Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Racist

Khamis, Mei 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:38 PG

Bila orang sibuk bicara pasal racist ni... saya pun nak  cakap pasal racist juga... ikut perkembangan semasa la nak dikatakan... dibesarkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya... ini saya luahkan pandangan saya sebagai orang Melayu disini...

Sebelum itu... saya ceritakan dulu sejarah saya... Saya dibesarkan dalam keluarga melayu... ada sorang sepupu kawin dengan cina... masa tadika saya tak ada kawan lain bangsa sebab saya belajar di tadika islam... Tapi sejak darjah 1 hinggalah berkerja saya telah bercampur dan berkawan dengan pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk malaysia....opps... lupa... saya asal dari kelantan yang majoritinya adalah melayu...

Hari tu masa anak kepada sepupu saya yang maknya cina tu  kawin... ramai sanak saudaranya datang melawat sambil menolong memandangkan kerja kenduri ni 'bekwoh' (big work)... tiada masalah kami bersama di dapur memasak... bersama di ruang tamu berbual meraikan pengantin...yup tiada racist disini walaupun kami berlainan agama dan  bangsa...sekarang anak sepupu saya tengah tunggu hari jer untuk melahirkan anaknya yang sulung...

Masa zaman sekolah mungkin saya kurang rapat dengan bangsa lain kerana mereka terlalu sedikit... sebab saya kan berasal dari kelantan...saya cuma bertegur sapa sahaja... ohh.. teringat masa darjah 3... rakan sekelas yang berbangsa cina taja Aiskrim untuk 1 kelas pada jamuan akhir tahun... best....masa di matrikulasi dan PLKN pun saya juga tidak terlalu rapat dengan bangsa cina sebab mereka tak ramai hanya mungkin 10% sahaja...

Saya mula rapat dengan bangsa cina ni masa saya belajar di universiti... maklumlah kerja kumpulan kena buat berbilang agama, bangsa dan jantina... itu syarat dari pensyarah untuk menyatukan kami anak Malaysia... saya sangat suka berkerja dengan bangsa cina ni berbanding dengan bangsa melayu itu sendiri... ini semua masalah sikap... nama jer Melayu dan Islam tapi tak bertanggungjawab dan tidak menepati masa.... orang melayu jangan marah.. ini realiti... kita sendiri yang kena ubah....

Realiti yang sebenar kenapa sampai sekarang melayu masih dibawah.... melayu perlu akui... ini semua salah kita bukan salah orang lain... cuba lihat... berapa ramai orang kita jadi sampah masyarakat... ini salah kita bukan salah orang lain... kita yang menentukan hidup kita... kita kena usaha... kita ada Allah untuk berdoa... kerana doa itu senjata muslim... solat dan aurat sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga agama kononnya...

cuba kita periksa diri kita sendiri... kenapa kita hanya disini... cuma tengok kerjasama dikalangan orang melayu,.. benda kecil pun boleh gaduh besar... cuba tengok dengan janji melayu... saya hairan macam mana orang melayu boleh bangga dengan janji melayu yang langsung tak beretika kerana tidak menepati masa... cuba tengok amanah yang diberikan... adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik... kita nilai sendiri kenapa kita terus ditindas di negara sendiri... kerana kita yang menindas diri kita sendiri... selesa berada di zon selesa...

saya nak kongsi pengalaman saya semasa belajar... kenapa orang cina ni boleh berjaya... sebab mereka ada sifat kerjasama... diorang bersatu... diorang akan tolong kawan dan junior diorang yang lemah... diorang sangat rajin...kerja dengan sangat bersungguh-sungguh kalau buat projek berkumpulan dengan diorang tak perlu lah risau kerana mereka akan memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut... kalau buat mesyuarat memang datang tepat pada masanya.... bukankah ini semua nilai yang diajar oleh islam... kenapa kita melayu yang beragama islam tak mengamalkannya... lepas tu salahkan cina bila mereka berjaya...

bila saya kerja sebagai seorang pendidik... saya mendidik pelajar dari pelbagai bangsa dan agama sebab saya mendidik anak bangsa di seberang laut...saya dapat lihat dengan jelas sikap pelajar islam sangat berbeza dengan pelajar bukan islam... pelajar bukan islam sangat rajin berusaha... mereka nak keputusan yang cemerlang... tapi malangnya  pelajar islam hanya target nak lulus saja... mereka bukan lemah... tapi mungkin kurang motivasi... dan pendedahan tentang kepentingan ilmu

saya masa kecil sebenarnya agak racist... kenapa cina nak rampas hak orang melayu... kenapa melayu gagal ditanah sendiri dan ditindas orang cina... hanya menjadi pekerja bawahan... tapi bila dah belajar tinggi... bergaul lebih rapat dengan mereka... saya tahu... mereka berjaya kerana sikap mereka... kita gagal kerana kita gagal mengubah sikap kita... sampai bila kita nak terus begini?

mereka bukan musuh kita... salah satu ayat dalam al-Quran... kita diciptakan dari perbagai bangsa untuk saling mengenali... bukan untuk saling bermusuhan... mungkin kebanyakkan dari kita yang berbangsa melayu ini beragama islam... dan mungkin kebanyakan dari mereka  itu beragama lain...  bergaul dengan mereka dengan sikap yang baik mungkin itu adalah salah satu jalan dakwah bagi kita untuk mendekatkan mereka dengan agama fitrah ini...

tolak titik perbezaan carilah titik persamaan... bukan bermaksud kita menerima agama mereka... tapi kita terima mereka sebagai sama-sama rakyat Malaysia yang sangat dicintai ini... Keamanan untuk Malaysia... Kami sayang Malaysia...
Komen: 
0 comments