Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



PerBEZAan

Selasa, Mac 10, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:01 PG
dalam kehidupan kita ni ada byk perbezaan...sebab dalam dunia ni kebanyakan benda berpasangan...jd setiap benda yg berpasangan tu mesti ada beza antara pasangan dia tu....untuk saling melengkapi antara satu sama lain...kalu sama, apa guna berpasangan...

begitu jugalah dengan manusia...pun ada pasangannya...lelaki dan perempuan...kedua-duanya berbeza...ada dalam nasyid kata perempuan ni dari tulang rusuk lelaki...perempuan ni bukan untuk dijunjung atau ditindas...tp dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindungi...begitulah pasangan yang saling memerlukan...aiks...tetukar tajuk la...

ok...berbalik pada perbezaan...perempuan dan lelaki memang dicipta berbeza...dan punya tarikan magnet antara satu sama lain...dulu bg sy, kalu boleh sy nak hapuskan perbezaan tu...nak jadikan perempuan sama macam lelaki...tp sekarang sy sedar...perempuan tetap perempuan...lelaki tetap lelaki ..pasti ada perbezaan...walau selembut mana lelaki itu atau sekeras mana perempuan itu...mereka tetap berbeza....

ohhh...sy nak ulas benda ni dari pengalaman sy...perbezaan sy melihat manusia berlainan jantina ini dalam melayari kehidupan...waktu zaman persekolahan sy....sy x kenal mcm mana sebenarnya manusia bernama lelaki ni....sy hanya kenal perempuan....kerana kawan sy semua perempuan....kerana sekolah sy adalah sekolah untuk perempuan sahaja....hanya ayah sy seorang lelaki...sy bercakap dari pandangan berkawan....maknanya x termasuk ayah sy....sy gembira berkawan dengan perempuan sahaja....kami saling memahami kerana kami punya jantina yang sama...heheh

tamat persekolah sy masuk plkn dan matrikulasi....masa tu pun sy x kenal lagi lelaki...walaupun kelas dah campur tp sy masih pemalu...masuk universiti sy nekad masuk kelas yg majoritinya lelaki...kerana sy minat bidang tu... sy kuatkan semangat dan sedia hadapi apa jua cabaran...bila dah masuk U ni la baru sy kenal sape tu lelaki....sbb dah byk kena buat projek kumpulan dan semestinya itu byk lelaki....dan dari situ sy tau perempuan dan lelaki memang berbeza...Apa perbezaannya??? Takut la sy nak katakan disini...nanti kena marah ngan lelaki...yg sy boleh katakan ialah sy lebih suka berkerja dalam kumpulan tanpa lelaki....hehehe....tp x bermaksud sy anti lelaki.....cuma bg sy kerja ngan pompuan ni lg senang sebab saling memahami...x tau la kalu sy memang x kenal lelaki ni sepenuhnya lagi...heheh

satu benda lagi pasal perbezaan...sy rasa dalam diri sy sendiri pun ada perbezaan...sy rasa identiti dan sifat sy di alam maya dan alam nyata berbeza...ini kerana sy seorang yg pemalu untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat sy ketika bersemuka....sebab tu lah lain kut...dan mungkin juga pemikiran dan tingkah laku sy berbeza kut..x tau la...sy rasa org yg kenal sy dlm alam maya mgkin x kenal sy di alam nyata dan sebaliknya....heheh...cuma kat cni sy cuba jd diri sy sendiri yang punya gabungan antara 2 identiti dan 2 sifat.....nak jadi diri sy sebenar...hehehe