Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Penjara Tanpa Jerigi

Isnin, April 16, 2018 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:48 PG
Selalu orang kata bestnya dapat sambung belajar di luar negara. Untunglah dapat jalan-jalan ditempat orang. Orang hanya mampu melihat tanpa mampu merasai. Hanya hatiku yang merasa betapa peritnya rasa. Seolah berada dalam penjara tanpa jeriji. Nampak seperti bebas namun terperangkap di dalam. Ya, secara kasarnya bebas bergerak kemana sahaja. Tapi hati yang terpenjara. Emosi yang terdera. Mungkin salah aku tidak mencari teman di tempat baru.

Setiap hari Ahad adalah hari paling perit dalam hidup aku. Kerana hari ini kebanyakkan group whatsapp akan diam. Semua sibuk melayan kerenah keluarga mereka. Aku yang sendiri di bumi asing ini terkapai-kapai sendirian. Ingin pergi ke kedai, hampir semua kedai ditutup. Untuk jalan-jalan ambil angin di taman, cuaca agak sejuk. Aku tak nak fizikal aku sebeku hati aku. 

Aku pura-pura kuat dihadapan yang lain. Sedang bila aku sendiri aku menangis sendirian. Terperangkap dalam penjara yang aku cipta sendiri.Orang lain melihat aku mungkin nampak seorang insan yang kuat dan mampu berdikari hidup seorang diri di bumi asing. Hakikatnya hari-hari yang aku lalui dengan tangisan batin. Aku cuba untuk tunjuk aku kuat supaya orang-orang yang sayangkan aku tidak risaukan keadaan aku. Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.

Bayangkan jika anda hidup seperti saya dimana ruang komunikasi hanyalah whatsapp. Kalau nak bercakap pun dengan diri sendiri. Kalau ada kelas ok lagi. Aku boleh bercakap walaupun sedikit dengan rakan sekelas. Tapi kalau tiada kelas, aku hanya terperap di dalam rumah macam mayat hidup. Kalau aku keluar pergi taman pun kadang aku sedih. Orang lain keluar bersama pasangan paling tidak pun dengan binatang kesayangan. Tapi aku sendirian. 

Aku sebenarnya seorang yang ceria, suka buat orang lain ketawa dan bahagia. Tapi bila hidup sendiri macam ni, macam mana aku nak gelak dan buat orang lain gelak. Takkan aku nak gelak sorang-sorang? Sah nanti orang kata aku gila. Memang nak gila dah pun rasanya ni. Nasib baik aku masih ada iman. Jadi tak ada la terfikir nak tamatkan riwayat. Hidup perlu diteruskan walaupun bertemankan air mata.

Penderaan emosi yang aku lalui, tak akan aku lupakan sakitnya. Nasihat aku untuk adik2 yang nak belajar di luar negara, carilah tempat yang ada orang yang boleh dibuat kawan, atau besarkanlah jaringan sosial mu. Kalau tahu diri sendiri adalah seorang yang susah bergaul, jangan sesekali memasukkan diri ke dalam penjara tanpa jerigi.