Aduhaii...kerja...
Ahad, September 05, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:34 PG
nak dapat kerja sekarang ni bukan senang...ada degree ada master pun bukan pasti dapat kerja...dah lah susah nak dapat... kerja pun susah juga... pernah aku dengar (bukan kisah kawan aku sendiri)... seorang muslimah bertudung labuh walaupun mempunyai master dalam bidang kejuruteraan... susah mendapat kerja kerana pakaiannya...bila tengok dia pakai tudung labuh masa interview... orang reject dia daripada ambil pekerja kerana tak yakin...padahal... kemampuan kerja tak bergantung langsung pada pakaian...agak-agak kalau aku minta kerja jadi tukang rumah... tapi pakai baju kurung mesti dia tolak kan??...hahah... yang aku tak puas hati kenapa orang padang rendah pada kredibiliti kalau orang tu berpakaian sopan??? (walaupun aku tak mampu nak pakai tudung labuh... tapi aku juga rasa terkilan pasal hal ni...) orang yang bertudung labuh... digalakkan tak pakai tudung labuh masa pergi interview... supaya nak lulus interview... kenapa perlu digadai prinsip untuk sebuah pekerjaan... minta2... orang tu dah dapat kerja la... amin...
yang saya nak bagi tahu ni hal serius... harap beri perhatian... ni pengalaman kawan saya.... dibulan Ramadhan yang mulia ni... dia diajak pergi ke pub... malam hari orang sibuk nak buat ibadat... semayang terawih... tapi...bosnya mengajaknya ke pub tempat hiburan... tempat orang lupakan tuhan...bukan setakat itu saja... dia disuruh belajar minum najis arak... semata-mata untuk melayan pelanggan.... nak ambik hati pelanggan...kalau bosnya bukan islam tu... saya boleh terima lagii... ni bosnya beragama islam... tapi mengajak orang bawahannya kearah kemungkaran bukan kebaikan seperti yang sepatutnya... memang... kerja ni gaji tinggi...tapi buat apa gaji tinggi kalau perlu melanggar hukum tuhan???... gaji tetap tak berkat...pastu bagi makan anak bini kat rumah...macam mana nak dapat anak dan isteri yang baik.. yang soleh dan solehah kalau daging anak dan isteri bercampur dengan rezeki yang tak berkat...lebih baik makan nasi dan garam atau sisa makanan hari2 asalkan rezeki berkat... daripada makan mewah dihotel hari-hari dengan rezeki yang tak berkat...
Kalau kita berada di tempat dia ni... apa yang akan kita buat? aku pun tak tahu apa yang bakal aku buat... cukup kuatkah iman aku apabila diuji sebegini... untuk masalah kawan saya yang pertama tu pasal pub dan arak... dia telah meletak jawatan... kalau aku ditempatnya... sanggupkah aku menjadi penganggur kembali setelah mendapat kerja demi mempertahankan islam...sanggupkah aku meninggalkan gaji lumayan demi menjaga agama ku?,...aku takut orang yang mendapat kerja itu sekarang ni tak sekuat kawan aku untuk berhenti kerja...aku takut ada yang buta kerana wang...menerima kerja itu dan melanggar perintah tuhan...moga yang mendapat kerja tu sekarang ni... cukup kuat imannya... semoga ia mampu membimbing bosnya kembali ke pangkal jalan.....
satu lagi aku fikir... kalau kawan aku tu perempuan apa yang dia suruh buat yer untuk melayan pelanggan tu... adakah dia akan suruh jadi pelacur??? macam la tak de cara lain nak layan pelanggan tu selain pergi pub dan minum arak... kalau pelanggan tu bukan islam sekalipun... layan la pelanggan tu dengan cara ketimuran... cara islam... biar mereka tertarik dengan keindahan islam.. bukan kita yang tersesat bersama mereka....hanyut dibuai fantasi dunia...
kawan saya yang lain pula mempunyai tempat kerja yang tidak menyediakan tempat solat...biasanya solat di bilik mesyuarat... tapi... kalau mesyuarat panjang macam mana,... di mana mahu bersolat... kerana kurangnya pekerja muslim... kemudahan untuk solat diabaikan... jadi kawan saya pun bersihkan stor dan solat disitu... dan ada satu kilang lagi... perlu solat ditempat lain....perlu naik kereta untuk pergi solat... kalau aku ditempat dia,... cukup kuatkah iman aku? kalau tak cukup.. pastinya aku akan tinggalkan rukun islam ke dua tu... hilanglah tiang agamaku...ranaplah istana impianku di akhirat kelak...
ni baru dua kisah yang aku dapat tahu... baru masalah dalam mengamalkan ajaran islam di negara islam malaysia yang tercinta ini... belum lagi kisah lain... yang aku cerita ni... kisah pekerja berkolar putih.. bukan pekerja biasa... sudah pastinya kalau pekerja biasa lagi tertindas nasib mereka....pernah aku baca... dalam mastika... lelaki islam tidak dibenarkan solat jumaat...tak nak hentikan operasi kilang... nanti rugi banyak,...tak per la pasal solat jumaat ni... saya rasa nak buat tajuk lain..sebab banyak benda rasanya saya nak tulis pasal solat jumaat ni... insyaAllah....
ada kawan saya pernah bekerja sebagai jurujual masa cuti sem... 3 hari jer kut... tak tahan,... kena solat cepat2 waktu makan tengah hari.... pastu masa untuk solat asar pun ada masa beberapa minit sahaja...jadi memang susah la nak solat tu... sedangkan nak berlari ketempat solat tu dah ambil masa... nak ambil wuduk lagi...sepatutnya kena consider la...
kalau kita kat negara islam macam ni pun dah susah nak amalkan islam... macam mana kalau kita berada di negara lain...cukup kuatkah kita untuk mempertahankan agama islam sebagai cara hidup kita...ada banyak lagi cerita pasal kerja... tapi biar la setakat ni dulu... nanti saya sambung tentang cabaran lain di alam perkerjaan pula...insyaAllah...