Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



100 Impian

Sabtu, Disember 31, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:24 PTG
dulu aku ingat... impian aku paling penting dalam hidup aku... betapa aku kecewa apabila impian aku terpaksa ditangguhkan...  hampir untuk aku menyalahkan takdir yang berlaku... teruk betul aku ni...tapi Alhamdulillah sekarang aku sedar... impian aku bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan impian lebih 100 orang... betapa gembiranya jika dapat membantu orang lain menggapai impian mereka.... jauh lebih gembira berbanding impian sendiri yang tercapai... mungkin kerana sudah banyak impian aku yang telah aku genggam.... kurang bersyukurkah aku?

mungkin hingga kini sudah setahun aku melepaskan impian aku... kekadang aku masih sedih teringatkannya... bertambah terharu bila melihat rakan-rakan yang berjaya menggenggam impian mereka... susah untuk mendidik hati redha dengan takdirNya... sebenarnya aku terperangkap dalam impian sendiri... dalam mengejar impian aku menabur janji untuk merealisasikan impian aku...tapi janji hanya sekadar tinggal janji...  hanya aku yang terpaksa menunaikan janji... walaupun sepatutnya aku bersyukur kerana hakikatnya betapa ramai yang ingin berada ditempatku... kata orang mempunyai pendapatan tetap... tetapkah? bukan sekarang ada exit policy???

janji aku bukan pada seorang dua... tapi seluruh rakyat malaysia.. kerana mereka menanggung aku belajar dulu... akan ku kotakan... dan akan aku berikan perkhidmatan yang terbaik... tak akan aku seiakan duit yang mereka berikan kepada aku...kini masa untuk aku menabur bakti.... membantu insan lain menggenggam impian mereka... aku mahu melihat mereka berjaya seperti aku... malah lebih baik daripada aku...

Mungkin orang akan kata... aku gila kerja... tapi mereka tak rasa apa yang aku rasa.... apa yang aku rasa apabila aku terpaksa melepaskan impian akau kerana kerja ini... betapa hati kecil ku memberontak... seolah-olah macam orang putus cinta... (walaupun aku tak pernah rasa sakitnya putus cinta)... biarlah aku melempiaskan kekecewaan aku ini pada kerja yang aku buat... aku mahu buat yang terbaik yang aku boleh... biar berbaloi aku lepaskan impian aku... mungkin juga kesibukan kerja aku mampu aku lupakan kekecewaan ini... bila melihat orang lain mencapai impian mereka... aku mampu tersenyum bangga... kerana aku melepaskan impian aku seorang... lebih ramai yang mampu menggenggam impian mereka... realiti yang perlu aku sematkan dijiwa sekarang adalah impian 100 orang lebih penting berbanding impian aku seorang....

Susah ker cari duit?

Selasa, Disember 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:05 PTG
kalau ada yang tanya soalan ini pada aku... jawapan aku.. cari duit tak susah... cuma nak laksanakan amanah bekerja itu susah... nak cari duit memang tak susah... sebab tu aku tak pernah cari kerja... yang pasti setiap bulan gaji akan masuk tanpa aku cari... tapi kalau nak pastikan gaji yang masuk setiap bulan tu berkat... tu yang paling susah... macam mana kita nak tahu... kerja yang kita lakukan tu dah berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada kita... takutkan kita terlebih rehat susah juga... tak ada kayu ukurnya... apa yang boleh kita buat adalah buat yang terbaik dalam apa saja kerja yang kita lakukan...

sebenarnya segalanya terpulang pada kenapa kita bekerja??... tak dinafikan kita kerja untuk menampung hidup kita... tapi adakah itu matllamat utama kita? bukankah apa yang kita perlu utamakan hanya kerana Allah...baru lah kerja akan jadi ibadat...  hidup dan matiku hanya untuk Allah... Allah tu siapa? Allah tu Raja Sekelian Alam...  Apabila kita tahu kita bekerja kerana dan untuk Allah... billah lillah..kita tahu Allah tu Maha Melihat... Maha Mendengar.. mana mampu untuk kita curi tulang dah culas dalam melakukan kerja... kerana dia pasti melihat segala perbuatan kita... kita bukan bekerja dengan manusia yang banyak kelemahan... bukan bekerja dengan kerajaan yang memerintah... tapi kita bekerja dengan Allah yang Maha Agung....

tak kira anda bekerja dengan jawatan apa sekalipun... anda pasti boleh jadikan kerja anda sebagai ibadat anda... asalkan ianya kerja yang halal... bukan mencuri dan merompak... realitinya... kerja sebenarnya tak susah... tapi untuk melunaskan amanah yang ada dalam tugas tu susah... melaksanakan amanah tidak boleh sekadar melepaskan batuk ditangga... biar orang kata kita terlalu workaholic... asalkan kita puas hati dengan amanah yang kita jalankan... kerana yang paling berat perlu kita pikul adalah amanah... jangan biarkan amanah kita mengheret kita ke neraka di hari pengadilan nanti...

Selamat Tahun Baru

Isnin, November 28, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:46 PTG
Tahun baru dengan templete baru.... yeh... saya cukup sibuk sekarang ni tak sempat nak menulis yang sempat tukar templete jer sempena tahun baru atas permintaan seorang sahabat... katanya templete lama seperti buku... membosankan bila baca... sekarang saya tukar kepada templet yang ringkas tapi masih menepati nama dan tema blog ni... 

dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat tahun baru... semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas... harap2... impian dan azam tahun ini dapat dicapai... apa ek impian tahun ni??? biarlah rahsia... haha.. masa terus berlalu tanpa sedetik pun menunggu kita... kita perlu terus mengejar masa tanpa rasa penat... kerana walaupun kita berhenti rehat seketika cuma... masa akan terus berlalu pergi...

mungkin tahun ini tahun terakhir kita hidup... mungkin tahun ini kita bertemu jodoh... mungkin juga tahun ini kita kehilangan orang yang tersayang...  mungkin juga tahun ini menanti dugaan penuh pancaroga... namun.. tahun ini tetap kita perlu lalui dengan penuh semangat dan inspirasi... kerana kenyataan itu pasti...

Makna sebenar

Ahad, Oktober 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:42 PG
ramai orang mahu menjadi cantik, bijak, berjaya, kuat dan kaya... tapi tahukan makna sebenar perkataan ini? ia bukan sekadar dilihat dari luaran... tapi teliti yang tersirat didalamnya..

Cantik - elok budi pekerti
Sehodoh mana pun orang tu... kalau budi pekerti dia baik... pasti ramai orang akan mendekatinya... sehingga manusia tak nampak kecacatannya dek terpana dengan keindahan budi perkertinya... cuba kalau orang yang cantik menawan tidak berbudi pekerti mulia... pasti manusia akan menjauhinya... dan kecantikannya terkabur dek kerana buruknya akhlak dia...

Bijak - mengingati mati
Bila mengingati mati... kita akan berusaha untuk kehidupan setelah mati... iaitu kehidupan yang kekal buat selamanya... pastinya orang yang bijak akan mengejar kejayaan yang kekal abadi bukan kejayaan dan kesenangan yang sementara... kerana yang sementara itu akan hilang akhirnya... orang yang bijak akan menggunakan kehidupan ini sebaiknya untuk mengejar kejayaan di akhirat nanti... bijakkah kita jika sibuk mengejar dunia sehingga melupakan Allah??

Berjaya - menghargai masa
Orang yang berjaya adalah orang yang menggunakan setiap detik yang mereka ada dengan sebaiknya. Orang yang tak tahu menghargai masa tak mungkin akan berjaya kerana mereka pasti akan mensiakan masa yang mereka ada untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Masa itu Emas... hakikatnya masa lebih tinggi nilainya berbanding emas... kerana masa yang sudah berlalu tak mungkin berulang kembali... kerana itu... Allah telah berfirman... Demi masa sesungguhnya manusia kerugian (manusia yang tak tahu menghargai masa)...

Kuat - mampu melawan amarah sendiri
kalau hanya fizikal anda kuat... ada tak ada la kuat mana... kerana untuk berlawan dengan manusia... tak ada la sesusah berlawan dengan amarah sendiri dan berlawan dengan nafsu sendiri... lawan lah amarah kita dengan beristighfar dan mengambil wuduk...

Kaya - suka menderma
kalau menderma sepatutnya jadi semakin miskin la... duit makin sikit... tapi hakikatnya orang yang menderma mungkin jadi semakin miskin di dunia... tapi pasti jadi semakin kaya di akhirat... apa nak kisah miskin di dunia yang sementara... asalkan kaya di akhirat yang kekal selamanya... derma itu sebenarnya pelaburan jangka panjang... asyik melabur untuk masa depan... melaburlah sekali untuk kehidupan lepas mati...

Baik hati - memaafkan orang lain
orang yang baik hati akan menyelamatkan orang lain masuk neraka... jadi dia akan memaafkan kesalahan orang pada dia... supaya orang lain tu dimaafkan Allah... orang yang baik hati juga pasti akan mendoakan kebaikan untuk orang lain... bukan sekadar doa untuk dirinya sahaja...

Sesiapa sahaja mampu menjadi apa yang mereka nak jadi... tapi bergantung kepada diri sendiri nak ker tidak?

Rezeki oh rezeki

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:02 PG
kali ni aku nak bicara tentang rezeki... tapi lebih kepada duit la... tak tau nak bagi tajuk apa... pernah anda rasa cepatnya duit aku mengalir... macam air jer...huhu... mula2 aku nak kongsi pengalaman aku dulu... masa kat matrik... satu semester aku guna 1000 jer.. agak2 dalam 200 la aku belanja sebulan... mungkin sebab kehidupan kat situ murah...makanan pun murah... keluar bandar pun beberapa kali jer... walaupun selalu juga balik... kira ok la... dengan 200 sebulan tu tak ada la aku kena ikat perut... masa ambik degree pula... aku peruntukkan belanja dalam 1500 satu semester... tak termasuk yuran kolej... kira dalam 300 sebulan... belanja kekadang tak cukup juga.. tapi boleh la... tak rasa la kering sangat... sebab aku pun selalu keluar... benda aku nak dan perlu semua dapat la... bila aku sambung master... aku bajet dalam 500 sebulan... tengah hari makan kat fakulti... malam makan kat rumah... 500 tu termasuk semua perbelanjaan... dari kenderaan (Motor) sehinggalah tempat tinggal serta tiket balik... tu pun aku rasa lebih lagi duit... tapi bila dah kerja aku up kan sikit belanjawan... jadi 800 sebulan (tak termasuk ansuran kereta dan tiket balik kampung)... tapi asyik rasa tak cukup jer duit ni... entah apa yang aku beli aku tak tau... mungkin la harga bilik pun agak mahal sebab sewa sorang... pelik juga agak... patut duit ni lebih walaupun makanan kat sini agak mahal... tapi selalu jer tak cukup... sehari dua lepas gaji masuk... aku rasa macam dah sikit duit bayar itu ini... poket macamn dah kering... puas nak tunggu gaji masuk balik bulan depan... rezeki aku tak berkat ker?

aku cuba fikir balik... erm... masa aku kerja... aku cuba sebaik mungkin tak guna peralatan kerja untuk perkara peribadi... takut termakan duit haram... masa aku ambik master kalau ikutkan patut tak berkat lagi la duit aku.. patut aku baca jurnal... tapi aku main internet... haha... tapi kenapa masa master aku tak perlu fikir pasal duit tak cukup? ada sesuatu tersembunyi disitu... aku imbau balik kenangan aku belajar.. dalam 24 tahun aku hidup.. masa aku buat master paling aku jaga solat pada waktunya... mungkin ini kunci keberkatan rezeki... bila dah kerja ni... tengah hari tidur dulu... bangun tu baru solat... sebab tu rezeki tak berkat kut... lepas ni kena tepati temu janji dengan Allah...

aku nak kongsi kisah rezeki pelajar2 aku... aku dengar kisah mereka dari kawan aku... ada juga aku tanya pelajar aku sendiri... kebanyakkan mereka tak nak pinjam ptptn... kata mereka biar susah dahulu asal senang kemudian... mereka takut nanti tak mampu nak bayar... mereka guna dulu duit ibubapa mereka dan duit mereka bekerja lepas spm dulu... pendapatan ibubapa mereka bukan la besar... jadi berapa sangatlah yang ibubapa mereka mampu bagi...kalau ada yang pinjam ptptn tu... bukan mereka guna untuk diri mereka sendiri juga... mereka bagi duit tu kat keluarga mereka...  tau apa yang mereka makan? roti dan maggi menjadi makanan asasi mereka... tu kalau makan... kalau yang tak makan pun ada... maggi bukan diorang makan sebungkus sekali makan... sebungkus mereka bahagi 6 orang... kira sendirilah berapa urat yang mereka dapat...

aku dulu masa belajar pernah juga makan roti dan maggi... tapi bukan disebabkan kesuntukan wang... tapi aku makan roti sebab kesuntukan masa... nak cepat... aku makan maggi pula sebab itu memang makanan kegemaran aku... macam mana mereka nak belajar dengan baik kalau perut lapar... mungkin ini mengajar aku erti rasa bersyukur dengan apa yang aku ada... nak bantu sponsor mereka makan pun aku tak mampu... demi untuk menuntut ilmu... mereka sanggup berlapar perut... aku sendiri nampak.. masa awal2 aku ajar... diorang agak berisi... sekarang ni dah semakin kurus... aku betul2 patut bersyukur dengan rezeki yang aku dapat... jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan mereka... Alhamdulillah... semoga Allah juga memurahkan rezeki untuk mereka....

