Luahan hati seorang pendidik
Sabtu, Mac 19, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:32 PG
kalau tanya saya apa makna kepuasan... kalau masa belajar dulu... kepuasan bererti berjaya menyiapkan assigment tanpa meniru... biar salah pun puas hati...kita dah cuba... kalau masa sekarang sebagai pendidik... kepuasan ialah apa bila pelajar dapat faham apa yang kita ajar...
tadi sebenarnya aku dah nak tidur... tapi bila teringat kat pelajar aku yang tak hantar lab report ni rasa nak sangat tulis kat sini untuk pedoman pelajar kalau ada la orang baca blog ni...haha...teringat juga pada pelajar aku yang datang lambat kelas tadi...
awal2 aku masuk kelas dulu... diorang menepati masa... makin lama makin lambat pula... aku kena guna ketegasan ni... aku ugut minggu depan sape datang lambat lima minit... kedatangan zero... mungkin sebab inilah pendidik lain lebih suka menjadi pensyarah yang garang... supaya pelajar tak pijak kepala... ahhh... aku tak suka nak marah orang... dan tak suka orang takut dengan aku... sebab aku tak suka dimarah dan takut dengan orang... aku kan nak jadi pendidik yang dekat dihati pelajar...tapi aku tak nak sampai dibuli pelajar...
lupa pulak aku nak bagi ceramah pasal kepentingan menepati masa... aku memang hangin dengan orang yang tak pandai nak jaga masa... masa kan lagi bernilai dari emas... masa berlalu tanpa mampu disekat... kalau anda rasa masa anda tak bernilai... cuba hargai masa orang lain yang rasa masa mereka bernilai....hormat la orang lain sikit... lagipun adab menuntut ilmu... pelajar mesti menghormati pendidik... sepatutnya pelajar la yang datang dulu dari pendidik... ini... terbalik pula jadinya...
pasal lab report tu... aku tengok budak ni buat banyak salah... main tiru kawan la.... aku bagi balik lab report tu semalam.. suruh betulkan balik mana yang salah... tak nak mereka dapat markah rendah... dah la subjek tu ramai repeat biasanya... bukan aku suruh buat lain... betulkan sikit je... tak sampai sejam pun boleh siap benda tu... aku suruh hantar hari ni... tak der sorang habuk pun hantar... dah la lab report yang patut hantar minggu ni pun tak di hantar... puas aku tunggu lab report petang tadi... senang jadi demo lab budak degree lagi.... sonang... dengar kata...
kita nak bantu dia... tapi diorang tak nak bantu diri sendiri... adoi la.. apo nak dikato... sabar jer la... jadi pendidik kena banyak bersabar... tapi tak nak mereka rosak kerana kesabaran dan toleransi yang aku berikan... dengan aku tak apa... aku boleh sabar lagi setakat ni.... tapi dengan pendidik lain.. tak nak la aku melatih pelajar jadi melampau... aish... tak boleh jadi ni...
wahai pelajar... jangan mulakan api kemarahan seorang pendidik... ketahuilah keredhaan pendidik amat penting bagi mu sebagai seorang pelajar... tolong hormati mereka... kerana banyak ilmu kamu miliki dari mereka... jangan sesekali sakiti hati guru.....