Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…

Isnin, Mac 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:37 PTG
Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…
Ketiga tiga ni ni adalah perumpamaan untuk seorang yg bergelar gadis…
Kita mulakan dulu perbincangan ni tentang gadis yang seperti rama2. Rama2 terbang bebas, menonjolkan kecantikannya dikhalayak umum. Berkawan bersama si kumbang sambil mencari madu di bunga. Rama2 x kenal erti malu. Dia rasa dunia ni dia yg punya. Dia x kisah dirinya disentuh oleh manusia. Malah dia bangga bila dia menjadi tarikan ramai. Dia hanya mungkin sedar bila coraknya yang cantik sudah hilang dek sentuhan manusia. Itulah antalogi bg seorang gadis murahan. Dia bebas melakukan apa saja. Dia bangga dirinya jadi tarikan ramai punya kawan yg ramai, bebas bergaul dengan sesiapa sahaja asalkan dia dapat ENJOY. Sebab tu biasanya dia pakai seksi. Sebab dia bangga dengan kecantikan yg ada padanya. Dia nak semua org tengok. Malah dia x kisah kalu ada org yang nak rasa kecantikan tu. Asalkan org tu dapat membahagiakannya. Dia hanya mungkin sedar apabila orang yang meragut kesuciannya itu meninggalkannya. Tapi segalanya sudah tidak berguna. Maruahnya sebagai gadis telah diragut. Hanya taubat nasuha mampu penghapus dosanya.

Pasal buah epal plak. Gadis seperti buah epal ni banyak. Ada bermacam peringkat. Kita mulakan dulu dari buah epal yang rendah. Kalu yang rendah ni biasanya di ambik org dengan senang jer. Hampir sama ngan rama2. Cuma dia x menonjolkan dirinya macam rama2. Dia biarkan dirinya diambil org dengan mudah. Kalu org tu x suka epal tu. Orang tu akan membuang epal tu sesenang ia mengambil epal tu. Jenis epal yang kedua ialah epal yang pada awalnya ada kat atas. Tp bila dah lama kat atas. Dia rasa macam puas dah nak menunggu. Dia jatuhkan dirinya ke tanah. Nasibnya akan sama dengan epal pertama. Epal yang ketiga ialah epal yang kekal diatas. Dia x mungkin menurunkan dirinya ke bawah walau apa pun terjadi. Dia akan tetap terus menunggu jodohnya dia atas. Hanya orang yang sanggup menghadapi risiko untuk mendapatkan epal diatas sahaja yang mampu mendapatkannya. Biasanya kalu orang dapat epal ni orang akan hargai sebab mereka sudah bersusah payah untuk mendapatkan epal ni. Cuma keburukan epal ni adalah ia terdedah. Terdedah kepada persekitarannya. Dia kena kuat untuk terus berada di atas. Melawan angin yang cuba menjatuhkannya.

Antologi bagi gadis yang menyerupai 3 jenis epal ni. Bagi epal yang pertama gadis tu adalah seorang yang mudah menerima lelaki sebagai teman hidup seperti bercouple. Mereka mudah bertukar pasangan atau memasang banyak perangkap cinta. Bagi gadis yang jenis epal yang kedua adalah asalnya seorang gadis pemalu dan suci. Tapi akibat desakan nafsu. X mahu kalah dengan kawan2 yang dah punya couple. Dia sanggup murahkan dirinya semata mata nak membuktikan dia pun laku. Gadis ini tidak percaya dengan jodoh yang telah ditentukan. Dia takut dia tidak mendapat pasangan hidup hanya kerana dia jaga batas pergaulannya. Maka rugilah dia kerana menjatuhkan martabatnya sendiri. Gadis yang menjadi epal ketiga adalah gadis yang terbaik antara ketiga tiga buah epal. Walaupun gadis ni terdedah dengan persekitaran yang penuh godaan. Gadis ini tetap pada pendiriannya. Dia percaya kalu ada jodoh. Pasti ada orang yg memetiknya. Kalu x de jodoh pun dia redha. Sebab dia tahu jodoh tu dah ditentukan tuhan. Yang penting dia perlu terus menjaga kesuciannya.