Warkah buat pelajar ku

Jumaat, Oktober 07, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:32 PTG
Buat pelajarku...
Saya nak awak tahu satu perkara... saya dah buat satu benda besar dalam hidup saya untuk awak semua...  saya dah gadaikan impian saya untuk bantu korang menggapai impian korang... impian saya itu adalah perkara terpenting dalam hidup saya... saya tahu... korang tak tahu betapa susahnya saya nak genggam impian tu...  dan akhirnya saya terpaksa lepaskannya...  gadaikannya... mungkin saya dapat tebus balik impian saya mungkin juga tidak... hanya waktu yang menentukannya...untuk saya genggam impian saya tu... saya balik 2 minggu jer lepas habis belajar dan terus mengejar impian saya... demi impian saya... saya sanggup bermalam di atas bas 2 malam berturut2 sampai deman... sebab saya memang sanggup lakukan apa saja demi impian saya...

saya tak nak apa yang saya gadaikan itu membuahkan hasil yang sia2 sahaja... sering saya tertanya pada diri saya... adakah berbaloi pengorbanan ku ini... hati saya menjawab... tanggungjawab lebih penting daripada impian sendiri... impian lebih seratus orang lebih penting dari impian seorang insan seperi saya... rela dalam paksa... impian saya digadaikan... walaupun begitu terasa sakit ini melihat orang lain terus mengejar impian mereka...

pesan saya untuk korang...saya mohon pada korang... tolong jangan sia2kan pengorbanan saya ini... korang belajar la bersungguh2 untuk mencapai impian korang... InsyaAllah saya akan bantu sedaya saya... saya doakan kejayaan korang...  saya nak jadi pendidik terbaik untuk korang... saya cuba untuk langsung tidak mengambil hati dengan korang... saya sayang korang macam adik2 saya... saya anggap korang macam adik2 saya... walaupun saya tak pernah ada adik....

nasihat saya buat korang... melalui pengalaman saya ialah... jangan sia-siakan ruang dan peluang yang korang ada... jangan menipu orang... hormati guru...kerana keberkatan ilmu itu sangat penting... tepati masa... pesan saya buat korang ilmu itu sangat penting dan sangat bernilai... jauh lebih bernilai dari wang ringgit... pangkat atau harta benda... isilah dada korang dengan ilmu... kerana ilmu itu pasti menerangi hidup korang... kongsilah ilmu yang korang ada... kerana ilmu tak mungkin berkurang jika dikongsi malah makin bertambah... hargailah ilmu yang korang ada... kerana ia tak ternilai harganya...

saya mohon maaf kalau saya marah korang kalau korang tak tepati masa... sebab saya memang tak suka pada orang yang tak reti nak menghormati masa orang lain... marah saya cuma sebagai kakak... saya nak tengok adik2 saya berjaya... dunia dan akhirat... saya juga memohon maaf jika teguran saya dan gurauan saya mengguris hati korang... sungguh saya tak sengaja... saya juga memohon maaf kerana saya tak pandai nak mengajar korang... saya tak biasa mengajar orang beramai2... saya pun tak pernah belajar cara nak mengajar... dulu masa belajar pun.. kalau saya ajar pun kawan2 saya... paling banyak 5 orang... lagipun saya tak mahir tentang apa yang saya ajar... yang saya hanya mampu kongsi adalah apa yang saya tahu sahaja...mohon maaf atas kekurangan diri ini.....

yang ikhlas,
ixora_skru

(andai berani saya postkan surat ini di facebook untuk tatapan pelajar saya kan bagus...)

Lelaki Vs Perempuan

Ahad, Oktober 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:15 PG
maaf sebab aku yang perasan sibuk ni tak sempat nak post entri kat blog ni sebab perasan sibuk... haha..banyak sebenarnya aku nak tulis... tapi tak sempat sebab aku perasan sibuk... ni aku nak buat ulasan dari buku yang aku dah baca walaupun aku perasan sibuk... buku bertajuk... man don't listen, and woman can't read maps... bila baca buku ni aku bukan lebih mengenali lelaki macam perempuan biasa rasa... aku rasa aku lebih mengenali perempuan dan faham bagaimana kawan2 aku berfikir kerana majoriti kawan2 aku adalah perempuan... tahu kenapa? sebab aku mempunyai otak lelaki yang terperangkap dalam badan seorang perempuan.... sebab aku buat ujian dalam buku tu... keputusannya ... otak aku betul2 maskulin.. dia tulis ada kebaranagkalian untuk jadi lesbian...haha..kalau aku tak ada agama mungkin... Alhamdulillah atas kurnia agama Islam kepada aku... makin aku membesar dan mengenal Islam.. pemikiran aku makin jadi feminine la sikit...haha... walaupun dalam ujian tu otak aku masih maskulin...

ahhh...  bukan aku nak cerita pasal otak aku... aku nak cerita pasal buku yang aku baca...walaupun dalam bukut diterapkan pasal teori bodoh manusia berasal dari monyet tu... tapi ada benda yang aku boleh ambil dari situ... ada kehebatan islam yang tertonjol disitu... kita lihat pada burung... si ayah pergi mencari makanan... si ibu menjaga sarang dan anak2... begitu juga lelaki dalam islam ditugaskan mencari rezeki... si ibu pula menjaga anak2... dan keperluan si suami....dari haiwan kita belajar...

lagipun buku ini ditulis berdasarkan kajian... lelaki dibina dengan spatial ability yang tinggi, dan ciri2 seorang pemburu yang baik... ciri-ciri ini dibina dalam diri seorang lelaki mampu menjadikan lelaki seorang yang berjaya dalam kerjaya... otak perempuan pula dibina dengan mampu membuat benda yang tak mampu dibuat lelaki... mampu mengesan bahaya bahaya dipersekitaran ... sebab itu perempuan sesuai untuk duduk dirumah dan menjaga anak... segala yang Allah ciptakan ini memang sesuai dengan tanggungjawab suami dan isteri yang Allah ajarkan dalam Islam... Dia pencipta kita... Dia tahu yang terbaik untuk kita...

dalan buku tu... ada tulis perempuan yang berumur  dalam lingkungan 40 mepunyai seks driven yang tinggi... begitu juga dengan lelaki yang berumur dalam lingkungan 25 tahun... sebab tu mak datin yang berumur dalam lingkungan 40 suka cari anak ikan...INI BUDAYA SALAH...JANGAN TIRU (maaf lucah sikit)... apa yang aku terfikir disini... isteri Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada usia ini... sesuailah umur keduanya... walaupun mungkin pada pandangan masyarakat sekarang 40 tu dia anggap tu dan tak sesuai untuk mengandung... kalau mengandung kononnya dapat anak yang cacat atau bodoh... saya dilahirkan ketika mak saya berumur 43 tahun... tak bodoh dan cacat pun... segalanya ketentuan Allah...Isteri Rasulullah pun lahirkan 7 anak bersama Rasulullah... solehah dan bijak lagi macam Fatimah... jangan salah anggap kenyataan saya ini... saya tulis berdasarkan pemahaman saya... kalau salah tolong betulkan...

sebab kat atas tu saya dah tulis mengenai otak saya yang maskulin ni... saya bersyukur,... sebab otak saya yang maskulin la saya tak berani nak pakai seksi... kenapa? sebab kalau saya pakai seksi...  saya bayangkan saya telanjang... kenapa? ketahuilah perempuan diluar sana... lelaki suka menelanjangkan perempuan... mata dia boleh buat x-ray... saya pun suka buat.. rugi la kalau tak x-ray badan perempuan yang pakai seksi... dah la badan cantik.. contoh awak pakai seluar ketat... sampai nampak bentuk paha dan seluruhnya... dari penglihatan kami nampak paha yang dibalut seluar... tapi di otak kami dapat lihat.. paha dan bentuk kaki anda tanpa seluar... sungguh menarik bukan.. sebab tu lelaki disuruh menundukkan pandangan... kawan2 saya pun tak berani nak pakai seksi depan saya.. bukan apa... diorang kata nanti saya lihat macam nak rogol diorang...hahaa... jadi tutuplah aurat mu seperti yang diajar islam... jika kamu tidak mahu BERTELANJANG di hadapan lelaki....

Bicara tentang jodoh

Ahad, September 25, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:48 PG
Balik raya hari tu aku tersedar sesuatu.... aku masih belum mampu menjadi anak solehah... tak mampu lagi nak mengikut arahan dan suruhan mak aku sepenuhnya... masih lagi meninggi suara dengan mak aku... padahal benda simple dan senang pun aku tak boleh buat... mungkin sebab ego tu terlalu meninggi....  kalau macam ni la gayanya... suruhan mak yang dah melahirkan aku dan membesarkan aku... dari kecil sampai besar dan aku sangat2 sayang kat dia... pun aku tak boleh ikut,,, tak boleh jadi anak solehah... macam mana aku nak jadi isteri solehah buat suami aku nanti... dah la lelaki entah dari mana.... baru jer kenal dia... mana mungkin aku dapat menurut segala perintahnya... sebab tu kut aku tak jumpa jodoh lagi... Allah tak nak aku menempah neraka dengan sebuah perkahwinan... kerana mana mungkin seorang anak yang derhaka mampu menjadi seorang isteri solehah selagi dia tidak berubah menjadi anak solehah... itu yang aku pegang... walaupun mungkin ada yang kawin lari cakap diaorang boleh jadi isteri yang baik walaupun nikah tanpa restu ibubapa...betul ker? fikir sendiri la...

bila tengok kawan2 dah bernikah... bahagia dengan pasangan hidup masing2... timbul juga rasa jeles.. nak buat macam mana... belum masanya untuk bertemu jodoh... sekarang lelaki yang baik biasa menikah awal... 23 atau 24 dah menikah... kawin dengan perempuan yang lebih muda... 20 atau 21... kira aku ni dah jadi anak dara tua la yer...hahaha... rugi juga tak cari jodoh masa kat universiti macam yang mak suruh... tu la cakap mak tak nak dengar... teringat perbualan dengan kawan2 masa kat universiti dulu mengenai pilihan lelaki....

A: Kenapa yer tak ada lelaki yang cuba dapatkan kita? teruk sangat ker kita?
B: Lelaki suka pilih perempuan yang lembut dan ayu... kita ni ambik engineering... ganas semacam jer.. tengok la pergi kelas pun pakai jeans dan selipar toilet..... selekeh pula tu...
C: tengok budak kelas kita sendiri sibuk duk ambik cikgu buat jadi awek... tak pun yang baik sikit ambik ustazah... diorangkan kalau pergi kelas bukan main lagi berhias...
A: haah... yang FPI tu tak padan dengan ustazah... pakai perfume semerbak... dari jauh lagi dah bau... (bukan ker kalau pakai perfume lelaki tercium bau dosanya ibarat kita berzina dengan lelaki tersebut...kerana kita telah menarik perhatian lelaki tersebut... lupa la dari mana baca....)
B: Korang pergi jer tengok kat masjid UKM lepas solat zohor. Ramai budak FPI solat kat kat situ... lepas solat semua sibuk dengan cermin... pakai bedak la... macam2... riuh rendah 1 masjid... (bukan nak mengata cuma pelik mereka ni pergi kelas nak memikat ker nak belajar?)
C: Dah la cantik... berilmu agama pula tu... sape tak berkenan nak buat isteri... tambah pula lemah lembut...
A: ala... diorang duk sibuk rebut bakal engineer jadi bf bukan main lagi....padahal tak tau... diorang tukebanyakannya buaya...budak lelaki kelas kita tu macam pisang panas... sehari putus esok dah dapat awek lain...
B: Roomate aku cakap... lelaki tak berani nak dekat dengan kita... sebab kita ni macam tak layan lelaki... jadi mereka tak berani nak approach...
C: ye la... tak kan kita nak bertempuk tampar dengan lelaki... nak jadi gedik? tak nak aku....
A: Aku rasa kan ... lelaki ni yang baik pilih 2 jenis perempuan jer... satu... perempuan yang betul2 baik... yang pakai tudung labuh... tutup aurat... baik jer... cakap lemah lembut... kedua... perempuan yang teruk... sebab diorang nak bimbing perempuan tu... nak ubah perempuan tu jadi baik...
B. Habis tu... sape nak kat kita yang biasa-biasa ni... dah la tak cantik... tak der baik sangat pun...
C: tu la masalahnya... kalau lelaki biasa pula biasa pilih perempuan yang senang didekati... kalau kita ni... diorang nak dekat pun tak berani...
A: Erm... macam ni la nasib kita... mungkin Allah nak jaga kita kut...
B: Yer la... kalau kita bercinta... entah berapa kali dah kita kecewa...
C: betul tu... entah apa jadi dah kat kita sekarang ni... kurang2 sekarang... orang keluar dengan pakwe... kita keluar dengan geng2 kita... happy apa...

