Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan

Tiang itu Penting

Sabtu, Mei 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:36 PTG
Pernah tengok orang buat bangunan... lama mana diorang pacak tiang atau nama penjajahnya piling... biasanya proses buat tiang ni... separuh dari masa pembinaan keseluruhan... kalau buat bangunan tinggi lagi la lama... buat rumah biasa pun lama... bila dinding dah naik.. sekejap jer rumah tu siap... kenapa lama yer kita kena buat tiang? sebab macam tajuk saya diatas... tiang itu penting... jadi masa buat tiang tu kena bagi fokus yang lebih... pastikan ianya mengikut spesifikasi... barulah bangunan yang dibina tu selamat untuk diduduki.... bayangkan kalau tiang tu kita buat cincai2 saja... berapa lama agaknya bangunan tu mampu bertahan... setelah beratus ribu atau mungkin berjuta kita laburkan untuk buat bangunan tu... berani ker kita naik? duduk dan bekerja di bangunan tu....

kebelakangan ni... banyak bangunan rosak... cuba tengok stadium kat terengganu... cuba tengok MRR2... berapa kali kena baiki... tengok bangunan kat putrajaya... baru jer siap... ada jer yang rosak... belum saya cerita bangunan sebuah perpustakaan ditempat saya kerja lagi... dinding retak seribu... lantai tingkat atas dah menurun... adoi... pelajar nak belajar pun susah... ada sebuah institusi pendidikan tu... pun bangunan mereka nak runtuh... dunia sekarang... ramai yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan awam... asal dia dapat duit... dapat makan rasuah.. bangunan runtuh ... orang mati tersepit pun tak apa... asalkan dia dapat masuk neraka...hahahaa....

biasa kita tengok pentingnya tiang pada bangunan... tapi jarang kita lihat pentingnya tiang agama pada manusia... apakah tiang agama itu... SOLAT... banyak ibubapa yang lebih mementingkan pembangunan lahiriah anak2 berbanding pembangunan rohaniah anak2... berapa ramai ibubapa yang gembira bila anak mereka mampu membaca dan mengira... tapi berapa ramai yang menghantar anak mereka belajar mengaji.... berapa ramai ibubapa yang sanggup berhabis duit untuk anak mereka belajar di kolej dan universiti... tapi berapa ramai ibubapa yang berani hantar anak mereka ke sekolah pondok? kata mereka kalau hantar sekolah pondok nanti keluar nak kerja apa? jadi ustaz...mana glamour...

Tapi berfikirkah mereka... buat apa anak mereka jadi engineer kalau buat bangunan tapi akhirnya bangunan tu runtuh?... buat apa jadi doktor tapi tolong gugurkan bayi tak bersalah dari rahim si penzina?... buat apa jadi peguam kalau membela orang yang salah?... buat apa jadi pemimpin kalau hanya gila kuasa?... buat apa jadi penghibur kalau hanya perosak bangsa?... kenapa saya cakap begini... sebab segalanya bermula dari sebuah tiang... yang dibina sejak kecil... kalau tiang tu tak kukuh... rosaklah insan itu... biarpun dia seorang jurutera, doktor, peguam atau pemimpin....

Fikir balik.. berapa ramai yang sanggup merotan anak bila anak tak nak pergi sekolah... tapi berapa ramai pula yang sanggup merotan anak bila anak tak mahu solat... tiang itu mestilah dibina dengan kukuh dari bawah lagi... barulah mampuu menghasilkan bagunan yang utuh walau dilanda tsunami kehidupan... kalau dari kecil lagi diajar solat... bila dah besar... sibuk macam mana pun dia akan tetap mengerjakan solat... kalau tak pasti hatinya tak tenang....

Aku sebagai pendidik... ajar budak2 yang dah 20 tahun hidup... bagi masa untuk solat... pergi la solat... kadang2 tu siap halau... tapii mereka buat dekkk jer... "nanti la cik... nanti lepas ni kami pergi solat...", "nantilah cik... sikit lagi ni... siapkan dulu..." dan " lepas siap kemas ni kami pergi la solat"... pening kepala aku... takut aku sekali menanggung dosa... tapi mereka degil... ada hari tu aku hantar kat depan masjid... aku balik rumah untuk solat sebab kat masjid tu tempat ambil wuduk untuk muslimah kena kunci... ambil diorang... diorang tak solat dengan alasan... malu la...tak ada tempat,... ustaz tengah mengajar... rasa nak tumbuk jer sorang2... dush..dushh.. dushhh....

bila lihat macam ni la remaja kita hari ni.... ni yang jenis baik lagi... bukan yang jenis kutu tu... saya tak hairan kenapa masyarakat kita makin punah.. dah tiang bukan dari cengal... tiang dari span jer... sekejap jer bangunann itu boleh runtuh... tak pelik la kalau beli kereta...kereta rosak... beli rumah... rumah roboh... nak berurusan pun kena hulur duit.... kerana rasuah semakin bermaharajalela... bila manusia tak kenal tuhan... mereka tak kenal matlamat hidup.. bila tiang dah tak kuat... apa yang datang... itu yang dikejar... biarpun ianya hanya kenikmatan yang sementara... kalau keadaan ni berterusan... tak lama lagi.... ranaplah Malaysia...

