Jurutera : Sesuaikah untuk perempuan?
Selasa, September 28, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:27 PTG
Kawan:sekarang buat apa?
Aku:sambung belajar...
Kawan:nak jadi lecturer yer?
Aku:Haah... sebab ikut biasiswa pun kena jadi lecturer poli..
Kawan:Bagus la...perempuan... tak sesuai kerja engineer ni... sesuai jadi pensyarah jer...lagipun bukan senang nak dapat kerja engineer sekarang...tambah-tambah perempuan... bukan semua company terima...ada company terima lelaki jer... kalau lelaki senang la sikit nak dapat...
Biasanya lepas tu aku diam jer... malas nak menjawab dan bertekak...huhu...
biar aku jawab dalam blog aku ni... rasa tak setuju aku dengan pendapatnya...
walaupun si dia juga mempunyai degree dalam kejuruteraan...
Aku mahu katakan... Perempuan mampu jadi jurutera... kenapa bukan aku sendiri yang buktikan... kerana aku mempunyai cita-cita lain yang lebih besar dari itu... aku juga berminat untuk jadi jurutera terutama design engineer dan technical engineer... nanti la... kalau berkesempatan....buat masa ni... biarlah kawan-kawan aku yang lain buktikan dulu...
Memang la susah nak dapat kerja sikit engineer perempuan kerana rasa tak yakin majikan pada perempuan untuk menjalankan tugas sebagai engineer... tapi engineer sebenarnya... bukan kena buat kerja berat pun... paling teruk pun turun kilang tengok keadaaan... cuma tak boleh nak melawa jer la...hahah... sebab kerja berat-berat ni biasa technician yang buat... pasal melawa tu.... tak perlu la nak melawa kat tempat kerja... lagi selamat... kang nanti ada plak orang tergoda... melawa jer kat rumah... selesai masalah....
tapi tekanan kerja dan kerja yang banyak sehingga perlu balik sehingga tengah malam tu mungkin yang tak sesuai untuk jurutera perempuan... maklumlah... kalau dah kawin keluarga perlu dijaga juga,...tapi memang bahaya perempuan balik sorang-sorangg tengah-tengah malam... dah la zaman sekarang ni ramai orang jahat...huhu...
kalau lah ada peluang untuk saya jadi jurutera nanti... saya nak buktikan... baju kurung adalah pakaian yang sesuai untuk jurutera perempuan...huhu... ramai yang pandang rendah pada baju kurung.... seolah-olah... bila pakai baju kurung tak boleh bergerak aktif... kebanyakan engineer perempuan terutama dalam bidang mekanikal memakai kemeja... apa la yang nak diagungkan dengan pakaian penjajah tu... aku sendiri pun tak faham....
Kesimpulan...Perempuan sesuai untuk kerja sebagai jurutera... ada siapa nak bangkang?