Lepas hampir 1 tahun bekerja...
A: orang duk sibuk kawin... kita bila lagi?
B: Bila apa nya? calon pun tarak lagi...
C: Orang lain dah ada calon masa belajar lagi... habis belajar dah dapat kerja mantap.... kawin jer la apa tunggu lagi...
A: habis tu bila kita nak dapat calonnya?
B: jom kita suruh mak bapak kita carikan...
C: malu lah nak cakap...
A: nak cari kat tempat kerja lagi la susah...  ada yang baik pun dah jadi suami orang... takkan nak jadi no 2... kalau ada yang tak kawin lagi pun dah ada tunang or awek... kita bukan perampas... yang tinggal yang tak berkualiti jer...
B: kita masuk baitul muslim...cari dalam internet...
C: nanti orang macam mana entah kita dapat... orang dalam internet bukan boleh percaya sangat...
A: susah la.. senang2 kita tunggu jer orang masuk meminang... haha..
B: haah... kalau orang tanya kenapa tak kawin lagi nak jawab apa?
C: Jawab jer... jodoh dah ada... cuma tak jumpa jer lagi...
A: yer la... kan setiap manusia dah ditetapkan jodohnya sejak di alam rahim lagi...
B: betul... betul... betul...

setakat ni saja saya tulis perbualan kami... lebih kurang la... tak betul sangat...dilema gadis dalam mencari pasangan hidup...

Dah Lama Hidup... Tapi...

Jumaat, September 16, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:50 PG
Dah nak dekat suku abad aku hidup... tapi apa jer yang aku dah buat kat dunia ni... suku abad aku hidup kat dunia ni... sejak mengenal huruf dah berapa biji buku aku baca... entah-entah dah lebih 250 buku... yer la kalau dulu lebih 10 tahun aku jadi pembaca setia mastika... 12 x 10 =120 buku mastika saja... buku lain lagi... buku teks sekolah.. aku bukan ambik sikit subjek... PMR 9... SPM 11... tak campur buku kat universiti yang tebal giler dalam bahasa inggeris pula tu... sampai tak terhabis aku baca... kalau nak tambah jurnal aku baca masa sambung master dulu lagi la... ni tak kira buku bacaan ringan aku lagi... maklum la aku ni gila sikit kala pergi kedai buku... semua buku rasa nak beli... tapi aku tak suka novel... buat apa masuk dunia fantasi orang lain... aku lebih selesa di dunia fantasi ku sendiri....

Buat apa sebenarnya aku duk merepek pasal buku yang aku dah baca selama aku hidup ni... sebab aku nak cakap pasal 1 kitab yang aku tak pernah habis baca sepanjang suku abad aku hidup ni... mungkin orang lain dah berapa kali khatam... aku selalu hangat2 tahi ayam jer... baca sekejap... lepas tu tinggal lama... lepas tu mula balik... sampai bila nak habis kalau macam ni... kiamat pun tak habis... tapi aku target sebelum kawin kena habis la... insyaAllah... kitab tu sebenarnya KalamuAllah Al-quran nur karim... bukannya tebal sangat nak dibandingkan dengan buku buku aku yang lain... buku aircond yang aku habiskan beberapa biji masa praktikal pun lagi tebal dari tu... teruk betul la aku ni... dah lama hidup... tapi tak gunakan hidup sebaiknya...

hadis... sekerat pun aku tak pernah hafal... sedangkan kalau skrip P. Ramlee... ingat jer.. dari cerita mana... siap dengan sinopsis cerita sekali... kata-kata orang yang paling dikasihi tak diingat pula... betul ker kasih? kalau lah aku boleh guna segala pemberian Allah kepada aku dengan sebaiknya kan bagus... kalau aku dapat guna otak yang Allah bagi... guna masa yang Allah beri... sebaiknya kan bagus... tak ada la aku mensia-siakan hidup aku... ni dah hampir suku abad hidup... sibuk duk kejar dunia jer... masuk kubur entah esok lusa... tapi apa bekal yang aku bawa?

Dah hidup lama tapi duk kumpul dosa apa guna... bawa masuk dalam neraka jer... kalau hidup lama sekadar nak masuk neraka baik mati jer... lagi senang... kenapa aku duk sibuk kejar dunia yer? sibuk duk baca buku ilmu dunia jer... nak baca ilmu akhirat malas... tau la aku ni bukan dari bidang agama... ker yang duk bidang agama jer wajib belajar agama? bukan ker belajar agama adalah fardu ain... semua orang islam kena tahu... kalau tak tahu macam mana nak amal islam... sebab islam bukan sekadar kepercayaan... tetapi islam mengajar kita satu cara hidup terbaik... kenapa? sebab cara hidup yang Tuhan yang menciptakan kita ajarkan... Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita sebab Dia yang menciptakan kita...DIa tahu apa kelebihan dan kelemahan kita...

Dah lama hidup... tapi masa terus terbuang... jadi mulai saat ini... hidup perlu diteruskan.. tapi ambillah peluang yang Allah berikan tanpa mensiakannya... tiada tapi2 lagi... beramal selagi boleh... kerana hidup bukan untuk rehat... hidup hanya sementara untuk kita berusaha sedaya mungkin....

Pertemuan (Penutup)

Isnin, September 05, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:26 PTG
Saya memohon maaf sebab tidak dapat meneruskan cerita ini... sebab cerita ni sebenarnya diolah dari kisah benar... saya takut pihak yang terlibat dapat menghidu... takut nanti jadi mengumpat pula... sebab saya juga takut kisah ini akan membuka aib saya sendiri... dan  juga takut kisah ini membuat saya riakdan ujub... susah juga nak buat kisah realiti sebenar kehidupan... sebab internet ni luas... dunia tanpa sempadan... kekadang kita ada kisah yang tak sesuai untuk menjadi paparan umum...

saya sebenarnya bosan dengan kisah di alam fantasi yang tak berpijak di dunia realiti... hero dan heroin yang semua perfect... kisah cinta gedik... dan lain-lain cerita dialam fantasi manusia... saya mula menulis kisah ini sebenarnya untuk berkongsi pengalaman hidup... kisah benar dari sebuah kehidupan... sebagai nasihat dan panduan buat orang lain... tapi bila fikir lebih panjang dan mendalam... (sebab tu lama saya tak sambung cerita ni... masih berfikir...) saya rasa kisah ini patut ditutup sahaja... mungkin pengalaman tu saya boleh berkongsi dengan cara lain yang lebih berlapik...

Mohon maaf sekali lagi kerana terpaksa menamatkan kisah ini...  kisah ini kalau saya sambung sampai bila pun tak akan habis.. kecuali saya dah mati... sebab ini kisah tentang kehidupan...mungkin kalau saya ada idea untuk olah cerita ni dengan baik ... insyaAllah saya akan sambung...

Cerita Si Yatim Piatu

Ahad, Ogos 14, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:58 PG
Aku nak cerita satu kisah... kisah pelajar aku... bukan kisah panjang cuma kisah pendek buat pedoman kita semua... sebagai seorang pendidik aku ditugaskan untuk menjaga satu kelas... pelajar kelas tu senang aku panggil anak2 aku... walaupun aku anggap mereka macam adik2 aku... aku muda lagi la nak ada anak yang dah lepas SPM...hahahha...

salah seorang anak aku ni dari sabah... dia minta tukar ke sabah sebab masalah kewangan... maklum lah tiket kapal terbang dah berapa kan? walaupun negeri sebelah... kalau kat semenanjung lain la kiranya... ada pengangkutan lain... anak aku ni senang aku namakan dia M... masa minta tukar M cakap la dia ni baru kematian mak ayah sebelum datang ke sini... aku nak tanya lebih-lebih aku tak berani takut buat dia sedih.. kang tak pepasal aku pula yang menangis kat depan dia susah... aku ni kekadang lembut juga hati walaupun ganas...haha..

yang pasti disebabkan ketiadaan punca pendapatan utama keluarga iaitu mak ayah dia... abang dia la yang terpaksa sara keluarga... abang dia pula baru jer kerja ...pendapatan pun tak stabil lagi... tapi dia bukan anak yang atas2... anak bongsu ker kedua last... dah ramai la kakak2 dan abang2 dia yang dah kerja...jadi aku bajet tak der la teruk sangat masalah kewangan dia... sampai lah suatu hari...

datang penolong dan ketua kelas yang aku jaga tu... diorang cakap diorang kutip duit untuk M... sebab M tak mampu nak beli peralatan belajar... diorang serahkan satu sampul berisi duit... RM120 lebih... wah... mereka mampu mengumpul begitu banyak duit dalam semua orang dalam kesempitan duit sebab PTPTN tak masuk lagi... aku  kagum dengan keprihatinan  mereka terhadap kawan mereka... aku malu sendiri sebab aku kurang ambil peduli masalah mereka... kalau diorang tak buat macam tu... apalah nasib M...

dah tahu pasal masalah kewangan M ada kawan sekerja aku cadangkan minta bantuan kewangan dengan pihak HEP... alhamdulillah... dengan pertolongan Allah... aku berjaya mendapatkan bantuan kewangan tersebut untuk M sebanyak RM300. Moga duit tu M dapat gunakan sebaiknya...dan moga duit tu berguna untuk M...

aku nak cerita pasal M sikit... M ni seorang budak yang peramah... ceria...periang... suka tersenyum...sebab tu dia ramai kawan... dia pun jenis yang hormat orang tua... masa aku duk sibuk buat permohonan untuk duit HEP tu... aku panggil M pergi pejabat... M datang dengan senaskhah al-Quran... aku meminta M menunggu aku siap menaip surat untuk ditandatanganinya... sementara aku menaip tu... dia baca al-Quran kat dalam pejabat tu... aku rasa terharu sangat... biarpun mak ayah dia dah pergi... beruntung sangat mereka meninggalkan seorang anak yang soleh... biarpun mereka hanya ada masa 17 tahun untuk mendidik M... tapi mereka gunakan sebaiknya masa itu untuk mendidik M menjadi anak yang soleh... menjadi  pelaburan terbesar mereka walaupun mereka dah meninggalkan dunia ini...kalau aku boleh jadi anak yang solehah macam dia kan bagus... ataupun aku dikurniakan anak macam dia nanti....

aku juga kagum dengan abang M... sanggup susah payah tanggung adik belajar...  biarpun itu memang tanggungjawabnya... kalau abang yang tak bertanggung jawab... mesti suruh adik mereka berhenti belajar... spm pun dah lepas... inilah bukti kejayaan ibubapa M dalam mendidik anak anak mereka... adik beradik saling bantu membantu dalam kehidupan di dunia ni...

Best Jadi Pendidik

Sabtu, Ogos 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:54 PTG
Pendidik... mungkin pada orang lain kelas dia lagi rendah berbanding jurutera... menjadi pendidik adalah cita-cita kedua saya selepas menjadi pereka cipta/penyelidik... dulu saya nak jadi pendidik sebab saya nak dapat dana untuk jadi penyelidik... dari saya darjah satu lagi saya menyimpan impian itu...Alhamdulillah.. segala impian saya menjadi realiti walaupun sekarang belum 100% tapi kebanyakkannya telah saya perolehi...

Walaupun saya dibesarkan oleh seorang pendidik...  tapi saya dan adik beradik saya kurang berminat dengan dunia pendidikan... mungkin kerana kami tak biasa bergaul... kami lebih selesa bekerja dengan mesin berbanding manusia... Tapi akhirnya saya dan kakak tengah telah tersadai dalam dunia pendidikan... bukan kerana kami tidak mendapat tempat di dunia pekerjaan untuk menjadi jurutera... tapi  kerana ....kakak tengah saya telah mengikut nasihat ayah saya untuk menjadi pendidik... saya pula perlu menunaikan janji yang termetrai dalam biasiswa saya...

Pendidik bukan satu pekerjaan yang glamour... bukan juga satu pekerjaan yang mampu mendapat gaji mewah... bukan juga satu pekerjaan yang senang... tapi pendidik adalah satu pekerjaan yang memberi kepuasan maksimum dalam medan memberi dan berkongsi... kalau anda kejar glamour, kalau anda kejar pendapatan lumayan... kalau anda kejar kerja yang mudah... jangan sesekali cuba melangkah kedalam bidang ini... kerana pekerjaan ini memerlukan kesanggupan anda melakukan pengorbanan dengan ikhlas...

berada dalam medan ilmu adalah satu kebahagiaan... tambahan pula kita mampu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain... setiap hari menghadiri majlis ilmu biarpun kita sebagai seorang pengajar atau pelajar mampu menambahkan ilmu yang kita ada... makin kita banyak ilmu makin kita kenal tuhan... berada dalam budaya ilmu itu sangat mengembirakan bagi pencinta dan pencari ilmu... kehausan ilmu tak akan pernah hilang... biar diteguk bergelen ilmu...kerana lautan ilmu itu sangat luas... bagi pencinta ilmu... ilmu ibarat air laut... makin ditelan makin terasa haus... makin banyak kita belajar makin banyak kita rasa nak tahu...

kenapa saya ada katakan sebentar tadi... pendidik perlu sanggup melakukan pengorbanan yang ikhlas... tugas pendidik bukan sekadar mengajar... tapi jauh lebih banyak dari itu... persediaan untuk mengajar memerlukan masa yang cukup banyak untuk belajar terlebuh dahulu... pendidik mempunyai banyak kerja lain seperti kerja pengkeranian dan entah apa2 yang langsung tak bersangkut paut dalam tugas mendidik...  bersedialah menhadapi tugas yang bertimbun dan bersedialah untuk buat overtime tanpa gaji atau apa apa ganjaran sekali pun... lakukan tugas ini hanya kerana Allah... ingatlah ini tugas mulia untuk mendidik anak bangsa....