Ceramah 5

Jumaat, Disember 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:26 PTG
Penceramah: (Maaf saya tak salin namanya)

Ringkasan Ceramah:

Keluarga bahagia
1) Tahu menghormati
2) Faham islam
3) Saling berkasih sayang
4) Bersederhana dengan kehidupan
5) Sebut kesalahan sendiri

Kebaikan bermula dari:
1) Faham agama
2) Zuhud pada dunia
3) Tengok aib sendiri

Amalan di pagi hari:
1. Ucap Alhamdulillah dan doa bangun tidur
2. Membaca al-Quran
3. Solat sunat subuh (baca surah alamnashrah dan alamtarakai)
4. Solat subuh
5. baca astaghfirullah 3 X paling kurang
6. Mendengar kuliah subuh
7. Sedekah sebelum terbit matahari

Nilaikan pada diri kita adakah kita menggunakan sebaiknya:
1. Masa yang diberi (Umur)
2. Anggota badan
3. Ilmu
4. Harta (dari mana dapat dan macam mana guna)
4 kategori harta :
a) Input halal output halal
b) Input halal output haram
c) Input haram output halal
d) Input haram output haram

Lapan wirid:
1. Solat berjemaah
2. Solat sunat (9):
a)Wuduk
b)Rawatib
c)Witir
d)Tahajud
e)Dhuha
f)Taubat
g)Hajat
h)Ishtikarah
i)Tasbih (1 minggu sekali)
3. Baca al-Quran (100 ayat sehari)
4. Zikrullah: (1000 X sehari)
i) Lisan dan hati
ii)Hati sahaja
iii) Lisan sahaja
5. Selawat nabi (1000 X sehari)
6. Sedekah
7. Majlis ilmu
8. Puasa sunat

Empat bulan yang mulia:
1. Rejab
2. Zulkaedah
3. Zulhijjah
4. Muharam

Tiga puluh hari yang mulia:
1. 10 akhir Ramadhan
2. 10 awal Zulhujjah
3. 10 awal Muharam

Amalan Asyura
1. Puasa
2. Solat sunat
3. Mandi (macam mandi mengangkat hadas besar dengan doa bebaskan kami dari segala penyakit rohani dan jasmani)
4. Sedekah

"Usirlah dunia sebelum dunia mengusir kita"

Ceramah 4

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:07 PG
Penceramah : (Maaf saya tak ingat nama)

Ringkasan Ceramah :

Nombor menuju akhirat
1 --> Allah
1 --> Rasul
1 --> Kitab
5 --> Rukun Islam
6 --> Rukun Iman
2 --> Rukun Ihsan
13 --> Rukun Solat

Tiga dasar urusan akhirat
1)Kepala --> Islam
>> Islam menjamin keselamatan di dunia dan akhirat
>> Islam sepatutnya dijadikan sebagai cara hidup
2)Tiang --> Solat
>> Solat boleh mencegah daripada melakukan perkara mungkar
>> Maksiat berleluasa sekarang ni kerana bertambahnya orang yang mengabaikan solat
3)Kemuncak --> Jihad

Tiga golongan yang dihadapi pendakwah...
1. Orang yang berilmu tapi pentingkan diri sendiri... tidak menyampaikan ilmu yang dipunyai kepada orang lain... dia sorang dia jer beribadah.. kira macam abid la...
2. Orang yang kurang ilmu atau jahil... tidak melihat islam secara menyeluruh... hanya melihat dari sudut tertentu... contoh macam orang buta pengang tali gajah... bila ditanya rupa gajah macam mana? dia kata macam tadi... bila disuruh pegang kaki.. rupa gajah macam apa? dia kata macam tiang... bila disuruh pegang telinga... rupa gajah macam apa? dia kata mcam dinding... apabila tak boleh lihat menyeluruh ... maka kita tak tahu bentuk sebenarnya... macam orang yang mengasingkan hal politik, ekonomi dan lain2...daripada islam...jadi lihatlah islam secara menyeluruh.. mengenali dengan sempurna...
3. Musuh islam... ni memang orang2 yang menentang islam la...

