Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Pemandu Sesumpah

Ahad, Mac 27, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:28 PG
ramai orang yang jadi sesumpah di jalan raya..
kenapa? apa tidaknya menyumpah orang sesuka hati...
"bengong la... nak keluarkan kereta tengok la orang belakang"
"bodoh....tak tengok ker orang nak keluarkan kereta"'
babi... gila... bongok... semuanya terpacul dari mulut pemandu...

contoh senang dalam ayat diatas....
bila kita tengah jalan strainght... tetiba ada kereta keluar dihadapan kita... pastinya kita terkejut... dan mungkin menyumpah orang yang keluarkan kereta tu... ingatlah... dia mungkin melakukannya dengan tidak sengaja... kerana mungkin dia tidak sedar ada kereta datang....

Bila kita tengah keluarkan kereta dari tempat parking... ada kereta honkan kereta kita....ataupun kawasan tu jem... kereta tak bagi jalan untuk kita keluarkan kereta kita... kita pun marah2 sebab orang tak tolong kita... padahal kita tahu itu hak dia nak bantu kasi ruang kita keluar ker tidak...kalau dia bagi tu terima kasih la... kalau dia tak bagi tu... terima jerla... bersabar...tunggu sampai ada ruang...

inilah sikap rakyat malaysia yang jadi pemandu...
wahai pemandu2 semua... moh jadi pemandu yang baik bukan pemandu sesumpah... jangan sedap mulut jer sumpah orang... nati kita pun tersumpah... terima la kita pun selalu melakukan kesilapan... orang lain pun akan tetap melakukan kesilapan... tak kira atas jalan raya ataupun tidak... kerana manusia adalah insan lemah yang tak lepas dari melakukan kesilapan...
Komen: 
0 comments

Ada Aku Kisah?

Sabtu, Mac 26, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:53 PG
hmmm... aku tengah geram ni...
bila ada orang komen pasal penampilan aku...
kalau komen kat aku tak apa... boleh aku balas terus...
tapi ni komen kat kawan aku suruh nasihatkan aku...
kata penampilan aku macam pelajar... kena tukar jadi macam staff..
aish... tahu la aku ni awet kanak2... jangan la jeles...
nak pakai macam mana nak suruh aku nampak macam staff?
pakai kebaya ketat2.. tudung angkat atas dada? makeup tebal2?

tak bagi pula tu aku pakai seluar track dalam kain baju kurung...
aku pakai seluar bersebab... aku dah biasa pakai dulu...
aku ni suka lari... so kalau nak lari senang....
aku angkat kain terus lari...
kalau tak angkat kain pun tak ada la terselak nampak betis masa lari...
lagipun sebab aku dah terbiasa pakai dulu...
bila tak pakai seluar...
rasa macam nampak terus bentuk paha bila duduk dan jalan...
sebab baju kurung bukan keras sangat kainnya...
aku pakai seluar track dalam kain masa naik pentas konvo tak der orang kisah pun... ikut suka aku la aku punya hal...

kata pakaian aku serebeh... tak kemas... nak kemas macam mana?
baju kurung moden baru kemas? memang kemas macam pembalut nangka...
ok la... nak aku pakai elok2 tudung aku bior nampak kemas...
dah tudung tu gerak aku nak wat macam mana...
aku ni ganas... mana boleh nak duk diam jaga tudung...
lagipun aku pakai kekadang bukan tengok cermin pun...
aku bukan minah cermin.... sikit2 nak tengok cermin...
kawan aku cadangkan suruh aku pakai tudung indon supaya nampak kemas...
tengok la dulu kalau aku berkenan...lagipun susah nak cari yang lepas dada, tak ketat dan tak lembut sangat sampai melekat kat dada... dan aku pun tak ada bajet untuk semua tu... (dari aku beli tudung dan baju untuk aku... baik aku simpan untuk buat benda lain yang lagi penting)

satu lagi mungkin baju aku tak bergosok... haha... memang aku tak kisah pakai baju tak bergosok.... memang aku malas nak gosok dan lipat baju... keja sia sia... nanti kedut balik... baik aku guna masa tu untuk baca buku...kurang2 dapat ilmu... ahhh... memang aku tak suka keja mengurus diri ni... aku dah cari kain yang tak kedut kalau nak beli baju... tudung pun kalau kedut sangat jer aku gosok... kalau tak... tak ada maknanya aku nak buat benda tak berfaedah tu....

weh... aku tak kisah pasal penampilan aku... jadi apa kau nak kisah? dont judge book by the cover la... professional... tengok la pada hasil kerja... kalau hasil kerja aku tak bagus... boleh la nak salahkan aku... lagipun nak bagi nasihat... bagi la kat aku terus... aku bukan makan saman melalui orang ni... kalau bagi nasihat kat aku sendiri... boleh aku tanya kenapa dan mengapa serta bagi alasan aku sendiri... aku bukan mudah nak terima nasihat kalau aku tak dapat penjelasan terperinci dan tak dapat nak pertahankan sebab aku.... aku memang keras kepala dan ego tinggi... kalau orang tegur aku... memang aku akan tetap bagi alasan... walaupun hati aku mengakui kesalahan aku tu... dari nasihat aku... baik korang nasihat orang yang pakai baju ketat2.... dapat juga pahala...

