Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…

Isnin, Mac 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:37 PTG
Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…
Ketiga tiga ni ni adalah perumpamaan untuk seorang yg bergelar gadis…
Kita mulakan dulu perbincangan ni tentang gadis yang seperti rama2. Rama2 terbang bebas, menonjolkan kecantikannya dikhalayak umum. Berkawan bersama si kumbang sambil mencari madu di bunga. Rama2 x kenal erti malu. Dia rasa dunia ni dia yg punya. Dia x kisah dirinya disentuh oleh manusia. Malah dia bangga bila dia menjadi tarikan ramai. Dia hanya mungkin sedar bila coraknya yang cantik sudah hilang dek sentuhan manusia. Itulah antalogi bg seorang gadis murahan. Dia bebas melakukan apa saja. Dia bangga dirinya jadi tarikan ramai punya kawan yg ramai, bebas bergaul dengan sesiapa sahaja asalkan dia dapat ENJOY. Sebab tu biasanya dia pakai seksi. Sebab dia bangga dengan kecantikan yg ada padanya. Dia nak semua org tengok. Malah dia x kisah kalu ada org yang nak rasa kecantikan tu. Asalkan org tu dapat membahagiakannya. Dia hanya mungkin sedar apabila orang yang meragut kesuciannya itu meninggalkannya. Tapi segalanya sudah tidak berguna. Maruahnya sebagai gadis telah diragut. Hanya taubat nasuha mampu penghapus dosanya.

Pasal buah epal plak. Gadis seperti buah epal ni banyak. Ada bermacam peringkat. Kita mulakan dulu dari buah epal yang rendah. Kalu yang rendah ni biasanya di ambik org dengan senang jer. Hampir sama ngan rama2. Cuma dia x menonjolkan dirinya macam rama2. Dia biarkan dirinya diambil org dengan mudah. Kalu org tu x suka epal tu. Orang tu akan membuang epal tu sesenang ia mengambil epal tu. Jenis epal yang kedua ialah epal yang pada awalnya ada kat atas. Tp bila dah lama kat atas. Dia rasa macam puas dah nak menunggu. Dia jatuhkan dirinya ke tanah. Nasibnya akan sama dengan epal pertama. Epal yang ketiga ialah epal yang kekal diatas. Dia x mungkin menurunkan dirinya ke bawah walau apa pun terjadi. Dia akan tetap terus menunggu jodohnya dia atas. Hanya orang yang sanggup menghadapi risiko untuk mendapatkan epal diatas sahaja yang mampu mendapatkannya. Biasanya kalu orang dapat epal ni orang akan hargai sebab mereka sudah bersusah payah untuk mendapatkan epal ni. Cuma keburukan epal ni adalah ia terdedah. Terdedah kepada persekitarannya. Dia kena kuat untuk terus berada di atas. Melawan angin yang cuba menjatuhkannya.

Antologi bagi gadis yang menyerupai 3 jenis epal ni. Bagi epal yang pertama gadis tu adalah seorang yang mudah menerima lelaki sebagai teman hidup seperti bercouple. Mereka mudah bertukar pasangan atau memasang banyak perangkap cinta. Bagi gadis yang jenis epal yang kedua adalah asalnya seorang gadis pemalu dan suci. Tapi akibat desakan nafsu. X mahu kalah dengan kawan2 yang dah punya couple. Dia sanggup murahkan dirinya semata mata nak membuktikan dia pun laku. Gadis ini tidak percaya dengan jodoh yang telah ditentukan. Dia takut dia tidak mendapat pasangan hidup hanya kerana dia jaga batas pergaulannya. Maka rugilah dia kerana menjatuhkan martabatnya sendiri. Gadis yang menjadi epal ketiga adalah gadis yang terbaik antara ketiga tiga buah epal. Walaupun gadis ni terdedah dengan persekitaran yang penuh godaan. Gadis ini tetap pada pendiriannya. Dia percaya kalu ada jodoh. Pasti ada orang yg memetiknya. Kalu x de jodoh pun dia redha. Sebab dia tahu jodoh tu dah ditentukan tuhan. Yang penting dia perlu terus menjaga kesuciannya.

