Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Indahnya Hidup Memberi

Khamis, Mac 29, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:19 PTG
Saya buat post ni untuk pengucapan awam saya dalam 1 kursus....
Terima kasih pengerusi majlis....
Bismillahirrahmanirahim....
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh... dan salam sejahtera....
Yang dihormati penceramah kita sekali gus menjadi juri kita pada petang ini Puan Rosidah
dan yang dikasihi rakan-rakan peserta kursus sekalian...
Sebelum saya bercakap dengan lebih lanjut...saya tanya ....Siapa nak kaya? Ramai yang nak kaya nampaknya... tuan puan nak kaya sekejap ker kaya sampai bila2? Saya nak bagi tips macam mana nak kaya selamanya... tapi bukan saya nak iklankan satu skim cepat kaya... saya nak kongsi macam mana kita nak gandakan duit kita... dan jadikan ia kekal selamanya... hebat bukan? Biasa untuk pelaburan jangka masa panjang orang masukkan duit dalam pelaburan ASB dan lain2 pelaburan... Pada saya itu hanya untuk pelaburan jangka masa sederhana... Ada lagi pelaburan yang lebih menguntungkan... Apa dia? Nama pelaburan tu memberi... Memberi kepada orang atau organisasi yang lebih memerlukan...

Berdiri saya di sini pada petang ini untuk berkongsi pendapat tentang Indahnya Hidup Memberi...

Ada saya membaca kata2 di slide En Ramlee pada hari kedua kursus ini, katanya2 berbunyi begini,
"Beri memberilah antara satu sama lain nescaya nanti kita akan saling sayang menyayangi"
Memberi tak semestinya berkurang tapi makin bertambah... kenapa saya kata begitu? Memang secara mata kasarnya... bila kita bagi kat orang lain... apa yang tinggal pada kita akan berkurang.... tapi pada hakikatnya... bila kita memberi kepada orang lain... kita mendapat balasan yang berlipat kali ganda... dan balasan yang kita dapat tu akan kekal sampai akhirat nanti.... tapi malangnya balasan tu kita tak nampak... ini menyebabkan ramai yang takut untuk memberi... kerana takut kehilangan.... ramai yang lebih suka menggunakan duit RM100 untuk membeli berbanding memberi... tambah2 perempuan bila nampak perhiasan cantik kat sabah ni kan?

Habis tu kalau miskin tak boleh memberi ker? memberi bukan terhad kepada wang ringgit sahaja.... dengan hanya senyuman pun kita boleh memberi... senyum tu kan sedekah... mana tahu dengan senyuman kita orang yang sedih boleh jadi gembira... Bukan itu sahaja... dengan tenaga pun kita boleh memberi... tambah2 lelaki yang kuat2... baru gentleman orang kata.... nampak perempuan angkat benda berat... tolong la angkat sekali... jangan la pandang saja... kekadang kita dapat membantu orang lain dengan memberi masa... memberi masa yang kita ada untuk mendengar luahan perasaan dan masalah orang lain ... terutama kalau perempuan la... kalau dia nak lepaskan tekanan biasanya dia akan bercerita... berbanding lelaki yang lebih suka memendam... sambil dengar luahan sambil tu boleh beri pandangan dan kata-kata semangat....

Selalu kita dengar tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima... kerana tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah.... Memberi juga sangat berkait rapat dengan profesion kita sebagai seorang pendidik.... Seorang pendidik perlu memberi ilmu kepada anak bangsa supaya nanti berjaya menjadi insan berguna... Begitulah mulianya tugas seorang pendidik... memberi apa yang diperlukan seorang pelajar yang dahagakan ilmu...  Apa yang tuan puan rasa apabila melihat pelajar kita berjaya dengan keputusan cemerlang? Bahagia bukan? kerana kita dah capai objektif kita... memberi dan menyebarkan ilmu.... itu sajakah yang kita dapat?
tidak... menyampai ilmu ni berantai... bila pelajar kita menyebarkan ilmu yang dia dapat dari kita... kita pun dapat habuannya... ibarat sistem pelaburan piramid la... cuma kita hanya perlu keluarkan modal ilmu dan hasilnya jauh lebih besar berbanding wang ringgit yang hanya berguna di dunia yang sementara ini....Apa yang saya pegang...