Disamping mampu berkongsi ilmu... kita juga mampu berkongsi nasihat... mendidik anak remaja berakhlak mulia... dengan itu kita juga perlu berakhlak mulia... kerana pendidik dihormati oleh pelajar.. pendidik perlu menunjukkan contoh terbaik kepada pelajar... pendidik juga boleh membantu pelajar yang ada masalah... bukan sekadar memarahi pelajar yang bermasalah... selami hati mereka... bukan membesarkan pemberontakan mereka menjadi amukan... menjadi pendidik membuka ruang untuk kita membantu insan lain... bila jadi pendidik ni... llihat pelajar dari keluarga berpendapatan rendah... biarpun gaji ibubapa mereka sikit... tapi ibubapa mereka sanggup berkorban demi melihat kejayaan anak2...

Menjadi pendidik bukan sekadar mampu menyedarkan kita masih ramai yang lebih susah dari kita... bersyukurlah dengan apa yang kita ada... menjadi pendidik juga memdidik kesabaran kita bila pelajar tak dengar cakap kita.. macam mana kita nak tarik minat mereka dan bersabar dengan kerenah mereka... Sejak jadi pendidik... aku dapat lihat pelbagai masalah dalam remaja kita... Kita dapat mengenali mereka dengan
lebih mendalam...dan cuba membantu mereka supaya tidak tewas dengan fatamorgana dunia...insyaAllah...

dan yang terakhir... menjadi pendidik menyedarkan kita tentang pengorbanan orang yang telah mendidik kita... betapa payahnya mendidik seorang manusia untuk berjaya... betapa banyak benda yang perlu dikorbankan... dulu sibuk malas belajar... sedangkan pendidik kita sibuk mahu mendidik... dulu exam pakai jawab jer soalan... tak tahu betapa susahnya pendidik kita membuat soalan... terima kasih semua pendidik... tanpa pendidik siapa lah kami pada hari ini... mungkin seorang yang buta huruf atau seorang sampah masyarakat yang gagal....Pengorbanan dan titik peluh anda selama mendidik saya amat saya hargai...

Bodoh Punya Tahajjud Cinta

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:56 PTG
Kenapa aku kata macam tu? sebab aku geram sangat.... setiap minggu tengok pasti ada je yang tak berkenan dihati.... minggu pertama tengok... si fauziah gaus... pakai purdah... tapi naik unta pakai lagging... adoi... tambah lagi... duk berjalan berdua-duaan dengan pak we dia kat padang pasir... ker memang keadaan begitu pelajar disana?? aku tak tahu la... kalau macam tu teruk pemuda dan pemudi harapan kita... apa nak jadi dengan masyarakat kita di masa depan.... tak tambah lagi yang dia membiarkan pak we dia buka dia punya purdah... lepas tu tatap muka dia lama2 dan pegang tangan dia... biarpun tangannya mempunyai sarung.... memalukan kaum sungguh la... nasib baik aku tak pakai purdah...haha... ni boleh merosakkan imej orang yang berpurdah... tak ada malu langsung dalam diri seorang perempuan... buat aku ingat fenomena yang aku tengok di univesiti... pelajar bertudung labuh... duk tergedik naik motor dengan jantan konon pergi belajar bersama padahal fakulti berlainan... letak fail kat tengah untuk mengelakkan lelaki terasa dia punya spring...hahahhaa... tak malu ker lelaki senang angkut anda ke sana kesini... ye lah... dapat bakal engineer... dia pula hot bakal ustazah la kut... kalau bakal ustazah macam ni la perangai... macam mana nak bentuk akhlak pelajar yang baik nanti? padan la masyarakat kita makin punah...

masuk pula bab si anak orang kaya tu... fazura ker nama apa entah... dalam citer tahajjud cinta tu nama citra... demi cita-cita sanggup derhaka kepada ibubapa.,.. dalam agama macam tu ker ajar? bukan mak ayah dia suruh buat benda salah pun... hanya kerja sebagai peguam kat syarikat ayah dia... kalau nak buat amal.. tak perlu sampai menderhakai orang tua... kalau nak kejar impian tak perlu sampai membelakangi ibubapa... faham ker tidak? letakkan lah dalam hidup kita yang pertama Islam  dan yang kedua ibubapa kita... dan ketiga diri kita sendiri... mereka dah melahirkan kita dan membesarkan kita.... tanpa mereka tiada kita di dunia ini...

pastu pasal yang buat kerja kebajikan tu... boleh pula dia bagi dalil2 supaya orang tu buka dia punya purdah... biar la dia nak pakai purdah... lagi baik... bukankah ada dalil2 yang mewajibkan pemakaian purdah... tiada pula dalil yang mengharapkan purdah... pada fahaman saya.. eloklah pakai purdah... terpelihara dari pandangan lelaki liar di luar sana... kalau diri sendiri tak mampu nak pakai purdah... jangan hasut orang lain untuk membuka purdah... sebelum nak buat cerita berkaitan isu isu tertentu... kajilah dulu.. bukan buat cerita tanpa ilmu....nak tulis panjang2 lagi... tapi masa mencemburui...hehe...

Si kecil itu

Selasa, Julai 26, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:43 PTG
Si kecil itu
Sungguh tabah hatimu
Sungguh kuat semangatmu
Sungguh tebal  imanmu
Kecacatan bukan penghalang bagimu

Si kecil itu
Biar kau susah bergerak
Biar tak mampu untukmu berdirí
Kau sungguh berbeza
Si kecil lain sibuk bermain
Bergurau senda sesama taulan
Tetapi kau tetap fokus dengan amalmu

Si kecil itu
Bergerak perlahan dalam kepayahan
Di rumah Allah yang sungguh mendamaikan
Menunaikan solat bersama imam
Sedang ramai pemuda diluar sana
Sihat tubuh badan dan waras akalnya
Terus lena diulik fatamorgana dunia
Tidak malukah kamu pemuda?
Kau punya segalanya
Tapi kau lupa pada Yang Memberi

Si kecil itu
Aku sungguh kagum dengan mu
Kecacatan mu tidak menjauhkan dari Allah
Malah lebih mendekatkan mu denganNya
Kau mengajar aku erti sabar
Menempuh segala ranjau kehidupan
Kau mengajar aku erti syukur
Dengan segala apa yang kita ada

Si kecil itu
Kaulah pejuang mujahid harapan
Andai nanti aku dikurnia
Seorang putera penghibur hati
Moga ia seorang mujahid sepertimu...

Merindui Kehidupan Dulu

Ahad, Julai 17, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:27 PTG
Aku merindui sesuatu...
Sesuatu yang menjadi milikku dulu...
Ketenangan jiwa... keamanan hati...
Paling aku rindu kehidupan aku di matrikulasi...
Kehidupan yang penuh dengan budaya ilmu...
Tidak aku siakan walau sedetik waktuku...
Dari mata terbuka hingga terpejam semula...
Cerdas minda... cergas fizikal.. sihat rohani...
Di tengah malam lepak bersama rakan...
Minum air teh O bersama biskut kering berbual dan bermain...
Untuk menenangkan otak yang tegang belajar..

Bila masuk ke universiti...
Susah untuk aku mengamalkan kehidupan itu...
tapi syukur... setelah 2 lebih tahun hatiku gundah...
berjaya aku kembali mendamaikannya..
mungkin kerana adanya laptop ini...
kebebasan aku meneroka dunia tanpa sempadan..
Mungkin membuatkan aku leka  dalam dunia maya..

Aku memang tak mampu hidup tanpa kebahagiaan...
Telah 6 bulan aku merindui kehidupan universitiku...
Kerana telah 6 bulan aku memulakan hidup baru...
Hatiku meronta rindukan sesuatu...
Alhamdulillah... Cintaku tetap bersama aku...
Semalam rindu ku terubat...
Hatiku kembali tenang...
Moga hari esok masih ada untukku...
Melalui kebahagiaan dalam kehidupan...

Perlukah pendidik bergaya?

Rabu, Julai 13, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:58 PTG
Mula-mula saya nak minta maaf kalau post ni agak emosi sebab saya memang tengah emo masa menaip post ni. Aku tengah geram orang duk sibuk dengan beg pikul aku... ikut suka aku la nak pikul batu ker pikul beg... ker nak junjung beg... ada aku kisah dengan korang... aku pakai beg pikul orang kata aku ni macam budak sekolah... tapi kalau aku tak bersama beg pikul aku pun pelajar cakap aku ni macam budak sekolah menengah... dah awet muda nak buat macam mana...(berapa kali dah aku ulang ayat ni)... lain kali jangan duk sibuk sibuk lagi dengan beg aku... x kisah la korang nak anggap aku buat publisiti murahan dengan beg pikul aku ker... sekurang-kurangnya aku tak buat publisiti murahan dengan menjual maruah ada aurat aku... dah la... lagipun aku mana ada aset kecantikan nak buat publisiti murahan menggunakan penampilan yang gedik dan mengoda... masa sekolah dulu pun orang kenal aku sebab aku suka lari... jadi.. aku terima diri aku yang pelik... korang pun kena terima la kepelbagaian dalam kehidupan....ahhh... geram aku....

ahh... berbalik kepada tajuk... perlukah pendidik berpenampilan menarik atau pendek katanya bergaya.... pada aku... TAK PERLU... kita bukan nak tarik pelajar untuk melihat kita tapi kita nak tarik pelajar mencintai ilmu... itu lebih penting... kalau pendidik bergaya... adakah pelajar akan memerhati apa yang diajar atau apa yang dipakai oleh guru mereka... (tetiba teringat pula zaman belajar di universiti... duk tilik perut pensyarah lelaki... siap ambik gambar lagi perut buncit...hehe... jahat betul aku and the geng... )

tengok kepada  penampilan cikgu-cikgu sekarang... semua sibuk duk  bergaya kalah model-model... bak kata orang... biar papa asal bergaya... betulkah? antara sebab cikgu sibuk duk bergaya sebab takut kalah dengan student... aish... saya tak setuju... buktikan kecemerlangan kita dengan ilmu dan hasil kerja yang kita mampu lakukan bukan dengan penampilan dan gaya...

pada aku... kalau aku jadi pelajar... penampilan guru tu tak penting... asal dia banyak ilmu... banyak pengalaman ... bersungguh dalam mendidik... bersikap keibubapaan (prihatin)... itu sudah cukup baik... kalau cikgu tu bergaya... saya tak dapat apa2 manfaat pun sebagai pelajar... jadi apa guna? tambah-tambah kalau saya ni lelaki dan cikgu tu perempuan... bayangkan cikgu tu bukan main bergaya... pakai baju  ketat... pakai high heel bunyi pelepuk pelepak... jalan pulak tonggek kekanan kekiri... bayangkan masa cikgu tu menulis kat white board (kalau dulu blackboard)... angkat tangan kekadang terangkat nampak pinggang... uish... mengancam nafsu sungguh... nanti cikgu jadi bahan bayangan lucah untuk pelajar... maklumlah lelaki ni fantasi lucah dia tinggi....hati-hati yer pendidik semua...

mahu saya kata... pendidik bukan model lucah... pendidik bukan pelacur... pendidik adalah orang yang mendidik generasi pada masa hadapan... jadi pendidik hendaklah menunjukkan contoh terbaik buat pelajarnya... untuk memastikan generasi masa depan yang terbaik... untuk apa bergaya? untuk menggoda pelajar menjadi suami? tahukah anda... ada satu kes.. pelajar lelaki x boleh jawab exam sebab pelajar kat depan dia seksi... jadi agak-agak kalau pendidik yang seksi dan bergaya ada kat depan kelas... bolehkah pelajar lelaki menumpukan perhatian pada pelajaran atau hanya pendidik itu menjadi pelakon fantasi lucah pelajar? sila jawab soalan ini sendiri jika anda mahu berpakaian seksi ke kelas...

untuk menutup post ni.. saya tegaskan pendidik tidak perlu bergaya... hanya berserdahana dalam berpakaian... berakhlak dalam tingkah laku... bersungguh dalam mendidik kerana kita adalah cermin generasi yang akan datang... pesanan buat diri saya sendiri...

Pertemuan 2

Ahad, Julai 10, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:41 PTG
Sambungan dari  Pertemuan 1...

Dalam mengejar cita... kita dipertemukan...
Sebuah pertemuan menyimpul persahabatan,
Persahabatan terbina menjalin keakraban,
Keakraban kita penghubung ukhwah,
Ukhwah diperlihara hingga akhir hayat.

Bab 2 – Menjejak kaki


“Ada, tu la fakulti Ada nanti..” Kata Kak Aya sambil menujukkan sebuah bangunan putih tersergam indah dihadapan sebuah tasik...

“Wah, cantiknya... tak sabar Ada nak belajar kat situ.”

“ Tempat dah cantik... Ada kena la belajar rajin-rajin biar dapat result macam kak Aya kamu tu..” Abah menyampuk sambil terus memandu kereta menuju kolej Kak Aya untuk mengambil semua barangan kak Aya memandangkan kak Aya sudah menamatkan pengajiannya di UKM.

“Kak Aya grad dengan PNGK berapa?” Aku bertanya kerana ingin tahu lebih lanjut...

“ 3.03”

“Eleh... cukup-cukup 3 jer... ingatkan tinggi” aku menyindir...

“eh... Kak Aya punya pointer kat matrik lebih tinggi dari Ada tau... ingat senang belajar engineering? Nak dapat pointer atas 3 pun susah... dapat atas 3 kira ok la ni... Kamu jangan duk eksyen sangat... Kak Aya ni ambik elektrik... Kalau mekanikal entah-entah lagi susah... sebab kawan kak Aya yang ambik mekanikal biasanya result diorang kurang dari 3...” kak Aya mula membebel...