Maksud Hikmah --> Tepat dan betul berdasarkan dalil

Taqwa --> Takut yang mendekatkan diri kita dengan Allah.. Taat tanpa maksiat... zikir tanpa lupa... ada 1 lagi...saya tak sempat nak salin...

Ceramah 3

Khamis, Disember 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
Penceramah : Dr Zukifli Muhammad al-Bakry

Ringkasan Ceramah:

Ada empat perkara kebaikan yang di bincangkan:
1) Salam
2) Memberi orang makan
3) Sambung silaturrahim
4) Solat malam

ok kita pergi satu persatu... mulakan dengan salam... salam adalah sesuatu yang sangat hebat... lain dengan selamat pagi... yang hanya untuk waktu tertentu... memberi salam adalah satu perkara sunat yang lebih afdal daripada wajib iaitu menjawab salam... sesungguhnya memberi lebih mulia daripada menerima salam.... semoga kita sama2 mengamalkan salam ini setiap kali bertemu sesama muslim....salam diutus... memanjat doa... menyambung hubungan...

ada beberapa cerita yang dikongsi bersama mengenai kehebatan salam ni... satu hari Rasulullah s.a.w pergi berjumpa wanita-wanita ansar... Rasulullah s.a.w memberi salam sehingga tiga kali barulah salamnya dijawab serentak oleh wanita-wanita ansar dalam rumah tersebut... Rasulullah s.a.w bertanya kenapa tidak menjawab salam baginda yang pertama dan yang kedua... wanita-wanita ansar itu menjawab... supaya nabi mendoakan kesejahteraan mereka beberapa kali kerana salam itu adalah doa.... Rasulullah s.a.w pernah berkata wanita yang paling bijak adalah wanita ansar....

kisah kedua ialah kisah Imam Syafie yang dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan yang tidak dilakukannya di depan amirul mukminin Khalifah Harun al-Rasyid... Iman Syafie terlebih dahulu memberi salam kepada Harun al-Rasyid... maka amirul mukminin tersebut menjawab salam... lepas tu Iman Syafie cakap... Alhamdulillah aku diberi ketenangan... Harun al-Rasyid tanya kenapa? Iman Syafie jawab... sebab amirul mukminin dah jawab salam aku... mendoakan kesejahteraan aku...akhirnya Iman Syafie terlepas dari hukuman itu dan dilantik menjadi antara orang penting dalam negara kerana kebijaksanaannya...

kisah terakhir mengenai salam... Hassan cucu baginda Rasulullah s.a.w bergaduh dengan adik tirinya... langsung tidak bercakap... menghampiri hari ketiga adik tirinya menemui Hassan berkata... Ibumu sungguh mulia... Fatimah Az-zahra puteri kesayangan baginda... jauh jika mahu dibandingkan dengan ibuku... jadi tidak mahu jadi lebih mulia daripada kamu dengan memberi salam kepada kamu dahulu... biarlah kamu yang lebih mulia memberi salam kepadaku dahulu... akhirnya Hassan memeluk adik tirinya dan mereka salam bermaafan....

Petanda haji mabrur ada dua... lepas balik haji... pertama dia selalu bagi salam... kedua dia suka beri orang makan... orang yang suka beri makan orang lain Malaikat akan mendoakannya dan beristighfar ke atasnya... dan orang yang menerima makanan darinya juga akan mendoakannya... mari kita kongsi 1 lagi kisah... mengenai seorang lelaki kaya yang dermawan... kat tepi rumah dia... dia letak satu balang yang diisi susu unta dan sebekas roti... jadi sapa2 yang nak makan boleh makan makanan yang dia sediakan tu... sentiasa ada... suatu hari dia pergi berburu... jauh mengambil masa 1-2 perjalanan pergi.... ketika berburu... dia terjerlus dan termasuk dalam gua... kawan2nya cuba panggil namanya tapi tiada sahutan.. rakan2nya tanda kawasan dia terjerlus dan pergi mendapatkan bantuan... lebih kurang 3 hari lepas kejadian... bantuan sampai dan usaha mencari dimulakan... pada hemat orang biasa mungkin hanya mayat lelaki tersebut ditemui... tapi yang ditemui ialah lelaki tersebut yang masih hidup dan sihat... bila ditanya dia maka apa dalam gua duduk sorang2? dia kata setiap kali bangun pagi... dia disediakan dengan sebalang susu dan roti... itulah hikmah orang yang suka memberi orang lain makan...