Ilmu bukan untuk disimpan bukan untuk dikapan
Ilmu untuk diaplikasi untuk dikongsi

Kesimpulan yang saya dapat saya berikan... memberilah apa yang kita mampu kepada orang yang memerlukan... moga nanti apabila kita memerlukan ada yang sudi memberi... dan berilah dengan penuh keikhlasan agar nanti kita menemui kebahagiaan.... Saya akhiri dengan serangkap puisi...

Dalam mendidik seorang insan
Ilmu diberi penuh keikhlasan
Tanpa mengharap sebarang alasan
Dalam hati terukir kepuasan

Sekian, terima kasih....
Komen: 
0 comments

Make up!!!

Sabtu, Mac 24, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:28 PTG
Kalau sebut pasal make up.... pasti sinonim dengan perempuan kan? kenapa saya mahu cakap pasal make up? sebab saya perempuan kah? sebenarnya saya teringin nak tulis pasal make up... sebab saya pernah ditanya tentang make up oleh pelajar lelaki saya.. dia tanya kenapa perempuan suka memakai make up tebal? ermmmm... jadi di sini tujuan sy bukanlah untuk mempromote make up apa yang cantik.. make up apa yang mahal... jenama apa.... jenis apa yang terbaik... sebab saya tak arif tentang benda tu semua walaupun saya seorang perempuan..... nama pun skru kan... kepala skru tahu tahu la...haha...

saya mahu tolong jawab soalan pelajar saya tu kat sini... pandangan saya tentang perempuan yang bermakeup sebagai seorang manusia... ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka bermakeup..  pertama yang saya dapat lihat dengan jelas adalah kurang keyakinan diri...  dia rasa dirinya kurang cantik... jadi bagi dia make up tu umpama pelindung dirinya... supaya dia rasa dia nampak lagi cantik dan menambahkan keyakinan diri dia.... sebab dengan make up ni... kulit yang bergerutu boleh nampak licin... kulit yang hitam boleh nampak putih... pada saya tak salah bagi orang tu kalau make up sekadar nak tambah keyakinan diri... tapi jangan la terlebih sangat...

ada juga yang make up untuk hilangkan pucat pada muka... sekadar bedak muka... lipice... dan mungkin sedikit pemerah pipi ... contonya nak interview atau presentation... untuk mengelakkan kita nampak takut... saya pun pernah pekai atas sebab ini... sebab tak nak nampak penakut sangat...hehe...

tapi yang saya tak boleh terima kalau pakai make up sebab nak pikat jantan.... nak tarik perhatian... kau bukan setakat menjatuhkan maruah kau saja... tapi menjatuhkan maruah perempuan2 lain sekali..... kau ingat kerja perempuan ni nak rosakkan lelaki ker? kenapa? diri kau dah tak laku sangat ker? sanggup buat apa saja nak tarik perhatian jantan.... tolong la weh... jangan memalukan kaum boleh... muka cantik yang diberi bukan untuk perhatian jantan jalanan... tapi buat suami kau..... kesian dia....

kalau saya... saya kalau pakai make up... rasa keyakinan diri hilang... sebab rasa orang pandang jer.... (aduh...perasan cantik la tu...hehe)... saya lebih yakin untuk tampil ke depan dengan muka saya sendiri tanpa make up... walaupun dah berpeluh dan berminyak... bukan sebab saya rasa saya cantik... saya ni bukan kategori perempuan cantik... boleh masuk kategori hodoh ada la... cuma jenis saya tak suka berada disebalik make up... tapi saya suka juga beli make up .... hanya untuk hilangkan stress.... main pakai make up dalam bilik...hehe...kesimpulannya... nak make up boleh... tapi biarlah berpada2.... jangan sampai menarik perhatian pula.... kalau boleh make up la untuk suami... (tapi ramai juga lelaki yang sukakan neutral beauty)
Komen: 
0 comments

Susahnya menerima takdir

Rabu, Mac 14, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:47 PTG
Kenapa susah sangat hati ini untuk menerima takdir? biarpun telah lebih 1 tahun takdir itu berlaku... namun hakikatnya hati ini masih belum pulih.... masih bernanah dan berdarah... kenapa susah untuk aku redha dengan ketentuanNya... kenapa payah untuk aku menerima takdir yang aku yakin itulah yang terbaik untuk aku... kenapa perlu ada dengki dihati ku bila melihat kawan2 lain melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi... itu bukti hatiku belum sembuh terubat...