tolong la... kepada sesiapa yang nak pujuk aku ubah penampilan aku... baik lupakan saja niat tu... lain la kalau nak ubah aku pakai tudung labuh ker... jubah ker... tapi bukan jubah seksi macam kebanyakkan jubah sekarang la... ni nak ubah aku pakai macam kebanyakkan orang baik tak payah... aku tak suka jadi majoriti... aku suka dengan cara aku yang lain dari yang lain... dan tak payah la nak tolong tambah dosa aku yang dah sedia banyak untuk pakai baju yang ketat2... biar orang nak kata aku pelik... dah memang aku pelik... tak payah la korang nak kisah pasal aku... baik kisah pasal diri korang...

nak make over aku biar jadi cantik konon... macam la aku tak pandai nak bergaya... buat apa nak bergaya depan lelaki jalanan... buat tambah kebarangkalian kena rogol jer... tambah dosa sekali menarik lelaki untuk melihat kita... kalau aku pakai buruk2 senang... tak ada lelaki nak pandang... aku pun rasa selamat... lagipun aku tak nak la hipokrit jadi macam orang lain (padahal memang aku hipokrit pun)..... biar aku dengan cara aku sendiri... bebas dan merdeka...

masa zaman tingkatan lima aku main berebut tiang kat bengkel dengan kawan2... tak adapun orang kisah...aku ada cara aku sendiri... orang tengok aku memang macam budak2 lagi... jadi kenapa kamu nak susah kalau aku jadi budak2 lagi... sebab aku masih nak jadi budak2 lagi...

kekadang rasa macam nak jadi lelaki jer senang... tak ada orang kisah pasal penampilan lelaki... tak ada orang nak komen... ahhh... ikut suka korang la mulut korang... ada aku kisah?
Komen: 
0 comments

Membentuk Masyarakat Tanpa Rasuah

Rabu, Mac 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:18 PTG
dulu aku pernah tulis pasal rasuah disini...dan aku pernah bercakap pentingnya orang yang berilmu mempunyai akhlak yang baik di sini...

hari ni aku nak gabungkan keduanya untuk mendidik masyarakat tanpa rasuah... memandangkan minggu depan aku kena ajar student mengenai integriti... pernah minggu lepas aku tanya student...

saya: pernah awak kena saman dengan polis dan polis menawarkan... kalau bagi duit kopi... polis tak jadi saman...
pelajar: pernah
saya: jadi awak bagi ker duit kopi tu?
pelajar: bagi jer la... kalau saman lagi mahal... baik bayar yang murah...
remaja adalah generasi akan datang...
kalau semua remaja punya mentaliti macam ni....
adakah pemberi dan penerima rasuah yang akan mentadbir negara kelak?

jadi untuk kelas minggu depan aku ada satu misi... misi menukar mentaliti pelajar ni... untuk menolak sekerasnya budaya rasuah...aku dah buat satu video...kompile iklan dalam youtube... moga video tu berjaya... kalau tak banyak pun sedikit mengajar budak2 tu sambil berhibur...insyaAllah... amin...(nak uploadkan video tu kat sini tak mampu sebab internet slow... video tu menggabungkan 17 iklan di youtube dengan masa 34 minit..)

semoga generasi akan datang bebas rasuah....amin...
Komen: 
0 comments

Loji Nukleur di Malaysia???

Sabtu, Mac 19, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:58 PTG
pasal loji nuklear...
kenapa mesti perlu guna loji nuklear...
dah la kos permulaan sangat tinggi bahaya pula tu...
kenapa tak diperbaiki hidroelektrik di negara kita...
ya... penggunaan elektrik di negara kita tak mampu ditanggung oleh hidroelektrik...
perlu menggunakan janakuasa berasaskan petroleum...
dan harga petroleum semakin meningkat dan bekalan pula makin habis...
kerana ia tenaga tidak mampu diperbaharui...

tapi negara kita mempunyai air...angin dan solar....
semua ni boleh menjana elektrik secara berterusan...
kita boleh memperbaiki sistem hidroelekrik kita supaya mampu menjana kuasa yang tinggi...
cukup untuk keseluruhan malaysia.... kajilah...
saya rasa kita juga boleh memperbaiki sistem saliran kita...
supaya pengaliran air di setiap rumah juga mampu menjana elektrik...
sistem solar pun boleh digalakkan dipasang di setiap rumah...
ni nak cari sistem solar pun susah.... (mahal solar pun mahal lagi logi nukleur)...
kerajaan boleh guna duit untuk nukleur tu ... untuk kurangkan harga solar...
lepas tu kawasan rumah yang kuat berangin tumacam kat tepi pantai...
boleh guna kincir angin untuk jana elektrik...
semua ini mampu membantu rakyat menjimatkan elektrik....
sayangi bumi kita..

satu lagi pasal nukleur...
dah lah kos pasang mahal...
kalau gempa bumi kat malaysia ni... jadi macam kat jepun...
tahu la malaysia bukan berada pada laluannya...
tapi perancangan Allah kita tak tahu....
dah la malaysia banyak pub judi arak... pergaulan bebas...
sekali malaysia kena... hancur semua....
nauzubillahi min zalik...
Komen: 
0 comments