“Entah betul entah tidak kak Aya ni..”aku cuba menyemarakkan lagi api kemarahannya...

“Betul la... apa yang tak betulnya? Kak Aya ni rajin study... kawan kawan Kak Aya cakap... sejuk perut ibu mengandung..... sebab Kak Aya sangat rajin study... kalau kamu yang pemalas tu tak tau la macam mana nanti... ikut suka kamu la nak percaya ker tidak...” Kak Aya dah macam merajuk...

“tak nak percaya.... tak nak percaya...”

“ish... kamu 2 orang ni tak boleh ker sehari tak bertekak... macam anjing dengan kucing... asyik nak bergaduh jer... dalam kereta pun gaduh... rimas ibu....dah... dah..jangan duk naikkan angin kakak kamu tu Ada...” Marah ibu.... ayah sekadar tersenyum...

“ tu la ibu.. entah Ada ni... orang bagi nasihat dia nak main main pula...” kak Aya memerliku

“ala... orang main- main pun nak ambik hati... susah betul cakap dengan orang sensitive ni...” aku cuba menegakkan benang yang basah...

“Udah la tu.... kang ibu suruh abah kamu ni turun kan kamu berdua kat sini...” ibu memberi amaran... Serentak dengan itu abah memberhentikan kereta kerana sudah sampai di kolej kediaman Kak Aya...

“dah sampai pun ibu... mesti la kena turun... ibu dan abah tak nak turun ker? Tadi kata nak turunkan Ada dan Kak Aya jer... hehe” aku cuba mengenakan ibu...

“ish... kamu ni... ada jer idea nak menjawab...” sindir ibu sambil tersenyum...

Aku memang begini... seorang anak yang nakal... nakalku mampu membuatkan orang lain tersenyum....

Bersambung...

Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu
Untuk menggenal erti persahabatan
Melayari kehidupan remaja bersama
Kerana persahabatan itu sebuah perkongsian

Wajarkah bahasa inggeris?

Sabtu, Julai 09, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:49 PG
Sem ni Ketua jabatan dah bagi amaran awal-awal ... ajar dalam bahasa inggeris 100%... semalam... aku dapat jumpa anak-anak PA aku... suruh mereka isi borang maklumat diri... dalam tu ada keputusan SPM... aku baca la yang mereka punya kat pejabat... tengok2... ramai betul yang bahasa inggerisnya dapat D dan E... macam mana mereka nak faham kalau aku mengajar dalam bahasa inggeris... rasa nak menangis rasa... waaa... nak buka kolej sendiri... tak nak guna sistem pendidikan kerajaan yang memartabatkan bahasa penjajah dan menghancurkan anak bangsa tu....

Aku cuma letak mereka di tempat aku... aku dulu SPM... dapat B3 bahasa inggeris... dah terngucap-ngucap dah belajar kat universiti... tu pun pensyarah aku ajar campur-campur... bukan 100% bahasa  inggeris... sibuk aku cari nota lama yang bahasa melayu untuk fahamkan... aku kira ok lagi... asas sains aku kira Alhamdulillah kukuh la juga... kurang-kurang tak faham bahasa ingeris boleh faham sainsnya...tapi mereka ni... result subjek sains pun teruk juga... macam mana nak belajar?

Jadi aku tak heran la kalau ramai yang sangkut tengah jalan... kerajaan tak kesian ker pada anak bangsa sendiri? bila IPT nak guna bahasa melayu.... aku tak sanggup tengok anak bangsa ditindas di negara sendiri... moga Allah kuatkan semangat aku... aku nak cuba minta dengan KJ ajar campur campur atau ajar dulu bahasa inggeris mereka tak faham... terangkan dalam bahasa melayu pula...InsyaAllah.... aku mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar aku... kerana mereka ada hak mencari ilmu dinegara sendiri...

Siapakah aku 2 ?

Isnin, Julai 04, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:05 PTG
Siapakah aku? yang pertama dah merungkai siapa ibubapa aku.... sekarang  saja nak nilai balik diri aku sendiri pula.... Aku bukanlah seorang anak yang baik.... aku seorang anak yang selalu melawan kata dan sangat suka menjawab serta memberi alasan... mungkin kerana aku dibesarkan dalam suasana demokrasi yang membenarkan aku memberi pendapat dalam perbincangan keluarga aku...

kalau nak bandingkan aku dengan kakak kakak aku... aku ni la yang paling susah dididik... suka sangat buat jahat... suka sangat kacau kakak2 aku... biasa la... orang pun kata... nak didik anak perempuan ni lagi susah dari jaga sekandang lembu.... tambah tambah anak perempuan yang degil macam aku ni... pening kepala mak bapak nak besarkan.....anak yang jahat... tapi moga nanti aku jadi anak solehah yer... insyaAllah...

melalui penulisan aku pun rasanya orang dah tahu aku ni anti sikit dengan lelaki... mungkin sebab tak biasa dengan lelaki kut... sebab aku dari sekolah rendah sampai menengah aku sekolah perempuan sahaja.... adik beradik aku pun kan  perempuan jer...pastu masuk u selalu lelaki buli kalau kerja berkumpulan... sebab lelaki banyak yang malas kerja... apa tak nya aku benci lelaki...

aku juga tak suka perempuan yang emo... sebab aku ni kurang sensitif sikit dengan perasaan... kekadang cakap tu pakai  lepas jer... laser la juga... malas nak berlapik ni... remeh... just say the true... salah ker? selalu orang kata aku seorang yang terlalu jujur... tapi sebenarnya aku ni kuat juga menipu kat alam maya... kalau alam biasa pun pernah gak menipu sunat...haha... terukkan aku ni... jujur itu sikap mulia...

apa lagi nak cerita pasal diri aku ni? tak tahu lah... yang pasti aku ni banyak jahat dari baik... macam mana lah kalau mati tak sempat nak bertobat... dah la kekadang macam berlakon pulak... tengok macam budak baik jer... innocent tapi hakikatnya... masyaAllah... hanya Allah jer tahu betapa teruknya aku sebenar... macam mana nak dapat cinta Allah kalau macam ni... kucing pun tak ingin nak bercinta dengan aku...hahaha...

Siapakah aku?

Sabtu, Julai 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:45 PTG
tetiba hari ni aku nak bercerita siapa aku sebenarnya...
bukan untuk mendedahkan diri sebenar aku...
cuma untuk mengenali diri sendiri kembali... kembali kepada sejarah...
aku cumalah anak bongsu dari 3 adik beradik dan semuanya perempuan...

aku anak kepada seorang guru bahasa inggeris sekolah rendah...
ayah aku.... sebelum kawin dengan mak aku ada buat batik cop...
tapi lepas kawin entah kenapa dia tutup syarikat dia.... nak fokus pada keluarga kut...
jadi ayah aku kerja kampung jer...kalau dapat duit dia bagi kat mak aku...
kira mak aku punca rezeki utama keluarga....
kalau duit dia tak cukup... dia minta balik duit dengan mak aku...
kira mak aku penjaga akaun keluarga la...
bak kata mak ayah aku sharing is caring....
ayah pernah kata buat apa malu kalau nak minta duit dengan isteri...
kalau bagi semua duit kat isteri maknanya kita bagi sepenuh kepercayaan pada isteri...
kepercayaan itu bukti cinta...
lagipun ayah aku ... tak pernah aku tengok dia beli apa2 untuk diri dia sendiri...
dia belanja semua untuk keluarga....
kalau nak tengok ayah pakai baju baru... mak yang tawarkan pada ayah...
nak tak beli baju ni... masa jalan-jalan kat supermarket sama-sama...

dengan hanya emak pencari rezeki utama keluarga...
emak pun lepasan maktab perguruan jer...
berapa la sangat pendapatan keluarga aku kalau nak kira...
tapi apa yang aku nak semua aku dapat... maklumlah anak bongsu...
kalau tak dapat pun... mak akan pujuk baik punya.,...
mungkin sebab desakan kewangan... aku dah dididik untuk hidup sederhana..
aku dididik.. untuk pakai jer apa yang ada... makan jer apa yang terhidang...
aku juga diajar untuk menabung dari kecil...
duit raya tak pernah aku gunakan untuk beli benda lain selain menabung...

bagus juga ayah tak kerja tetap...
mak pergi balik kerja masa mengandung ayah boleh jadi driver....
masa mak pergi kerja tak payah upah pengasuh ayah yang boleh jaga...
kalu ada orang lain jaga kami... mungkin kami bukan kami yang sekarang...
kerana pengasuh tak mungkin menjaga kami sebaik ayah jaga kami...
kalau mak mengajar sekolah pagi... makan tengah hari ayah yang masakkan...
sebab tu walaupun saya adik beradik semua perempuan...
sorang pun tak pandai nak siang ikan....sahkan nak memasak...
kami bukan dilatih untuk jadi suri rumah...tapi dilatih untuk jadi perempuan bekerjaya...
mungkin sebab didik oleh ayah sejak kecil...
perangai pun ganas ganas sikit....
semua ambik bidang kejuruteraan...
yang sulong software engineering, yang tengah electrical engineering dan aku mechanical engineering
kepakaran cukup kalau nak buat sekor robot...hahaha...

Dulu mak pilih ayah pun sebab agama yang ada padanya....
bukan kerana rupa dan harta yang ada pada ayah...
kata mak... ayah bukan hensem... kurus kering masa dulu...haha..
mak pilih ayah sebab ayah lelaki baik... selalu ke surau...
bukan macam lelaki kampung yang lain selalu lepak di warung kopi...
Kalau boleh aku nak cari suami yang yang macam ayah..
beragama... pandai menguruskan rumah dan anak-anak...
biar mak dan ayah kawin di usia yang lewat...
mereka ditemukan juga melalui kenalan...bukan dengan cinta...
mereka membina cinta dan bahagia lepas kawin...
masa aku dilahirkan mak dan ayah dah menjangkau 40 tahun ...
biar  usia kami jauh berbeza... tapi mereka up to date ...wooo..
bila aku menginjak  remaja... mereka meletakkan aku sebagai kawan...
untuk berkongsi rasa berkongsi cerita... walau ada jurang dalam umur kami...
kami masih boleh main bersama... berkejar bersama...
bersms bersama pun boleh... kekadang aku sengih tengok hp tu...
maknanya aku tengah baca sms mak aku la...hahha...
mereka biar tua dilihat pada usia...
tapi mereka tetap peka terhadap perkembangan teknologi...
facebook.. blog.. semua mereka tahu... cuma mereka tak buka akaun jer...
sebab sakit mata nak menghadap komputer lama-lama...

yang iklan masjid kat atas tu...
ayah saya la yang minta tolong iklankan dalam internet...
saya tak tahu nak letak mana... letak kat blog sendiri pun boleh la...
jom sama-sama melabur untuk kehidupan kedua...
asyik duk labur untuk kehidupan pertama jer tak dapat apa-apa nanti mati...

kalau tadi aku cakap.... hidup kena jimat cermat...
pendapatan keluarga aku bukanlah besar mana...
tapi sekarang aku rasa mak ayah aku dah boleh beli la apa yang mereka nak...
sebab semua anak dah kerja... tak ada tanggunggan dah...
tapi kalau anak bagi duit... dulu-dulu dia masukkan dalam  bank anak balik..
aku tahu la... sebab aku kan anak bongsu....
tu yang aku cuak nak bagi duit kat mak ayah banyak banyak...
nanti tak pasal pasal masuk bank aku balik....
biasa raya baru akak2 aku bagi duit... nak bagi duit masa balik takut tak diterima...
tak sabarnya nak raya... nak bagi duit yang dah  aku kumpul kat mak ayah...
kali pertama ni... sebab baru jer aku start kerja kan....
maaf kami 3 beradik tak mampu jadi doktor macam impian mama...
sebab kami tak minat bidang tu...
nanti aku cuba cari doktor yer buat menantu mama... (haha.. berangan jer..)

sempena hari ibu dan bapa... aku nak ucap...
selamat hari ibu dan hari bapa buat mama dan baba...
mama dan baba la ibu bapa terbaik buat kami adik-beradik...
telah berjaya mendidik kami menjadi seorang insan...
insyaAllah kami berusaha menjadi anak solehah...
satu jer la impian mama dan baba aku belum laksanakan...
mereka nak tengok anak mereka kawin...
kata mereka kalau meninggal pun tak risau...
dah ada orang jaga aku....
tapi masa dan keadaan belum mengizinkan....
nanti aku jumpa jodoh aku... aku kawin yer...
terima kasih atas segala pengorbananmu membesarkan kami...
Kami sayang bangat sama kamu berdua...
mama dan baba dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai ibubapa kami...

Kita Khalifah???