Mutiara adalah sesuatu yang berharga. Nak dapatkannya pun susah. Lagi lama mutiara tu lagi cantik dan mahal harganya. Mutiara ni tersembunyi di dasar laut. Orang yang tahu selok belok mencari mutiara dan sanggup menghadapi risiko sahaja yang mampu mendapatkannya. Antologi bagi gadis yang benar2 menjaga kesuciannya sebagai seorang gadis. Tidak terlihat oleh orang lain, selain yang mendapatkannya dari tiramnya. Kerana ia berada di dalam tiram. Tertutup rapat dan susah dijumpai. Gadis yang macam mutiara ni akan terus menunggu kalu ada yang menjumpainya. Dia akan cuba menperbaiki dirinya dan mendekatkan dirinya kepada Allah setiap masa. Baginya cinta manusia tu x penting. Hanya cinta Allah yang didambanya. Tp kalu ada yang sudi mengambilnya sebagai isteri. Dia akan jadi isteri yang terbaik dan hanya akan berkhidmat untuk suaminya sahaja. Beruntunglah lelaki yang mendapat isteri seperti mutiara ni. Tetapi lelaki ni kena sanggup berjuang untuk dapatkanya dan memperbaiki diri serta menambah ilmu dulu kerana untuk mendapatkan yang terbaik, lelaki ini perlu menjadi yang terbaik.
>> Rasa nak sgt jd mutiara...tapi aku rasa aku x mampu...aku x layak...aku akan cuba berusaha kearah itu,....heheh

Tangan VS Sudu

Sabtu, Mac 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:05 PTG
Budaya melayu adalah cara hidup orang melayu. Banyak budaya melayu yang mengikut prinsip islam tidak kurang juga yang bertentangan dengan prinsip islam. Bagi budaya yang bertentangan dengan prinsip islam memang patut diamalkan. Tetapi bagi budaya yang berteraskan cara islam patut diteruskan. Dunia sekarang telah terbalik. Budaya yang bertentangan dengan islam terus diamalkan manakala budaya yang berteraskan budaya islam mula di tinggalkan.

Contoh mudah yang ingin saya bincangkan adalah benda yang kita buat setiap hari iaitu makan. Cara makan masyarakat melayu kini banyak terpengaruh dengan budaya asing. Ramai dikalangan kita yang lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu, serta chopstick. Mereka bangga makan menggunakan cara barat yang dianggap lebih moden.

Mereka mengatakan makan mengunakan cara barat ini memberi banyak kelebihan berbanding cara melayu iaitu meggunakan tangan semasa makan yang dianggap kolot. Mereka kat makan guna sudu ni senang….tak perlu basuh tangan …tangan pun tak berbau. Itu saja kelebihannya sampai ia dianggap ‘up to date’.

Disini saya nak menjawab permasaalah itu. Pasal basuh tangan…takkan nak basuh tangan pun kita malas. Kalu basuh tangan, kita sendiri yang basuh. Kita tahu tahap kebersihannya. Kalu guna sudu, orang lain yang basuh. Kita tak tau macam mana dia basuh…ni untuk yang makan kat kedai la… Pasal tangan berbau pula…kan sabun untuk basuh tangan disediakan…apa nak takut…kalu x basuh dengan betul memang la berbau…mulut pun berbau makanan…

Makan dengan tangan ikut budaya melayu ni ada kebaikannya. Antaranya ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Makan dengan tangan kanan ada kelebihanya kerana tangan kanan dicipta Allah untuk menyuapkan makanan. Ikut kajian enzim yg ada ditangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman selepas makan.. Pastinya banyak lagi kelebihan makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah sunnah nabi.Kalu kita makan dengan cara barat pastinya kita tidak menyentuh makanan itu. Ditambah pula kita akan menyuapkan makanan tersebut dengan kedua dua tangan bukan kanan sahaja.