Jangan Pernah Membenci

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:50 PTG
dulu aku membenci orang yang berkapel... pada aku... mereka dah tak suci kerana memberi cinta bukan pada yang berhak... tetapi kehidupan mengajar aku... jahat juga aku ni suka pandang rendah kat orang... padan la kalau orang pandang rendah kat aku pun...hahaha...

tetapi kehidupan yang mengajar aku... orang yang berzina dan free hair pun elalu ingat baca doa setiap kali nak makan... aku ni sekali tengok makanan... terus suap ke mulut... selalu jer lupa nak baca bismillah...sape lagi teruk... aku la.. rezeki kat depan mata... lupa pada Yang Memberi... terukkan?

kalau kita fikir panjang2... orang yang pernah zina... atau pernah kapel... hatinya pasti pernah hancurkan? begitu kuat dia dalam menjalani kehidupan... untuk melupakan kisah silam mereka... mereka merapatkan diri dengan Allah... malam2 bangun solat... memohon ampun dari dosa silam mereka.... aku??? aku mana mampu nak bangun malam... bila dah tidur tu pagi la baru boleh berpisah dari katil... jadi siapa lagi banyak dosa ... mestilah aku... asyik duk buat salah sama jer... siapa yang lagi rapat dengan Maha Pencipta... mestilah mereka... malam mereka dihabiskan untuk menghadap Raja Sekalian Alam....hebatkan mereka???

kita patut membenci perbuatan mereka... bukan mereka.. kita tak patut menghina mereka atas kesalahan lampau mereka... Allah Maha Pengampun... kita manusia tak kan tak boleh terima mereka sedangkan Allah boleh... bukan mereka buat salah kat kita pun... Salah mereka hanya pada Allah dan diri mereka sendiri kerana menjatuhkan maruah sendiri.... tiada apa bagi kita untuk membenci mereka...

jadi jangan pernah membenci... hidup terlalu singkat untuk membenci... yang penting kita perbetulkan diri kita... kalau mampu tolong orang lain memperbetulkan diri mereka... bukan sekadar lihat dan mencemuh... apa pun kita tak dapat selain dosa selagi kita macam tu... tiru orang lain pada kebaikan mereka.... bukan hina orang lain atas kelemahan mereka.... cermin diri sendiri dulu sebelum mengata....sedar la diri tu... kita bukannya baik sangat....
Komen: 
0 comments

Benci Gedik

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:06 PG
buka jer facebook... nampak komen gedik... eee.... malunya... gelinya... memalukan kaum jer... adoi... mulut aku ni tak ada insuran langsung... sebab tu tak boleh promote blog ni kat kawan di alam realiti... nanti ada pulak yang merajuk dan terasa... susah aku nak pujuk orang emo ni... tak de masa aku nak layan... bak kata sorang kenalan... ikut suka aku la nak taip apa... keyboard aku...

gedik apa makna gedik... biasa banyak perempuan la yang gedik... dengan lentok badannya... dengan suara lembut menggoda... tapi lembut tak semestinya gedik... ada juga lembut yang lemah lembut... gedik pada aku adalah penggoda.... kalau perempuan dengan lelaki... kalau dia cakap tu lembut semacam jer... macam cakap dengan suami... lepas tu sengih2.. macam kera sumbang... be professional la sis... cakap dengan lelaki tegas la... jangan tunjuk kamu tu penggoda... nanti dia tertukar dengan GRO kan naye kamu....

yang tadi saya cerita pasal kelakuan gedik... ni pasal komen gedik... apa itu komen gedik... komen cinta cintun... rindu dendam... janji manis... antara orang yang tidak halal... tu semua gedik... tak kira la bf gf ker.. tunangan ker... selagi bukan ibu ayah.. kakak abang adik... suami isteri...dan anak... gedikkk... eee... geli geleman aku... kau lelaki ker perempuan ker... kau layan benda ni semua... kau memang gedik pada pandangan aku...

satu lagi ciri orang gedik ni... suka nabur kata... cakap bukan main lagi... tapi dari segi perbuatan... lansung tak ada... macam suruh orang buang sampah dalam tong... dia sendiri buang sampah dalam longkang... suruh orang derma itu ini... dia nak derma 10 sen pun kedekut... janji nak buat itu ini... akhirnya satu pun tak jalan (ni biasa kegedikan wakil rakyat yang nak memancing undi)....

apa pandangan aku pasal perangai gedik ni.. kalau perempuan... udah la tu... macam menjatuhkan maruah sendiri jer... tak payah la... kepada lelaki dan perempuan... usah duk gedik... nanti termuntah aku tengok gelagat korang....jadi professional la... bagi perempuan simpanlah kegedikan mu untuk suamimu sahaja... nak cerita cintan cintun... rindu dendam... nikah la dulu.... jangan ditabur janji manis... sebab kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan... Dia yang menentukan...satu lagi... buat dulu baru cakap... act louder than speak... ni semua pesanan buat diri aku juga... buat yang emo... jangan marah2... nanti cepat tu... jom kita terima pesanan ni dengan hati terbuka...hehe
Komen: 
1 comments

Luahan hati seorang pendidik

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:32 PG
emmm... suka sangat jadi seorang pendidik... banyak sangat yang boleh saya belajar... jauh lebih banyak dari masa sambung master by research... kita memang kena suka apa saja yang kita buat... baru boleh sentiasa bahagia... hehe...

