumah... mungkin menyebabkan anda risau... Tapi jika iman anda cukup kuat... anda tak perlu risau... yakin hanya pada Allah... kalau emas anda di curi... anggaplah itu bukan rezeki anda... terimalah dengan redha... ia juga akan menguji tahap kecintaan anda kepada dunia....huhu....

kalau anda tak nak gadai dan tak nak simpan dalam rumah... ada cara lain lagi.... anda boleh buka akaun emas... di Malaysia terdapat 3 bank yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance Homes (KFH)... tetapi hanya KFH yang menawarkan akaun islamik berdasarkan syariah... Maybank dan Public Bank menawarkan akaun dalam bentuk konventional.... beza akaun emas ni dengan akaun biasa ialah dalam buku akaun yang dicatit ialah berapa gram emas yang dimiliki... kiranya... kita bagi duit kat bank dan beli emas mengikut gram melalui bank... masuk nilai emas tu dalam akaun... kalau nak keluarkan... kita boleh keluarkan dalam bentuk emas ataupun duit... kalau nak duit... kira kita jual emas tu balik kat bank... dan dapat balik la duit untuk dikeluarkan...

tapi kalau duit anda cukup banyak... saya cadangkan satu pelaburan yang lebih menguntungkan... biasa naik jer... tak turun2... iaitu perniagaan hartanah... anda beli tanah... anda simpan... bila dah mahal anda jual balik bila anda perlukan duit... tapi masalahnya... nak jual mahal sangat pun kekadang orang tak mampu nak beli... hmmmm... saya ada cadangan lain untuk anda pasal hartanah ni... menguntungkan pihak anda dan mampu membantu orang lain... anda beli tanah kebun yang kat pedalaman... biasa tanah ni tak der la mahal macam kat bandar... kurang 100K untuk 3-4 ekar... tak tau la nilai sekarang... tu dulu la... anda pecahkan tanah tu ikut lot rumah... anda jual kepada orang kampung kat situ.... biasanya mereka hanya mengambil upah menjual getah... nak kumpul berpuluh ribu nak beli tanah tu tak mampu la... tapi kalau bayar 100 sebulan insyaAllah mereka mampu... kalau tanah seekar boleh pecah 6-10 lot kalau tak silap saya.... gini.. kita ambik la tengah2 8 lot seekar.. ada 3 ekar... jadi 24 lot... ada beli dalam harga 80K... campur dengan kos baiki keadaan tanah dan lain kos katanya 70K... jadi... modal anda 150K... kalau anda jual dengan harga 20K satu lot... anda dapat 480K tolak dengan modal anda... anda untung 330K... 2 kali ganda dari modal anda... berbaloikan...cuma anda kena tunggu 17 tahun kalau anda jual secara ansuran (100/bulan).. dalam masa yang sama.. anda dapat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk memiliki tanah sendiri... membantu orang tu dapat pahala yang tidak ternilai dengan wang ringgit... cuma peringatan saya untuk anda... jangan teroka tanah sampai anda mengabaikan tanggungjawab anda kepada alam sekitar... sayangi alam indah yang Allah ciptakan untuk kita semua... untuk orang yang dapat duit epf banyak dan tak ada pencen saya rasa sesuai buat benda ni... sebagai bekalan hari tua anda...

tak puas hati lagi dengan pelaburan yang saya cadangkan? nak yang menguntungkan lagi... hahah... aku ni macam orang iklan pelaburan la pula... ada... ada pelaburan yang lebih dan sangat menguntungkan... tapi ramai yang tak nak melabur kat situ... sebab mereka nak lihat hasil pelaburan tu... tak nak tunggu sampai mati dulu baru lihat.... pelaburan apakah itu? pelaburan ke jalan Allah... infaqkan duit anda ke jalan Allah... anda akan peroleh pahala yang tak ternilai... anda mahu kaya dulu baru nak melabur kat dalam pelaburan ni... tunggu la anda kaya... tapi tahukah anda mati anda bila? kalau anda mati esok... tak sempat nak kaya... dan tak sempat nak melabur... ikut sunnah nabi sedekah setiap hari... anda ada rezeki lebih tu sedekahlah ke jalan Allah... biar rezeki itu sedikit asalkan berkat... cara senang anda nak melabur dalam pelaburan ni ialah berikan duit kepada ibubapa anda... kalau ibubapa tak nak terima? anda boleh dermakan niat... derma bagi pihak ibubapa... jadi duitnya ibubapa anda tak dapat... tapi insyaALlah pahala kita derma tu mereka dapat...

cuba kita renung... lihat... betapa ramai yang hidup susah dari kita... lebih memerlukan wang itu dari kita... apa kata kita kongsikan sedikit apa yang kita ada untuk kita sama2 hidup bahagia... ada orang kata bahagia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit... tapi hakikatnya bahagia boleh dibeli dengan wang ringgit... iaitu dengan memberikan duit itu pada orang yang lebih memerlukan... anda tak percaya? cubalah derma? pasti lepas tu anda rasa gembira sangat... segala duka jadi duka... kerana anda mampu membantu orang lain atas bantuan Allah...

mahu mencelah perkara lain sedikit... ada beberapa perkara yang mampu membuatkan hati yang gundah menjadi gembira... membuat hari yang suram menjadi ceria... 1. cuba anda berada dalam majlis ilmu.... 2. cuba anda bantu orang yang memerlukan pertolongan... 3. cuba anda infaq duit anda... saya pasti anda pasti akan bahagia selepas itu sebab hati manusia diciptakan untuk merasa bahagia bila membuat perkara yang baik dan jadi gundah bila buat perkara jahat....

hmmm... jadi siapa nak masuk pelaburan yang terakhir saya cadangkan ni... kena buang cinta pada dunia... kalau tak mesti rasa sayang kat duit kalau nak derma... hey... ingat la sikit... benda mahal untuk kemudahan dunia kita boleh beli... kereta mahal... rumah besar... pakaian cantik.. makanan sedap... sedangkan segalanya hanya sementara... bila2 masa pun boleh ditarik balik.... tapi kenapa takut untuk beli kemudahan kita untuk hidup seterusnya... takut untuk membeli saham akhirat? takut jatuh miskin sebab derma banyak sangat... ingat.. rezeki itu di tangan Allah... Allah boleh tarik bila2 masa yang Dia nak... kalau hanya duit tu ditangan kita.. didalam bank... tak digunakan sebaik mungkin... tak ada guna duit tu bila kita mati kelak... mungkin duit tu akan jadi pendakwa kita... biarlah duit tu jadi pembela kita.... kalau kita mati... duit jatuh kat waris... kita tak tau apa yang akan mereka buat dengan duit tu... kalau mereka guna untuk benda yang tak elok macam mana? kalau mereka guna sebaik mungkin Alhamdulillah...

kesimpulan... semua ni saya tulis sebagai panduan untuk saya juga... kita ni manusia kekadang leka mencari kekayaan dunia sehingga lupa tujuan hidup ni... tapi tak kaya2 pun sebab apa yang dicari bukan dengan tujuan yang betul... tak berkat... carilah kekayaan untuk mengeluarkan zakat dan membantu orang lain... bukan mencari kaya untuk kemewahan dan kesenangan diri sendiri... jangan lupa bayar zakat yer bila harta dah cukup untuk bayar zakat....kalau boleh derma sekali...hehe... ada satu lagi lupa nak cakap... kalau orang masuk kristian ... berapa banyak pihak gereja bagi duit.... tapi kalau orang masuk islam... berapalah sangat pihak zakat bagi... dan berapa la sangat orang yang nak bantu mereka... renung2 kan.... bukan sekadar baca...

Ceramah 5

Jumaat, Disember 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:26 PTG
Penceramah: (Maaf saya tak salin namanya)

Ringkasan Ceramah:

Keluarga bahagia
1) Tahu menghormati
2) Faham islam
3) Saling berkasih sayang
4) Bersederhana dengan kehidupan
5) Sebut kesalahan sendiri

Kebaikan bermula dari:
1) Faham agama
2) Zuhud pada dunia
3) Tengok aib sendiri

Amalan di pagi hari:
1. Ucap Alhamdulillah dan doa bangun tidur
2. Membaca al-Quran
3. Solat sunat subuh (baca surah alamnashrah dan alamtarakai)
4. Solat subuh
5. baca astaghfirullah 3 X paling kurang
6. Mendengar kuliah subuh
7. Sedekah sebelum terbit matahari

Nilaikan pada diri kita adakah kita menggunakan sebaiknya:
1. Masa yang diberi (Umur)
2. Anggota badan
3. Ilmu
4. Harta (dari mana dapat dan macam mana guna)
4 kategori harta :
a) Input halal output halal
b) Input halal output haram
c) Input haram output halal
d) Input haram output haram

Lapan wirid:
1. Solat berjemaah
2. Solat sunat (9):
a)Wuduk
b)Rawatib
c)Witir
d)Tahajud
e)Dhuha
f)Taubat
g)Hajat
h)Ishtikarah
i)Tasbih (1 minggu sekali)
3. Baca al-Quran (100 ayat sehari)
4. Zikrullah: (1000 X sehari)
i) Lisan dan hati
ii)Hati sahaja
iii) Lisan sahaja
5. Selawat nabi (1000 X sehari)
6. Sedekah
7. Majlis ilmu
8. Puasa sunat

Empat bulan yang mulia:
1. Rejab
2. Zulkaedah
3. Zulhijjah
4. Muharam

Tiga puluh hari yang mulia:
1. 10 akhir Ramadhan
2. 10 awal Zulhujjah
3. 10 awal Muharam

Amalan Asyura
1. Puasa
2. Solat sunat
3. Mandi (macam mandi mengangkat hadas besar dengan doa bebaskan kami dari segala penyakit rohani dan jasmani)
4. Sedekah

"Usirlah dunia sebelum dunia mengusir kita"

Ceramah 4

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:07 PG
Penceramah : (Maaf saya tak ingat nama)

Ringkasan Ceramah :

Nombor menuju akhirat
1 --> Allah
1 --> Rasul
1 --> Kitab
5 --> Rukun Islam
6 --> Rukun Iman
2 --> Rukun Ihsan
13 --> Rukun Solat

Tiga dasar urusan akhirat
1)Kepala --> Islam
>> Islam menjamin keselamatan di dunia dan akhirat
>> Islam sepatutnya dijadikan sebagai cara hidup
2)Tiang --> Solat
>> Solat boleh mencegah daripada melakukan perkara mungkar
>> Maksiat berleluasa sekarang ni kerana bertambahnya orang yang mengabaikan solat
3)Kemuncak --> Jihad

Tiga golongan yang dihadapi pendakwah...
1. Orang yang berilmu tapi pentingkan diri sendiri... tidak menyampaikan ilmu yang dipunyai kepada orang lain... dia sorang dia jer beribadah.. kira macam abid la...
2. Orang yang kurang ilmu atau jahil... tidak melihat islam secara menyeluruh... hanya melihat dari sudut tertentu... contoh macam orang buta pengang tali gajah... bila ditanya rupa gajah macam mana? dia kata macam tadi... bila disuruh pegang kaki.. rupa gajah macam apa? dia kata macam tiang... bila disuruh pegang telinga... rupa gajah macam apa? dia kata mcam dinding... apabila tak boleh lihat menyeluruh ... maka kita tak tahu bentuk sebenarnya... macam orang yang mengasingkan hal politik, ekonomi dan lain2...daripada islam...jadi lihatlah islam secara menyeluruh.. mengenali dengan sempurna...
3. Musuh islam... ni memang orang2 yang menentang islam la...

Maksud Hikmah --> Tepat dan betul berdasarkan dalil

Taqwa --> Takut yang mendekatkan diri kita dengan Allah.. Taat tanpa maksiat... zikir tanpa lupa... ada 1 lagi...saya tak sempat nak salin...

Relevankah : Mencintai tak semestinya memiliki?

Khamis, Disember 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:37 PG
Biasa kalau orang bercinta sebelum berkahwin tapi terputus di tengah jalan... kecewa... tak dapat memiliki si dia yang dicintai... maka keluarlah ayat Mencintai tak semestinya memiliki... saya nak ajak kita sama-sama berfikir hakikatnya logik kah kata-kata ini... terus terang saya kata ia tidak relevan... tak patut untuk kita mencintai benda yang kita tak miliki... malah lagi teruk jika yang kita cintai itu milik orang lain...

kenapa kita perlu mencintai benda yang bukan milik kita... cuba bayangkan... kekasih anda terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga... maka keluarlah status di fb anda mencintai tak semestinya memiliki... bayangkan kalau pasangan kekasih anda membaca fb anda.. apa perasaannya...cuba anda bayangkan apa perasaan anda kalau anda berada ditempatnya... pedih bukan... rasa tergugat... terancam... sebab orang yang kita miliki ada peminat lain... perasaan jeles mesti membara... kalau pulak yang jenis hati lembut... tak ker kesian ker kat dia... mesti dia rasa bersalah sebab rampas kekasih anda... memutuskan cinta suci antara dua insan la konon....padahal dia hanya menurut perintah orang tuanya.... anda telah menyeksa jiwanya...

dan bayangkan pula kekasih anda membaca status tersebut di fb anda... pasti dia akan terus menaruh rasa cinta pada anda... dan menggantung harapan untuk bersama anda akhirnya... silap haribulan boleh bercerai juga dia... salah siapa? jawab la sendiri... lagi parah lagi pasangan kekasih anda.... andai dia tahu kekasih anda masih mencintai anda... apa perasaan dia bila dia tahu pasangan hidup yang dimiliki hanyalah jasad... dia tak mampu memiliki cinta pasangan hidupnya...