Dengan kehidupan baru... aku rasa aku lebih banyak menangis... entah kenapa.... kekadang rasa emosi kurang stabil... sampai blog ni pun dah jadi tempat meluah perasaan... sampai kekadang aku rasa tak sabar nak kawin... nak seorang kawan yang aku mampu berkongsi rasa... mungkin juga tekanan kerja yang membuatkan hidup aku bertambah tertekan... yeah... aku stress... stress dengan kehidupan di alam pekerjaan... sebab aku belum bersedia untuk bekerja pada usia ni.... untuk mengajar 5-6 subjek dalam satu semester bukan kerja mudah... nak kena buat nota, soalan, tanda dan macam2 lagi... arghhh... aku tertekan.... semua rujukan aku cari jer dalam buku yang aku beli... campur dalam internet... bukan ada buku teks macam sekolah pun.... nak cari lagi... nak baca lagi... nak fahamkan lagi... nak ajar lagi... nak buat nota lagi... nak buat soalan lagi... nak tanda soalan lagi.... pening....

Target aku satu jer... nak tengok pelajar aku cemerlang dalam akademik dan sahsiah serta mencintai ilmu... aku nak tengok mereka berjaya menjadi insan yang berguna... tapi nak didik remaja sekarang bukan senang... tak tau la nanti kalau aku ada anak mampu tak aku nak didik anak aku... aku tak mampu nak marah dalam kelas.... kalau aku marah... mesti aku menangis lepas tu... kat dalam kelas bukan main tahan air mata... habis kelas terus masuk toilet nangis puas2... kenapa aku menangis? patut pelajar yang kena marah la menangis... sebab aku rasa aku ni pendidik yang teruk... tak pandai nak ajar diorang... tak mampu didik diorang... macam mana aku nak tarik minat diorang belajar... tu jer yang aku fikir...

sebab bagi aku... lepas aku korbankan impian aku... aku tak nak impian orang lain terkorban... aku nak tengok mereka tersenyum menggapai impian diorang... aku takut... mereka juga gagal mencapai impian mereka... mengecewakan ibubapa mereka... kalau itu terjadi... sia-sia jer la impian aku terkorban... sungguh aku bersalah pada ibubapa mereka .... rasa macam disiat2 hati ini... ibarat luka yang diperah dengan asam... ditenyeh dengan lada.... aku tak nak melihat mereka gagal... tapi aku tak mampu nak marah mereka... kenapa la hati aku ni lembut sangat... alahai....

dulu masa sebelum aku dapat anak2 PA... aku tak sabar nak tunggu mereka... nak didik mereka betul2 biar berjaya... tapi masa berlalu... aku tak mampu menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya... dah diorang tak nak aku bantu nak buat macam mana... dapat jer la cukup makan... bukan senang nak layan kerenah 31 orang... bikin aku pening kepala... dah la pening dengan beban kerja yang melampau lampau.... mungkin kerja ni boleh buat aku jadi orang gila... sekarang ni pun dah nak sasau... mungkin sebab masa kecil2 dulu aku  pernah berkira-kira nak jadi orang gila... sebab orang gila kalau buat salah tak dapat dosa.... selamatlah aku dari api neraka....

Aku tahu... aku tak mampu nak ubah pelajar aku kalau mereka tak nak... tapi aku mampu ubah diri aku kalau aku nak... aku nak jadi pendidik terbaik... itu target aku sejak aku dilantik menjadi pendidik... jadi aku kena usaha... memahami pelajar aku... mendekati mereka... buat mereka senang dengan aku... faham apa yang aku ajar... dan terima nasihat aku... untuk aku menjadi pendidik yang terbaik... aku kena minat kerja ni... kena ubat dulu hati aku.... biar aku ikhlas dalam memberi...
Komen: 
0 comments

Pendidik yang teruk

Selasa, Mac 13, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:20 PTG
Maafkan aku
Kerna menjadi pendidik yang teruk
Buat kalian semua

Aku mengaku
Aku kurang ilmu
Aku tak pandai mengajar
Aku tak mampu menarik minat mu
Untuk mencintai ilmu

Ya...
Semua ini salah aku
Kerna aku tak pandai mendidik
Aku tak mampu menjagamu
Menjadi insan yang berguna
Maafkan aku....
Komen: 
1 comments