kalau tanya saya apa makna kepuasan... kalau masa belajar dulu... kepuasan bererti berjaya menyiapkan assigment tanpa meniru... biar salah pun puas hati...kita dah cuba... kalau masa sekarang sebagai pendidik... kepuasan ialah apa bila pelajar dapat faham apa yang kita ajar...

tadi sebenarnya aku dah nak tidur... tapi bila teringat kat pelajar aku yang tak hantar lab report ni rasa nak sangat tulis kat sini untuk pedoman pelajar kalau ada la orang baca blog ni...haha...teringat juga pada pelajar aku yang datang lambat kelas tadi...

awal2 aku masuk kelas dulu... diorang menepati masa... makin lama makin lambat pula... aku kena guna ketegasan ni... aku ugut minggu depan sape datang lambat lima minit... kedatangan zero... mungkin sebab inilah pendidik lain lebih suka menjadi pensyarah yang garang... supaya pelajar tak pijak kepala... ahhh... aku tak suka nak marah orang... dan tak suka orang takut dengan aku... sebab aku tak suka dimarah dan takut dengan orang... aku kan nak jadi pendidik yang dekat dihati pelajar...tapi aku tak nak sampai dibuli pelajar...

lupa pulak aku nak bagi ceramah pasal kepentingan menepati masa... aku memang hangin dengan orang yang tak pandai nak jaga masa... masa kan lagi bernilai dari emas... masa berlalu tanpa mampu disekat... kalau anda rasa masa anda tak bernilai... cuba hargai masa orang lain yang rasa masa mereka bernilai....hormat la orang lain sikit... lagipun adab menuntut ilmu... pelajar mesti menghormati pendidik... sepatutnya pelajar la yang datang dulu dari pendidik... ini... terbalik pula jadinya...

pasal lab report tu... aku tengok budak ni buat banyak salah... main tiru kawan la.... aku bagi balik lab report tu semalam.. suruh betulkan balik mana yang salah... tak nak mereka dapat markah rendah... dah la subjek tu ramai repeat biasanya... bukan aku suruh buat lain... betulkan sikit je... tak sampai sejam pun boleh siap benda tu... aku suruh hantar hari ni... tak der sorang habuk pun hantar... dah la lab report yang patut hantar minggu ni pun tak di hantar... puas aku tunggu lab report petang tadi... senang jadi demo lab budak degree lagi.... sonang... dengar kata...

kita nak bantu dia... tapi diorang tak nak bantu diri sendiri... adoi la.. apo nak dikato... sabar jer la... jadi pendidik kena banyak bersabar... tapi tak nak mereka rosak kerana kesabaran dan toleransi yang aku berikan... dengan aku tak apa... aku boleh sabar lagi setakat ni.... tapi dengan pendidik lain.. tak nak la aku melatih pelajar jadi melampau... aish... tak boleh jadi ni...

wahai pelajar... jangan mulakan api kemarahan seorang pendidik... ketahuilah keredhaan pendidik amat penting bagi mu sebagai seorang pelajar... tolong hormati mereka... kerana banyak ilmu kamu miliki dari mereka... jangan sesekali sakiti hati guru.....
Komen: 
0 comments

Duit oh duit...

Ahad, Mac 13, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:08 PTG
dulu aku pernah tulis pasal duit kat sini...
hari ni aku rasa nak tulis pasal duit juga... sebab baru lepas baca blog kawan pasal duit... kalau biasa baca post aku... mesti korang tahu aku benci pada duit sama macam aku anti dengan lelaki...hahaha...

aku benci bukan bermaksud aku tak nak mempunyainya... tapi aku ada pernah terguris hati dengannya... aku rasa macam duit tu pernah membeli persahabatan aku dengan kawan aku... tapi aku rasa tu perasaan aku jer... kesian duit yang tak bersalah... aku sebenarnya benci duit... sebab ramai jadi gila dan sanggup buat apa saja demi duit... macam la duit tu hebat sangat... tapi aku tak menolak duit mampu membeli kebahagiaan dengan memberi....

dari kecil aku memang suka mengumpul duit... sanggup tak makan rehat atau hanya makan guna duit 10 atau 20 sen sahaja beli keropok sebatang 2...atau polipop(aiskrim 10 sen)... duit raya kompem aku simpan... sampai mak marah sebab suka sangat simpan duit... mak aku up kan duit belanja... supaya aku dapat beli makanan dan simpan... setiap tahun aku ada target aku... hujung tahun tu aku nak simpan berapa... lepas tu masuk tabung haji... sebab tu aku bersungguh simpan sebab nak cukupkan target...

aku sedar... aku bukan anak orang kaya... 1 sen pun bernilai bagi aku... tapi sekarang 1 sen dah tak der... kira lima sen pun bernilai... ayah aku kerja kampung jer... pendapatan sikit sangat... mak pula cikgu lepasan maktab jer... berapa la sangat gaji... dah la masa aku darjah enam emak dah pencen... jadi aku cuba untuk berdikari guna duit aku sendiri... biasa masa kat u mak bagi duit... kalau balik... aku ambik separuh jer... biasiswa dah lebih dari cukup buat aku... tak nak ambik... mak suh ambik juga...