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:29 PTG
Kita selalu sedar kita khalifah...
kita selalu sedar tugas khalifah untuk amal makruf nahi mungkar...
tapi kita selalu serahkan tugas itu pada orang lain...
pada geng-geng tabligh dan pejabat pejabat agama...
kita bukan sekadar serah tugas kita sebagai khalifah...
malah ramai antara kita yang amal mungkar nahi maaruf...
mengajak pada kemungkaran dan mencegah dari kebaikan,...
anda tak percaya? itulah realiti sebenar dunia akhir zaman...

kat pejabat saya... ada cadangan nak buat jaket...
lelaki yang minta... jaket untuk lelaki dan perempuan lain la design...
yang perempuan kena ikut bentuk body... 36, 24,36.....baru solid...
sedangkan perempuan senyap tak ada apa apa pun...
beginikah sikap lelaki yang sepatutnya memimpin perempuan...
mengajak perempuan mendedahkan aurat...
mengalak perempuan melakukan gangguan seksual buat kaum adam...
tu baru satu contoh....

bila ada yang pakai baju longgar...
nampak macam terlalu besar...
pasti ada jer yang tegur...
besar sangat la baju tu... tak sesuai....
tapi bila ada yang pakai baju yang kecil....
baju tak cukup saiz...
tak ada pula yang tegur... yang puji pun ada...
paling baik pun mengumpat jauh jauh...
badan tak cantik ada hati pakai baju fit...
tu contoh ke dua...

bila ada yang pakai tudung biasa macam aku...
belek-belek try tengok tudung yang besar sikit....
dik... tu tudung besar.... bukan saiz  biasa...
takut nanti besar sangat dengan adik...
patut bila tengok orang belek tudung besar tu...
cakap la.. ni bagus ni... cantik kalau pakai..,.
boleh tutup semua yang wajib ditutup...
kain dia pulak tebal... tak payah pakai inner..
adik pakai ni memang comel la...
baru semangat sikit orang nak beli...
ni macam orang tu tak layak jer nak beli tudung besar sikit...

ni tak masuk lagi yang mempersoalkan...
tak panas ker kalau pakai inner...
tak cantik la kalau pakai inner tudung...
susah la nak pakai inner...
kalau nak tegur pun...
guna inner jenis lain cantik sikit...
inner jenis ni kurang sesuai...
ok la sikit... tak menggungat orang nak pakai inner...

ni satu lagi situasi kat bengkel...
nak buat kerja tu... lipat la lengan jaket.. pakai inner...
inner tu tau dok ketat... tak lepas tutup aurat...
aku nak balas yang tu kang macam beriman sangat walaupun kurang beriman...
aku balas berlapik sikit la...
tak der pulak dengar orang cedera sebab tersangkut lengan jaket,..
nama pun jaket keselamatan untuk bengkel...apa da...
padahal kalau nak selak lengan jaket pun sebenarnya boleh...
sebab aku memang pakai inner.. tapi... tak best la...
nama pun bengkel... penuh dengan lelaki...

pakai la kasut tumit tinggi...
baru tak nampak macam budak budak...
bila nak pakai high heel....
insyaAllah.. selagi aku berpegang pada prinsipku...
selagi itu aku takkan terpengaruh dengan persekitaran...
sedarkah kita bila perempuan pakai high heel..
bila berjalan... buntut nampak seksi... kekanan dan kekiri...
nak goda siapa sebenarnya? lelaki jalanan kah?
lagipun high heel kurang elok untuk kesihatan tulang belakang...
tak pakai highheel pun tulang belakang aku dah sakit...
ni pulak kalau aku pakai high heel...
biarlah nanti aku pakai highheel dalam rumah jer... insyaAllah...
biar ayah aku sendiri suruh aku pakai high heel ...
akan aku tolak dengan alasan nanti sakit belakang....

ini baru beberapa kes...
banyak lagi kes yang sebenarnya...
banyak lelaki dengan senang mengajak perempuan berdating...
banyak lelaki yang mengajak perempuan berkapel...
lelaki begini kah yang mahu di buat suami...
lelaki yang mengajak kemungkaran inikah?
yang mahu dilantik menjadi pemimpin...
untuk memimpin kita di dunia membawa ke syurga...
silap langkah dipimpin kita ke neraka...

terlalu banyak untuk diceritakan disini...
betapa kita selalu mengajak kepada kemungkaran...
dan mencegah daripada kebaikan...
amal mungkar nahi makruf..
mari sama-sama kita koreksi kembali diri kita...
insafi diri kita...
kalau kita tak mampu nak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah...
pada saya cukuplah kita mendiamkan diri
dari kita mengajak pada kemungkaran dan mencegah dari kebaikan...
sesungguhnya kita hambaNya yang lemah...
dan selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati...

Ke Arah Satu Perjalanan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:29 PTG
Mula-mula... jom kita hayati lagu ni dulu...
mainkan clip video ni... nyanyi sambil hayati lirik dibawah ni...



HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Kenapa tiba-tiba aku minat lagu ni...
semalam aku tengok final imam muda dengan lagu tema lagu ni...
aku rentaknya rancak aku suka... aku cuba cari liriknya...
yeah... lirik dia cukup sesuai untuk aku jadikan lirik tema...
untuk aku mengejar impianku...
untuk menaikkan semangatku agar tidak aku putus asa...
biar mungkin bukan sekarang...
masanya akan tiba untuk aku realisasikannya...
kerana takdir menentukan segalanya,...
mungkin bagi orang lain perjuangan aku bukan apa2...
tapi bagi aku perjuangan ini adalah segala-galanya...
dalam perjalanan hidup aku ni...
mungkin aku tidak mampu menyumbang apa-apa pada mata orang lain...
cuma mengejar impian seorang insan biasa....
ya aku tak mampu mengangkat senjata memerangi musuh islam...
aku tak punya ilmu untuk berbahas tentang islam...
sedangkan aku sendiri masih berperang dengan nafsukan sendiri...
aku cuba sedaya mungkin menggunakan sebaiknya
ilmu dan minat yang Allah kurniakan kepada aku...
biar orang kata aku melawan fitrah seorang perempuan...
Biar hanya Cintaku yang mengerti....
apa yang tersirat dihati ini....
biarpun perjalanan ini bersimpang siur...
akan aku tetap terus...
Ke arah satu perjalanan...
yang aku tak tahu dimana penghujung...

Fokus Pada Impian

Khamis, Jun 30, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:11 PTG
Dulu duk fikir pasal nak kawin... tapi sekarang dah malas la... buat apa fikir benda yang tak mampu kita cakap... berangan jer la... hahaha... baik fikir masa depan kita sendiri... pasal jodoh biar masa menentukan... bila dah tiba saatnya... jodoh akan tiba tanpa perlu mencari... man is nothing la...kan kan... (haha.. aku memang antilelaki)... nak capai impian bukan perlukan lelaki pun... kekadang lelaki ni sekadar penyekat kita mengejar impian kita adalah.... Fantasi tak mungkin aku biarkan hanya sekadar mimpi indah.... selagi ada daya akan ku kejar biar sampai ke hujung dunia... (hiperbola betul la...)

Apa impian aku sekarang? erm,... gelaran pelajar telah aku gugurkan... surat menamatkan pengajian telah aku hantar... biarlah impian aku tertangguh... asal aku mampu fokus dalam menjalankan tanggungjawab aku mendidik anak bangsa... aku nak fokus dengan kerja aku... aku nak fokus bidang yang aku minat iaitu automotif... bak kata orang tua tua menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan... biar apa orang nak kata... walaupun bidang automotif tu bidang lelaki... perempuan boleh wooo... (adakah aku menafikan fitrah seorang perempuan?) ... jadi sekarang aku nak jadi workaholic.... sambil tu aku nak jadi studyholic... sebab aku masih banyak tak tahu dalam bidang automotif ni....

Kenapa aku tetiba nak jadi workaholic?? sebab aku nak jadi gila duit,.. setelah  beberapa lama aku membenci duit...(atas pengalaman pahit)... kenapa nak gila duit? sebab aku sedar kehidupan tetap memerlukan duit untuk kita dapat apa yang kita inginkan... lagipun tak lama lagi aku akan ada hutang sebab aku dah beli kereta... huhuhu... nak lunaskan hutang dalam masa 9 tahun... nak kumpul duit lagi untuk sambung belajar... nak kumpul duit untuk gi mekah lagi...nak bagi mak ayah duit lagi... nak melabur lagi... nak simpan untuk masa depan lagi...nak guna untuk kehidupan lagi (yang ni kalau ada suami boleh suami  tanggung...hehe...)... dan nak kumpul duit untuk kawin... boleh ker aku nak kumpul semua duit ni dalam masa 5 tahun??? sebab tu aku kena betul2 gila duit...hahahaa....

Kenapa aku nak kumpul dalam masa 5 tahun? sebab lepas 5-7 tahun... aku nak cuti untuk belajar... aku nak sambung impian aku... paling kurang umur 35 dah ada master... umur 40 dah ada PhD... sementara tunggu 5 tahun ni... aku nak cari tajuk yang boleh aku fokus dan aku minat... untuk aku buat phd... jadi tak ada la rugi masa aku menunggu impian aku dikejar kembali... boleh buat persediaan awal2... nanti boleh ambik phd sekejap jer...haha... berangan jer aku ni... doakan aku berjaya yer... InsyaAllah... Amin...

p/s: sebenarnya aku nak jadi workaholic bukan kerana duit gaji... insyaAllah... aku berkhidmat kerana Allah... sesungguhnya berkongsi ilmu itu membahagiakan....

Kehidupan Yang Pelik 3

Rabu, Jun 29, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:26 PTG
memandangkan ni dah nak masuk ramadhan... sebulan jer lagi... jadi saya nak cerita perangai pelik manusia di bulan ramadhan... perangai macam tahi ayam... kenapa saya kata macam tu... dah namanya hangat hangat tahi ayam... masa bulan ramadhan ni bukan main lagi... sibuk duk bertadarus cukup sebulan khatam 1 Quran... lepas syawal entah ke mana hilangnya quran... 11 bulan lagi...khatam ker tidak Quran... aku?? aku lagi teruk... bulan ramadhan ker bulan biasa ker... langsung tak khatam... adeh... cuba mendidik diri menjadi terbaik... satu lagi fenomena bulan puasa... penuh masjid... semayang terawih beramai-ramai... tapi mana menghilang manusia di 11 bulan yang lain? takkan yang sunat jer kut nak pahala? yang wajib berganda-ganda pahalanya tak nak ker? mungkin manusia tersogok dengan fadilah solat terawih... jom koreksi diri kita balik... kita solat terawih kerana Allah ker ganjaran Allah??? last pasal bulan ramadhan... bagi yang tak biasa pakai pakaian menutup aurat... bulan puasa ni biasa pakai la tudung... yer... apa guna puasa kalau pakai pakaian seksi menjolok mana.... tapi yang 11 bulan lagi... tak tertanyakah kita... apa guna solat kalau kat luar pakai pakaian seksi yang menjadi ganguan seksual buat lelaki di luar sana?

kawan-kawan... sedarkah kita... bulan puasa bukan sekadar bulan ibadat... tapi bulan untuk melatih diri kita... kalau dah nama latihan tu... perlu teruskanlah walau bulan tu dah berakhir... istiqamah dalam apa juga perbuatan kita... tak perlu tunggu hanya bulan ramadhan untuk buat perkara baik... tak perlu tunggu hari raya untuk meminta maaf... macam juga kita tak perlu tunggu kebulur baru nak makan... nanti kalau tunggu kebulur takut mati tak sempat nak makan... kalau tunggu bulan ramadhan takut mati tak sempat nak beramal... kalau tunggu hari raya.... takut mati tanpa kemaafan...

benda pelik seterusnya saya nak ulas... pasal manusia yang mengagungkan artis... pelik betullah apa yang artis tu sumbang pada manusia? hiburan? mampu bahagiakah dengan hiburan... pada saya la... bahagia lagi kalau dapat ilmu berbanding hiburan... dengan ilmu kita boleh bagi manfaat buat manusia lain lagi... kemanisan bahagia akan terasa bila kita mampu membantu orang lain... bukan dengan kita cuma membahagiakan diri kita sendiri sahaja... berapa banyak guru kita... pensyarah kita... yang memberi kita ilmu yang tak bertepi... kenapa kita tetap mengagungkan artis yang pada saya tak membawa apa2 dalam kehidupan kita... kenapa begitu banyak remaja yang bercita-cita untuk menjadi artis... sedangkan kerjaya itu banyak mengumpul dosa... mungkin mereka inginkan glamour...perhatian... mungkin kerana mereka dibesarkan dengan persekitaran yang kurang memberi perhatian ada mereka... maklumlah... ibu ayah sibuk dengan kerjaya masing2...anak2 terabai... mencari perhatian dengan cara lain...

Ramai orang suka rancangan maharaja lawak... yup... ia mampu memberi keceriaan dalam hidup... maaf ni pandangan saya... harap tiada yang terasa... sedarkah kita ketawa mampu mengurangkan ingatan kita... ketawa juga mampu membuatkan kita lupa pada tuhan...(padahal tak ketawa pun selalu lupa...teruk betul aku ni)... mungkin dalam maharaja lawak ada diselitkan nilai positif untuk mengingatkan kita pasal mati...pasal tuhan.... tapi saya takut lawak itu menenggelamkannya... manusia hanya lihat pada lawak bukan padan nilai  positif yang terselit didalam itu.. biasa la... yang positif ni susah sikit nak dicerna...yang peliknya... belajar banyak-banyak... lepas tu tengok raja lawak? mampukah ilmu itu untuk kekal didada?

Ikhlaskan Dirimu

Sabtu, Jun 18, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:31 PTG
"saya ikhlas''... betulkah kita ikhlas masa menyebut perkataan ini? Ikhlas bermaksud tidak mengharap apa apa balasan... ikhlas ada 3 peringkat... peringkat paling bawah... memberi dengan mengharap balasan di dunia dan juga di akhirat... peringkat tengah ... memberi dengan mengharapkan balasan di akhirat.... peringkat paling tinggi... memberi hanya kerana Allah... kita hanya sebagai hamba Allah... layakkah kita mengharap balasan atas tugasan kita untuk membantu sesama manusia?