Saya pelik kenapa orang melayu sendiri malu nak makan menggunakan tangan. Kalu makan sup tu tak pe la guna sudu pun. Nak ambik kuah kan. Tapi yang saya pelik kenapa orang pelik kalu tengok saya makan mee guna tangan ….pelik sangat ker??? Cuba tengok orang barat.. dia orang makan masakan melayu kat Negara kita pun dengan cara mereka. Kenapa kita nak makan makanan melayu kat Negara sendiri ikut cara barat …pelik kan???

Kenapa kalu kita makan makanan barat kat Negara sendiri guna tangga. Pasti orang pandang pelik kat kita. Salahkah kita menggunakan budaya melayu itu sendiri?? Kalu kita tak tonjolkan budaya kita, sape lagi nak buat. Kita patut bangga dengan budaya kita, cara makan kita, tambah2 lagi ia adalah sunnah nabi yang kita kasihi. Jangan anggap benda tu lapuk kalu benda tu x bg kerugian kat kita untuk teruskan …lagipun benda tu boleh bg kita pahala free…nape x nak???

Fikir2 kan lah…..

Cita2 ku.... Doraemon???

Selasa, Mac 17, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:08 PTG
kenapa sy suka doraemon...heheh,...sebab sy suka kucing...sy nak jd doraemon...sbb tu alamat blog ni nama doraemon melayu...sebab pemilik blog ni nak jadi doraemon melayu...hehe

sy nak jadi doraemon sbb sy nak keluarkan sesuatu untuk masa depan...dlam bahasa ringkasnya adalah pereka cipta....tu la cita2 sy sejak kecik lg....sy suka sgt cerita doraemon kut ...sebab tu terpengaruh...

bila sy sedar biasanya yg menjalankan penyelidikan untuk merekacipta benda baru ni adalah pensyarah....jd sy ubah cita2 sy tu jd pensyarah dah pereka cipta...dsamping sy mereka sesuatu teknologi...dapat juga sy membentuk masyarakat berilmu... sy dapat juga menyalurkan ilmu yg sy ada pada generasi pewaris...kalau boleh sy nak bentuk masyarakat yg berilmu dan berakhlak mulia....bukan yg rosak akhlaknya...apa guna ada ilmu...kalu punya akhlak macam syaitan...contohnya rasuah...kalu ada ilmu tggi pun...tp mengamalkan rasuah...negara akan musnah....kesimpulannya amalkan ajaran islam...pasti hidup sempurna...

tetapi semakin sy cuba menghampiri cita2 sy tu semakin sy rasa amat sukar untuk mencapainya..tp sy akan tetap terus mencuba selagi ada daya...bak kata org...lagi banyak kita tahu ..lg kita sedar sebenarnya lg banyak yg kita x tahu...jadi tuntutlah ilmu selagi kita hidup....

Comel kan???

Ahad, Mac 15, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:51 PTG
Sy sgt suka akan kucing...comel sgt...

Kucinglah binatang yg paling sy syg...sy x tgk kalu org wat jahat kat kucing tu....

mesti sy akan benci org tu....heheh...






kucing dlm video ni sgt comel...tp kecian kat kucing yg jatuh...heheh...


Takut yg Sebenar

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:14 PTG

Td sy citer pasal takut kat dunia ni...

ni baru takut sebenar benar takut sebab takut kita x sempat bertaubat sebelum ke alam kematian.... ni la risiko yg paling besar...sbb kita dah x boleh patah balik bila kita dah mati...menyesal kemudian tidak berguna... keputusan yg paling besar kita nak buat adalah...terus hanyut dengan keseronokan dunia yg sementara...atau bersedia mencari bekalan untuk kehidupan setelah mati yg kekal abadi....Oleh itu sentiasalah kita fikir pasal kematian...dan sentiasa menginsafi kesalahan diri...

mgkin hari ni kita mati......tiada siapa yg tau......