masa belajar kat u... biasiswa banyak... boleh la aku kumpul duit juga...skit skit... dah habis u... biasiwa tak ada... duk korek duit tu la... sementara tunggu dapat elaun masa aku sambung master... ni sementara tunggu gaji 3bulan tak dapat sebab baru mula kerja...aku kena korek duit tu juga la... nasib baik ada simpanan kalau tak kebulur aku...

duit ni nak simpan bukan main susah lagi... nak tahan nafsu... kawan beli itu ini... kita tengok jer la yang mampu... mak ayah pun tak berapa support aku menyimpan... kata mak.... simpan duit banyak2 pun bukan boleh bawak mati...pernah mak tanya... nak simpan duit banyak2 untuk apa? aku pun jawab... emergency case...nak sambung belajar... nak gi haji... nak beli kereta... nak beli rumah... nak kawin.... tetiba ayah menyampuk... nak kawin? dah ada calon la tu... alahai.... duit baru sikit...tak cukup lagi la.... nanti cukup la cari calon...haha... ni kena korek lagi... lambat lagi la....

walaupun aku ni benci duit... tapi aku ni kedekut... sebab aku suka kumpul duit... kecuali masa otak aku tengah bengong... masa tu tetiba kedekut aku tu hilang.... duit mengalir macam air... aku suka gi window shopping... tengok kawan2 aku beli barang banyak2... aku suka goda orang membeli... tapi aku sendiri biasa beli tambang dan makan jer...hahhaha....

aku ada banyak impian... nak jadikan impian tu satu kenyataan kena ada duit... aduhai... kena simpan banyak2... aku tengah fikir... macam mana orang yang berpendapatan sangat rendah menyara keluarga mereka... mereka boleh hidup... takkan aku tak boleh... jangan biarkan nafsu bermaharajalela.... moga2 aku berjaya... amin...

malas aku nak fikir pasal duit ni.... buat pening kepala aku jer... biar Allah tentukan rezeki kita... tapi kena fikir juga....huhu
Komen: 
2 comments

Menjadi Pendidik Tebaik

Sabtu, Mac 12, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:26 PG
nak tanya? pendidik macam mana yang anda suka? yang garang? yang lucu? yang lembut? yang boleh dianggap kawan? yang tegas? yang berpengalaman? atau yang bagaimana? setiap orang pasti ada pendidik idaman kan? bolehkah seorang pendidik menjadi pendidik terbaik untuk semua pelajarnya?

ramai orang kata... kena tunjuk garang kepada pelajar supaya pelajar hormat pada pendidik... adakah anda setuju? saya tidak setuju dengan pendapat ini... garang tak semestinya membuatkan pelajar hormat... kadang kadang garang hanya membuatkan pelajar hanya takut... takut dan hormat perkara berbeza... untuk apa kita mencari takut seorang pelajar?

mungkin aku dibesarkan dengan cara yang tidak garang... aku dibesarkan dengan cara nasihat... setiap kali salah aku dinasihati... tapi aku tetap hormat pada ibubapa aku... pada aku remaja kita tak boleh paksa... kita boleh jadi kawan kepada mereka...tapi jangan sampai mereka pijak kepala kita sudah la... kalau pelajar salah lebih baik kita nasihat dia dengan cara yang baik... usul periksa dulu... kenapa dia buat kesalahan tu... jangan terus menunding jari kepada mereka... mungkin salah kita mengajar membuatkan mereka tak faham...

aku seorang yang takut jika dimarah... sebab tu aku tak nak sebolehnya marah orang atau pelajar aku sekalipun... sebab aku sendiri pernah jadi pelajar... aku faham perasaan bila kena marah dengan pendidik... aku cuma mampu jadi pendidik idaman aku buat pelajar aku... pendidik yang mengambil berat soal pelajar dan boleh menjadi pembimbing dan rakan yang baik...

pendidik lain mungkin akan marah bila pelajar banyak bertanya dan suka menjawab... pada orang mungkin menjawab apa yang orang kata adalah biadap... pada aku itu bukan perbuatan biadap... kita dalam negara demokrasi.. bebas cakap apa yang kita fikirkan... aku tak nak pelajar aku jadi pasif macam aku dulu... tak tahu tapi malu nak tanya... takut kena marah... jadi kalau pelajar nak tanya... tanya la... aku cuba jawab sebaik mungkin... untuk jawab sebaik mungkin... aku kena ada ilmu sebanyak mungkin... kalau pelajar nak menjawab apa yang aku kata... jawablah... nanti dewasa kelak anda akan jadi seorang yang berani berkata kata.... bukan senyap dan menyembunyikan kebenaran dari kenyataan... biar mereka berani meluahkan idea yang ada... bukan sekadar mengumpul idea diminda... aku tak nak mereka jadi macam aku... penakut dan pemalu... akhirnya siapa yang rugi... aku juga yang rugi...

macam mana pendidik impian aku? seorang pendidik yang mesra dengan pelajar... sangat memahami pelajar.. cuba mendekatkan diri kepada pelajar... suka bagi nasihat kepada pelajar...tidak moody... banyak pengalaman dan ilmu... happy go lucky... suka buat lawak... tegas ... ini pendidik impian saya... tapi adakah ini pendidik idaman semua pelajar? saya rasa setiap pelajar memerlukan cara didikan yang berbeza... saya cuba jadi pendidik yang mampu memuaskan semua pelajar...moga aku mampu menjadi pendidik terbaik... buat semua pelajar... untuk membentuk insan berilmu dan berakhlak di hari muka....
Komen: 
0 comments