Mutiara adalah sesuatu yang berharga. Nak dapatkannya pun susah. Lagi lama mutiara tu lagi cantik dan mahal harganya. Mutiara ni tersembunyi di dasar laut. Orang yang tahu selok belok mencari mutiara dan sanggup menghadapi risiko sahaja yang mampu mendapatkannya. Antologi bagi gadis yang benar2 menjaga kesuciannya sebagai seorang gadis. Tidak terlihat oleh orang lain, selain yang mendapatkannya dari tiramnya. Kerana ia berada di dalam tiram. Tertutup rapat dan susah dijumpai. Gadis yang macam mutiara ni akan terus menunggu kalu ada yang menjumpainya. Dia akan cuba menperbaiki dirinya dan mendekatkan dirinya kepada Allah setiap masa. Baginya cinta manusia tu x penting. Hanya cinta Allah yang didambanya. Tp kalu ada yang sudi mengambilnya sebagai isteri. Dia akan jadi isteri yang terbaik dan hanya akan berkhidmat untuk suaminya sahaja. Beruntunglah lelaki yang mendapat isteri seperti mutiara ni. Tetapi lelaki ni kena sanggup berjuang untuk dapatkanya dan memperbaiki diri serta menambah ilmu dulu kerana untuk mendapatkan yang terbaik, lelaki ini perlu menjadi yang terbaik.
>> Rasa nak sgt jd mutiara...tapi aku rasa aku x mampu...aku x layak...aku akan cuba berusaha kearah itu,....heheh
Komen: 
0 comments

Tangan VS Sudu

Sabtu, Mac 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:05 PTG
Budaya melayu adalah cara hidup orang melayu. Banyak budaya melayu yang mengikut prinsip islam tidak kurang juga yang bertentangan dengan prinsip islam. Bagi budaya yang bertentangan dengan prinsip islam memang patut diamalkan. Tetapi bagi budaya yang berteraskan cara islam patut diteruskan. Dunia sekarang telah terbalik. Budaya yang bertentangan dengan islam terus diamalkan manakala budaya yang berteraskan budaya islam mula di tinggalkan.

Contoh mudah yang ingin saya bincangkan adalah benda yang kita buat setiap hari iaitu makan. Cara makan masyarakat melayu kini banyak terpengaruh dengan budaya asing. Ramai dikalangan kita yang lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu, serta chopstick. Mereka bangga makan menggunakan cara barat yang dianggap lebih moden.

Mereka mengatakan makan mengunakan cara barat ini memberi banyak kelebihan berbanding cara melayu iaitu meggunakan tangan semasa makan yang dianggap kolot. Mereka kat makan guna sudu ni senang….tak perlu basuh tangan …tangan pun tak berbau. Itu saja kelebihannya sampai ia dianggap ‘up to date’.

Disini saya nak menjawab permasaalah itu. Pasal basuh tangan…takkan nak basuh tangan pun kita malas. Kalu basuh tangan, kita sendiri yang basuh. Kita tahu tahap kebersihannya. Kalu guna sudu, orang lain yang basuh. Kita tak tau macam mana dia basuh…ni untuk yang makan kat kedai la… Pasal tangan berbau pula…kan sabun untuk basuh tangan disediakan…apa nak takut…kalu x basuh dengan betul memang la berbau…mulut pun berbau makanan…

Makan dengan tangan ikut budaya melayu ni ada kebaikannya. Antaranya ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Makan dengan tangan kanan ada kelebihanya kerana tangan kanan dicipta Allah untuk menyuapkan makanan. Ikut kajian enzim yg ada ditangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman selepas makan.. Pastinya banyak lagi kelebihan makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah sunnah nabi.Kalu kita makan dengan cara barat pastinya kita tidak menyentuh makanan itu. Ditambah pula kita akan menyuapkan makanan tersebut dengan kedua dua tangan bukan kanan sahaja.

Saya pelik kenapa orang melayu sendiri malu nak makan menggunakan tangan. Kalu makan sup tu tak pe la guna sudu pun. Nak ambik kuah kan. Tapi yang saya pelik kenapa orang pelik kalu tengok saya makan mee guna tangan ….pelik sangat ker??? Cuba tengok orang barat.. dia orang makan masakan melayu kat Negara kita pun dengan cara mereka. Kenapa kita nak makan makanan melayu kat Negara sendiri ikut cara barat …pelik kan???

Kenapa kalu kita makan makanan barat kat Negara sendiri guna tangga. Pasti orang pandang pelik kat kita. Salahkah kita menggunakan budaya melayu itu sendiri?? Kalu kita tak tonjolkan budaya kita, sape lagi nak buat. Kita patut bangga dengan budaya kita, cara makan kita, tambah2 lagi ia adalah sunnah nabi yang kita kasihi. Jangan anggap benda tu lapuk kalu benda tu x bg kerugian kat kita untuk teruskan …lagipun benda tu boleh bg kita pahala free…nape x nak???

