Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Akulah Anjing Kerajaan

Ahad, April 29, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:06 PTG
Semalam ada perhimpunan bersih.... ramai orang sibuk komen pasal bersih... aku ni nak cakap pasal Bersih 3.0 ker?... oh... aku tak berminat untuk bicara tentang politik jalanan...cuma aku mahu petik sesuatu dari situ... pembangkang suka kata... polis adalah anjing kerajaan.... aku rasa kan... semua pekerja kerajaan adalah anjing kerajaan... kemana aku menghilang selama ni? semua ni disebabkan desakan kesibukan kerja... lama dah aku tak tulis blog ni... hampir 1 bulan.... kenapa aku kata semua pekerja kerajaan adalah anjing kerajaan? sebab kami dah menandatangani borang Aku Janji.... dan setiap surat rasmi ditulis... 'Yang Menurut Perintah'.... bukan anjing ker tu? bila diberi makanan dia akan mengikut arahan kita... apa bezanya dengan pekerja kerajaan? bila diberi gaji terpaksa la menurut perintah....

Apa hina sangat ker anjing? Anjing makhluk Allah... cuma haram di makan... dan kalau sentuh dalam keadaan basah... kena samak... bukan dosa pun berbanding sentuh lelaki yang tak ada sebarang ikatan dengan kita... Realitinya anjing adalah makhluk yang comel... Bertanggungjawab terhadap tugasnya... Amanah yang diberikan kepadanya dilaksanakan... Bukan dia selingkup macam manusia... amanah yang diberi... rasuah yang dimakan... bukan boleh percaya...

Ahhh... bukan pasal anjing aku mahu bicara sebenarnya... tapi tentang lambakan tugas... ramai yang ingat... kerja dengan kerajaan ni senang... pergi kerja pukul 8... balik kerja pukul 5... tiap2 bulan comfiirm masuk gaji senang kan... andai semudah itu... tapi kehidupan ini adalah ujian... bergantung pada kerja la.... kalau kerja sy... 5 bukan penentu tamatnya kerja... hujung minggu dan cuti umum bukan petanda boleh bercuti... mungkin aku seorang yang gila kerja... tapi kalau aku tak gila kerja... bila agaknya kerja ni nak habis? realiti menjadi anjing... semua perintah perlu dituruti... tanpa sebarang bangkangan... buat sehabis baik amanah yang diberikan....

Tapi kekadang aku rasa... macam seolah olah hilang tujuan hidup... aku hidup kat dunia ni... bukan semata-mata untuk kerja... tapi untuk mencari bekalan untuk kehidupan ke 2 sekali... kalau sibuk dengan kerja saja.. bila aku nak kumpul bekalan tu? umur dah suku abad... bila2 boleh mati... amal bukan banyak pun... dosa yang banyak ada lah....kekadang rasa nak bebaskan diri... bayar kemerdekaan seekor anjing tapi tak mampu... aku bukan anak orang kaya... untuk merdekakan diri sendiri...kalau merdeka boleh kerja sendiri... atur masa sendiri....

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada... berapa ramai orang diluar sana yang mahu jadi anjing kerajaan... katanya pendapatan tetap... entahlah... orang tak rasa takkan tahu... aku juga tetap bersyukur dapat kerja ni... biar terpaksa kerja dihujung minggu pun... aku dapat pahala... boleh dapat bekalan sampai mati... sebab kerjanya senang... dapat berkongsi ilmu.... dari aku kerja engineer... bunyi memang gah... tapi soal iman sendiri... cukup kuat ker untuk menghadapi rasuah? sebab zaman sekarang ni semua benda ada rahsuah... terpulang pada iman mahu ambil yang haram atau tidak... itu saja.... disebabkan aku rasa aku ni iman sekangkang kera... baik aku jadi anjing kerajaan jer... sebab bidang aku duduk sekarang dah best... membina anak bangsa... merealisasikan sejuta impian... :)

Hiburan jadi ikutan

Sabtu, April 28, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:22 PTG
hebat sangatkah dunia hiburan.... sehingga ia menjadi kegilaan setiap golongan masyarakat... memang ia memberi pengaruh yang besar... tapi adakah ia  pengaruh yang baik? saya pergi kursus hari tu... siap ada program mentor lagi... kenapa la program hiburan ini diagung agung kan? tak faham saya...  tak ada ker program yang lebih membina untuk dibuat? dunia akhir zaman la katakan... progran macam ni senang... sambutan pun banyak...

Duhai hati

Jumaat, April 06, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:47 PTG
Duhai hati....
Belajarlah untuk bersyukur
Dengan apa yang aku ada
Sesungguhnya ramai yang lain
Inginkan apa yang aku ada

Duhai hati
Belajarlah untuk bersabar
Biarpun impianmu belum tercapai
Tapi kita masih mampu milikinya
Cuma masanya belum tiba

Duhai hati
Belajarlah untuk menerima takdir
Dengan sabar dan syukur
Bukan  hanya mengungkit
Kisah silam yang tak mampu diubah
Supaya nanti kau tahu
Apa itu Bahagia
Yang menantimu dihujungnya