Fenomena Hantu Kak Limah Balik Kampung

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:47 PG
pergi kemana saja... boleh lihat ramai yang terpengaruh dengan cerita hantu kak limah balik kampung... berjayanya cerita ini mempengaruhi rakyat malaysia dari segenap lapisan masyarakat... pergi kelas... pelajar angkat tangan macam dalam cerita tu.... masuk pejabat rakan sekerja sibuk duduk meniru gaya dalam cerita tu... di alam maya pun... dalam halaqah pun ada injit2 semut sape sakit naik atas.... tak kira bangsa... tak kira negeri... tak kira umur semua terpengaruh dengan cerita tu... betapa hebatnya cerita tu...

aku bayangkan ...kalaulah gaya angkat tangan tu diganti dengan gaya makan guna tangan kan bagus... menggikut sunnah kekasih Allah... ni bila ada orang makan dengan tangan dikutuk... kata tak standart la... kenapa tak guna sudu... buat apa aku makan dengan sudu... nanti makanan aku susah cerna... sape susah? aku juga sebab sakit perut makanan lambat cerna...

kalau injit2 semut siapa sakit naik atas tu di tukar kepada selawat ke atas nabi kan bagus... ramai akan berselawat kepada nabi... dapat tunjuk rasa cinta pada nabi.....ni sebut benda tu apa kita dapat? habuk pun tak dapat kan?

teringat satu petikan dalam filem tu yang orang selalu guna... kalau tidak cukup ilmu didada masakan sampai ke terusan swess... kata kata ni aku rasa kalau kita edit dan tambah perencah boleh jadi kata kata semangat untuk kita belajar... bukan sekadar kata kata kosong sahaja... kalau tidak cukup ilmu didada masakan sampai ke menara gading... ni untuk budak2 sekolah... kalau tak cukup ilmu didada..masakan jadi pekerja terbaik... ni untuk pekerja dan pelajar universiti... kalau tak cukup ilmu didada masakan jadi pendidik yang terbaik.... ni untuk aku... kalau tak cukup ilmu agama didada... masakan menanti mati dengan aman.. ni untuk seluruh ummat manusia...

hmmm... kalau ada pembikin filem yang boleh buat orang terikut2 macam cerita hantu mak limah balik kampung ni... ditukar kepada idea saya ni kan bagus... aku tabik la... bukan sekadar ikutan kosang yang tak bawa apa2 kepada masyarakat.....
Komen: 
0 comments

Bolehkah mencintai tunangan?

Isnin, Mac 07, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:55 PTG
saya dah malas nak bercerita tentang isu bercouple... nak cerita kisah tunang la pulak... bukan saya yang betunang tapinya...pandangan saya melihat orang lain bertunang dari alam maya...hehe... untuk menjawab soalan diatas... pada pandangan saya tidak boleh...

Apa beza bercinta masa bertunang dan bercinta semasa bercouple? dua dua belum menjalin kan hubungan yang sah iaitu nikah... bertunang hanya cop... bukan halal lagi... sebelum berkahwin atau bernikah... layakkah kita memberi cinta kita kepada orang yang belum sah memiliki kita? tak kesian ker kat suami kita nanti andai tunangan tu bukan jodoh kita? tapi ada aku tengok yang menolak keras cinta sebelum kawin tapi memberi cinta kepada tunangan... tak sama ker tu dengan cinta sebelum kawin... tunang bukan selepas kawin dik oi...

orang yang dah bertunang mesti jawab... masa bertunang ni la masa mula nak memupuk kasih sayang... bukan ker masa bertunang hanyalah masa untuk berkenalan... selagi belum akad... buat apa nak pupuk cinta... nanti ada rindu... tak dosa ker kalau ingatkan tunangan sedangkan dia masih belum halal untuk kita....

bila baca post dan komen dialam maya... meluah rasa cinta pada tunang... janji setia... ahhh...gelinya...jangan ditabur janji manis andai belum mampu ditunai kan... kekadang tunangan tu dah macam sah milik dia... adoiya... please la... jangan la buat macam tu... macam nak show off kat semua orang... saya dah bertunang... saya dah laku...dah ada lelaki terpaut kat saya.... kadang2 boleh dianggap gedik...jaga la diri dan maruah tu sikit...

tu belum masuk hal majlis pertunangan lagi... vogue macam majlis kawin... sedangkan setahu saya pertunangan hendaklah dirahsiakan... perkahwinan barulah dihebahkan... kenapa nak heboh2 masa bertunang... takut nanti ada orang pinang lagi masa dah jadi tunangan orang? bajet laku sangat ker? hahaha...siap dekat fb tu comfirm2 la letak tunangan kepada dot dot dot... ikut suka korang la nak buat apa... asal korang bahagia dengan tunangan korang... tapi tak boleh... aku sebahagian masyarakat kena ambik tahu...
jadi jaga la batas2nya.... moga korang kawin cepat2... jangan rindu2... nanti zina hati la pulak...

maaf la kalau kata kata ni menyakitkan hati sesiapa... cuma luahan hati pandangan saya... mungkin orang boleh cakap... saya tak merasa boleh cakap itu ini... memang ikut suka saya jer la cakap.... ini blog saya... cuma saya bagi nasihat sebagai kawan....
Komen: 
0 comments

Mengapa kenangan semalam perlu kita lupakan?

