Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Indahnya Hidup Memberi

Khamis, Mac 29, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:19 PTG
Saya buat post ni untuk pengucapan awam saya dalam 1 kursus....
Terima kasih pengerusi majlis....
Bismillahirrahmanirahim....
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh... dan salam sejahtera....
Yang dihormati penceramah kita sekali gus menjadi juri kita pada petang ini Puan Rosidah
dan yang dikasihi rakan-rakan peserta kursus sekalian...
Sebelum saya bercakap dengan lebih lanjut...saya tanya ....Siapa nak kaya? Ramai yang nak kaya nampaknya... tuan puan nak kaya sekejap ker kaya sampai bila2? Saya nak bagi tips macam mana nak kaya selamanya... tapi bukan saya nak iklankan satu skim cepat kaya... saya nak kongsi macam mana kita nak gandakan duit kita... dan jadikan ia kekal selamanya... hebat bukan? Biasa untuk pelaburan jangka masa panjang orang masukkan duit dalam pelaburan ASB dan lain2 pelaburan... Pada saya itu hanya untuk pelaburan jangka masa sederhana... Ada lagi pelaburan yang lebih menguntungkan... Apa dia? Nama pelaburan tu memberi... Memberi kepada orang atau organisasi yang lebih memerlukan...

Berdiri saya di sini pada petang ini untuk berkongsi pendapat tentang Indahnya Hidup Memberi...

Ada saya membaca kata2 di slide En Ramlee pada hari kedua kursus ini, katanya2 berbunyi begini,
"Beri memberilah antara satu sama lain nescaya nanti kita akan saling sayang menyayangi"
Memberi tak semestinya berkurang tapi makin bertambah... kenapa saya kata begitu? Memang secara mata kasarnya... bila kita bagi kat orang lain... apa yang tinggal pada kita akan berkurang.... tapi pada hakikatnya... bila kita memberi kepada orang lain... kita mendapat balasan yang berlipat kali ganda... dan balasan yang kita dapat tu akan kekal sampai akhirat nanti.... tapi malangnya balasan tu kita tak nampak... ini menyebabkan ramai yang takut untuk memberi... kerana takut kehilangan.... ramai yang lebih suka menggunakan duit RM100 untuk membeli berbanding memberi... tambah2 perempuan bila nampak perhiasan cantik kat sabah ni kan?

Habis tu kalau miskin tak boleh memberi ker? memberi bukan terhad kepada wang ringgit sahaja.... dengan hanya senyuman pun kita boleh memberi... senyum tu kan sedekah... mana tahu dengan senyuman kita orang yang sedih boleh jadi gembira... Bukan itu sahaja... dengan tenaga pun kita boleh memberi... tambah2 lelaki yang kuat2... baru gentleman orang kata.... nampak perempuan angkat benda berat... tolong la angkat sekali... jangan la pandang saja... kekadang kita dapat membantu orang lain dengan memberi masa... memberi masa yang kita ada untuk mendengar luahan perasaan dan masalah orang lain ... terutama kalau perempuan la... kalau dia nak lepaskan tekanan biasanya dia akan bercerita... berbanding lelaki yang lebih suka memendam... sambil dengar luahan sambil tu boleh beri pandangan dan kata-kata semangat....

Selalu kita dengar tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima... kerana tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah.... Memberi juga sangat berkait rapat dengan profesion kita sebagai seorang pendidik.... Seorang pendidik perlu memberi ilmu kepada anak bangsa supaya nanti berjaya menjadi insan berguna... Begitulah mulianya tugas seorang pendidik... memberi apa yang diperlukan seorang pelajar yang dahagakan ilmu...  Apa yang tuan puan rasa apabila melihat pelajar kita berjaya dengan keputusan cemerlang? Bahagia bukan? kerana kita dah capai objektif kita... memberi dan menyebarkan ilmu.... itu sajakah yang kita dapat?
tidak... menyampai ilmu ni berantai... bila pelajar kita menyebarkan ilmu yang dia dapat dari kita... kita pun dapat habuannya... ibarat sistem pelaburan piramid la... cuma kita hanya perlu keluarkan modal ilmu dan hasilnya jauh lebih besar berbanding wang ringgit yang hanya berguna di dunia yang sementara ini....Apa yang saya pegang...

Ilmu bukan untuk disimpan bukan untuk dikapan
Ilmu untuk diaplikasi untuk dikongsi

Kesimpulan yang saya dapat saya berikan... memberilah apa yang kita mampu kepada orang yang memerlukan... moga nanti apabila kita memerlukan ada yang sudi memberi... dan berilah dengan penuh keikhlasan agar nanti kita menemui kebahagiaan.... Saya akhiri dengan serangkap puisi...

Dalam mendidik seorang insan
Ilmu diberi penuh keikhlasan
Tanpa mengharap sebarang alasan
Dalam hati terukir kepuasan

Sekian, terima kasih....