Jadi apa kata kita tukar ayat ni kepada Memiliki semestinya mencintai... setiap yang kita miliki.. pasti kita cintai... tambah2 lagi pasangan hidup kita yang sah... untuk apa kita miliki kalau tidak untuk mencintai... contoh mudah.. kita ada kereta.. kita sayang kereta kita...aduh... materialistik la pulak...dunia..dunia...ok... tukar2... kita ada ibubapa... kita sayang ibubapa kita... kita miliki islam sebagai agama kita... kita cintai islam sepenuh hati kita... ajaran islam dijadikan cara hidup kita... kalau suami isteri tu memang wajiblah memiliki dan mencintai... sebab cinta antara suami isteri itu membawa pahala...

ok la... sebagai penutup... saya tinggalkan satu soalan.. apa fungsi Mencintai kalau kita tidak memilikinya? fikir-fikirkan....jangan buat benda yang tak ada tujuan...

Ceramah 3

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
Penceramah : Dr Zukifli Muhammad al-Bakry

Ringkasan Ceramah:

Ada empat perkara kebaikan yang di bincangkan:
1) Salam
2) Memberi orang makan
3) Sambung silaturrahim
4) Solat malam

ok kita pergi satu persatu... mulakan dengan salam... salam adalah sesuatu yang sangat hebat... lain dengan selamat pagi... yang hanya untuk waktu tertentu... memberi salam adalah satu perkara sunat yang lebih afdal daripada wajib iaitu menjawab salam... sesungguhnya memberi lebih mulia daripada menerima salam.... semoga kita sama2 mengamalkan salam ini setiap kali bertemu sesama muslim....salam diutus... memanjat doa... menyambung hubungan...

ada beberapa cerita yang dikongsi bersama mengenai kehebatan salam ni... satu hari Rasulullah s.a.w pergi berjumpa wanita-wanita ansar... Rasulullah s.a.w memberi salam sehingga tiga kali barulah salamnya dijawab serentak oleh wanita-wanita ansar dalam rumah tersebut... Rasulullah s.a.w bertanya kenapa tidak menjawab salam baginda yang pertama dan yang kedua... wanita-wanita ansar itu menjawab... supaya nabi mendoakan kesejahteraan mereka beberapa kali kerana salam itu adalah doa.... Rasulullah s.a.w pernah berkata wanita yang paling bijak adalah wanita ansar....

kisah kedua ialah kisah Imam Syafie yang dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan yang tidak dilakukannya di depan amirul mukminin Khalifah Harun al-Rasyid... Iman Syafie terlebih dahulu memberi salam kepada Harun al-Rasyid... maka amirul mukminin tersebut menjawab salam... lepas tu Iman Syafie cakap... Alhamdulillah aku diberi ketenangan... Harun al-Rasyid tanya kenapa? Iman Syafie jawab... sebab amirul mukminin dah jawab salam aku... mendoakan kesejahteraan aku...akhirnya Iman Syafie terlepas dari hukuman itu dan dilantik menjadi antara orang penting dalam negara kerana kebijaksanaannya...

kisah terakhir mengenai salam... Hassan cucu baginda Rasulullah s.a.w bergaduh dengan adik tirinya... langsung tidak bercakap... menghampiri hari ketiga adik tirinya menemui Hassan berkata... Ibumu sungguh mulia... Fatimah Az-zahra puteri kesayangan baginda... jauh jika mahu dibandingkan dengan ibuku... jadi tidak mahu jadi lebih mulia daripada kamu dengan memberi salam kepada kamu dahulu... biarlah kamu yang lebih mulia memberi salam kepadaku dahulu... akhirnya Hassan memeluk adik tirinya dan mereka salam bermaafan....

Petanda haji mabrur ada dua... lepas balik haji... pertama dia selalu bagi salam... kedua dia suka beri orang makan... orang yang suka beri makan orang lain Malaikat akan mendoakannya dan beristighfar ke atasnya... dan orang yang menerima makanan darinya juga akan mendoakannya... mari kita kongsi 1 lagi kisah... mengenai seorang lelaki kaya yang dermawan... kat tepi rumah dia... dia letak satu balang yang diisi susu unta dan sebekas roti... jadi sapa2 yang nak makan boleh makan makanan yang dia sediakan tu... sentiasa ada... suatu hari dia pergi berburu... jauh mengambil masa 1-2 perjalanan pergi.... ketika berburu... dia terjerlus dan termasuk dalam gua... kawan2nya cuba panggil namanya tapi tiada sahutan.. rakan2nya tanda kawasan dia terjerlus dan pergi mendapatkan bantuan... lebih kurang 3 hari lepas kejadian... bantuan sampai dan usaha mencari dimulakan... pada hemat orang biasa mungkin hanya mayat lelaki tersebut ditemui... tapi yang ditemui ialah lelaki tersebut yang masih hidup dan sihat... bila ditanya dia maka apa dalam gua duduk sorang2? dia kata setiap kali bangun pagi... dia disediakan dengan sebalang susu dan roti... itulah hikmah orang yang suka memberi orang lain makan...

seterusnya bab silaturrahim... orang kita ni hanya kerana tanah sekangkang kera pun boleh bergaduh... orang yang Allah akan panjangkan umurnya dan murahkan rezekinya ialah orang yang mengeratkan silaturrahim... rumah orang yang selalu memiliki tetamu akan mendapat berkat...

solat malam pula... bukan bermaksud solat isyak.. tapi yang dimaksudkan ialah solat di tengah malam dimasa orang lain enak lena diulit mimpi... solat tahjud... qiamullai... diwaktu malam dia berkhalwat dengan Allah... memohon doa... mengadu nasib... memperkukuhkan ikatannya dengan yang Maha Kuasa... ada satu kisah... tapi saya tak berapa ingat raja rom rasanya.. tanya apa kelebihan tentera islam... kelebihannya ialah diwaktu malam mereka seperti abid/paderi tekun beribadat kepada Tuhan, manakala diwaktu siang mereka adalah seperti panglima yang berani... maka raja tersebut berkata... kalau macam tu kita pasti akan kalah... betapa kuatnya hubungan dengan Tuhan... itulah yang menggerunkan musuh islam... terlalu banyak sebernarnya kelebihan solat malam... untuk dibincangkan salah satunya muka akan bercahaya.... hati akan tenang....

Inilah 4 perkara yang di bincangkan... perkara 1 hingga 3 menunjukkan hubungan manusia dengan manusia... manakala yang ke 4 menunjukkan hubungan manusia dengan Allah... segalanya perlu dijaga sebaik mungkin... InsyaAllah...

P/s: Maaf kalau ada salah silap... kerana penulisan ini 90% hanya sekadar apa yang diingat (malas nak salin panjang2)... harap tolong tegur kalau ada yang salah tu...

Ceramah 2

Rabu, Disember 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:10 PG
Penceramah : YB Ustaz Taib Azamuddin

Ringkasan Ceramah:

Ceramah ini berdasarkan kitab Fiqh Keutamaan. Kita perlu menggunakan akhirat untuk memimpin dunia... Masukkan nilai akhirat dalam kehidupan kita... maksudnya... jangan asingkan dunia dengan akhirat... contohnya duit RM50 dari hasil jualan kuih dan duit RM50 dari hasil riba... dari nilai dunia kedua-duanya sama... bernilai RM50... tapi nilai akhiratnya sangat berbeza... hasil jualan kuih tu duit Halal... tapi duit riba tu Haram... bila kita melihat dunia dari sudut dunia semata-mata.. kita tak akan dapat apa2 untuk akhirat nanti... sedangkan dunia ini hanya sementara dan akhirat itu selamanya... bila kita masukkan akhirat dalam kehidupan kita.... kita akan buat benda baik.. sebab kita nak ganjaran yang baik di akhirat... sesungguhnya... segala apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada hikmahnya... contoh lain ialah... tempat ambik wuduk... kekadang direka hanya untuk nampak cantik dalam seni reka.. tapi tidak mengira faktor ergonomik... iaitu tidak mengambil kira keselesaan pengguna.... jangan kerana nak cantik... keselesaan penggunan untuk beribadat pun susah....
mmm... ada sikit penambahan... pasal ubah nasib... kita perlu ubah diri kita dari dalam... bukan ubah faktor luaran semata-mata...

seterusnya ustaz membincangkan tentang perumpamaan menjala dilaut dalam dengan menggunakan pukat pantai... kita manusia ada kelebihan tersendiri.. kita bukan hebat dalam segala bidang... kita mungkin hebat dalam bidang A... tapi kita mungkin tak tahu apa yang ada dalam bidang B ... bila orang tanya kita tentang bidang b terus terang sajalah kita tak tahu... serah pada yang pakar dalam bidang b... jangan buat-buat tahu pula kerana takut nak mengaku tak tahu... nak cakap tak tahu takut orang kata bodoh... tapi kalau kita jawab juga apa yang kita tak tahu tu... nanti jawapan kita akan menampakkan juga yang kita ni kita tak tahu sebab kita mungkin memberikan jawapan bodoh... itulah maksud perumpamaan tu... dah kita ada pukat pantai jer... menjala la kat pandai... jangan cuba menjala di laut dalam... satu lagi... kalau tahu sikit2 jer satu2 ilmu tu... jangan berlagak pandai... ulas merapu meraban... kita duk atas permukaan laut dalam tu jer.. tapi tak menyelam mengetahui segala isi laut dalam tu... kata orang kelantan jangan dok oyak kok sey dey kalu tak tahu... maksunya jangan main taram jer...nak tahu juga... gunalah peralatan menyelam... belajar menyelam... baru boleh selam...dan kongsikan pengalaman menyelam...

satu lagi pasal jangan mempersulitkan hal yang dipermudahkan syariat... contohnya secara afdal ambik wuduk dari hujung jari ke siku... tapi kekadang kalau paip tinggi yang nak ambik wuduk tu rendah... kalau buat macam tu kan nanti basah seluruh badan... ada lagi contoh lain... kalau akikah kambing... afdalnya hanya memotong dibahagian sendi sahaja... tapi kalau akikah guna lembu,... takkan tak potong tulang lembu? panjang sangat nak di masak... ikut logik la... pasal sejadah... tongkat masa khutbah pun ada yang nak dipertikaikan... padahal semua tu bukanlah keutamaan... sampai kekadang orang nampak macam islam tu susah... daripada duk bergaduh benda remeh... lebih baik ajak orang datang masjid....

P/s: Ringkasan ni mungkin ada tokok tambah dari saya dan mungkin juga tidak lengkap atau tidak mencapai maksud sebenar... salah silap harap tegur saya...

Ceramah 1

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:33 PG
Penceramah : Ustaz Long Kechik (UNITEN)

Ringkasan Ceramah :

"Ilmu seperti air tidak bertakung di tempat tinggi. Air hanya bertakung di tempat yang rendah"
--> orang yang meninggi diri tak akan dapat ilmu... hanya orang yang merendahkan hatinya dapat menimba ilmu...

Fungsi masjid:
1) Pusat Dakwah
2) Pusat Ilmu
3) Pusat Ibadah
4) Pusat Hikmah

Ceramah ini banyak berkisar tentang dakwah... setiap yang mengaku islam wajib berdakwah... bukan setakat mengabdikan diri kepada Allah... Ummat Muhammad a.s ialah ummat yang terbaik kena perlu menyambung tugas rasul iaitu berdakwah... ummat rasul lain tak perlu berdakwah... sebab dakwah ni hanya tugas rasul...

Perbezaan antara rasul biasa dan rasul terakhir
1) Rasul biasa diturunkan untuk kaum tertentu
--> Rasul terakhir untuk semua ummat manusia
2) Rasul biasa berdakwah pada kawasan tertentu
--> Rasul terakhir berdakwah untuk seluruh alam
3) Rasul biasa bertugas sehingga baginda wafat sahaja
--> Rasul terakhir wajib bertugas sehingga kiamat

Jadi setelah wafat, siapa yang nak sambung tugas Rasulullah s.a.w kalau bukan ummat islam... dengan dakwahlah islam tersebar ke serata dunia... kerana dakwah juga kita sekarang mengecapi nikmat islam...kita sebagai ummat islam ada 2 tugas iaitu berdakwah dan mengabdikan diri kepada Allah... dakwah bukan tugas badan-badan tertentu sahaja tapi tugas seluruh ummat islam... islam kini kian lemah sebab kita sekarang lebih menumpukan perhatian kepada mengabdikan diri kepada Allah tanpa mempedulikan tugas dakwah...

