Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Matangkah Politik Malaysia?

Selasa, Mei 01, 2018 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:24 PTG
Nak dekat pilihanraya ni ingin aku bincangkan pasal politik. Banyak aku baca info pasal pilihanraya. Otak aku mentafsir dan berbicara dalam minda. Aku tak mampu bersuara. Jadi aku berbicara melalui tulisan apa yang terlintas dibenak ku.

Aku tak faham dengan satu parti politik ni. Katanya lupakan kisah lalu. Mari bersatu mulakan dengan harapan baru. Bukankah kisah lalu itu sejarah? Kalau kita lupakan sejarah bermakna kita tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Kalau begitu mudah kita boleh lupakan sejarah, kenapa kita belajar sejarah semasa sekolah dahulu? Daripada sejarahlah kita belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Apa jadi kalau bangsa kita lupakan sejarah? Atau aku sebenarnya pendendam?
Katanya ingin membetulkan kesilapan lalu. Kalau betul rasa bersalah, kenapa tidak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia?

Kepada parti yang satu lagi. Katanya sangat mengagungkan Islam. Tapi kadang aku lihat seolah bermusuh dengan sesama Islam yang mempunyai fahaman politik berbeza. Itukah cara yang Islam ajar? Kalau betul-betul nak bawa politik Islam, cukuplah bawa cara hidup Islam dalam politik. Jangan mengutuk pihak lawan, tepi kemukakan kelebihan parti sendiri. Biarlah mereka mencerca dan menfitnah. Cukuplah sekadar membela diri. Namun jangan membalas dendam. Jangan jadi sama macam yang lain. Kalau tidak, apa bezanya kamu yang bawa imej Islam dan yang tak bawa imej Islam?

Mungkin anda akan rasa saya ni adalah pencacai yang makan dedak yang ditabur kerana ada satu parti lagi belum aku kutuk. Tak perlu kut aku kutuk parti yang satu lagi sebab semua orang dah tahu. Banyak orang dah kutuk. Jadi tak perlulah aku nak tambah kutukan lagi. Faham-faham sendiri sajalah.

Wahai ahli politik Malaysia, kami tak perlukan ahli politik yang gilakan kuasa dan harta. Yang kami perlukan ahli politik yang boleh membela nasib kami. Kamu dilantik oleh kami untuk menyuarakan hak kami. Bukan untuk mengumpul harta untuk keluarga kamu. Ingatlah, menjadi pemimpin itu besar tanggungjawabnya yang bakal dipersoal diakhirat nanti. Bila menang, cubalah sedaya upaya untuk menunaikan janji dalam manifesto kamu. Banyak lagi sebenarnya ingin aku gomelkan. Tapi biarlah tersimpan saja diminda aku ini. Aku harap cukuplah untuk PRU 14 kamu mainkan politik yang langsung tidak matang. Moga ada sinar harapan untuk politik matang pada PRU 15 nanti.