Fikir2 kan lah…..
Komen: 
0 comments

Cita2 ku.... Doraemon???

Selasa, Mac 17, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:08 PTG
kenapa sy suka doraemon...heheh,...sebab sy suka kucing...sy nak jd doraemon...sbb tu alamat blog ni nama doraemon melayu...sebab pemilik blog ni nak jadi doraemon melayu...hehe

sy nak jadi doraemon sbb sy nak keluarkan sesuatu untuk masa depan...dlam bahasa ringkasnya adalah pereka cipta....tu la cita2 sy sejak kecik lg....sy suka sgt cerita doraemon kut ...sebab tu terpengaruh...

bila sy sedar biasanya yg menjalankan penyelidikan untuk merekacipta benda baru ni adalah pensyarah....jd sy ubah cita2 sy tu jd pensyarah dah pereka cipta...dsamping sy mereka sesuatu teknologi...dapat juga sy membentuk masyarakat berilmu... sy dapat juga menyalurkan ilmu yg sy ada pada generasi pewaris...kalau boleh sy nak bentuk masyarakat yg berilmu dan berakhlak mulia....bukan yg rosak akhlaknya...apa guna ada ilmu...kalu punya akhlak macam syaitan...contohnya rasuah...kalu ada ilmu tggi pun...tp mengamalkan rasuah...negara akan musnah....kesimpulannya amalkan ajaran islam...pasti hidup sempurna...

tetapi semakin sy cuba menghampiri cita2 sy tu semakin sy rasa amat sukar untuk mencapainya..tp sy akan tetap terus mencuba selagi ada daya...bak kata org...lagi banyak kita tahu ..lg kita sedar sebenarnya lg banyak yg kita x tahu...jadi tuntutlah ilmu selagi kita hidup....
Komen: 
1 comments

Comel kan???

Ahad, Mac 15, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:51 PTG
Sy sgt suka akan kucing...comel sgt...

Kucinglah binatang yg paling sy syg...sy x tgk kalu org wat jahat kat kucing tu....

mesti sy akan benci org tu....heheh...





video


kucing dlm video ni sgt comel...tp kecian kat kucing yg jatuh...heheh...


Komen: 
0 comments

Takut yg Sebenar

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:14 PTG

video

Td sy citer pasal takut kat dunia ni...

ni baru takut sebenar benar takut sebab takut kita x sempat bertaubat sebelum ke alam kematian.... ni la risiko yg paling besar...sbb kita dah x boleh patah balik bila kita dah mati...menyesal kemudian tidak berguna... keputusan yg paling besar kita nak buat adalah...terus hanyut dengan keseronokan dunia yg sementara...atau bersedia mencari bekalan untuk kehidupan setelah mati yg kekal abadi....Oleh itu sentiasalah kita fikir pasal kematian...dan sentiasa menginsafi kesalahan diri...

mgkin hari ni kita mati......tiada siapa yg tau......

Komen: 
0 comments

TaKuT??? X Suker??

Jumaat, Mac 13, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:01 PTG
apa yg sy paling takut??? apa yg sy paling takut dlm dunia ni ialah risiko...hehe...rasa takut nak ambil apa juga risiko... sebelum sy sedar akan benda ni... sy ingatkan sy takut pada laju...tp fikir punya fikir ...sy sedar sebenarnya sy takutkan RISIKO....hehe...lagi tinggi risiko tu lagi sy takut...hahah...tp dalam dunia ni x de benda yg selamat...semua yg kita buat pasti akan ada risikonya... jd apa pun yg berlaku...sy terpaksa terima risiko tu....
X suka....apa yg paling saya x suka dalam hidup ni ialah membuat keputusan...ia berkait ngan risiko tu...sebab masa nak buat keputusan tu kita kena fikir pasal risiko yg mungkin berlaku... sy takut membuat keputusan yg salah...tapi keputusan wajib diambil untuk meneruskan kehidupan ni....hahah...walaupun dah ambik subjek kemahiran membuat keputusan ni...sy tetap cuak dalam membuat keputusan...sy takut sy tersilap langkah...
jd kesimpulannya....sy mesti hadapi jg benda yg sy x suka dan paling takut tu dalam kehidupan ni....walaumacam mana sekali pun sy suka cabaran...dan sy pantang dicabar..heheheh
Komen: 
0 comments

