Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Fenomena 15 Hari

Ahad, Julai 29, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:11 PG
apa bendanya fenomena 15 hari ni? fenomena 15 hari ni hanya akan berlaku di bulan ramadhan... 15 hari awal ramadhan... orang islam berlumba2 beribadat mengejar pahala berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini... jadinya... amalan pun berganda-ganda la...siapa tak nak beli barang bila jualan runtuh? tapi selepas 15 hari tu... tetiba orang islam hilang fokus... mungkin dah bosan mengejar pahala... atau dah rasa pahala tu dah cukup banyak... mereka akan sibuk dengan persiapan raya pula... memandangkan raya yang bakal menjelang tiba... orang dah tak hirau akan sales pahala di masjid... orang lebih utamakan sales pakaian dan kuih raya dia pasaraya...

bagus ker sebenarnya fenomena ini berlaku? ikhlaskah kita sebenarnya dalam beribadat? kalau ikhlas kenapa hanya seketika? khatamkan quran pun waktu ramadhan... berkejar-kejar... habis jer ramadhan al-quran entah ke mana... masjid dah bukan rumah kedua... kenapa waktu 15 hari tu... kita boleh beribadat begitu banyak? kenapa waktu lain tak boleh? atau memang kita ni hangat2 tahi ayam?

pada saya... bukankah lebih baik yang sedikit tapi berterusan? berbanding yang banyak tapi hilang dilanda badai raya... bukankah ramadhan bulan latihan? kenapa tidak diteruskan ke bulan2 yang lain... bulan ramadhan kita boleh berpuasa, solat sunat, bersedekah, dan bertadarus tapi di bulan yang lain...mana semua itu pergi? atau masa kita jadi sedikit pada bulan lain sebab tu kita tak boleh buat itu semua? tapi bukankah masa tetap 24 jam sehari? atau gaji kita sedikit pada bulan lain menyebabkan kita tak boleh bersedekah?

apakata... kita ubah cara kita... x perlu membuat perubahan mendadak setiap kali ramadhan datang... memang ramadhan akan datang tak tahuu lagi kita masih mampu bersua atau tidak... tapi untuk memastikan diri kita konsisten... lebih baik kita ubah sikit tahun ni... dan teruskan sampai tahun depan... insyaAllah ramadhan depan kita perbaiki lagi... dan teruskan... kita akan jadi lebih baik dari tahun ke tahun... baru lah tercapai ramadhan sebagai bulan latihan...

tak perlu lah ada fenomena 15 hari... biarlah fenomena ini menjadi fenomena 365.25 hari... supaya kita semua terus berada dalam redhanya... yang dah bertudung bila ramadhan tu... tak perlulah buka tudung balik bila ramadhan pergi... terus istiqamah dalam apa yang kita lakukan... kalau dan 1 bulan boleh... kenapa tidak 11 bulan lagi? kalau solat sunat tarawih boleh penuh satu masjid... kenapa solat subuh yang wajib tak boleh? soalan ni pun saya lontarkan untuk diri saya sendiri... semoga kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan bukan sekadar fenomena 15 hari...

Eksklusif: Adakah ini Musik?

Ahad, Julai 15, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:54 PTG
Eksklusif.... Sebelum sy bercakap dgn lebih panjang... saya nak tayangkan dulu gambar2 ni... Paparan ini diambil di sebuah festival muzik antarabangsa yang diadakan di Malaysia... sebuah negara Islam.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana paparan ini kurang jelas disebabkan ia dirakam hanya menggunakan kamera handphone 2MP... dan tidak mempunyai flash....



Jika anda perhatikan pemuda dalam gambar dibawah memegang satu tin arak...

Gambar dibawah pula jika diperhatikan ada gambar perempuan bertudung berada di barisan hadapan pentas


Gambar ini pula diambil dari bahagian atas menunjukkan beribu manusia berhimpun dihadapan pentas...

Jika mungkin gambar2 diatas tidak mampu menceritakan segalanya... kita boleh lihat video dibawah yang mungkin lebih jelas menunjukkan keadaan sebenar...
 




Kalau tengok gambar dan video ni.... mungkin kita tak nampak mereka sedang mabuk... sebelum saya bercakap lebih lanjut... ingin saya menjawab beberapa persoalan... macam mana saya boleh ambil gambar ini? saya pergi ke tempat ini... dan ambil gambar ni... kenapa saya pergi ke tempat begini? kerana pengalaman itu amat berharga... saya mahu lihat sendiri keadaan masyarakat zaman sekarang... bukan sekadar berada dalam kawasan selesa... dalam kepompong kehidupan sendiri... realitinya saya seorang yang terbuka... tapi bukan lalang...