Ada satu kisah... Ali r.a bertemu Rasulullah s.a.w dalam gua... Ali r.a melihat Nabi menangis mengenangkan ummat akhir zaman... Ali bertanya kenapa?... Nabi suruh Ali tengok ke satu sudut... Ali nampak seekor merak cantik tapi makan bangkai busuk... Ali tanya apa maksudnya... Nabi jawab... begitulah ummat akhir zaman... nampak hebat... pakai baju cantik.. duduk rumah mewah... ada kenderaan besar... tapi dalam hati teruk... kotor... busuk... lupa tuhan... hanya lebih pada dunia semata2... Nabi suruh pulak Ali melihat ke sudut lain... dan Nabi kata bunuh apa yang dilihat... Ali melihat seorang yang sangat tekun beribadat... Ali bertanya kepada Nabi... kenapa? Nabi kata dia hanya tekun beribadat tanpa mempedulikan kaumnya yang lain...macam dia sorang jer nak masuk syurga...

pesanan dari ustaz... kita ni ummat islam selalu suka bergaduh... pasal politik pun berpecah.. pasal benda remeh pun gaduh... bertekak antara satu sama lain... antara mazhab berbeza... saling menyalahkan ... macam mana nak bersatu... anggaplah mazhab itu umpama uniform tentera... tentera kan ada macam2 uniform... yang udara lain dari yang laut... tapi mempunyai tujuan yang sama untuk menjaga keamanan negara... uniform tidak perlu dipertikaikan... hormatilah mazhab lain...marilah kita bersatu...

p/s: Kalau ada apa2 salah harap perbetulkan... sebab saya ingat2 lupa masa menulis ni...

Kejuruteraan: Adakah ilmu bermanfaat?

Sabtu, Disember 04, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:26 PG
Kalau anda orang sains... pastinya anda pelik kenapa diajukan soalan ini...
sudah tentunya bagi orang sains... percaya... ilmu kejuruteraan pastinya ilmu yang bermanfaat... kalau tak macam mana manusia nak berteknologi... nak maju... saya mohon... janganlah keduniaan sangat... kita hidup barang sekejap... kalau sekadar ilmu tu manfaat di dunia... dan tak mampu memberi kita manfaat di akhirat apa gunanya... akhirat itu tiada penghujungnya... sebelum saya mengomel lebih panjang lagi... terdahulu saya tampilkan ciri-ciri ilmu itu dikatakan bermanfaat...
1. Membawa kita semakin dekat kepada Allah
2. Mengetahui kelemahan diri
3. Mencintai akhirat
4. Membenci dunia

saya akan ulas berdasarkan ilmu yang saya ada iaitu kejuruteraan mekanikal... sebenarnya semua ni kait mengait... bila kita tahu kehebatan Allah kita akan tahu kelemahan diri sebagai hamba... jadi kita akan mencintai akhirat menemui yang kekal dan membenci dunia yang sementara.... say bawakan beberapa contoh di sini...

lihat saja semut berjalan... pastinya mereka berjalan melalui jarak terpendek...atau dikenali sebagai sesaran ke tempat yang dituju.... saya ada belajar dalam kaedah matematik untuk memcari rumus pergerakan ini... untuk mendapatkan perjalanan terpendek semut menaiki pokok.... begitu panjang pengiraan untuk membuat rumusnya sehingga memeningkan kepala saya sendiri... sedangkan semut yang tak punya akal tu berjalan dengan senangnya... bijaknya ciptaan Allah....

ok.. kalau kita lihat pula mengenai bahan... setiap bahan mempunyai pelbagai ragam... keadaan berbeza pada suhu berbeza... pada tekanan berbeza... daya berbeza... kadar berbeza...dengan sejarah lampau yang berbeza... tak termampu untuk manusia mengkaji semuanya... terlalu banyak untuk dikaji... manusia hanya mampu mengkaji yang penting sahaja... begitu unik dan indahnya ciptaan Allah

kita pergi pula ke bidang robotik... sekarang ada kucing mainan kan yang robot tu? sama ker dengan kucing yang Allah cipta? pastinya jauh berbeza kan? itulah buktinya ilmu manusia tak mampu menandingi ilmu Allah... ilmu yang ada tu pun Allah yang bagi... kalau Allah tak bagi... tak dak langsung... jadi adakah ilmu ini semua mampu mendekatkan kita kepada Allah... jawapanya ya... pastinya mampu... bila kita tahu....sifat Allah... kita tahu kekuasaan Allah... kita pasti akan meyakiniNya... dan mengakui Allah sebagai tuhan... sekaligus mentauhidkannya... pastinya ini akan mendekatkan kita kepada Allah... bukti kucing robot itu... sudah pasti membuktikan kelemahan manusia dalam menreka makhluk seperti yang di cipta Allah....

tak percaya lagi kelemahan manusia? baik lah... kita bicara lagi mengenai kereta... kereta yang manusia cipta... saya mahu tanya...Ada kereta mampu bertahan 50-60 tahun tanpa ada kerosakan besar? kereta ni paling tahan pun 20-30 tahun... tu pun dah nak go dah... manusia pada usia tu baru mencapai peringkat dewasa...lepas tu pulak... komponen2 kat kereta ada tempoh dia... cycle maksimum dia... kerana ia mungkin mengalami kegagalan lesu... jadi perlu diganti bagi mengelakkan kecelakaan... kalau manusia ni... selagi kita jaga elok tubuh badan kita dan Allah tak bagi penyakit... Alhamndulillah lah.. sihat wal'afiat...itulah beza ciptaan Allah dan rekaan manusia... mahu apa lagi sebagai bukti kelemahan diri kita sebagai hamba...kaji apa pun yang hamba punya.... semua hampeh...

bila kita reka sesuatu kan... setiap komponen... setiap sistem pasti ada faktor keselamatan... tak kira benda tu statik ataupun berulang (cyclic)... itulah bukti dunia ini tak kekal...untuk apa kita cintakan benda yang tak kekal? lebih baik kita cintakan yang kekal iaitu akhirat... lagipun... kat akhirat... kita boleh jumpa Yang Maha Kuasa.... kalau kita masuk syurga la.... jadi merebut-rebutlah kita mencintai akhirat dan membenci dunia....

kalau benci dunia... buat apa kita duk sibuk reka teknologi hebat di dunia? izikan saya menjawab persoalan ini... dunia adalah jambatan ke akhirat... didunia tempat kita menanam... hasilnya kita kutip di akhirat... dengan terrekanya teknologi hebat... kita mampu membantu ramai orang... itu mampu meningkatkan saham kita di akhirat... jadi wahai jurutera sekalian... manfaatkanlah ilmu sebaiknya... jangan hanya pentingkan dunia semata... sibuk mengejar duit dan gelaran... sehingga lupa tanggungjawab kita untuk membantu masyarakat...dan paling penting jangan lupakan manfaat ilmu itu yang paling penting iaitu mendekatkan diri kita kepada Allah....

Percaya sihir?

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:23 PG
anda percaya sihir? maaf saya katakan saya kurang percaya... bukan saya tak percaya 100%... dan bukan saya tak percaya wujudnya syaitan dan jin... tapi saya tak percaya makhluk ini mampu mendatangkan penyakit....

kenapa yer saya tak percaya syaitan dan jin mampu menyebabkan penyakit... sedangkan saya percaya bakteria dan virus mampu mendatangkan penyakit... sedangkan semua makhluk ini saya tak mampu untuk melihat dengan mata kasar... jadi kenapa pandangan saya mengenai dua benda ini berbeza?

Yup... memang saya percayakan sains... sebab itu saya percayakan bakteria dan virus... mungkin saya susah untuk mempercayai sihir kerana terlalu banyak bomoh keparat yang menipu manusia bodoh... mempercayai semua kurafat itu... mungkin kerana mereka tidak berilmu... maaf... tidak patut saya gunakan perkataan tadi sebenarnya... tapi saya nak juga guna sebagai penegasan supaya manusia menjauhi perkara kurafat...

ada satu sebab lagi kenapa saya percayakan perubatan moden berbanding perubatan tradisional ini... kerana pada saya... virus dan bakteria... serta anggota tubuh akan taat setiap perintah Allah... maka bila Allah arahkan mereka untuk bertugas... mereka akan laksanakan tugas mereka dan menyebabkan orang yang Allah kehendaki itu jatuh sakit... bagaimana pula dengan jin dan syaitan.... apa yang saya tahu... jin ada yang islam ada yang tidak sama seperti manusia.... yang tak islam tu... nak ker ikut perintah Allah... pastu syaitan... lagi la... emmm.... tapi apapun... Allah berkuasa atas segalanya...

walaupun sains cuba merungkap segalanya... tapi... ia tetap tak mampu merungkai rahsia Allah... cuma yang kebiasaannya sahaja dapat dinilai sains... yang lain dari biasa hanya jadi kes terpencil... contohnya disini... kalau makan makanan manis banyak kena kencing manis... orang tu kalau Allah tak nak bagi kencing manis... makan gula banyak mana pun tak akan dapat kencing manis... dan kalau orang itu memang Allah nak bagi kencing manis... tak pernah makan gula pun boleh kena kencing manis... semuanya kuasa Allah...sains hanya digunakan untuk mengelak... tapi kalau kena juga...terimalah dengan redha dan sabar kerana itu adalah ketentuanNya...

hmmm.... dah habis bab sains... kita masuk bab sihir... huh... tak tahu nak cakap apa... bila melibatkan sihir... sains tiada penjelasan... apa yang mahu aku ulas... hanya Allah yang berkuasa... mungkin orang yang kena sihir tu Allah nak bagi penyakit.... jadi Allah gerakkan hati penyihir untuk menyihir orang yang disihir... dengan izin Allah...walaupun sihir tu menggunakan ilmu hitam... sihir itu akan terjadi... kerana sihir hanya alat Allah menyampaikan penyakit itu....pasal sihir tak dapat anak... tak dapat jodoh... rugi dalam perniagaan... ermmm...tak tau den nak kata... susah nak percaya sebab semua tu rezeki dari Allah... mungkin sebab den dan keluarga den tak kena lagi.... nauzubillahiminzalik... semoga dijauhkan Ya Allah... hanya kepada mu aku berlindung...

satu lagi yang saya pelik... saya tak nak ulas... saya nak cakap sebab cuma saya musykil... kenapa bila perubatan islam selalu dikaitkan dengan sihir? bukan ibnu sina dulu juga terlibat dalam perubatan yang tidak melibatkan sihir... bukan saya tak percaya perubatan menggunakan ayat al-Quran... saya percaya rawatan menggunakan ayat al-Quran mampu memberi penyembuhan... kerana dalam al-Quran itu terdapat begitu banyak doa...jadi amalan al-Quran sebagai sejenis rawatan adalah rasional.... lagipun Allah yang memberikan sakit... dan Dia juga yang memberikan penyembuhan... ubat itu semua hanya sebagai alat memberi kita keyakinan... bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah...yang saya musykilkan kenapa rawatan islam mesti melibatkan gangguan jin?

p/s: Maaf andai ada yang terasa... saya cuma mentafsir apa yang tersirat diminda ini... andai ada yang salah boleh tolong tegurkan... kerana saya budak baru belajar....

Best ke kawin?

Sabtu, November 27, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:37 PG
emm... best ker kawin ek? selalu terfikir diminda soalan ini... kalau orang yang dah kawin jawab... mestilah best kalau dia bahagia dengan perkahwinannya... tapi kalau yang dah kawin tu derita dengan perkahwinan dia mesti dia cakap... best lagi single.. menyesal kawin... kawin adalah satu keputusan besar dalam hidup... maklumlah nak hidup bersama bukan sehari dua... tapi kalau boleh sampai akhir hayat... sampai syurga (kalau masuk syurga la...)

ada orang kata... single itu indah, kahwin itu barokah (anazahra.blogspot.com)... mana tidaknya.. masa single memang indah... ikut suka kita nak buat apa... asalkan tak salah disisi agama... nak makan nasi bungkus hari2 pun boleh... malas kemas rumah pun boleh... nak balik lewat pun boleh... nak bangun lambat pun boleh... pendek kata... ikut suka hati kita jer... kita penentu hidup kita... tapi bila kawin... semua kena ikut perintah suami... tak boleh main suka hati... tapi kahwin tu barokah... pegang tangan suami berguguran dosa jatuh... mengembirakan suami... banyak pahala betambah... untung siapa dapat pasangan yang soleh dan solehah...

bila tengok orang lain bahagia dengan pasangan hidup masing-masing... rasa tak sabar pulak nak ada pasangan sendiri...huhu... tapi fikir pasal tanggungjawab yang bakal dipikul selepas perkahwinan... rasa macam tak terpikul lah pulak... tak bersedia lagi kut... tu la.. tanggung jawab lepas kawin besar... bukan kawin sekadar untuk berkasih sayang macam orang yang berkapel sebelum kawin tu... tiada komitmen... kalau dah kawin mesti dah tak ada masa rehat... banyak benda kena urus... entah mampu entah tidak mahu diurus semua kerja...

antara yang paling susah kut masa kawin.... nak dapatkan redha suami... kalau kena pulak suami yang perfectionist... semua nak sempurna...mampus la...aduhai... mampukah ku lakukan itu? nak kena turuti segala kehendak dan perintah suami... selagi tak bertentangan dengan Islam... huh... berat tuh... kepentingan suami perlu diutamakan... mungkin itulah yang ditakuti oleh perempuan untuk bergelar jadi isteri... suami pun bukan boleh jadi bos goyang kaki... kena jaga anak isteri... lagi besar tanggungjawabnya... sebab tu perkahwinan memerlukan persediaan...

persediaan dari segi apa yer? mental... fizikal... emosi... rohani... semua perlu kuat.... bila dah kawin nak selesaikan semua tanggungjawab tu memerlukan banyak tenaga... jadi fizikal kena bersedia... bila dah kawin tak boleh marah suami....jadi emosi kena jaga... banyak bersabar... untuk bersabar bukan senang... sebab perlu ada rohani yang dipenuhi dengan iman... baru cukup kuat untuk menempuh alam perkahwinan....satu lagi saya tak ulas ialah mental... berkaitan mindset kita... mungkin biasa... keluarga yang kita utamakan... tapi bila dah kawin... suami kita kena lebih utamakan berbanding keluarga... boleh ker kita nak ubah benda ni kalau tak bersedia? orang yang baru kita kenal perlu diutamakan daripada orang yang mendidik dan membesarkan kita sehingga kita dewasa... sebab itulah pentingnya memilih suami soleh... kerana dia akan faham tentang tangjawabnya sebagai menantu sama saja sebagai anak... ibubapa mertua juga ibarat ibubapa sendiri....