Aku akui... aku sendiri tak mampu untuk ikhlas... hanya mengharap balasan setiap kali melakukan kebaikan... (dah la banyak buat jahat dari buat baik...).... setiap kali tolong kawan... selalu aku mengharap Allah akan menolong aku pula kelak... dan kekadang aku mengeluh sambil membantu... (kalau kerja aku banyak tak siap lagi - tertekan)... mengeluh sambil membantu... macam membazir tenaga jer... dapat letih pahala tak dapat... (mengharap balasan akhirat lagi... aduyai...).. tu tak masuk lagi aku menolong sambil riak... riak.. tengok aku dapat tolong dia... hebatkan aku... baik hatikan aku... meluangkan masa membantu orang lain dimasa aku juga kesuntukan... dan tambah lagi rasa ujub (bangga pada diri sendiri) dalam hati... kekadang ucapan terima kasih pun aku mengharap... orang tu tak terima kasih... aku rasa bantuan aku tak dihargai... terukkan aku ni... tu pun nak kisah...

Arghhh... ya Allah... macam mana nak buang sifat tercela ni,.. memberi tanpa mengharap... langsung tak mengharap apa apa mahupun balasan pahala dan syurga... cuma jalankan tugas sebagai seorang hamba untuk membantu antara satu sama lain... kerana Dia... kita tak mampu nak menilai ikhlas... kerana ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam di malam hari...boleh nampak ker?  susah betul nak membentuk ikhlas ni... tapi aku akan tetap terus mencuba... cuba untuk mengikhlaskan diri... bila dapat membantu orang lain... cuba ucap Alhamdulillah... sebab kerana Allah juga lah yang mengizinkan kita untuk membantu... bila timbul perasaan ujub dan riak... kita ucap Astaghfirullah...moga Allah mengampunkan dosa kita yang lemah ini... lemah untuk menolak nafsu dalam diri dan godaan syaitan....

Ya Allah... Ya Rabbi.. wahai Cinta ku... kau pandulah aku ke jalan yang benar... sesungguhnya aku hambaMu yang lemah... tak lepas dari melakukan kesilapan... mengharap keampuanan darimu ya Allah... ya Allah... ikhlaskan diriku... ikhlaskan hatiku... dalam menjalani kehidupan ini... dalam menerima takdirMu... dalam  melakukan ibadat... dalam membantu manusia lain... dalam menuntut ilmu.... Agar segala yang aku lakukan hanya untukMu dan keranaMu sebagai seorang hamba yang menjalankan amanah yang telah Engkau tugaskan... ameen...

Memilih Yang Terbaik

Khamis, Jun 09, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
manusia selalu menunding jari...
yang belum menemui jodoh dikatakan terlalu memilih..
ya... aku akui... aku memang memilih...
memilih suami terbaik untukku
memilih menantu terbaik untuk ibubapaku
memilih bapa terbaik untuk anak-anakku
memilih lelaki yang mampu membuatkan aku bahagia
dunia dan akhirat...

aku tak mahu nanti aku ragu padanya
aku tak mahu nanti aku melawan katanya
aku tak mahu nanti aku mengguris hatinya

tapi salahkah aku memilih?
ya... aku akui... aku tak punya apa apa
untuk memilih yang terbaik...
aku tak layak memilih yang terbaik
kerana aku bukan yang terbaik
terbaik di mata ku
bukan bermakna dia insan sempurna
kerana tiada insan sempurna selain Rasulullah...
terbaik dimata ku
tidak bermaksud terbaik dimata semua manusia
cukuplah sekadar mampu memberiku bahagia...
kerana bahagia itu berbeza maksud bagi setiap insan

Hanya Dia yang tahu...
Siapakah yang terbaik untukku itu...
Biarlah masa yang menentukan segalanya..
Moga aku ditemukan dan disatukan
dengan yang terbaik untukku..
melalui jalan yang halal...
bukan jalan yang dimurkai...
Bahagia yang ku nantikan
darimu yang terbaik untukku...

p/s: saya dah lama tulis... tapi lupa nak upload...jadi aku tambah sikit2 dan upload...

Pesanan buat adik adik

Selasa, Jun 07, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:18 PTG
sebenarnya saya nak sambung pasal dunia yang pelik... tapi saya rasa ni yang lebih penting,... jadi saya taip pasal benda ni dulu... mungkin benda ni dah terlambat.... adik2 dah buat dan hantar borang permohonan upu... takper la... ni untuk adik2 di kemudian hari pula...

ni pesanan ikhlas dari seorang kakak yang tak punya adik melainkan kucing... kalau adik rasa adik nak ambik jurusan kejuruteraan sebab adik nak kerja glamour dan gaji tinggi... baik adik lupakan saja... sebab nanti adik bukan jadi jurutera yang membangunkan negara malah meruntuhkan negara... dah cukup banyak dengan manusia yang gilakan duit sehingga hilang integriti dan harga diri di negara kita... jangan adik cuba tambahkan bilangan mereka...

kalau adik rasa nak ambik bidang pendidikan sebab senang nak dapat kerja... tak penat kerja... akak rasa adik juga patut lupakan saja... nanti adik bukan mendidik anak bangsa tapi merosakkan ada bangsa... bekerja sekadar melepaskan batuk ditangga...

akak nak komen banyak2 pasal pekerjaan lain... akak tak layak sebab itu bukan bidang akak... dua bidang ni jer akak boleh komen... adik kalau belajar tu... belajarlah kerana Allah... kerana cintakan ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia... bukan kerana kerja, harta dan pangkat..;.. adik.. bila adik kejar benda tu semua... kalau adik tak dapat... nanti adik pasti kecewa...akak tak nak adik kecewa....

satu lagi pesan akak... pasal cinta di alam kampus ni... kalau adik belum bersedia nak kawin... jangan cuba mencari dia tahun 1 dan tahun 2 pengajian... jangan cuba bermain api kalau takut rumah terbakar... adik mungkin betul orang kata kat universiti tempat yang baik untuk mencari jodoh... sebab di alam pekerjaan biasa orang dah ada pasangan... tapi itu bukan alasan untuk bercouple dan kecewa dengan cinta....

akak bagi nasihat ni bukan bermaksud akak ni pelajar hebat... akak bukan pelajar dekan setiap sem... akak juga bukan grad dengan first class... akak cuma pelajar biasa yang suka bereksperimentasi dengan kehidupan akak sendiri... pengalaman dari kehidupan akak kita kongsi bersama... kesalahan akak jangan adik ulang lagi... kita semua sama pernah jatuh bangun dalam kehidupan... akak nukilkan kisah akak di alam universiti yang dah akak edit cukup2 supaya ia tak jadi kisah benar dan tak dapat dihidu watak sebenar di alam nyata... untuk panduan dan pengajaran buat adik2...bacalah kisah pertemuan... tapi sekarang ni baru episod 1...nanti akak sambung yer citer tu...hehe

Kehidupan Yang Pelik 2

Ahad, Mei 22, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:12 PG
Apa yang peliknya... orang yang tak bersuami biasa orang anggap bebas... nak buat apa2 pun bebas... awak senang tak ada suami... tudung tak cukup lepas dada pun tak apa... bujang lagi... ingat apa? kalau tak ada suami tak ada la orang nak kongsi dosa dengan kita? ayah tu apa?

ingatlah... sebelum suami memegang amanat untuk menjaga kita... siapa yang pegang amanat tu? wali kita.... ayah kita... kalau ayah kita dah tak ada... abang kita... dan seterusnya... tapi kita biasa lupa perkara ini... ingat macam perempuan bujang ni bebas... tak sangkut mana2 orang... tengok saja... bila lelaki lamar perempuan nak dijadikan isteri.. lelaki minta terus dengan perempuan tu untuk kawin dengan perempuan tu... perempuan tu terus setuju... tanpa tanya dulu pada walinya... mana peranan wali... perempuan selalu lupaa walinya... ingat diri dia tu janda kut... boleh buat keputusan kawin sesuka hati....itu lah perempuan sekarang...

jangan lupa... dosa wanita bujang akan mengheret ayahnya masuk ke neraka... sayang ayah tak? ker sayang suami jer? ayah tak sayang... kalau sayang ayah... jangan heret ayah masuk ke neraka kerana kita... kekadang ada trend saya lihat... nak berubah buat sesuatu yang baik lepas kawin...nak berhenti buat benda yang dilarang lepas kawin... sebelum kawin nak enjoy dulu... tak sayang ayah ker spesis perempuan macam ni... saya pun pelik.... bukan saya nak salahkan anak seratus peratus... mungkin ayah juga salah.. tak beri penerangan yang betul... sampai anak tak sedar telah mengheret ayah sendiri ke neraka....pelik...pelik....

satu lagi... orang perempuan bujang selalu cakap... "nanti dah ada suami nak jadi isteri solehah... nak jadi anak solehah dah tak mampu..." ... agak agak la kan.... kalau tak mampu jadi anak solehah... boleh ker jadi isteri solehah? kenapa kita perlu tangguhkan benda baik sehingga kita kawin? kalu tak sampai jodoh... tak kawin sampai mati... sampai akhir hayat juga la kita terus dalam kejahatan... betul tak? sebelum cuba jadi isteri solehah nanti... cuba jadi anak solehah sekarang....dah tak boleh nak jadi anak solehah sebab ibubapa dah meninggal... betul ker? bukan ker antara yang mampu memberi sumbangan pada ibubapa yang dah meninggal adalah anak yang solehah? doakan ibubapa... sedekahkan bacaan quran paada ibubapa... upah haji pun boleh... buat benda baik... niat sedekahkan pahala pada ibubapa... insyaAllah... sampai pada mereka... nak hujah panjang2 pun... aku bukan anak solehah... tapi insyaAllah... cuba kearah itu...

jadi kawan2 yang masih bujang... jom sama2 kita jaga diri kita... ingat ayah kita masih memegang kita sebagai amanah... jangan tunggu jadi isteri solehah kalu diri belum cuba jadi anak solehah... yang dah kawin pun .... jangan jadi isteri solehah saja... jadi juga anak yang solehah..... ingat siapa yang membesarkan kita dari kecil sampai dewasa... jangan jadi kacang lupakan kulit...

Kehidupan Yang Pelik

Sabtu, Mei 21, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:11 PG
Selalu orang cakap aku ni pelik... puas aku fikir kenapa orang cakap aku pelik... hari ni baru aku dapat jawapan tepat... sebab kawan aku cakap aku hidup dua alam... alam nyata dan alam yang aku cipta sendiri... atau pendek kata alam fantasi aku... sebenarnya aku hidup dalam 3 alam... dalam 1 masa... alam nyata... alam fantasi... dan alam maya... dengan karektor yang berbeza dalam setiap alam... alam nyata aku seorang yang low profile... alam maya aku biasa2... dan alam fantasi aku high profile... sapa lagi nak jadi heroin dalam dunia aku... aku sendiri la... aku suka cakap sorang2... gelak sorang2... senyum sorang2... sebab tu kut orang cakap aku pelik... macam orang gila... haha... memang aku psyko...

mungkin aku masih terperangkap dalam dunia fantasi yang aku bina sejak zaman kanak2... memandangkan aku anak bongsu... baru tingkatan 2... dah jadi macam anak tunggal... kakak dah tinggal jauh sambung belajar... aku duk rumah sorang... kawan dengan diri aku sendiri la...bermain pun dengan kawan fantasi aku.... bila aku duduk dalam dunia aku sendiri aku rasa bahagia... semua aku nak aku dapat... sebab semua tu aku boleh khayal dalam fantasi aku... dunia maya.. kekadang aku boleh jadi siapa diri aku sebenar sebab orang tak kenal aku... tapi kekadang aku hipokrit juga... manusia kan? dunia nyata ni semua tahu... ada bahagia ada derita... kekadang kita ketawa...kekadang kita menangis... macam catatan warna warni kehidupan ni la...jadi bila rasa derita kat dunia nyata ni... aku suka masuk dalam dunia fantasi aku... untuk mengembalikan kegembiraan aku...

ahhh... aku bukan nak cerita pasal diri aku yang pelik sebenarnya... tapi pasal kehidupan ni yang pelik... dunia sekarang memang pelik dah dunia akhir zaman... cuba tengok tudung... macam tudung indon tu... banyak yang labuh belakang tapi depan singkat nampak dada... bukan depan lebih penting labuh dari belakang? aku cakap ni bukan pasal tudung labuh... tapi tudung biasa... pelik kan?

orang biasa pandang serong perempuan pakai tudung tapi baju lengan pendek... tapi orang tak pandang serong perempuan pakai tudung tapi tak menutup kaki... pelik kan? padahal lengan pun aurat... kaki pun aurat sama saja... yang lagi pelik siapa yang pakai sarung kaki dikira macam alim juga la... kenapa aurat kaki macam tak diambil peduli... macam aurat rambut ... kaki ni second class ker sebab dia duduk dibawah... tapi hakikatnya kaki lebih penting bagi rambut... sebab kaki lagi banyak fungsi dari rambut... kehidupan memang pelik kan?

satu lagi yang pelik... bila orang pakai pakaian tapi telanjang... orang pandang biasaa jer... seolah olah orang tu menutup aurat... kira orang tu trendy... kalu ore kelate oyak jangok la.... tapi hakikatnya nipis atau ketat... kekadang yang kat dalam tu ketat dan yang kat luar tu nipis... (baju kurung nipis yang pakai inner ketat kat dalam)... adakah ini dikira menutup aurat? atau sekadar menutup kulit... pelik sungguh....

yang pakai baju lengan panjang pun selalu menyinsing lengan baju.. kata senang nak buat kerja... tapi bukan lengan tu aurat? susah sangat ker buat kerja dengan baju lengan panjang? yang aku pelik kekadang pakai baju lengan pendek...lepas tu pakai handsock... tapi tangan handsock di sinsing... apa fungsi handsock kalau gitu... x payah pakai pun tak apa... pastu bila pegi pantai biasa tengok budak perempuan lipat seluar sampai betis (tak caya buka fb budak perempuan.. kalau ada gambar di pantai ada la nanti anda boleh lihat...lain la kalau semua kenalan andan solehah)... kata mereka takut basah seluar... mana sebenarnya lagi menakutkan... seluar basah kena air laut atau nanti dibakar di neraka atas dosa tidak menutup aurat... aku pun masih tak berjaya nak tutup aurat bila berhadapan dengan air di pantai dan air terjun... tak pandai nak pakai stokin masa main air... moga nanti aku berjaya... amin... x pun biar pakai seluar labuh sampai tak nampak kaki...huhu...

ni aku tulis baru pasal aurat tak masuk lagi pelik yang hal lain.... nanti aku ada masa aku tambah lagi.... yang pasti kehidupan ni memang pelik.... aku tulis ni untuk peringatan diri aku... yang kadang2 culas juga dalam menutup aurat...