PerBEZAan

Selasa, Mac 10, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:01 PG
dalam kehidupan kita ni ada byk perbezaan...sebab dalam dunia ni kebanyakan benda berpasangan...jd setiap benda yg berpasangan tu mesti ada beza antara pasangan dia tu....untuk saling melengkapi antara satu sama lain...kalu sama, apa guna berpasangan...

begitu jugalah dengan manusia...pun ada pasangannya...lelaki dan perempuan...kedua-duanya berbeza...ada dalam nasyid kata perempuan ni dari tulang rusuk lelaki...perempuan ni bukan untuk dijunjung atau ditindas...tp dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindungi...begitulah pasangan yang saling memerlukan...aiks...tetukar tajuk la...

ok...berbalik pada perbezaan...perempuan dan lelaki memang dicipta berbeza...dan punya tarikan magnet antara satu sama lain...dulu bg sy, kalu boleh sy nak hapuskan perbezaan tu...nak jadikan perempuan sama macam lelaki...tp sekarang sy sedar...perempuan tetap perempuan...lelaki tetap lelaki ..pasti ada perbezaan...walau selembut mana lelaki itu atau sekeras mana perempuan itu...mereka tetap berbeza....

ohhh...sy nak ulas benda ni dari pengalaman sy...perbezaan sy melihat manusia berlainan jantina ini dalam melayari kehidupan...waktu zaman persekolahan sy....sy x kenal mcm mana sebenarnya manusia bernama lelaki ni....sy hanya kenal perempuan....kerana kawan sy semua perempuan....kerana sekolah sy adalah sekolah untuk perempuan sahaja....hanya ayah sy seorang lelaki...sy bercakap dari pandangan berkawan....maknanya x termasuk ayah sy....sy gembira berkawan dengan perempuan sahaja....kami saling memahami kerana kami punya jantina yang sama...heheh

tamat persekolah sy masuk plkn dan matrikulasi....masa tu pun sy x kenal lagi lelaki...walaupun kelas dah campur tp sy masih pemalu...masuk universiti sy nekad masuk kelas yg majoritinya lelaki...kerana sy minat bidang tu... sy kuatkan semangat dan sedia hadapi apa jua cabaran...bila dah masuk U ni la baru sy kenal sape tu lelaki....sbb dah byk kena buat projek kumpulan dan semestinya itu byk lelaki....dan dari situ sy tau perempuan dan lelaki memang berbeza...Apa perbezaannya??? Takut la sy nak katakan disini...nanti kena marah ngan lelaki...yg sy boleh katakan ialah sy lebih suka berkerja dalam kumpulan tanpa lelaki....hehehe....tp x bermaksud sy anti lelaki.....cuma bg sy kerja ngan pompuan ni lg senang sebab saling memahami...x tau la kalu sy memang x kenal lelaki ni sepenuhnya lagi...heheh

satu benda lagi pasal perbezaan...sy rasa dalam diri sy sendiri pun ada perbezaan...sy rasa identiti dan sifat sy di alam maya dan alam nyata berbeza...ini kerana sy seorang yg pemalu untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat sy ketika bersemuka....sebab tu lah lain kut...dan mungkin juga pemikiran dan tingkah laku sy berbeza kut..x tau la...sy rasa org yg kenal sy dlm alam maya mgkin x kenal sy di alam nyata dan sebaliknya....heheh...cuma kat cni sy cuba jd diri sy sendiri yang punya gabungan antara 2 identiti dan 2 sifat.....nak jadi diri sy sebenar...hehehe
Komen: 
0 comments

Kenapa kita dihidupkan dan dimatikan???

Ahad, Mac 08, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:22 PG
beberapa hari lepas...sy ada berchatting dengan seorang budak PUNK. Dia telah murtad dari Islam dan sekarang tidak menganut apa2 agama...free thinker.... Semasa berbual dengannya...dia ada tanya...kenapa manusia dihidupkan dan dimatikan???

Alhamdulillah....sy dapat idea nak jawab soklan tu melalui pengalaman sy sebagai seorang pelajar kejuruteraan...sy katakan...kalau manusia tu, contohnya jurutera kalau dia cipta sesuatu pasti dia akan uji benda tu ok ker x sebelum dia komersialkan benda tu....dia akan lakukan bermacam ujikaji dan terhadap benda tu untuk pastikan benda tu ok...nak uji benda tu kena la on kan dulu...baru tau dia berfungsi dengan baik x....siap uji off la dulu...pastu baru keperingkat seterusnya untuk dipasarkan ker...nak kena baiki dulu ker....nak kena buang terus....