hakikatnya alam perkahwinan banyak menuntut pengorbanan... kalau dulu cuti kita boleh kita habiskan sepenuhnya untuk keluarga kita... kini terpaksa bahagikan cuti tu untuk keluarga kita... suami dan keluarga suami... masa rehat juga perlu dikorbankan untuk melakukan tangungjawab yang semakin bertambah... suami juga tidak kurang pengorbanan yang perlu dilakukan... kalau dulu tanggungan hanya diri sendiri dan mungkin bantu ibubapa dan adik adik... tapi bila kawin telah bertambah seorang lagi untuk disara... tu tak masuk bila dapat anak lagi... sebab tu pentingnya memilih isteri solehah... supaya dapat menerima pemberian suami seadanya... tidak lah asyik meminta-minta yang tak termampu ditunaikan...

huh... kalau macam ni macam tak nak kawin jer... banyak betul yang perlu dilalui dalam alam perkahwinan....cabaran... kamu sahut atau kamu tinggalkan? ish... kalau dapat pasangan soleh dan solehah takkan tak nak? hidup umpama dalam syurga dunia... lepas tu saling membimbing menuju syurga akhirat pulak... tak best ker macam tu... tapi bukan senang nak dapat yang soleh... bukan macam petik jari terus dapat... setiap kejayaan pasti datang bersama usaha... nak yang baik... kita kena la jadi yang baik dulu... perbaiki diri... Allah akan bantu seterusnya... Percayalah...
Akhir kata... kahwin itu best.. tapi penuh tanggungjawab....

p/s: sekadar celoteh orang bujang yang belum memasuki alam perkahwinan

Bahagia

Selasa, November 23, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:26 PTG
Bila bersama keluarga
Hati terasa bahagia
Rasa mahu dihentikan masa
Supaya bahagia terus dinikmati
Kerana bahagia itu indah

Bila kita bahagia
Segala masalah kita lupakan
Bila kita bahagia
Hati menjadi tenang
Bila kita bahagia
Bersyukurlah kepada Allah
Kerana Dia memberi kita
Nikmat bahagia

Tapi
Ketika kita diulik bahagia
Kita selalu lupa
Bahagia dunia bukanlah segalanya
Kerana ada bahagia yang lebih sempurna
Kekal abadi buat selamanya
Bahagia akhirat itulah yang dicari

Kita asyik menikmati bahagia
Dalam kehidupan kita yang pertama
Sehingga lupa mencari bekal
Untuk mencapai bahagia
Dalam kehidupan kita yang kedua
Sesungguhnya
Kehidupan pertama begitu singkat
Kehidupan kedua tiada penghujung
Usah disesali andai perlu
Melepaskan bahagia di kehidupan pertama
Demi bahagia di kehidupan kedua

Hakikat bahagia
Bila mendapat nikmat
Kita bersyukur
Bila mendapat ujian
Kita sabar
Itulah kebahagiaan hakiki

Wahai Perempuan...

Isnin, November 22, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:21 PTG
Aku sebenarnya dah bosan, tapi kesian bila baca dan dengar pasal perempuan yang kecewa disebabkan lelaki... jadi aku nak tuju lagu ni buat semua perempuan...supaya aku tak membebel lebih panjang...

Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
(tapi jangan la buat... salah satu fitnah dunia adalah wanita)

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

****************************************
hayati betul2 ayat yang diboldkan...
kesimpulannya... jangan percayakan lelaki...
bukti cinta seorang lelaki hanyalah akad nikah...
kerana cinta... dia sanggup memikul tanggungjawab besar...
sebagai seorang suami...
kalau sekadar lafaz cinta yang jiwang ...jangan cuba dipercayai...
pesanan untuk lelaki juga...
bukti cinta yang kau patut minta dari perempuan...
bukanlah maruah dan kehormatannya...
bukti cinta darinya hanyalah tandatangan surat menyetujui nikah
kerana cinta... dia sanggup memikul tanggung jawab sebagai isteri...
dan sekali gus dia setuju untuk mematuhi segala perintahmu...
sebagai seorang suami selagi tidak bertentangan dengan islam...

ingatlah
lafaz cinta yang sebenarnya ialah lafaz akad nikah...
bukti cinta yang sebenarnya tandatangan surat menyetujui nikah

Bolehkah Wanita Berhias?

Selasa, November 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:04 PTG
berhias atau juga dikenali sebagai bertabarruj adalah sinonim dengan perempuan... saya bawakan tajuk ini malam ini sempena malam raya.. biasa la raya ni kita biasa berhias... nak kelihatan cantik pada hari yang mulia ni...

Menjawab persoalan diatas... ya.. boleh perempuan berhias... hanya untuk yang berhak iaitu suami... pastu.. perempuan bujang boleh ker berhias? saya nak timbulkan satu soalan.... untuk saya dan pembaca lain... untuk apa dan siapa yer perempuan berhias?.. untuk kelihatan menarik? nak tarik siapa? perhatian lelaki? untuk apa tarik perhatian lelaki? nak tunjuk kita pun cantik? kalau lelaki tau kita cantik dan menarik pun buat apa? nak suruh dia rogol kita? tapi tak mungkin itu jawapannya... ok... kita pusing balik soalannya... untuk apa kita berhias? untuk kepuasan diri? kalau untuk kepuasan diri kenapa berhias juga depan orang? kalau hanya untuk kepuasan diri... berhiaslah kat dalam rumah... bila nak keluar tu... padamlah segala hiasan kat muka.. tangalkan hiasan dibadan... tutuplah hiasan semula jadi...

pasal berhias ni... saya mahu ulas dulu pasal pakaian... cantik sangatkah pakaian yang jarang dan ketat? sehingga nampak macam pembalut nangka? adakah kita rasa kita cantik bila menunjukkan bentuk badan kita? kita sebenarnya mahu menutup kulit atau menutup aurat? syarat menutup aurat adalah tak nipis dan tak ketat... iaitu tidak menampakkan bentuk yang menjadi aurat tersebut... apa guna tutup kulit jika aurat tidak ditutup... benda yang cantik dan berharga perlu dipersembahkan hanya kepada yang berhak... bukan dijadikan santapan pandangan sesiapa sahaja...
ramai pilih baju nak yang bergaya... baju kurung nampak kampung jer... orang kata out of date... biasa la kan... kita perempuan.. ada rasa nak bergaya... apa kata kita simpan dulu rasa nak bergaya tu... tunggu kawin.. lepas tu bergaya la sepuas hati... pesanan buat diriku... jangan sibuk nak bergaya... dari guna duit untuk beli baju bergaya.. baik sempan duit untuk kawin...hahahah...

tudung... ada yang mentafsirkan erti tudung hanya kepada meletakkan kain diatas kepala... sebab tu ada yang pakai tudung sekadar macam Joe Jambul... ada yang pakai tudung keluar ekor kuda di belakang... ada juga yang pakai tudung terdedah lurah didepan... bukankah tudung sepatutnya menutup bahagian kepala... termasuk kepada keseluruhan rambut dan telinga...leher dan dada... sehingga tidak menampakkan bentuk bahagian dada... transfomasi tudung yang boleh dilihat.. zaman sebelum kemerdekaan... tudung tidak dipakai...dulu zaman pop yeye... tudung diikat kebelakang... tapi masih menampakkan leher...selepas itu... kemunculan tudung bawal... tudung ni kalau kelas pertama amat nipis... cara pemakaian tudung bawal akhir ini pula biasanya diangkat tinggi tidak menutupi dada... lepas kehadiran tudung bawal... muncul pula kehadiran tudung indon... senang dan cepat dipakai.. tapi ini sangat ketat kekadang menampakkan bentuk telinga.... dan kekadang pemakai tudung ini menyanggul tinggi rambut mereka dan meletakkan kancing untuk mengemaskan bahagian belakang... tidakkah ini mampu menampakkan rambut kita panjang atau pendek? sedangkan rambut itu aurat...bersama itu datang musim selendang perasan tak selendang tu nipis sangat...lepas tu lembut...senang juga la nak nampak bentuk.... saya duk kutuk semua tudung ni.,.. saya pernah pakai semuanya..hahah... tu la nak suruh diri ni insaf juga...

make up... bila tengok cashier kat supermarket... pakai make up tebal.. huh.. apa kaitan makeup tebal dengan cashier yer? nak tarik perhatian pelanggan... ohhh... tidak... jangan biarkan dirimu di eksploitasi wahai perempuan..ala.. cakap kat orang aku sendiri pun suka pakai make up dan bergaya.. tambah-tambah bila nak bergambar... nak suruh gambar tu nampak cantik... walaupun diri ni tak cantik mana.... adoi.. insaflah wahai diri... tak payah pakai makeup la... cukup sekadar wuduk sebagai make up untuk keluar rumah... nak main make up juga biarlah kat dalam rumah... nak keluar padamkan... insaf..insaf...insaf....

wah... harum semerbak perfume... sekilo pun dapat cium lagi... korang yang nak pakai perfume yang kuat2.. saya tahu la korang tak nak orang cium korang bau busuk... tapi jangan la sampai buat orang sakit kepala dengan bau perfume korang sebab kuat sangat baunya.. pening tau... bukankah dosa bila menyebabkan lelaki terhidu bau perfume dan menarik perhatian mereka terhadap kita... jadi jalan selamat saya rasa... jangan pakai perfume diluar rumah... kalau nak pakai perfume kat dalam rumah.. mandi dulu sebelum keluar supaya dapat kita tak mengeluarkan bau yang wangi diluar rumah yang dapat menarik perhatian lelaki... tapi ada ker perempuan bujang nak pakai perfume kat rumah? saya tak pernah jumpa lagi... biasanya diorang memakai perfume ketika mahu keluar rumah... hati-hati lah....

last sekali saya nak sebut pasal jalan mendada.. perempuan usahlah jalan mendada... nampak macam nak menunjuk bentuk badan la pulak...dah cukup apa yang saya nak luahkan... moga kita sama-sama dapat menjaga diri kita sendiri... supaya tidak terlebih berhias diluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki dan sekali gus menambah dosa....jadilah seperti mutiara di laut dalam... keindahannya tersimpan didalam tiram yang tertutup rapat... jangan jadi bunga di taman reakrasi.. kecantikannya boleh dilihat dan disentuh sesiapa sahaja.....

P/s: kalau yang tak cantik macam aku ni.. pakai seksi.. tudung moden.. baju bergaya.. makeup tebal.. perfume semerbak pun tak cantik juga.,..hahahah...membazir duit jer beli semua tu...

Lelaki Melayu Pembuli?

Isnin, November 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:01 PTG
Itulah yang saya jumpa... kebanyakkan lelaki melayu yang saya jumpa adalah pembuli kaum wanita... tapi kekadang mereka juga jadi pelindung... saya cuma mahu kongsikan sedikit cerita...

kisah pertama... buli buat projek dan assigment... lelaki melayu suka lepas tangan dalam tugas kumpulan... biarkan ahli kumpulan lain yang buat... apa semua ni? mana tanggungjawab anda? setakat tanggungjawab dalam kumpulan ni korang tak boleh nak pikul... macam mana nak pikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memimpin dalam sebuah keluarga?

kisah kedua... buli bawa laptop... ada ker patut ahli kumpulan perempuan yang disuruh membawa laptop untuk setiap kali meeting dan presentation? sedangkan lelaki diciptakan dengan tenaga yang lebih berbanding wanita... setakat nak tolong bawa laptop tu apa la sangat... tak menjejaskan pun tenaga yang korang ada...

kisah ketiga... buli dalam makmal... lelaki datang lambat... suruh perempuan pesan kat demo tolong cakapkan yang dia datang lambat... perempuan kena ingatkan tentang makmal yang akan diadakan... kena tengok lab report perempuan dulu untuk meyakinkan lab report sendiri... adoi... lelaki tolonglah berdikari... jangan la manja sangat... dan harap boleh yakin pada diri sendiri....

itulah 3 kisah yang mahu saya kongsi bersama... ini bukan kisah rekaan... tapi segalanya benar belaka... mungkin dari segi penulisan saya nampak sebagai seorang yang anti lelaki...bukan saya ingin jatuhkan lelaki... tapi niat saya nak menyedarkan kepada anda... supaya anda menjadi lelaki yang berkualiti...

dari kisah pertama tu.. kalau korang tak nak buat kerja pun tak apa sebenarnya... kami boleh buat kerja... tapi ilmu tu kami yang dapat... korang juga rugi tak dapat ilmu tu... sebab tu kami kesian kat korang... dari kisah kedua... kami tak kisah kena bawa laptop pun... kami dapat pahala atas usaha kami? korang tak nak ker berkongsi pahala dengan kami... kisah ketiga... tiada apa2 rugi pada pihak kami... cuma sekadar mahu meningkatkan jati diri korang... supaya tak manja2... yakin diri...dan berdikari...

Jadi... Ayuhlah Lelaki Melayu... Buktikan anda BUKAN Pembuli....