Ahad, Mac 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:35 PTG
Mengapa kenangan semalam mahu kita lupakan?
Sedangkan ia mampu mengajar kita erti sebuah kehidupan...
Dengan melupakan kenangan semalam....
Nanti kita akan lupakan kesalahan kita yang lalu...
Nanti kita akan ulangi kesilapan kita yang sama....
Apa erti hidup lama andai tiada pengalaman?
harga hidup adalah pengalaman kita...
lagi banyak pengalaman kita harungi...
lagi bertambah kuat kita menjalani hidup ini...

Kerana mahu melupakan kesedihan...
kerana mahu melupakan kegagalan...
kerana mahu melupakan kepedihan...
patutkah kita meninggalkan pengalaman itu...
sedangkan ia mengajar kita erti sebuah kehidupan...
hidup bukan selalu indah...
hidup bukan selalu bahagia...
hidup bukan selalu gembira...
kerana kesedihan...kegagalan... dan kepedihan itulah...
yang menjadikan indah... bahagia...gembira itu satu pengalaman manis....

terimalah hidup ini seadanya...
kerana ia adalah jalan terbaik untuk kita...
syukur dan sabarlah atas segala ketentuanNya...
jangan lupakan pengalaman hidup kita...
kerana ia adalah guru terbaik buat kita...
Komen: 
0 comments

Rahsia Bahagia

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:32 PTG
Akhir akhir ni aku rasa bahagia sangat...Alhamdulillah
rasa tenang sangat ...
walaupun terpaksa melalui kehidupan baru...
walaupun terpaksa merantau ke seberang laut...
walaupun terpaksa bekerja dulu tanpa gaji 3 bulan...
walaupun terpaksa menangguhkan pengajian sebelum ini...
walaupun terpaksa memendamkan impian buat seketika...
Kenapa yer? Nak tahu sebabnya?
Meh saya ceritakan rahsia untuk bahagia...
Mula mula cuba hayati lagu ni...

Hakikat Bahagia >> UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

hmmmm.... best kan lagu ni...
saya suka sangat lirik dia...
kunci untuk bahagia adalah syukur dan sabar...
walau apa benda yang kita hadapi....
bersangka baiklah kepada Allah...
berfikiran positif dalam menghadapi kehidupan...
percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku....
tak payah pening fikir pasal apa yang tak berlaku...
hadapi kenyataan walaupun dalam mengejar angan angan....
mungkin kenyataan hari ini mampu merealisasikan impian kita di hari muka...
kita tak mampu ubah kenyataan tapi kita mampu ubah fikiran kita tentang kenyataan tersebut...
jadikan kenyataan yang berlaku sebagai batu loncatan untuk kita membina impian baru... jangan berhenti mengejar mimpi...

sedikit puisi dalam bahasa inggeris...

Just follow the flow...
Because that is the best way create for us...
No need to sad...
If we don't get what we want...
Because what we get...
Are the best for us...
Just happy with our life...
Allah know everything...

Jom sama sama kita menjalani hidup yang bahagia...Alhamdulillah...

P/s: takut sangat kebahagiaan ini ditarik olehNya...
Komen: 
0 comments

Omelan tentang sektor kerajaan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:57 PTG
Pertama sekali aku nak ingatkan tulisan ini tidak berkait lansung tentang politik... hanya pandangan daripada seorang rakyat.... mula mula aku nak komen pasal misi kerajaan... aku start hidup masa Mahathir... dia dengan misi wawasan 2020... menjadikan Malaysia negara maju.... lepas tu diganti dengan Abdullah Badawi... timbul pulak Islam hadhari... kemajuan mengikut teras Islam... masuk pula Najib Razak... Satu Malaysia... dalam ketiga tiga ni tak ada pun misi untuk meningkatkan akhlak masyarakat... keruntuhan moral terus bertambah... di mana pemimpin kita untuk menyekat perkara ini... semua sibuk mengejar kemajuan... ada apa pada kemajuan kalau masyarakat punah ranah... kerja tak amanah... sibuk dengan rasuah... akhirnya rakyat juga akan tertindas... untuk apa negara maju tanpa rakyat yang berkualiti??? harap2... pemimpin yang naik selepas ini mengambil berat soal masalah akhlak remaja.... jangan hanya maju fizikal... tapi mundur rohani....

saya tengok sektor kerajaan sibuk duk mencantikkan... membeli benda yang bukan keperluan... dana yang diagihkan sepatutnya diguna sebaik mungkin untuk keperluan masyarakat... tapi diguna untuk menghias pejabat... untuk apa pejabat cantik tapi tak mampu memberi khidmat terbaik.... contoh ada satu tempat... duit dana yang sikit digunakan untuk menghias pejabat... tuka perabut sedia ada... sedangkan perabut sedia ada masih elok... padahal duit itu patut digunakan untuk benda yang lebih penting... senang nak ringkas.... sektor tu sektor pendidikan... duit tu patut guna untuk menjadikan persekitaran pembelajaran pelajar lebih selesa...