Macam tu la juga manusia ni....Allah ciptakan manusia....Lepas tu mesti la Dia nak uji manusia ni ok ker x....dia letak dalam dunia ni...dihidupkan manusia ni....dan dimatikan semula lepas tamat ujian...kiranya dunia ni sebagai tempat ujikaji @makmal.... bermacam ujian diadakan di dunia ni...kalu kita mampu mengharugi ujian tu dengan baik....pasti kita akan dimasukkan kedalam syurga....kalu kita ada buat kesalahan.... kita akan dimasuk ke dalam neraka untuk kesalahan tu...bila cukup masa kita akan dimasukkan ke dalam syurga....tp kalu kita betul2 salah..x bertaubat...dah sesat la kiranya....kita akan terus berada di neraka....

Itu adalah pandangan sy yg sy kaitkan dengan kejuruteraan....x tau la betul ker x....kalu salah tu tolong betulkan....yang baik datangnya dari Allah ....yang kurang tu datangnya dari sy sendiri
Komen: 
2 comments

Erti Cinta

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:11 PTG
sy suka lirik ni....hehe

Alkisah bermula fantasi dunia
Mengolah bicara dalam erti cinta
Langkah kanan bertapak
Padanya tuhan yang Esa
Cinta sebenar
Kuatkan iman sepenuh rasa
Bersaksi lidah setulus minda
Bagai musafir dahaga cinta Dia
Kronologi masa hipotesis nada
Modifikasi cinta aplikasi terserlah
Jika cinta tanpaNya
Patah jiwa punah rasa
^InHeart-AN'08^
video
Komen: 
0 comments

Diri Saya

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:03 PTG
hahah...pasal diri sy ...
sy nak berpantun plak....

Pantun ini tentang diriku,
Menceritakan tentang sikapku;
Ada yang benar ada yang palsu;
Boleh dinilai bila kenal diriku.

Baju kurung pakaian harianku,
Nasi dan daging makanan kegemaranku;
Sifat malu pelindung diriku,
Agama dan bangsa asas perjuanganku.

Sudu dan garpu diletak tepi,
Tangan diguna untuk makan;
Bahasa melayu jangan ditolak tepi,
Bahasa melayu mesti dimartabatkan.

Makan banyak kalahkan lelaki,
Suka buat kerja lelaki;
Berkecimpung dalam bidang lelaki,
Buktikan perempuan setanding lelaki.

Suka menjadi hiperaktif,
Suka berlari ke sana ke mari;
Hidup kitakan kena aktif,
Jalan laju macam lari.

Membaca Mastika itulah hobiku,
Permainan komputer juga kegemaranku;
Menjadi doraemon cita-citaku,
Akan ku gapai selagi ada dayaku.

Begitulah sikap diriku ini,
Ada yang baik ada yang buruk;
Sebagai kawan diriku ini,
Bantulah aku kikis yang buruk.

hehee....tu la diri sy yg sebenar....
Komen: 
0 comments

Antara bahagia dan perjuangan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:37 PG
Mana tempat yg anda paling bahagia???
pastinya disisi keluarga tersayang...kan???
Kadang2 sy tertanya pada diri sy...
kenapa tinggalkan keluarga...kenapa tinggalkan bahagia...
padahal dalam hidup hanya bahagia yg dicari...
bukannya sy berada di luar negara...tapi hanya dinegeri lain...
tp hakikatnya skrg sy berada bukan bersama keluarga...

tapi hati ini punya jawapan...
perjuangan...itulah jawapannya...
kerana perjuangan sy sggp tinggalkan keluarga
kerana perjuangan juga sy sggp kehilangan bahagia...
kerana sy pasti suatu hari nanti sy akan mendapat bahagia itu...

walaupun sy jauh dr keluarga...
tp hati sy tetap bahagia...kerana keluarga tetap dihati...
mmm...perjuangan...kenapa demi perjuangan sy sggp jauh dari keluarga??
kerana perjuangan memerlukan pengorbanan...
seperti sajak yg sy post kan dulu...
perjuangan untuk menuntut ilmu...
demi agama, negara dan bangsa...