Tips Jauhi Lelaki

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:32 PTG
Kali ni saya nak kongsi tips supaya kita dapat menjaga pergaulan kita dengan kawan yang mempunyai jantina yang berlawanan supaya kita tidak melebihi had pergaulan dan sampai ketahap pergaulan bebas...
1. Serius dan tegas apabila berurusan dengan lelaki
2. Elakkan bergurau senda dengan lelaki
3. Elakkan meeting berdua dengan lelaki
4. Elakkan luah perasaan pada lelaki
5. Elakkan kongsi masalah dengan lelaki (kalau boleh kongsi masalah dengan perempuan sahaja)kecuali terpaksa.
6. Elakkan percayakan lelaki
7. Tidak perlu berbual kosong dengan lelaki
8. Elakkan memberi senyuman kepada lelaki
9. Elakkan melaram didepan lelaki
10. Jangan terlalu mesra dengan lelaki
11. Elakkan letakkan nama lelaki dalam H/P anda... tapi letak kan objektif menghubungi lelaki tersebut.. contohnya untuk lelaki yang sama group tutor... letakkan Tutor sebagai namanya... ini bagi memastikan kita menghubungi lelaki tersebut hanya untuk urusan penting itu sahaja.
12. Abaikan misscall dari nombor yang tidak dikenali
13. Berikan nombor hp anda hanya kepada lelaki apabila benar-benar mempunyai urusan dengan anda.
14. Tidak perlu bertanya khabar kawan lelaki (lebih baik bertanya khabar ibubapa dan keluarga)
15. Jangan men'gedik's dengan lelaki.

Itu saja tips daripada saya pada masa ini... tetapi sebagai manusia... saya juga kekadang terleka dalam pergaulan ini... jadi siapa yang nampak saya salah tu... tolong-tolong lah tegur... wahsini...

Ingatlah lelaki bukan sesiapapun dalam hidup kita kecuali keluarga kita dan guru yang memberi kita ilmu pengetahuan....
'Man is nothing in our life except our family and teacher that give us knowledge'

p/s: ops lupa... nak tambah 1 lagi... sebab saya selalu kena buli lelaki... nak pesan ni... jangan biarkan dirimu dibuli lelaki....

Mungkir Janji

Rabu, November 10, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:42 PG
Kau kata
Aku mungkir janji
Kau dulu
Yang mungkir janji
Kalau kau tak mungkir janji
Aku juga takkan mungkir janji
Aku cuma menagih janji
Janji yang telah kau mungkiri

Tapi aku sedar
Segalanya berlaku atas kehendakNya
Kerana Dia yang merancang segalanya
Kalau tiada aral yang melintang
Pasti kau tunaikan janjimu kan?
Tapi ada sesuatu
Yang menyebabkan kau terpaksa
Mungkiri janjimu
Tak apa... aku faham...

Walau pahit untuk ku telan
Tapi ku paksa diriku menerimanya
Kerana ku yakin..
Ada hikmah disebaliknya..
Allah dah sediakan jalan terbaik untukku
Jadi tak perlu aku sesali
Apa yang telah terjadi
Tentang janji yang dimungkiri

Terima kasih atas jasamu padaku
Ahh... bukan duit mu pun...
Semuanya duit rakyat... termasuk aku
Kau hanya badan untuk menguruskannya
Terima kasih memberi peluang
Untuk menerimaku suatu ketika dulu
Aku tahu aku tak layak memarahimu
Kerana kau mungkiri janjimu
Hanya kerana terpaksa

Janji yang kau kata aku mungkiri
Sebenarnya aku tak akan mungkirinya
Cuma aku minta penangguhan untuk menunaikannya
Tapi kau tak setuju menangguhkannya
Jadi dalam rela dan paksa
Akan ku tunaikan janjiku
Bila kau menuntututnya nanti...

Apakah baktiku padamu?

Selasa, November 09, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:52 PTG
tadi aku baca buku Dimana Dia di Hatiku tulisan Pahrol Juoi... baca tajuk berkaitan redha ibubapa... terbaca kisah pemuda yang terperangkap di dalam gua... berdoa kepada Allah... dengan syafaat baktiku pada ibubapaku.. bukalah pintu gua ini... (lebih kurang macam ni la doa dia... aku tak hafal).. lepas tu pintu gua pun tergerak sedikit... aku pun terfikir sesuatu... kalau aku nak doa macam tu.. boleh ker? ada ker bakti aku pada ibubapa ku? kalau ada... apakah baktiku itu? aku ni menyusahkan ibubapa adalah... adui... anak apa lah aku ni...

teringat kata-kata mama... kalau boleh mama nak anak-anak mama sentiasa kecil tak besar-besar... sentiasa ada di depan mata mama... tak kisah lah terpaksa penat menguruskan anak-anak...tapi apakan daya.. masa tak boleh disekat... anak-anak terus membesar menjadi remaja dan dewasa... tak mungkin selama-lamanya kekal kanak-kanak...

mama... ***** pun nak terus jadi kanak-kanak... tak nak jadi remaja dan dewasa... nak terus berada dibawah ketiak mama... nak berada bersama mama disetiap masa dan ketika... tak nak hadapi ranjau hidup ini keseorangan di rantau orang.... tapi kehidupan memaksa kita berpisah buat sementara waktu...

bila baca tulisan ummi kat halaqah bagaimana susahnya nak besarkan nak perempuan... baru ku tahu betapa gusarnya hati mama membesarkan kami bertiga... dah la kami ni budak nakal... padan la orang tua-tua cakap.. nak besarkan seorang anak perempuan ni lagi susah daripada nak jaga sekandang lembu... tapi apa bakti yang mampu kami balas buat mu mama?

aku tahu... bukan duit yang mama nak dari anak mama... tapi yang mama dan bababa buntuhkan adalah perhatian daripada anak-anak... walaupun kami semua jauh diperantauan... biar jarak memisah kita... tapi dihati.... tetap ada mama dan baba... moga dalam setiap doaku... terselit doa untuk mu...

Ya Allah... kau kasihanilah dan jagalah pada ibubapaku... seperti mana mereka mengasihani dan menjagaku sewaktu aku kecil... hanya itu bakti yang mampu ku curahkan kepadamu...

Kerja untuk Duit?

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:15 PTG
Hidup manusia sekarang ni semuanya bertunjangkan duit... belajar sebab nak kerja yang dapat gaji besar... kerja mesti lah nak gaji...kan2? pastu pilih lah kerja gaji besar... buat apa kerja tapi gaji tak masukkan? nak makan apa? hidup perlukan duit...

saya tak nafikan.. hidup perlukan duit... tapi saya pelik dengan cara kebanyakan orang fikir... duit... duit... duit... nak sambung belajar pun sebab nak suruh nanti kerja gaji besar ... jadi dapat duit banyak... saya nak tanya? kita hidup ni semata-mata untuk duit ker? bukan duit hanya sekadar alat untuk kita hidup?

kalau semua orang kerja kerana duit semata-mata... hah.. biar semua jurutera mekanikal kerja kat syarikat minyak... gaji mahal kat sana... biar jadi mata duitan semuanya.. hahahaha.. tapi kalau semua orang kerja sebab nak duit... siapa nak kerja untuk kepentingan ummah?

sedarlah... kerja bukan sekadar kerana duit... tapi kerja adalah demi kepentingan masyarakat.. untuk membangunkan masyarakat kerana Allah... baru boleh maju masyarakat kita... bukan kita kerja sekadar lepas tangan untuk dapat gaji...bak kata orang melepaskan batuk ditangga...

kalau semua orang kerja untuk duit... cuba bayangkan... bila semua orang dah kaya... tak perlu duit dah.... siapa yang akan kerja? semua orang tak nak kerja... nak rehat sebab duit dah banyak...tak ada orang nak jadi nelayan... petani... guru... doktor ... jurutera... sebab semua dah ada banyak duit... lepas tu kita semua nak makan apa? kalau sakit nak jumpa siapa?

pernah dengar ada orang yang guna 70% gajinya diinfakkan? kalau kita boleh jadi macam tu kan bagus... tak salah sebenarnya kerja untuk duit... duit yang kita dapat banyak tu... kita gunalah sebaiknya... kongsilah dengan orang yang memerlukan... bukan guna duit tu semata-mata untuk kemewahan hidup kita....moga kita sama-sama mampu jadi macam dia suatu hari nanti...

kenapa aku anti sangat dengan duit...sebab duit memang musuh aku kerana duit pernah membeli persahabatan yang pernah aku hulurkan... mungkin sebab tu aku benci duit... tapi aku tak boleh hidup tanpa duit... kerana aku memerlukan duit untuk merealisasikan impianku...

Bebasnya Pergaulan

Sabtu, November 06, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:47 PTG
saya ada satu soalan... antara punca pembuangan bayi yang semakin meningkat dewasa ini adakah disebabkan pergaulan yang bebas? saya rasa ini adalah salah satu faktornya... perempuan dan lelaki bebas bercampur gaul antara satu sama lain... kalau tak ada seks bebas... kuranglah kes pembuangan bayi... kalau tak ada pergaulan bebas ... kurang lah seks bebas.. kalau tak berkawan rapat lelaki dan perempuan.. maka tak adalah pergaulan bebas dan couple...kalau lelaki tak kenal perempuan... maka tak adala la kawan rapat antara lelaki dan perempuan....

saya bercakap berdasarkan pengalaman hidup sendiri... dari kehidupan... kita perhatikan... dulu masa sekolah... saya sekolah perempuan dari darjah 1 hingga tingkatan 5... jujur saya katakan ... saya tak pernah punya kawan bernama lelaki di alam nyata... kerana kehidupan saya hanya di sekolah dan di dalam rumah... yang saya ada hanyalah kawan lelaki di alam maya... tu pun hanya sekadar bertanya khabar melalui email (dulu friendster dan facebook pun tak ada lagi..)... tak sampai 10 orang pun... saya tak pernah tengok orang kapel... kat sekolah... entah2 masa tu.. tak pernah dengar pun perkataan tu..hahah....

kali pertama berdepan dengan lelaki masa educamp petronas... lepas exam spm... tu pun sekadar aktiviti LDK.. lepas tu PLKN... dalam kem saya pergaulan memang dijaga rapi... jadi sekadar perbincangan dalam kelas dan pembentangan dalam kelas jer la... kat plkn baru saya boleh kenal macam mana perempuan gedik dengan lelaki... tapi tu pun terjaga lagi... masuk matrik baru saya kenal... bagaimana teruknya dan bebasnya pergaulan remaja kini... kat matriklah kali pertama saya tengok remaja dating... kat library pulak... best la kan...library sejuk... duduk rapat2... dalam 1 kubikel...aduh... orang pergi library untuk study la bodoh... bukan untuk buat maksiat... tapi alhamdulillah... kat matrik juga saya belajar kapel itu haram sebelum kawin dan perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung untuk perkara penting dan rasmi sahaja... dengan itu saya putuskan persahatan dengan kawan-kawan di alam maya yang lelaki dengan cara baik...

masuk universiti... dalam course yang hampir 90% lelaki... saya tak dapat lari daripada manusia bernama lelaki...nak buat apa lari dengan mereka lagipun... bukan mereka kacau hidup kita... bila meeting group bincang la dengan serius... tak perlu ada gurau senda dengan mereka... sebab tu kut semua lelaki kelas saya takut dengan saya... kalau ym pun semua pasal pelajaran..hahahah... tapi melalui pengalaman... lelaki melayu ni kebanyakan manja dan suka membuli perempuan...hahaha... aduh cerita pasal lelaki pula... nak cerita pasal pergaulan bebas...

apa yang saya nak rungkai disini...ialah kebanyakkan orang yang couple ni berasal dari sekolah yang campur... tapi ada juga yang selamat dari gejala couple ni... tapi antara pelajar sekolah perempuan sahaja... dengan pelajar sekolah campur... saya lihat... pelajar sekolah perempuan lebih banyak yang tak couple... kalau couple pun lepas dah masuk u yang dah campur... tapi ramai juga yang dikecewakan lelaki,... kesian rasanya saya tengok... jadi apa yang saya nak katakan disini... sistem pendidikan yang memisahkan jantina lebih baik berbanding yang campur... kerana tidak ada masalah cinta kecewa pelajar disini... semuanya menumpukan pada pelajaran... tiada istilah pergaulan yang bebas...

indahnya andai ada plkn, matrik dan universiti di malaysia yang tidak mencampurkan lelaki dan perempuan... mungkin akan ada yang menyangkal... suatu hari nanti mereka akan bercampur juga...yer.. tapi sebelum mereka terpaksa bercampur... ajarlah mereka tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan... pelajaran boleh di fokuskan tanpa dibebani masalah cinta dan kecewa... pergaulan antara lelaki dan perempuan terbatas... pelajar-pelajar lelaki dengan kumpulan lelaki dan sebaliknya... seperti di palestine... library lelaki dan perempuan diasing kan.. di universiti al-azhar juga mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki... universiti di malaysia bila lagi? Mahasiswa bangga membawa mahasiswi berpeluk sambil merempit bersama kehulu kehilir...Bebasnya pergaulan remaja di malaysia...

Viva Palestine

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:13 PTG
Aku pergi dengar ceramah oleh seorang peserta viva palestine yang ke 5... iaitu viva selepas viva 4 yang kena serang tu... aku sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal palestine ni... ada cerita lain yang mahu aku kongsi bersama...

