Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…

Isnin, Mac 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:37 PTG
Antara Mutiara, Buah Epal. Dan Rama2…
Ketiga tiga ni ni adalah perumpamaan untuk seorang yg bergelar gadis…
Kita mulakan dulu perbincangan ni tentang gadis yang seperti rama2. Rama2 terbang bebas, menonjolkan kecantikannya dikhalayak umum. Berkawan bersama si kumbang sambil mencari madu di bunga. Rama2 x kenal erti malu. Dia rasa dunia ni dia yg punya. Dia x kisah dirinya disentuh oleh manusia. Malah dia bangga bila dia menjadi tarikan ramai. Dia hanya mungkin sedar bila coraknya yang cantik sudah hilang dek sentuhan manusia. Itulah antalogi bg seorang gadis murahan. Dia bebas melakukan apa saja. Dia bangga dirinya jadi tarikan ramai punya kawan yg ramai, bebas bergaul dengan sesiapa sahaja asalkan dia dapat ENJOY. Sebab tu biasanya dia pakai seksi. Sebab dia bangga dengan kecantikan yg ada padanya. Dia nak semua org tengok. Malah dia x kisah kalu ada org yang nak rasa kecantikan tu. Asalkan org tu dapat membahagiakannya. Dia hanya mungkin sedar apabila orang yang meragut kesuciannya itu meninggalkannya. Tapi segalanya sudah tidak berguna. Maruahnya sebagai gadis telah diragut. Hanya taubat nasuha mampu penghapus dosanya.

Pasal buah epal plak. Gadis seperti buah epal ni banyak. Ada bermacam peringkat. Kita mulakan dulu dari buah epal yang rendah. Kalu yang rendah ni biasanya di ambik org dengan senang jer. Hampir sama ngan rama2. Cuma dia x menonjolkan dirinya macam rama2. Dia biarkan dirinya diambil org dengan mudah. Kalu org tu x suka epal tu. Orang tu akan membuang epal tu sesenang ia mengambil epal tu. Jenis epal yang kedua ialah epal yang pada awalnya ada kat atas. Tp bila dah lama kat atas. Dia rasa macam puas dah nak menunggu. Dia jatuhkan dirinya ke tanah. Nasibnya akan sama dengan epal pertama. Epal yang ketiga ialah epal yang kekal diatas. Dia x mungkin menurunkan dirinya ke bawah walau apa pun terjadi. Dia akan tetap terus menunggu jodohnya dia atas. Hanya orang yang sanggup menghadapi risiko untuk mendapatkan epal diatas sahaja yang mampu mendapatkannya. Biasanya kalu orang dapat epal ni orang akan hargai sebab mereka sudah bersusah payah untuk mendapatkan epal ni. Cuma keburukan epal ni adalah ia terdedah. Terdedah kepada persekitarannya. Dia kena kuat untuk terus berada di atas. Melawan angin yang cuba menjatuhkannya.

Antologi bagi gadis yang menyerupai 3 jenis epal ni. Bagi epal yang pertama gadis tu adalah seorang yang mudah menerima lelaki sebagai teman hidup seperti bercouple. Mereka mudah bertukar pasangan atau memasang banyak perangkap cinta. Bagi gadis yang jenis epal yang kedua adalah asalnya seorang gadis pemalu dan suci. Tapi akibat desakan nafsu. X mahu kalah dengan kawan2 yang dah punya couple. Dia sanggup murahkan dirinya semata mata nak membuktikan dia pun laku. Gadis ini tidak percaya dengan jodoh yang telah ditentukan. Dia takut dia tidak mendapat pasangan hidup hanya kerana dia jaga batas pergaulannya. Maka rugilah dia kerana menjatuhkan martabatnya sendiri. Gadis yang menjadi epal ketiga adalah gadis yang terbaik antara ketiga tiga buah epal. Walaupun gadis ni terdedah dengan persekitaran yang penuh godaan. Gadis ini tetap pada pendiriannya. Dia percaya kalu ada jodoh. Pasti ada orang yg memetiknya. Kalu x de jodoh pun dia redha. Sebab dia tahu jodoh tu dah ditentukan tuhan. Yang penting dia perlu terus menjaga kesuciannya.

Mutiara adalah sesuatu yang berharga. Nak dapatkannya pun susah. Lagi lama mutiara tu lagi cantik dan mahal harganya. Mutiara ni tersembunyi di dasar laut. Orang yang tahu selok belok mencari mutiara dan sanggup menghadapi risiko sahaja yang mampu mendapatkannya. Antologi bagi gadis yang benar2 menjaga kesuciannya sebagai seorang gadis. Tidak terlihat oleh orang lain, selain yang mendapatkannya dari tiramnya. Kerana ia berada di dalam tiram. Tertutup rapat dan susah dijumpai. Gadis yang macam mutiara ni akan terus menunggu kalu ada yang menjumpainya. Dia akan cuba menperbaiki dirinya dan mendekatkan dirinya kepada Allah setiap masa. Baginya cinta manusia tu x penting. Hanya cinta Allah yang didambanya. Tp kalu ada yang sudi mengambilnya sebagai isteri. Dia akan jadi isteri yang terbaik dan hanya akan berkhidmat untuk suaminya sahaja. Beruntunglah lelaki yang mendapat isteri seperti mutiara ni. Tetapi lelaki ni kena sanggup berjuang untuk dapatkanya dan memperbaiki diri serta menambah ilmu dulu kerana untuk mendapatkan yang terbaik, lelaki ini perlu menjadi yang terbaik.
>> Rasa nak sgt jd mutiara...tapi aku rasa aku x mampu...aku x layak...aku akan cuba berusaha kearah itu,....heheh