sy x nak agama Islam dipandang hina...
sy x nak penganutnya dipandang bodoh...
kerana tidak punya ilmu...tidak punya teknologi...
dulu zaman kegemilangan islam...ramai cendikiawan islam...
maka kalu nak islam dipandang positif...
umat islam perlu berilmu...
ilmu akan mengangkat martabat manusia ...di mata manusia...
bukan saja kekayaan yg dipandang mulia...tp ilmu...
kerana kekayaan bakal berakhir... tp dengan ilmu kekayaan boleh dijana....

x guna kalu manusia tu ada byk ilmu...
tapi x gunakan ilmu itu untuk kebaikan...
x guna juga kalu manusia tu ada ilmu...
tapi punya akhlak yg buruk...
sebab tu kita kena cari kesempurnaan tu...
walaupun ia seperti asimtot ....x mungkin mencapainya sampai infiniti...
tp kita perlu menghampirinya...
Komen: 
0 comments

CINTA KASIH SAYANG DAN HATIKU...

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:35 PG
cinta...
mudah dilafaz....
tapi susah difahami....
payah untuk dihayati...
cinta juga menuntut pengorbanan..
apa sebenarnya cinta...
milik siapa cinta itu....

cinta...
cinta itu milik Allah...
hanya dia yang layak memilikinya...
Kerna cintanya sejati ..
kerna cintanya suci...
untuk setiap makhluk ciptaannya...
tanpa cinta darinya...
hidup kita x akan sempurna...


kasih...
kasih x bermakna sayang...
kasih x perlu diluahkan...
hanya perlu dihayati...
jadi kasih itu apa...
kasih untuk siapa...

kasih...
kasih itu hanya untuk kekasih allah...
hanya untuk rasulullah...
demi kasih sunnahnya menjadi ikutan...
demi kasih perjuangannya diteruskan...
kasih tak akan pernah luput...
walaupun tanpa ia di dunia ini...
tanpa kasih darinya...
hidup kita x akan bahagia...


sayang...
kata yang selalu diungkapkan...
oleh sesiapa jua...
yang juga terbit dari hati...
dan boleh dinilai dari tingkah...
tapi fahamkah kita erti sebenar sayang...
siapakah yang berhak memilikinya..

sayang...
sayang ini milik keluarga kita...
keluarga kita yang menyayangi kita..
dengan sepenuh hati mereka...
yang mendidik kita...
dari kita kecil sampai dewasa...
yang sanggup berkorban demi kita...
kita x berhak menyayangi...
yang lain selain mereka...
tanpa sayang dari mereka...
hidup kita x akan gembira...


hati...
hati itu kosong....
tanpa cinta kasih dan sayang...
hati hanya satu...
hanya seorang berhak memilikinya..
tapi siapakah gerangannya....
yang berhak memilikinya...
yang berhak mengisinya...
dan apa pengisiannya...

hati...
dimiliki oleh pemilik tulang rusuk ini...
suamiku yang ku nantikan kehadirannya...
yang behak mengisinya dengan keimanan...
kerna pemilihannya itu berdasarkan keimanannya...
bukan kerna ketampanan, kekayaan dan sikapnya...
kerana segalanya boleh berubah...
hanya iman yang teguh saja akan kekal...
buat selamanya....
akan ku pertahankan kesucian ku ini...
untuk suamiku milikinya...

P/s: sajak ini adalah ulasan bg lagu ku ingin
Komen: 
0 comments

LAGU KU INGIN

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:31 PG
Ku ingin jadi sempurna
Tanpa adanya cinta
Ku ingin hidup bahagia
Tanpa hadirmu kasih
Ku ingin rasa gembira
Tanpa dirimu sayang

Tapi ku tak bisa
Tapi ku tak mungkin
Tapi ku tak akan

Kerna cinta ku pada Maha Pencipta
Kerna kasih ku pada kekasih Allah
Kerna sayang ku pada keluargaku

Ku ingin jadi sempurna
Tanpa adanya cinta
Tapi ku tak bisa
Kerna cinta ku pada Maha Pencipta

Ku ingin hidup bahagia
Tanpa hadirmu kasih
Tapi ku tak mungkin
Kerna kasih ku pada kekasih Allah

Ku ingin rasa gembira
Tanpa dirimu sayang
Tapi ku tak akan
Kerna sayang ku pada keluargaku

P/s : Lirik lagu ni direka sendiri...dia punya rentak hanya sy yang tau...ehehhe
kalu nak nyanyi ikut rentak sendiri pun boleh..
Komen: 
0 comments