Boleh tak aku nak kata... ada orang kafir yang lebih islam dari muslim... bukan bermaksud dia buat rukun islam tu... mungkin salah sikit penggunaan perkataan islam disini... cuma perkataan islam tu aku nak rujuk kepada akhlak mereka... jiwa mereka... kalau orang kafir yang baik... mengamalkan nilai islam biasa la kita dengar cerita kan... yang jaga kebersihan... tapi apa yang aku nak cerita ni... jiwa mereka susah nak cari dalam masyarakat muslim sekarang ni...

Cerita tentang seorang lelaki... bekas peninju... dari autralia ker rusia... saya tak ingat sangat... berbadan tegap.. tapi berjiwa halus... seorang penganut kristian... dia mengumpul dana untuk pergi ke palestine melalui persatuan... tapi dana itu telah disonglap oleh persatuan tersebut... akhirnya dia terpaksa minta bantuan gereja untuk menajanya... pinjam duit dari rakan dan keluarga... hanya cukup untuk tambang pergi ke london... setelah pergi ke london... dan bersama peserta viva yang lain... dia hanya hidup ala kadar... kerana tidak ada duit yang dibekalkan untuknya... saudara mara di negara asalnya berkerja keras di negara asal dan menghantar duit kepadanya melalui bank... hanya duit itu yang digunakan untuk kehidupannya semasa program viva palestine tersebut... bila ditanya macam mana nak balik nanti? dia cakap... dia tak fikir pun pasal balik nanti... kalau dia masih hidup selepas ke palestine... dia kata dia fikir ada 2 jalan jer dia balik ke negara asal... pertama... dia berkerja di mesir menjadi tukang rumah ker apa... kumpul duit baru boleh balik... kedua... dia jumpa yahudi...pukul yahudi tu... dan curi duit... ada ker orang islam kita yang sanggup buat macam dia? begitu tawakal dia dalam membantu rakyat palestine... nasib sendiri sanggup diperjudikan hanya kerana kemanusian...

kita ni saudara seagama dengan rakyat palestine... kita wajib membantu saudara kita sendiri yang ditindas disana...tapi saya yakin kita tak sanggup nak buat macam orang tu buat...kerana semangat juang kita terlalu lemah... sebab tu dikatakan ummat islam di akhir zaman umpama buih dilautan... banyak tapi tak berkualiti...tahu tak siapa yang orang atas-atas viva palestine tu? orang bukan islam... yang punya nilai kemanusiaan yang tinggi... mereka sanggup bekorban harta mereka... masa mereka demi membela manusia yang teraniya...

bercakap pula mengenai rakyat palestine? adakah mereka memerlukan kita? tidak... tapi kita yang memerlukan mereka... kenapa? kerana iman kita terlalu lemah... memang ujian menguatkan iman... mereka hidup ibarat dipenjara dunia... tapi mereka masih mampu tersenyum... anak2 dapat menghafal al-quran pada umur 3-4 tahun dalam masa 3-4 bulan sahaja... anak2 dinegara kita... hafal lagu boleh la...cita cita anak mereka nak membunuh israel... nak berjuang... mati dalam jihad... cuba tanya anak-anak kita apa cita-cita mereka? jawapan kebanyakannya nak jadi artis... glamor dan banyak duit... tapi apa sumbangan artis mampu berikan pada umat islam? di palestin bahan makanan mereka terlalu mahal yang dijual oleh israel... viva palestine tidak dibenarkan membawa masuk makanan... hanya ubatan yang dibenarkan... rakyat palestine ni tak takut mati...tak takut nak berperang... kanak-kanak kecil rilek jer baling batu kat askar israel yang lengkap bersenjata... sebab tu la kita perlukan semangat juang mereka dalam diri mereka...

pasal negara turki pula... negara turki antara negara yang menyokong gerakan viva palestine selepas mavi marvara diserang oleh tentera israel yang menyebabkan kematian 10 orang turki dalam misi viva palestine yang ke 4... dulu turki negara islam yang terlalu mengagungkan barat... yang hilang nilai islam didalamnya... tudung diharamkan dipakai... tapi setelah tindakan bodoh israel yang menyerang mavi marbara... turki telah bangkit... kalau dulu si pemakai tudung susah mendapat kerja... sekarang si pemakai tudung sangat senang mendapat kerja... kalau dulu kamal attartuk(maaf kalau salah eja) di agungkan sebagai bapa kemodenan turki... tapi sekarang sultan apa entah yang berjuang masa akhir pemerintahan uttmaniyah di agungkan.. turki sudah kembali kepada islam... jika dulu... bilal hanya azan dan tidak ada orang solat di masjid... kini cara hidup islam semakin diamalkan semula... generasi muda lebih berpegang kepada islam...
bila generasi muda kita akan berubah begitu???

kesimpulan untuk post ni.. tidak malukah kita orang islam... bila orang kafir yang lebih banyak membantu saudara kita sendiri di palestin? bila kita akan bersatu menentang kekejaman israel dan menuntut kembali masjid al-aqsa? sedangkan banyak negara islam yang membantu israel sekarang... bila semangat jihad kita akan menjadi sekuat semangat jihad kanak-kanak palestin... beruntunglah sesiapa yang mati dijalan jihad..., sedangkan kita di malaysia nak lawan nafsu sendiri pun kita tak mampu lagi berjihad... inikan pula untuk meperjudikan nyawa, harta dan kesenangan hidup yang kita ada....

Salahkah berbuat baik pada ...

Khamis, November 04, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:59 PTG
Berbuat baik pada siapa? panjang sangat la aku nak tulis... maksudku berbuat baik padan orang bukan islam... adakah kita perlu bermusuh dengan mereka? dan tidak dibenarkan berbuat baik kepada mereka? Salahkan berbuat baik kepada orang bukan islam selagi mereka tidak memusuhi islam??

bukankah dalam islam... dakwah perlulah dengan hikmah... bukan paksaan... pada aku... dengan berbuat baik kepada orang bukan islam.. mampu menarik hatinya untuk tertarik dengan islam... kan dalam zaman nabi pun.. ada nama kafir apa entah... selagi dia tak memusuhi islam... dia dilayan dengan baik... maaf kalau salah tolong perbetulkan....

dan bukankah ada satu kisah yang nabi menyuap orang kafir yang buta tersebut setiap hari... dan sambil itu orang tersebut memaki hamun nabi... namun orang buta tersebut tak tahu pun yang menjaganya setiap hari adalah nabi... selepas kewafatan nabi baru si kafir buta itu tahu... yang selama ini membantunya adalah nabi yang dikeji dan dihinanya... dan akhirnya seingat saya dia pun memeluk islam....

jadi begitulah pentingnya kita berbuat baik dengan orang bukan islam... pada pandangan saya ia adalah salah satu jalan dakwah yang mampu menonjolkan keindahan agama islam itu sendiri... tapi ramai yang salah anggap bila kita buat baik kepada orang bukan islam... terutamanya orang islam sendiri... katanya orang bukan islam dibantu dan saudara seislam tidak dibantu...

saya nak kongsi 1 kisah... ada masa tu kami diberi tugas mencari mengenai sesuatu tajuk di internet... alhamdulillah... saya jumpa dan berjaya menyiapkan assigment tu... esoknya sebelum hantar kawan saya tanya saya...
kawan: awak dah jumpa ek? minta link dia boleh?
saya: awak dah cari belum dalam internet?
kawan: belum
saya: kalau macam tu awak cari la dulu... kalau tak jumpa nanti saya bagi yang saya punya...
kawan saya pun pergi ke komputer lain depan untuk mencari...
pastu datang pulak kawan saya yang bukan islam...
kafir: u dah jumpa yer tajuk tu?
saya: haáh dah jumpa...
kafir: bagi i boleh? i dah puas cari.. tapi tak jumpa...
saya: hah... ni link dia..
kawan saya yang kat depan tu pun dengar la perbualan saya dan kawan bukan islam... dia macam marah kat saya dan perli saya...
kawan: ooo... kalau kat dia senang jer awak bagi... kat sesama islam ni tak nak tolong...
saya: dah dia dah usaha... tak dapat juga saya bagi la... awak tak try cari lagi...
last2 saya bagi la kat kawan saya yang islam tu....

wahai kawanku... bukan niatku nak sakitkan hatimu...
dan bukan niatku tidak mahu membantu mu...
cuma aku mahu kau kenal erti usaha... bukan sekadar makan suap...
dari usaha kau kan peroleh kemanisan kejayaan...
dari usaha mencari itu juga kau mampu memperoleh ilmu...
sebab tu la aku tak bagi... sebab nak kau dapat lebih banyak ilmu...

sama juga dengan masa sekolah dulu...
kalau orang nak tiru memang aku tak bagi...
biar orang kata aku kedekut ilmu pun...
tapi aku tak nak kawan2 aku tiru bodoh...
tak faham... pakai salin jer...
aku nak kita sama2 faham... tak tahu tanya la...
kalau saya tak tahu...awak tahu... awak ajar saya...
kalau awak tak tahu.. saya tahu... saya ajar awak...
kalau saya tak tahu awak tak tahu...kita boleh tanya cikgu...
kan senang macam ni... kita boleh sama2 menimba ilmu...
lari tajuk la pulak...

ok2... jadi kesimpulannya... berbuat baiklah kepada yang bukan islam...
insyaAllah nanti, dia tertarik dengan keindahan islam kerana kebaikan yang kita berikan... setiap kali memberikan pertolongan... berdoalah... moga pertolongan ini mampu membuka matanya melihat keindahan nilai murni yang disemai oleh islam....insyaAllah... nanti dia kembali kepada islam dan saudara kita bertambah banyak... sesungguhnya Rasulullah berbangga dengan ummatnya yang ramai....Amin....

'Shopping'

Selasa, November 02, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:47 PTG
Shopping ni sinonim dengan perempuan... tapi ada juga lelaki yang suka shopping... saya kurang suka shopping sebab nanti duit habis... tapi saya suka window shopping... hehe... shopping ni macam2 kita boleh shopping daripada keperluan sehinggalah kehendak... tapi seeloknya shoppinglah keperluan sahaja... kalau nak shopping kehendak boleh la sikit2... jangan lebih-lebih sudah... asalkan benda yang dibeli tu boleh digunakan... jangan duk simpan saja.... membazir...

dalam shopping ni ada orang suka shopping pakaian, buku, makanan, topup (ada ker?), make up kereta, make up, beg, kasut. biasa kalau orang perempuan yang aku tengok suka beli pakaian dan beg serta selipar... ok aku ulas pasal pakaian dulu... kalau kawan aku pergi shopping pakaian.. aku tukang teman dan tengok jer... sebab kalau aku nak beli.... aku fikir... nanti aku pakai ker baju ni? baju dalam almari tu dah berlambak... nak campak mana? bukan tak teringin nak beli... tapi nak buat apa baju jenis sama banyak2... nanti hidupku berubah... aku shopping la pula pakaian untuk kehidupan baru... hehe... masa bujang ni apa guna nak bergayakan... nanti kena ganggu jadi satu masalah pulak...

mmm.. beg... selipar... handbag perlu ker untuk perempuan? kalau saya takut diragut... senang letak barang dalam poket jer... tak muat poket guna beg galas lebih selamat.... beg untuk letak barang jer... jadi buat apa nak beli banyak2... lain la kalu dah nak rosak... perlu diganti... kalau selipar tu... ok la ada spare... kalau rosak boleh guna yang spare terus... tapi aku tak beli selipar... aku suka pakai kasut...selipar tandas jer aku guna selipar... kalau ada kasut tandas kan bagus...

make up dan krim penjagaan kulit... make up bagi aku tak penting untuk perempuan yang masih bujang... tapi aku suka juga beli benda ni... tapi yang murah2 jer la untuk main2 waktu stress dan otak tengah bengong... kesenian mampu menghilangkan stress... hehe... tapi sebenarnya make up bahaya tambah2 yang murah... ada banyak racun.... krim penjagaan kulit atau muka...bergantung pada orang la kut... tapi bagi saya... saya dah cuba bermacam jenis... dari yang murah sehingga yang sangat mahal... untuk hilangkan sunburn... tapi semuanya sama saja... tak berkesan pun... kekadang menyebabkan kulit lagi masalah ada la... jadi eloklah gunakan penjagaan kulit yang paling murah iaitu wudhuk... tak perlu lagi shopping barang penjagaan kulit... kulit pun tak kena bahan kimia... selamat.... saya sebagai bahan ujikaji... testimoni saya ialah... sama jer pakai krim penjagaan muka dengan pakai wudhuk...

makanan... aku pun suka shopping makanan... sebab boleh makan sedap... tapi bila kita shopping makanan yang mahal lagi sedap tu... ingat la mak ayah kat kampung...kita kat perantau ni makan sedap2... mak dan ayah kat rumah makan apa? mereka tak makan benda mahal-mahal ni... jimat demi anak2... makan mahal pun jadi tahi juga nanti... yang penting khasiat yang bakal diserap badan kita dari makanan tu... tapi ada benda murah tapi sedap... ada benda mahal tapi tak sedap... jadi pandai2 lah pilih... yang penting ingat orang tua kat kampung masa makan....