seterusnya bab silaturrahim... orang kita ni hanya kerana tanah sekangkang kera pun boleh bergaduh... orang yang Allah akan panjangkan umurnya dan murahkan rezekinya ialah orang yang mengeratkan silaturrahim... rumah orang yang selalu memiliki tetamu akan mendapat berkat...

solat malam pula... bukan bermaksud solat isyak.. tapi yang dimaksudkan ialah solat di tengah malam dimasa orang lain enak lena diulit mimpi... solat tahjud... qiamullai... diwaktu malam dia berkhalwat dengan Allah... memohon doa... mengadu nasib... memperkukuhkan ikatannya dengan yang Maha Kuasa... ada satu kisah... tapi saya tak berapa ingat raja rom rasanya.. tanya apa kelebihan tentera islam... kelebihannya ialah diwaktu malam mereka seperti abid/paderi tekun beribadat kepada Tuhan, manakala diwaktu siang mereka adalah seperti panglima yang berani... maka raja tersebut berkata... kalau macam tu kita pasti akan kalah... betapa kuatnya hubungan dengan Tuhan... itulah yang menggerunkan musuh islam... terlalu banyak sebernarnya kelebihan solat malam... untuk dibincangkan salah satunya muka akan bercahaya.... hati akan tenang....

Inilah 4 perkara yang di bincangkan... perkara 1 hingga 3 menunjukkan hubungan manusia dengan manusia... manakala yang ke 4 menunjukkan hubungan manusia dengan Allah... segalanya perlu dijaga sebaik mungkin... InsyaAllah...

P/s: Maaf kalau ada salah silap... kerana penulisan ini 90% hanya sekadar apa yang diingat (malas nak salin panjang2)... harap tolong tegur kalau ada yang salah tu...

Ceramah 2

Rabu, Disember 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:10 PG
Penceramah : YB Ustaz Taib Azamuddin

Ringkasan Ceramah:

Ceramah ini berdasarkan kitab Fiqh Keutamaan. Kita perlu menggunakan akhirat untuk memimpin dunia... Masukkan nilai akhirat dalam kehidupan kita... maksudnya... jangan asingkan dunia dengan akhirat... contohnya duit RM50 dari hasil jualan kuih dan duit RM50 dari hasil riba... dari nilai dunia kedua-duanya sama... bernilai RM50... tapi nilai akhiratnya sangat berbeza... hasil jualan kuih tu duit Halal... tapi duit riba tu Haram... bila kita melihat dunia dari sudut dunia semata-mata.. kita tak akan dapat apa2 untuk akhirat nanti... sedangkan dunia ini hanya sementara dan akhirat itu selamanya... bila kita masukkan akhirat dalam kehidupan kita.... kita akan buat benda baik.. sebab kita nak ganjaran yang baik di akhirat... sesungguhnya... segala apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada hikmahnya... contoh lain ialah... tempat ambik wuduk... kekadang direka hanya untuk nampak cantik dalam seni reka.. tapi tidak mengira faktor ergonomik... iaitu tidak mengambil kira keselesaan pengguna.... jangan kerana nak cantik... keselesaan penggunan untuk beribadat pun susah....
mmm... ada sikit penambahan... pasal ubah nasib... kita perlu ubah diri kita dari dalam... bukan ubah faktor luaran semata-mata...

seterusnya ustaz membincangkan tentang perumpamaan menjala dilaut dalam dengan menggunakan pukat pantai... kita manusia ada kelebihan tersendiri.. kita bukan hebat dalam segala bidang... kita mungkin hebat dalam bidang A... tapi kita mungkin tak tahu apa yang ada dalam bidang B ... bila orang tanya kita tentang bidang b terus terang sajalah kita tak tahu... serah pada yang pakar dalam bidang b... jangan buat-buat tahu pula kerana takut nak mengaku tak tahu... nak cakap tak tahu takut orang kata bodoh... tapi kalau kita jawab juga apa yang kita tak tahu tu... nanti jawapan kita akan menampakkan juga yang kita ni kita tak tahu sebab kita mungkin memberikan jawapan bodoh... itulah maksud perumpamaan tu... dah kita ada pukat pantai jer... menjala la kat pandai... jangan cuba menjala di laut dalam... satu lagi... kalau tahu sikit2 jer satu2 ilmu tu... jangan berlagak pandai... ulas merapu meraban... kita duk atas permukaan laut dalam tu jer.. tapi tak menyelam mengetahui segala isi laut dalam tu... kata orang kelantan jangan dok oyak kok sey dey kalu tak tahu... maksunya jangan main taram jer...nak tahu juga... gunalah peralatan menyelam... belajar menyelam... baru boleh selam...dan kongsikan pengalaman menyelam...

