Rahsia Bahagia
Ahad, Mac 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:32 PTG
rasa tenang sangat ...
walaupun terpaksa melalui kehidupan baru...
walaupun terpaksa merantau ke seberang laut...
walaupun terpaksa bekerja dulu tanpa gaji 3 bulan...
walaupun terpaksa menangguhkan pengajian sebelum ini...
walaupun terpaksa memendamkan impian buat seketika...
Kenapa yer? Nak tahu sebabnya?
Meh saya ceritakan rahsia untuk bahagia...
Mula mula cuba hayati lagu ni...
Hakikat Bahagia >> UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
hmmmm.... best kan lagu ni...
saya suka sangat lirik dia...
kunci untuk bahagia adalah syukur dan sabar...
walau apa benda yang kita hadapi....
bersangka baiklah kepada Allah...
berfikiran positif dalam menghadapi kehidupan...
percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku....
tak payah pening fikir pasal apa yang tak berlaku...
hadapi kenyataan walaupun dalam mengejar angan angan....
mungkin kenyataan hari ini mampu merealisasikan impian kita di hari muka...
kita tak mampu ubah kenyataan tapi kita mampu ubah fikiran kita tentang kenyataan tersebut...
jadikan kenyataan yang berlaku sebagai batu loncatan untuk kita membina impian baru... jangan berhenti mengejar mimpi...
sedikit puisi dalam bahasa inggeris...
Just follow the flow...
Because that is the best way create for us...
No need to sad...
If we don't get what we want...
Because what we get...
Are the best for us...
Just happy with our life...
Allah know everything...
Jom sama sama kita menjalani hidup yang bahagia...Alhamdulillah...
P/s: takut sangat kebahagiaan ini ditarik olehNya...