shopping topup pula... ramai orang belanja topup lebih rm50 sebulan...
tapi aku belanja rm10 jer sebulan... kalau duduk rumah rm3 jer sebulan... sebab topup aku habis biasa call mak jer...kawan2 biasa sms jer... sebab dari kecil diajar telefon untuk perkara mustahak jer... kalau setakat nak bercerita kosong tu... nanti jumpa cerita la... murah... tak melibatkan kos... tapi... apa2 pun... ibubapa kena telefon sekurang2 1 kali seminggu... kalau orang lain kita boleh call... kenapa nak call ibubapa sendiri kita kedekut... kesian mereka... dah la kita tinggalkan.... tak nak tanya khabar pulak... anak jenis apa ni? jangan seksa mereka menanggung rindu pada kita....(tak boleh citer panjang2 bab ibubapa ni..kang menangis pulak)...

shopping barangan hobi ni... penting ke tak... bagi saya tak penting bagi hobi yang tak mendatangkan faedah dan ok lah bagi hobi yang punya manfaat... contohnya hobi membaca... dulu... aku wajib beli mastika setiap bulan... dari tahun 1998 lagi aku kumpul sampai 2010... tapi.. aku dah berhenti hobi menggumpul mastika ni... sebab aku dah suka baca buku lain...hahah...aku bila masuk kedai buku ni jadi rambang mata... sifat kedekut ku pun kekadang hilang... kalau aku gi sesorang midvalley... aku boleh duduk kedai MPH tu sejam... dan pusing seluruh midvalley tu sejam... sebab tak ada yang menarik kat situ selain MPH... kalau beli buku ni lain dari beli baju... beli baju tak best... sebab semua baju pakai sama jer... buku ilmu dalam dia lain2... lagi banyak buku yang kita baca lagi banyak yang kita tahu... tapi kekadang datang sifat kedekut aku... ahhh... buku ni tak payah beli.. baca jer dalam internet kan murah... heheh...

ok... kesimpulan untuk topik shopping ni... bershopping la ikut keperluan bukan kehendak... belilah barangan yang memberi manfaat kepada anda dan bukan bahan yang hanya sekadar pemuas nafsu anda.... ingat nafsu untuk dikawal bukan diikut... jadi berpada-padalah dalam bershopping,... yang penting elak pembaziran... tips shopping... bajetkan berapa duit nak guna dan apa yang nak dibeli sebelum pergi shopping...jangan lebih bajet pulak yer...(aku selalu jer lebih bajer... nasihat orang konon...)... ok... awal bulan dah sampai... ramai baru dapat gaji ni... selamat ber'shopping'...

Bola Sepak

Ahad, Oktober 31, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:21 PG
Tengah malam ni aku jadi pengulas sukan pulak... maklumlah tadi baru lepas tengok kemenangan kelantan melawan negeri sembilan dalam perlawanan akhir piala malaysia 2010...

Mula-mula ulas pasal perlawanan dulu... memang mendebarkan... pada awal permainan... lebih kurang 10 minit awal... kelantan memulakan serangan... tetapi dapat ditangkis dengan mudah oleh pasukan negeri sembilan... pasukan negeri sembilan mempunyai penyerang yang lincah....pada minit ke 17 (reka jer ni... aku tak ingat sangat pun...hahah...)negeri sembilan telah mendapatkan gol pertama perlawanan dengan sepakan penalti... walaupun penalti tersebut terpaksa dilakukan 2 kali... (entah kenapa... aku pun tak tahu...) melihat kepada cara permainan pasukan kelantan... memang aku rasa naik angin... tak nampak jalan nak menang... serangan yang sangat tumpul... asyik main pas bola jer perlahan-lahan....dan bola tersebut mudah di rampas negeri sembilan yang sungguh lincah...bahagian pertahanan kelantan pula bergitu rapuh... seumpama hanya penjaga gol yang menjaga gol tersebut (memang tabik spring la kat penjaga gol)...mungkin komunikasi tak berkesan kut... tapi di 10 minit terakhir separuh masa pertama... kelantan menunjukkan aksi permainan yang baik... banyak serangan yang dilakukan....mungkin untuk menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama tamat... namun semuanya gagal...

di separuh masa kedua... kelantan memang benar-benar bangkit... negeri sembilan pula kehilangan aidil zakuan akibat kecederaan... entah la... dia kena sebelah belakang... tapi lutut dia yang sakit....akhirnya dia diganti dengan pemain lain.... dengan ketiadaan aidil... permainan neggeri sembilan nampak goyah dan lemah...peluang ketiadaan aidil ini diambil oleh pemain kelantan untuk menjaringkan gol... gol pertama dijaringkan oleh sape entah lupa la... dan gol kedua pun aku lupa... aku suka tengok bola jer...nama pemain bukan aku ingat pun...ok la... sape2 pun... yang pasti gol pertama dan kedua kelantan memang cantik dan menarik... dalam separuh masa kedua ni... banyak betul pemain yang cedera dan terpaksa ditukar...dan dah malas aku nak ulas panjang2... aku bukan pengulas sukan... aku tamatkan jer la... akhirnya kemenangan milik kelantan setelah 3 kali mencuba nasib di peringkat akhir piala malaysia... yeah...esok cuti (kat kelantan... tapi aku duk selangor... aduh la...)

aku nak cerita kisah lucu la pula... kisah pertama... kisah berebut bola sampai berguling-guling kat padang... macam orang perempuan main bola jaring la pulak..hahaha.... kisah kedua... masa akmar rizal ditarik baju oleh pemain negeri sembilan berambut kerinting... lepas baju akmar rizal ditarik...akmar rizal pun te (pukul) belakang dia... hahah... nasib baik tak jadi tumbuk menumbuk... kisah 3... di saat akhir perlawanan ada sepakan sudut masa sepakan sudut tu entah macam mana... diorang duk berebut bola kat sudut tu siap jatuh2 lagi...akhirnya bola keluar line...dah2... malas dah nak citer...

aku tulis ni bukan sekadar nak cerita pasal perlawanan bola... aku nak luahkan isi hati aku dan pandangan aku sebagai pemerhati perlawanan bola sepak... mula-mula kita pergi yang tak serius sangat dulu... kenapa penonton perlu membuat kotor dengan membaling botol ke tengah padang yer? lepas tu... kenapa tak di tugas kan orang kutip botol tu... siap masuk dalam padang lagi... nanti boleh menyebabkan pemain terjatuh sebab tersepak botol tu...daripada fru duduk saja2 jaga kat situ... apa kata fru kutip botol kat situ...ehhehe... kan dah pakai helmet merah... kalau kena baling pun tak cedera kepala... kalau orang lain kutip kang naye...

ok... ni perkara sangat SERIUS... melibatkan kehidupan kedua kita... Astaghfirullah al Azim.... ampunkan dosa kami Ya Allah... kami melihat aurat mereka semasa kami menonton perlawanan bola tadi.. nasib baik tv tadi tak terang gambarnya...kalau tak lagi banyak dosa aku bertambah... dosa lepas pun dah banyak... kenapa ada yang memakai tight lengan panjang... tapi tak boleh pakai seluar tight lepas lutut...
kalau tak nak pakai baju pun tak apa... asalkan tutup pusat ke lutut tu.... eee... geram... rasa nak tarik jer seluar tu biar turun sikit tutup lutut... susah tau penyokong nak jaga mata,...susah nak cari pemain bola pakai tutup aurat... kenapa yer? kalau aurat lelaki yang ciput tu pun susah nak jaga... lagi susah la nak jaga aurat perempuan yang banyak ni... tapi seingat aku... kalau pemain hoki kebangsaan banyak yang pakai tight lepas lutut... ok jer diorang main... kenapa pemain bola tak ikut jejak mereka... kesian kat penonton dan penyokong ni...(salahkan pemain sedangkan diri sendiri yang cari dosa tengok diorang tak tutup aurat...)

Alangkah bagusnya... kalau nanti ada pasukan yang memakai pakaian sukan menutup aurat dan menang pertandingan tu... menutup aurat bukan penghalang kemenangan... tengok pemain kelantan... ada ramai la juga yang simpan janggut... Alhamdulillah... ikut sunnah nabi... tapi..erkk... aurat tak tutup... aurat itu WAJIB dijaga...emm...tadi pun penjaga gol kelantan ada buat sujud syukur... tapi dengan pakaian macam tu... aurat pun tak tutup... TAK SAH la sujud syukurnya... kalau masa tu aurat dah ditutup dengan baik... insyaAllah diterima sujud syukurnya... kan bagus macam tu.... kelantan kan dah ada YB dan SULTAN yang begitu alim... InsyaAllah nanti saya nak tengok... musim depan kelantan pakai pakaian sukan yang menutup aurat... boleh tak? kalau semua pasukan kat malaysia ni pakai jersi yang menutup aurat kan lagi bagus...Malaysia BOLEH!!!

p/s: tak nak setakat boleh rentas laut, daki everest, rentas kutub, ke angkasa sahaja...Malaysia boleh... yang penting rakyat Malaysia boleh melaksanakan perintah ALLAH ... tu lagi penting... Malaysia BOLEH!!!

Anak Bongsu

Sabtu, Oktober 30, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:28 PTG
dalam warna-warni kehidupan ni.. ada anak sulung, tengah, dan bongsu... kali ni aku nak cerita pasal anak bongsu... sebab aku ni anak bongsu... jadi baik aku cerita apa yang aku alami...dari aku terus mereka cerita... terimalah dari hati seorang anak bongsu...

Biasa orang kata... nak bongsu ni manja.. pastu mengada-ngada... tak pandai nak berdikari... sikit-sikit nak nangis... saya rasa banyak2 tuduhan ni... satu jer betul... memang kami manja... tapi kami tak mengada-gada... dan kami boleh berdikari sendiri... bukan asyik duk harap pertolongan kakak2 jer... salah ker kami nak bermanja? dah kakak2 dah duduk jauh sambung belajar... kami jer la yang tinggal dengan mak ayah kat kampung... bila kami pergi juga... tinggal mak ayah sorang-sorang kat kampung... kalau boleh memang tak nak pergi... tapi nak buat macam mana? demi sebuah perjuangan... kami terpaksa... kerana cinta menuntut perngorbanan...

Mula-mula citer kisah manja dulu... masa sekolah... memang mak ayah hantar dan ambik... pagi mak dan ayah hantar dengan kereta... petang ayah datang ambik dengan motor... kecuali ada hal tertentu tak boleh nak elak baru jalan kaki... padahal rumah 500m jer dari sekolah...kakak2 masa sekolah dulu mak ayah belikan basikal... sebab masa tu mak kerja lagi... bila saja saya masuk sekolah menengah... mak dah pencen... lagipun mak dan ayah tak berani benarkan saya naik basikal... takut apa-apa terjadi... sebab tu sampai sekarang kalau kat kampung saya tak keluar rumah selain dengan mak ayah saya... kecuali kalu ada reunion sekolah... tu pun mak ayah hantar dan ambik ke tempat reunion... masa praktikal kat kelantan pun pagi mak ayah hantar dengan kereta... petang ayah ambik dengan kereta... jarak tempat kerja tu pun 1 km jer...hahahah...ayah tak benarkan bawa kereta atau motor pergi kerja sebab bahaya kereta banyak.. syarikat tu kena seberang jalan... Alhamdulillah.. aku dikurniakan ibubapa yang sangat prihatin...

bukti aku tak mengada-ngada...ingat lagi kisah kecik2... masa saya naik basikal dengan akak... jalan2 pusing kampung petang2... masa tu umur dalam 3-4 tahun... kakak bawa basikal turun bukit... laju saya takut... sy terjun jer dari basikal tu... nasib baik ada orang kat situ cakap kat kakak sy terjun... kalau tak mesti kakak tak perasan sebab sy terjun tergolek-golek senyap jer...satu kisah dengan basikal dan kakak lagi...kakak hantar saya pergi sekolah naik basikal... lepas tu saya tergelongsor kebelakang dan jatuh... lutut terseret ke tar jalan... kain terkoyak... nasib baik ada seluar kat dalam rasanya... tapi lutut cedera teruk... tapi saya tak nangis... simpan rahsia tu dengan akak... tapi last sekali mak tau juga..hehe...

bila duduk rumah bertiga dengan mak ayah... kita dapat tahu la apa impian mak ayah... apa rasa hati mak ayah... mungkin anak bongsu yang paling rapat dengan mak ayah... tapi aku ni bukan anak yang baik... antara adik beradik aku... aku yang paling jahat... sebab aku paling suka bergurau... tapi akhirnya aku yang menangis... kakak2 aku tak pernah buat jahat pada aku... aku jer yang kacau diorang sampai diorang mengamuk dan cubit aku... kami tak pernah bergaduh lama... paling lama pun 2-3 jam kut... sebab aku selalu ingat kata-kata ni... siapa yang bergaduh... dia yang berdosa... jadi aku tak boleh bergaduh...

aku jenis tak suka menyusahkan orang... tak suka terhutang budi dengan orang... nanti susah nak balas... dengan kakak2 aku pun aku malas nak susahkan... ini pulak kalau dengan orang lain... masa nak pindah rumah ni... aku tak bagitau pun kakak2 aku... sebab ingat nak sewa teksi jer... malas nak susahkan kakak2 aku... tapi mama suruh bagitau... jadi aku cakap jer la... Alhamdulillah... kakak aku nak tolong... aku terima jer la... aku duduk di selangor ni... macam tak ada saudara... padahal adik beradik aku semua kat selangor... sebab aku malas nak pergi rumah kakak2 aku... susah nak jaga aurat... kalau masa dia tak kawin lagi tu ok la... ni semua dah kawin... baik aku pergi rumah kawan2 aku... boleh enjoy masa remaja aku...hahah... apa punya adik la aku ni....