Pertemuan 1

Isnin, Mei 16, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:14 PTG
Dalam mengejar cita... kita dipertemukan...
Sebuah pertemuan menyimpul persahabatan,
Persahabatan terbina menjalin keakraban,
Keakraban kita penghubung ukhwah,
Ukhwah diperlihara hingga akhir hayat.


Bab 1 – Surat tawaran

Vrooommm... tu mesti bunyi motor posmen meninggalkan perkarangan rumahku... getus hatiku.
Aku cuba menjenguk di jendela. Ada ke tidak surat yang ku nantikan itu? Hatiku tertanya-tanya..
“Ada.... ni ada surat untuk Ada...” terdengar panggilan dari ibu yang dari tadi sibuk menyapu dihalaman rumah.
Aku berlari anak mendapatkan surat ditangan ibu. Tertera nama aku... Suhada binti Safwan pada surat besar itu. Ni mesti surat tawaran menyambung pengajian dari UPU. Kat mana la aku akan merantau nanti... sebelum ni dah merantau ke utara tanah air di Kolej Matrikulasi Kedah. Jangan dapat kat Sabah Sarawak sudah. Susah nak balik nanti...kos tinggi.
“ Surat apa tu Ada? Cepat la buka... ibu pun nak tahu isinya..” tiba-tiba ibu bersuara...
“Haáh... jap yer ibu... surat dari UPU ni”
Aku terus membuka surat itu...
“Alhamdulillah... Ada dapat pilihan pertama Ada”
“Alhamdulillah... apa pilihan pertama Ada tu?”
“ Ada dapat course Kejuruteraan Mekanikal kat UKM ... ibu”
“Nanti boleh la pergi tengok tempat Ada akan belajar sambil ambik kak Aya nanti.”
“Haáh...betul tu ibu...”
“Nanti Ada belajar jadi mekanik la yer?”
“Apa la ibu ni... takkan belajar tinggi-tinggi jadi mekanik jer kut... Ada bukan belajar untuk baiki benda... tapi ada belajar macam mana nak design benda... jadi engineer”
“Ooo... ibu tak tahu.. Tapi kita tak boleh pandang rendah pada orang lain Ada... biarlah mereka kerja mekanik sekalipun... bergelumang dengan minyak hitam... tapi rezeki mereka halal... kalau jadi engineer tapi duk makan rasuah.. bangunan yang dibina semua retak.... baik tak payah jadi engineer kalau gitu jadinya... membahayakan orang lain jer...”
“Mekanikal engineer tak buat bangunan la ibu... mereka buat benda bergerak ibu...kereta ker... “
“ Ish kamu ni... ada jer nak melawan... buat kereta pun... tu tengok kereta buatan Malaysia orang selalu komplen rosak... tak payah pergi jauh... tengok saja proton waja abah kamu tu... sekejap-sekejap ke bengkel... tingkapnya pun mudah rosak... nanti kamu reka kereta... reka baik baik yer... biar kereta tu berkualiti...”
“Anak ibu ni baru nak pergi belajar... belajar pun tak lagi... inikan pula nak design kereta...”
Akhirnya kami tawa kami berderai....

“ Gembira nampak anak dan isteri abah ni... Ada berita gembira ker? Surat apa kat tangan Ada tu”
Tetiba saja abah terpacak dihadapan kami... Mungkin baru sahaja pulang dari kebun di belakang rumah.
“Ni anak abang Ada ni... dia Berjaya masuk Kejuruteraan Mekanikal kat U sama dengan Aya”
“ Yer abah...ni surat tawaran dari UPU” sambil aku memberikan surat tersebut pada abah...
“Ooo... Ada dapat masuk kejuruteraan mekanikal kat UKM... bukan ker course tu banyak lelaki?”
“ Ikut orang cerita macam tu la abah... tapi dah Ada minat... nak buat macam mana? Takkan tak nak ambik kos tu semata mata kerana lelaki?”
“Bukan apa... Cuma nanti pandai pandai la Ada jaga diri yer... pandai pandai menyesuaikan diri di tempat orang... Ada ni pun abah tengok bukan pernah kawan dengan lelaki pun...sekolah pun girl school dari sekolah rendah sampai menengah... tetiba mana tahu kena belajar semua classmate lelaki... boleh ker Ada rasa?”
“Alaa... abah ni... melemahkan semangat Ada aja...” rungut aku dengan manja...
Tawa kami berderai sekali lagi memecah kesunyian petang itu...

Bersambung...

Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu
Untuk menggenal erti persahabatan
Melayari kehidupan remaja bersama
Kerana persahabatan itu sebuah perkongsian

Ku Merindu

Ahad, Mei 08, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:44 PG
Ku merindu...
Rindu akan saat kita bersama
Rindu akan saat aku disana
Rindu akan saat itu

Ku merindu...
Sangat aku merinduimu
Kaulah tempatku mengadu masalah
Kaulah tempatku mencari ketenangan
Kaulah tempatku mencurah cinta

Ku merindu...
walau tiada siapa yang tahu
isi hati ini...
kisah antara kita..
dalam diam ku merinduimu
tak dapat lagi ku bertahan...
hingga diri ini terfikir...
diluar waras manusia...
air mata ini laju menitis...
hanya kerana ku merinduimu..

Ku merindu....
masih terbayang di ruang mata ini...
hari-hari yang kita lalui bersama
sungguh indah..sungguh bahagia..
Ku merindui mu...

P/s: mu disini bukan manusia...

Bahasa Penjajah Perosak Bangsa

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:22 PG
kenapa aku kata begitu?
sebab aku tengok result para pelajar...
ramai yang gagal dalam subjek yang menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya...
kesian pada mereka tak faham apa yang diajar...
dan tak faham soalan...
bagaimana mereka nak jawab dengan baik...
sedangkan dalam bahasa melayu pun mereka terumbang ambing...
bahasa penjajah terus la mereka karam...

teringat aku masa mula bertugas...
masa jumpa orang atasan....
dia kata kena ajar dalam bahasa penjajah 100%...
aku pun tanya... kalau pelajar tak faham bagaimana?
dia cakap pelajar disini hebat bahasa inggeris...
tak macam pelajar disana...kompem faham punya...

wah... disini mesti PMR 100% dapat A bahasa inggeris kan...
sebab aku belajar disana...
masa aku PMR...lebih 50% dari sekolah aku dapat A bahasa penjajah tu...
cuma aku yang tak pandai bahasa penjajah ni jer tak dapat A...
hebat benar pelajar disini yer...semua A...hahaha...
penipu betul la... macam ahli politik...
kalau satu negeri dapat A... kompem masuk berita...
tak pernah tengok pun orang sini masuk berita sebab hebat bahasa inggerisnya....

udah la tu... jangan duk menipu sangat...
nak menangkan sistem pendidikan...
kalau dah tahu sistem tu tak betul...
tak perlu memihak pada mana2 pihak...
sehingga mengadaikan masa depan anak bangsa kita...
tau la kamu ni orang bijak pandai... pandai berbahasa penjajah... makan guna cara penjajah... sebab diri kamu dah dijajah...

kalau benar sistem P&P dalam bahasa inggeris ni bagus...
kenapa keputusan pelajar merosot...
kenapa pelajar tak faham bahasa inggeris...
kalau benar pelajar sini pandai bahasa inggeris...
jangan nak sorok la mayat yang dah berbau...
lama2 orang dapat jumpa juga...

akui je lah kelemahan P&P dalam bahasa inggeris...
kenapa tukar yang sekolah jer...
institusi pendidikan tinggi tak nak tukar ker?
ker tak nak anak bangsa sendiri belajar tinggi tinggi?
nak mengantara bangsakan pelajar kononnya...
antarabangsakan pelajar yang tak faham buat apa?
tak faham sebab belajar dalam bahasa penjajah...
fikir la betul2... sebelum merosakkan masa depan anak bangsa...

Pertemuan

Isnin, Mei 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:56 PG
Pertemuan
Ni tajuk cerita panjang yang bakal saya tulis tak lama lagi...
nantikan kemunculannya...hehe...Lagu tema bagi buah cerita ni ialah Sebuah Pertemuan... ni lagu nya...



dan dia punya kata-kata hikmah...
"sebuah pertemuan mencipta seribu kenangan. Sebuah persahabatan mengajar erti kehidupan"
mungkin akan di edit lagi ni... tak ada idea sangat

cerita ni mengisahkan sebuah pertemuan hingga mewujudkan sebuah pesahabatan...membincangkan isu pembelajaran, percintaan dan persahabatan...yang tak pernah lari dari hidup seorang remaja... dan juga pelajar universiti.... mungkin saya akan ceritakannya mengikut sem... satu episod 1 sem... kisah kehidupan mahasiswi...

disini saya letakkan kata- kata yang mungkin bakal diletakkan dalam cerita ini...
persoalan tentang pelajaran:
"macam mana cara belajar terbaik sebenarnya?"
"orang lain study main main tapi boleh dapat result gempak"
persoalan tentang persahabatan:
"kenapa dia macam tak nak tegur aku langsung... aku ada buat salah ker dengan dia?"
"kalau awak duk tempat;dia pun... saya rasa awak pun akan rasa apa yang dia rasa..."
persoalan tentang cinta:
"sape la nak kat kita,... kalau lelaki yang baik... mesti dia cari perempuan yang baik... pakai tudung labuh... baju kurung..."
"tapi diorang tak tahu hati kita macam mana..."

mungkin kalau anda penggemar novel islamik... sudah terbiasa dengan kisah cinta ana anti...usrah dan kesibukan kumpulan mahasiswa atau mahasiswi dalam memperjuangkan islam...dalam cerita ini... semua itu tiada... cuma kisah mahasiswi biasa yang juga ingin memartabatkan islam dimata dunia... rasakan kelainannya...

kisah yang saya tulis sebelum ini yang bertajuk Layakkah aku? mungkin terlalu  hiperbola... jadi, hayati kisah terbaru ini...kisah nyata yang biasa berlaku di alam realiti... pergolakan jiwa remaja dalam melayari hidup ini... jadikan pengajaran buat kita semua...kisah ni adalah rekaan semata-mata...(bukan kisah benar)

Mencari Jodoh di Syurga

Ahad, Mei 01, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:55 PTG
bagi kita yang belum menemui jodoh kita lagi,....
entah bila dimana dan siapakah si dia itu....
mungkin kita takkan ketemu dengannya di dunia ini...
kerana dia telah meninggalkan kehidupan pertama ini....
kita pun entah bila akan pergi jua akhirnya...

andai jodoh kita bukan di dunia....
pasti kita akan menemuinya di syurga...
mana mungkin kita akan bertemu jodoh dineraka...
kerana neraka tempat seksaan bukan tempat bermadu kasih...
tapi layakkah kita untuk ke syurga???

lihat kembali amal yang kita lakukan...
hintung kembali dosa yang kita kumpulkan...
cukupkah semua itu membawa kita ke syurga?
atau ia hanya mampu membawa kita ke neraka...
sedangkan mati akan menjemput kita bila-bila saja....

kepada yang sudah berkahwin...
adakah anda mahu bahagia hanya di dunia?
atau mahu kekal bahagia selamanya?
pasti anda pilih untuk kekal bahagia...
tapi benarkah itu yang anda kejar?

lihat balik kehidupan anda...
adakah cara hidup bakal ahli syurga yang anda amalkan?
atau cara hidup bakal ahli neraka yang anda ikut?
adakah anda dan pasangan saling mengajak ke arah kebaikan...
atau membiarkan saja pasangan hanyut dalam fatamorgana dunia...

wahai manusia... kita semua sama saja...
mahu kekal bahagia disyurga bersama jodoh kita...
untuk mencari jodoh di syurga...
carilah dulu cinta hakiki...
membawa kita pada Pemilik Cinta...
kejarlah cintaNya sebelum kita...
Mencari Jodoh di Syurga