satu lagi pasal jangan mempersulitkan hal yang dipermudahkan syariat... contohnya secara afdal ambik wuduk dari hujung jari ke siku... tapi kekadang kalau paip tinggi yang nak ambik wuduk tu rendah... kalau buat macam tu kan nanti basah seluruh badan... ada lagi contoh lain... kalau akikah kambing... afdalnya hanya memotong dibahagian sendi sahaja... tapi kalau akikah guna lembu,... takkan tak potong tulang lembu? panjang sangat nak di masak... ikut logik la... pasal sejadah... tongkat masa khutbah pun ada yang nak dipertikaikan... padahal semua tu bukanlah keutamaan... sampai kekadang orang nampak macam islam tu susah... daripada duk bergaduh benda remeh... lebih baik ajak orang datang masjid....

P/s: Ringkasan ni mungkin ada tokok tambah dari saya dan mungkin juga tidak lengkap atau tidak mencapai maksud sebenar... salah silap harap tegur saya...

Ceramah 1

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:33 PG
Penceramah : Ustaz Long Kechik (UNITEN)

Ringkasan Ceramah :

"Ilmu seperti air tidak bertakung di tempat tinggi. Air hanya bertakung di tempat yang rendah"
--> orang yang meninggi diri tak akan dapat ilmu... hanya orang yang merendahkan hatinya dapat menimba ilmu...

Fungsi masjid:
1) Pusat Dakwah
2) Pusat Ilmu
3) Pusat Ibadah
4) Pusat Hikmah

Ceramah ini banyak berkisar tentang dakwah... setiap yang mengaku islam wajib berdakwah... bukan setakat mengabdikan diri kepada Allah... Ummat Muhammad a.s ialah ummat yang terbaik kena perlu menyambung tugas rasul iaitu berdakwah... ummat rasul lain tak perlu berdakwah... sebab dakwah ni hanya tugas rasul...

Perbezaan antara rasul biasa dan rasul terakhir
1) Rasul biasa diturunkan untuk kaum tertentu
--> Rasul terakhir untuk semua ummat manusia
2) Rasul biasa berdakwah pada kawasan tertentu
--> Rasul terakhir berdakwah untuk seluruh alam
3) Rasul biasa bertugas sehingga baginda wafat sahaja
--> Rasul terakhir wajib bertugas sehingga kiamat

Jadi setelah wafat, siapa yang nak sambung tugas Rasulullah s.a.w kalau bukan ummat islam... dengan dakwahlah islam tersebar ke serata dunia... kerana dakwah juga kita sekarang mengecapi nikmat islam...kita sebagai ummat islam ada 2 tugas iaitu berdakwah dan mengabdikan diri kepada Allah... dakwah bukan tugas badan-badan tertentu sahaja tapi tugas seluruh ummat islam... islam kini kian lemah sebab kita sekarang lebih menumpukan perhatian kepada mengabdikan diri kepada Allah tanpa mempedulikan tugas dakwah...

Ada satu kisah... Ali r.a bertemu Rasulullah s.a.w dalam gua... Ali r.a melihat Nabi menangis mengenangkan ummat akhir zaman... Ali bertanya kenapa?... Nabi suruh Ali tengok ke satu sudut... Ali nampak seekor merak cantik tapi makan bangkai busuk... Ali tanya apa maksudnya... Nabi jawab... begitulah ummat akhir zaman... nampak hebat... pakai baju cantik.. duduk rumah mewah... ada kenderaan besar... tapi dalam hati teruk... kotor... busuk... lupa tuhan... hanya lebih pada dunia semata2... Nabi suruh pulak Ali melihat ke sudut lain... dan Nabi kata bunuh apa yang dilihat... Ali melihat seorang yang sangat tekun beribadat... Ali bertanya kepada Nabi... kenapa? Nabi kata dia hanya tekun beribadat tanpa mempedulikan kaumnya yang lain...macam dia sorang jer nak masuk syurga...

pesanan dari ustaz... kita ni ummat islam selalu suka bergaduh... pasal politik pun berpecah.. pasal benda remeh pun gaduh... bertekak antara satu sama lain... antara mazhab berbeza... saling menyalahkan ... macam mana nak bersatu... anggaplah mazhab itu umpama uniform tentera... tentera kan ada macam2 uniform... yang udara lain dari yang laut... tapi mempunyai tujuan yang sama untuk menjaga keamanan negara... uniform tidak perlu dipertikaikan... hormatilah mazhab lain...marilah kita bersatu...

p/s: Kalau ada apa2 salah harap perbetulkan... sebab saya ingat2 lupa masa menulis ni...