emmm... pasal menangis... aku menangis dan mengamuk kalau benda yang aku nak aku tak dapat... macam mana pun aku kena dapat juga... kecuali kalau ada alasan yang kukuh boleh aku terima... biasa la kan anak manja... hehe... tapi bila dah besar ni... kalau aku sedih... aku tak suka cakap kat orang... layan diri jer... paling tidak aku akan tulis puisi kat sini... kecuali aku kena minta pendapat kawan2 aku..hehe... yang penting orang tengok aku sebagai seorang yang ceria..heheh... kalau aku sedih pun... aku tak bagi tau mak ayah aku... takut nanti mereka risau pula... bila aku telefon mereka.. aku pastikan suara aku ceria dan manja..hehe... kalau orang dengar... mesti macam tengah borak dengan bf..hehe... tambah2 kalau baca sms mak aku... mesti aku akan tersengih2... macam orang sewel..haha...

aduh la... pasal benda lain aku nak cerita... masuk cerita diri aku pulak... balik topik anak bongsu... kalau anak sulung... dia kena tunjuk contoh terbaik untuk adik-adik... anak tengah pulak paling kurang kena capai sebaik kakak... ataupun lebih baik... dan anak bongsu adalah harapan terakhir ibubapa... sebagai harapan terakhir sebolehnya nak realitikan semua impian ibubapa terhadap anaknya... mak nak anak dia jadi doktor... sebab dulu dia bercita-cita nak jadi doktor... tapi maafkan aku mama... aku tak mampu nak jadi doktor... sebab aku tak minat bidang tu...

sebagai anak bongsu dan harapan terakhir... aku memang kalau boleh nak tunaikan segala impian mama dan baba menjadi sebuah kenyataan... nak mama dan baba bahagia sampai ke hujung hayat... ketahuilah... kalau ada universiti kat kelantan yang menawarkan kursus aku... aku dah tak datang sini... tak sanggup tinggalkan mama dan baba berdua kat kampung... kalau apa-apa jadi kat sana.... macam mana? dalam mencari pasangan hidup pun... bagi aku biarlah aku mencari menantu impian mereka daripada aku mencari suami impian aku... kerana aku pasti mereka mahukan yang terbaik untuk aku... jadi apa salahnya aku berikan yang terbaik untuk mereka.... mama dan baba... ketahuilah... ***** sangat sayang kamu berdua....

Tanggungjawab di Rumah

Khamis, Oktober 28, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:20 PTG
Oleh kerana itu kita melihat, pada hari pertama ketika Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Sayyidah Fatimah az-Zahra as untuk mengucap selamat. Rasulullah SAW membahagi pekerjaan di antara Sayyidah Fatimah az-Zahra dengan Imam Ali. Rasulullah SAW berkata:

"Zahra sayang, pekerjaan di dalam rumah, seperti masak roti, menggiling gandum, menjaga kebersihan rumah, mengurus anak dan lain sebagainya dikerjakan olehmu. Adapun pekerjaan menyediakan kayu bakar, menimba air, menyediakan keperluan rumah, dan lain sebagainya dikerjakan oleh Ali."

Kemudian Sayyidah Fatimah az-Zahra as mengucapkan kata-kata yang harus menjadikan tuntutan bagi seluruh wanita Mukmin:

"Tidak ada yang mengetahui kecuali Allah, betapa bahagianya saya dengan pembahagian ini"

Cuba kita lihat adilnya kekasihNya dalam pembahagian tugas di rumah... tugas dibahagi sama rata... Walaupun lelaki perlu bekerja mencari rezeki... tapi mereka tak lepas dari tanggungjawab dirumah... Bayangkan di negara mekah yang mempunyai kawasan seperti gurun... saya rasakan tugas yang diberikan kepada Ali as itu begitu sukar... bukan senang nak dapat air dan kayu kayan di kawasan gurun... kalau ada pun mesti la agak jauh... tapi ini hanyalah jangkaan saya menggunakan akal... tak tahu la keadaan sebenar....

Teliti balik tugas itu zaman sekarang ni... air dah tak perlu diangkut... hanya bayar bil jer... kalau jimat duduk kat selangor ni... bil pun tak perlu dibayar... kayu bakar? kalau nak masak hari-hari kat rumah sekarang... dah pakai dapur gas tak pun dapur elektrik... murah jer gasnya... dalam 20 lebih sebulan... kalau yang gaji 100 sehari tu... gaji untuk 2 jam jer dah cukup untuk bayar gas... begitu senang yer kalau lelaki nak menjalankan tugas yang diberikan kepada Ali as satu kertika dulu...

Tugas perempuan pulak... memang la lebih mudah dengan adanya teknologi seperti mesin basuh... beras pun dah siap proses... tak perlu giling gandum seperti Fatimah as... rumah pun boleh vacum jer... tapi teknologi hanya dapat bantu sikit... tak banyak pun... banyak lagi tugas yang perlu dilakukan... lain la kalau ada robot pembantu rumah...(bila la nak wujud)...

perhatikan tugas perempuan dan lelaki sekarang... bukan kah tugas perempuan sekarang lebih sukar? adilkah begitu? memang la... kena ikhlas dalam melakukan tugas... yang saya mahu persoalkan adalah soal keadilan...
boleh kita sama-sama fikir macam mana nak adil? satu sahaja jalan penyelesaiannya... lelaki kena bantu perempuan buat kerja rumah la... jangan bagi perempuan buat sorang-sorang kerja rumah... jadi tugas apa yang patut dipegang lelaki menggantikan tugas angkut air dan cari kayu bakar? Mari sama-sama kita fikirkan...

BerJuang Fi Sabilillah

Rabu, Oktober 27, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:31 PTG
Kita dilahirkan sebagai juara... dari asal sebelum kita wujud lagi kita adalah juara dalam perjuagan kita... kerana kita adalah dari satu-satunya sperma dari berjuta sperma lain yang mampu memasuki ovum... aduh... lucah la pulak.. maaf kalau salah... saya tak suka sangat bio ni... tak pernah belajar pun... cuma teringat pesan cikgu ni... semua manusia yang dilahirkan ini adalah juara....

Selepas kita hidup dan membesar dalam perut ibu kita... akhirnya kita dilahirkan... hasil titik peluh ibu kita menjaga kita didalam kandungannya dan melahirkan kita... kita adalah hasil perjuangan ibu kita melahirkan zuriatnya dan zuriat ayah kita.... tanda kasih dan sayang mereka....

Setelah kita hidup di dunia... kita tak mampu lari dari berjuang... kerana hidup ini penuh cabaran dan dugaan... tidak dapat tidak kita perlu berjuang... Bersyukurlah... Alhamdulillah... kita dilahirkan dalam keluarga Islam.... Jadi kita tak perlu berjuang untuk mendapatkan menganut agama Islam... tapi.. jangan pula kita jadi orang islam hanya kerana peluang... tapi jadilah kita orang islam kerana pilihan kita sendiri...

kita bermula dengan perjuangan...lahir dari hasil perjuangan...dan hidup untuk berjuang... tapi jangan jadi pejuang yang hanya sekadar berjuang... jadilah Pejuang Fi Sabilillah... maksudnya... berjuang untuk menaikkan nama Islam...

Ramai orang kita belajar kerana nak dapat keputusan hebat.. kerana nak dapat kerja besar... kerana nak kumpul duit banyak.... bila ada duit banyak boleh beli segalanya termasuk kebahagian.... apa kata kita tukar pemikiran ni... bukan tukar keseluruhanya... tapi biar selari dengan fi sabilillah... kita belajar kerana nak dapat keputusan hebat supaya orang tak pandang islam hina kerana tak berilmu.. kerana nak dapat kerja besar supaya nanti orang fikir... orang islam pun mampu berjaya kat dunia ni... kerana nak kumpul duit banyak supaya dapat bantu orang islam lain yang hidup susah dan membantu pejuang islam yang lain... bantu mualaf.... bila ada duit banyak boleh beli segalanya termasuk kebahagiaan.... yer... boleh beli kebahagiaan dunia dan akhirat... hati kita akan rasa bahagia bila kita buat benda baik....

berjuang fi sabilillah... tak semestinya kita mengangkat senjata... ada saya baca yang mati syahid... seorang pemuda Malaysia... perjuangannya dalam bidang dakwah... pergi ke kawasan pedalaman... ajak yang telah murtad kerana tiada pembimbing... untuk kembali mengesakan Allah... dia menggunakan duit perbelanjaannya... dan usia mudanya untuk berjuang dijalan Allah... mungkin kita tak mampu berbuat seperti dia...

apakata kita buat yang senang-senang dulu... menepati masa... biar orang tahu... dalam islam diajar untuk menepati masa... menunaikan janji... agar orang tahu islam menyuruh penganutnya menunaikan janji selagi tidak melanggar syariat... memegang amanah... supaya orang tahu islam membenci gejala rahsuah... dan segala nilai murni lain... kerana agama islam menyemai nilai murni sebagai amalan kita... Islam adalah cara hidup... cara hidup terbaik untuk setiap manusia... Cara hidup diajar dalam al-Quran... dan Rasulullah s.a.a.w adalah al-Quran bergerak... kerana cara hidup baginda menepati cara hidup yang diajar dalam Islam...

Dengan kita mengamalkan cara hidup Kekasih Allah ini... kita akan berakhlak mulia... dan pastinya orang akan tertarik kepada keindahan akhlak kita... seterusnya tertarik kepada islam apabila mereka tahu itu adalah cara hidup yang diajar Islam... ini juga akan mengangkat agama islam... saya rasa ini juga salah satu cara untuk kita berjuang.... Tapi untuk melakukan semua ini... kita perlu berjuang melawan musuh dalam diri kita terlebih dahulu... iaitu nafsu... jangan biarkan ia bermaharajalela memerintah kita... sebaiknya kita lah yang menjaganya...

Sayangnya semangat juang ini semakin luntur dalam masyarakat islam kita... hanya kerana disogok duit dan hiburan... kita asyik mahu berhibur sahaja... lupa akan perjuangan yang perlu kita teruskan... ingatlah... kita adalah ummat yang terbaik hanya jika kita meneruskan tugas dan perjuangan nabi kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran...

Tak kisahlah dijalan mana mahu kita berjuang... asalkan niatnya untuk menaikkan nama islam... bukan untuk menaikkan nama sendiri... nanti ujub pulak jadinya... Ayuh kita semua berjuang pemuda pemudi Islam sekalian!!!

Peluang Hidup

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:25 PTG
Kita hanya punya dua kehidupan... kehidupan sebelum mati dan kehidupan selepas mati... kehidupan pertama adalah penentu kehidupan kedua... tapi kita biasanya lupa... ketika kita sibuk mengejar kehidupan yang pertama... kita lupa mengumpul bekal untuk kehidupan yang kedua... kita hanya terjaga hanya selepas mati...

Kehidupan yang pertama ini hanya sebentar... kalau kita hidup sampai 70 tahun pun... ia hanyalah umpama kita hidup sepanjang waktu asar... iaitu 2 jam lebih bagi waktu akhirat... kerana itu dalam surah al-Asr... Demi Waktu Asar ataupun demi masa... kerana kehidupan yang pertama ini begitu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan kedua yang akan kekal selamanya....

Tapi sayangnya... kita terkena penyakit wahan... cintakan dunia takut kan mati... lupakah kita hakikat yang hidup pasti akan mati... kita hanya takut mati... tapi tak buat persediaan pun untuk menghadapi mati... sedangkan mati akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja... mungkin hanya sesaat setelah anda membaca post ini.... siapa tahu kan??

Dulu masa saya masih bayi... kecil.. kurus... tinggal kulit dan tulang... masa mama saya nak bawa saya balik dari hospital... doktor menangis kerana menjangkakan saya tak akan hidup lama bila dibawa pulang... tapi... Alhamdulillah... saya masih diberi peluang untuk hidup dan membesar... Ketika berusia 15 tahun... semasa bermain bola jaring bersama rakan diwaktu pendidikan jasmani... tengah memerhatikan bola yang terlepas dari gol... tiba-tiba saya sedar... saya terbaring ditepi padang... diriba oleh guru dan dikelilingan oleh rakan-rakan... rupanya saya telah pengsan beberapa minit setelah tiang gol bola jaring menghempap kepala saya... Alhamdulillah... saya masih berpeluang hidup sampai sekarang... walaupun masih kekal lengkung didahi ini terkena hentakan tiang gol... Inilah peluang hidup yang saya dapat... dan anda juga punya peluang hidup...

Jadi marilah sama-sama kita gunakan peluang ini sebaik mungkin... sebelum kehidupan kedua kita bermula... peluang hanya datang sekali... bukan berulang kali... kerana kehidupan pertama kita hanyalah satu dan ia adalah terlalu singkat... jangan biarkan kita menyesal dikehidupan yang kedua... apabila kita sia-siakan kehidupan pertama... ingatlah tugas kita di kehidupan yang pertama... menjadi khalifah dibumi ini... dan menjadi hamba kepadaNya....jangan hanya sibuk menjadi khalifah... tapi lupa kepada Pemberi tugas itu dan lupa kepada tugas kita kedua iaitu menjadi hambaNya... Kehidupan pertama adalah proses kita menyemai dan menjaganya... kehidupan kedua ialah kita menuainya... andai tiada apa yang kita tanam dan pokok yang ditanam mati...pastinya tiada apa yang kita boleh tuai nanti.... Ingatlah... Peluang hidup hanya sekali....