satu lagi aku nak komen sektor pendidikan... ini mengenai bahasa inggeris... sibuk nak pelajar dapat markah tinggi... tapi suruh pengajar mengajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... tapi macam mana pelajar nak dapat result tinggi kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya kalau mereka tak faham.... bila diajukan pada orang atas... takut pelajar tak faham kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... dia orang kata pelajar kat sini pandai bahasa inggeris... jangan risau...weh.. hang tak pernah mengajar ker? try hang gi ajar budak2 tu... faham ker ternganga diorang kalau hang ajar dalam bahasa penjajah tu sepenuhnya.... untuk apa belajar kalau kita tak faham ilmu tu... setakat hafal untuk jawab exam buat apa? aku harap suatu hari nanti bahasa penjajah tu hilang di bumi melayu ni dalam sistem pendidikan... hidup Penyata Razak dalam sistem pendidikan...
Komen: 
0 comments

Kerja apa paling BEST?

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:41 PG
aku nak membandingkan 3 jenis pekerjaan...
kerja sebagai suri rumah... sebagai jurutera... sebagai pendidik...
antara ketiga tiga kerja ni aku rasa yang paling best pendidik dan jurutera... dan paling tak best suri rumah? kenapa? low class ker kerja suri rumah ni? kerja tanpa gaji? hebat sangatkah kalau kerja jadi jurutera dan pendidik ni??? kerja taraf profesional? gaji tinggi? nak tahu lebih lanjut jom kita kaji...

kerja jadi suri rumah dulu kita selidik... emmm... ramai orang lelaki anggap kerja ni kerja remeh... kerja senang... bagi jer kat perempuan... bagi aku... kerja ni bukan kerja senang... kerja paling susah kat dunia ni... sapa mampu dia hebat la... kerja tanpa cuti... kerja tanpa gaji... hanya khidmat ikhlas untuk keluarga... kerja bukan untuk duit sebenarnya... kerja adalah khidmat... khidmat yang mampu kita berikan... kalau suri rumah tu khidmat untuk keluarga... boleh jaga rumah dan jaga keluarga betul2... orang kata jadi suri rumah siap masak... kemas rumah... basuh kain.. boleh goyang kaki jer rehat kat rumah... betul ker? saya rasa ker kerja suri rumah ni sibuk jer.. tak ada masa nak rehat... cuti pun tak boleh ambik... kesiap overtime sekali adalah... susah2...tapi ada kebaikan dia... boleh duk dalam rumah... tak payah nak berhadapan dengan lelaki diluar sana... kira senang la nak jaga diri... boleh putih juga... sebab duk terperap dalam rumah...tapi kadang2 boring juga duduk dalam rumah sahaja...

ok terus ke kerja yang kedua... kerja sebagai jurutera... bila orang dengar bunyi hebat la konon... tapi kerja banyak berkait dengan rasuah... maklum lah orang zaman sekarang gila duit... kita tak ambik rasuah pun bos kita ambik rasuah... bagi gaji kat kita...kerja memang la kena perah otak... tapi ok la.... biasa kerja berkumpulan...sumbangan kepada masyarakat tu... bergantung pada kerja la.... begitu juga dengan penambahan ilmu... ada setengah jurutera kerja bahagian sama... boring la... ilmu pun tak dapat nak tambah... kalau dapat kerja yang banyak boleh belajar ok la....dapat tambah pengetahuan dan pengalaman...cuma kalau kena outstation lama2 dan jauh2... huh... kesian kat keluarga la.... jurutera gaji besar ker? ahh... gaji bergantung kepada syarikat... atas rezeki la... biasa starting bawah 2000... kalau dapat kerja jurutera rnd best juga... boleh juga reka benda baru.... hmmm...membangunkan teknologi... jangan dilupakan alam sekitar...

akhir sekali kerja sebagai pendidik... kadang2 kerja pendidik ni lebih dipandang rendah dari kerja jurutera... padahal antara kerja pendidik dan jujurutera.... kerja pendidik lagi berat dan susah... kerana jurutera buat kerja berkumpulan... pendidik.. buat kerja sorang2... kerja pendidik ni membuka peluang untuk kita belajar lebih banyak disamping dapat mengembangkan ilmu kepada orang lain dalan tugas kita untuk mengajar... rasuah tu rasanya tak ada la... selagi kita tak terima rasuah daripada pelajar....kalau nak kerja yang adventure... ni antara kerja yang adventure... bukan senang nak didik pelajar zaman sekarang untuk mencintai ilmu dan berakhlak... biasa orang nak ilmu sebab nak kerja... apa punya prinsip da.... mata duitan betul la orang sekarang ni....sebagai pendidik kena tunjuk contoh yang baik kepada pelajar... inilah ruang untuk kita memperbaiki diri kita..

ok... dah cukup 3 kerja ni yang saya hurai... nak tahu mana yang best... fikirkan lah sendiri... tapi yang paling best aku rasa.. jadi pendidik... dan jadi jurutera di syarikat sendiri... kerja jadi suri rumah paling aku tak sanggup... sebab tu kerja paling susah... bukan kerja remeh....untuk lelaki lelaki yang rasa kerja suri rumah ni kerja remeh... buat la kerja suri rumah tu... jadikan karier anda... jadi Mr Mama....hahaha...
Komen: 
6 comments