Harga untuk masuk ke tempat ini lebih dari 100 ringgit... ya.. ia bukan harga yang murah... tapi itulah harga bagi sebuah pengalaman... saya bayangkan... kenapa begitu ramai yang mampu membayar harga ini untuk menghiburkan sekeping hati lalai... tapi harga ini ramai yang tak sanggup untuk melabur bagi kehidupan kedua... saya terfikir lagi... andai festival musik antarabangsa ini diganti dengan festival ummah antarabangsa yang membincangkan isu terkini umat islam... atau meletakkan pemikir di meja pentas membincangkan tentang ilmu, pandangan dan fikiran saling bertukar antara ummah di seluruh dunia.... rasanya ada ker orang pergi? sedangkan pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan yang percuma pun berapa kerat jer yang pergi....

Sebelum saya pergi ke tempat ini... memang saya jangkakan ini yang akan berlaku... tapi saya positifkan fikiran saya... muzik tak haram disisi islam... musik adalah salah satu cabang seni... untuk dinikmati untuk dihayati... untuk mengenal perbezaan musik di seluruh dunia... tapi apabila yang haram dicampur adukkan... cuma hati mampu berkata... bila sebuah festival muzik telah menjadi festival arak dan pergaulan bebas... mula2 ok lagi... bila makin lama dan makin banyak yang mereka minum... keadaan jadi bertambah teruk... seperti berada di dalam sebuah kelab malam (bukan senang nak masuk kelab malam dengan bertudung)... semakin lama semakin ramai yang membuka baju.. tak kira perempuan (x der la sampai terlanjang) ataupun lelaki... tin arak berselerakan... dihadapan saya... pemuda dan gadis mabuk terkinja kinja menari.... dibelakang saya pemuda pemudi sibuk bermadu asmara...

walaupun kebanyakkan pengunjung adalah orang bukan islam ... tapi saya yakin masih ada yang islam join sama... melihat keadaan di sekeliling... saya mendongak langit... moga tiada hujan api yang turun... kalau tak saya kena sekali... kawan saya memandang sekeliling... andai tsunami datang menyerang... dia mahu menuju ke bukit... seorang kawan saya lagi berfikir... kini kita berkumpul di majlis maksiat... suatu masa nanti kita akan berkumpul lagi... berkumpul dipadang masyar... melihat amalan kita di dunia... cukup banyakkah semua itu... atau hanya dosa yang memenuhi timbangan...

Semasa berada disitu... saya ada tertarik dengan  seorang lelaki yang mengangkat sepanduk "hugs me Free"... pelik ada juga perempuan yang nak memeluk dia... ramai juga pula tu... kawan aku kata... mungkin dia tu artis... iyer la kut... bilamana manusia sudah tiada segan silu...

Mungkin bagi orang lain... majlis maksiat seperti ini hanya mampu melalaikan kita... tapi pada... majlis seperti ini kekadang mampu juga untuk menginsafkan kita... bila mana kita terfikir apa nak jadi dengan ummat sekarang? apa tindakan yang mampu kita buat... bila generasi kita makin dirosakkan yahudi? atau kita hanya mampu melihat saja? atau hanya menutup mata?

Ini negara islam... kenapa pesta maksiat ini boleh bermaharajalela begitu sahaja... atau hanya kerana negara kita yang bebas beragama? jadi rakyat boleh buat apa saja? mungkin ada yang mengatakan ini hanya diadakan untuk non-muslim... tapi dapatkah kita menjamin muslim tak pergi?  lain la kalau masa nak masuk tu cek ic tengok islam ker tidak... sedikit sebanyak benda ni sebenarnya memberi impak negatif kepada generasi muda islam...

Adakah ini dikatakan musik? mana nilai seni muzik itu sendiri... kalau ia disalah guna seperti ini... pada saya salahnya bukan pada muzik... tapi pada pesta arak dan pergaulan bebas...festival musik telah disalah guna... bukan untuk menghargai musik... tapi telah menjatuhkan nilai musik itu sendiri...

Ilmu bukan Material

Khamis, Julai 12, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:28 PTG
Tetiba aku terfikir tajuk ni bila aku ingat balik misi dan visi intitusi pendidikan... sekadar untuk melahirkan pekerja yang mampu bekerja diperingkat global... oh... dunia... bila pelajar dilatih hanya mencari ilmu untuk bekerja... pendidik dilatih bekerja untuk kenaikan pangkat... apa akan jadi? mana nilai ilmu tu sendiri...

Ilmu bukan sekadar untuk dapat kerja... aku tak suka bila orang mematerialistik kan ilmu... ilmu tak setanding nilai material... ini menjatuhkan martabat ilmu itu sendiri... tapi bagaimana untuk memberi kesedaran kepada pelajar... ilmu bukan sekadar untuk dapat kerja...

Tak guna kalau kita melahirkan pekerja berkemahiran tapi tak punya akhlak... bilamana rasuah bermaharaja lela... ilmu diguna untuk kepentingan materialistik... negara akan runtuh... dunia akan hancur... integriti itu penting... bukan sekadar tag di badan... tapi perlu menjadi amalan...

Saya rasa institusi pendidikan perlu ubah matlamat mereka.. bukan sekadar melahirkan pekerja yang berinovasi... tapi pekerja yang berintegriti...