Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Perkahwinan

Isnin, Februari 21, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:08 PTG
Indahnya perkahwinan
Andai disulami kebahagiaan
Itulah impian setiap insan
Namun takdirNya
Tiada siapa yang tahu
Tetapi sakitnya perkahwinan
Andai dianyam derita
Impian musnah merentap jiwa

Nikah
Mudah disebut
Tapi tangungjawabnya cukup besar
Ia adalah amanah
Sebuah janji yang perlu dikota

Ramai mengimpikan
Sebuah keluarga sakinah dan mawaddah
Yang melahirkan mujahid dan mujahidah
Melayan pasangan sebaik mungkin
Si suami mahu menjalankan tanggungjawabnya
Si isteri mahu mentaati suaminya
Mengumpul pahala tinggi menggunung
Untuk bekalan di alam akhirat
Dalam sebuah perkahwinan

Tetapi ramai yang tidak sedar
Keluarga terbina bukan keluarga impian
Anak yang lahir jadi sampah masyarakat
Suami isteri saling bergaduh
Si suami lupa janji diakad
Si isteri berleter mengherdik suami
Hilanglah taat hilanglah tanggungjawab
Menghimpun dosa bertimbun meninggi
Bakal disoal di hari akhirat

Si bujang melihat mengeleng kepala
Mahu kawin tapi takut hilang bahagia
Mahu membujang tapi sampai bila
Pilihan dibuat berdasarkan takdir
Biarlah takdir jadi penentu
Komen: 
0 comments

Pelajar Poli Vs Pelajar Universiti

Sabtu, Februari 19, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:37 PTG
saya suka tengok displin pelajar poli berbanding dengan pelajar universiti... kalau pelajar poli... jumpa pensyarah hormat bagi salam... kalau pelajar universiti... tak adanya nak bagi salam... kalau pelajar poli... datang kelas tepat pada waktunya... kalau pelajar universiti... 10 minit lambat datang kelas tu dah biasa.... pensyarah yang kena tunggu pelajar... kalau pelajar poli datang kelas pakai kemas... segak bergaya dengan kemeja dan slack... kalau pelajar universiti... pergi kelas pakai selipar jepun dan jeans... macam orang nak buat kerja buruh kasar...kalau pelajar poli... dalam kelas aktif menjawab... kalau pelajar universiti... masa lecturer tanya... diam membisu...

terlalu banyak kelebihan pelajar poli berbanding pelajar universiti... jadi tak hairan la... kalau majikan lebih suka mengambil pelajar poli berbanding pelajar universiti sebagai pekerja... kerana displin itu penting... dah la pelajar universiti perlu dibayar gaji lebih kerana kelulusan... tapi pelajar universiti hanya tahu teori... pengetahuan praktikal sangatlah terbatas... jadi untuk apa bayar lebih kepada orang yang tak tahu nak buat kerja???

tapi saya tertanya... kenapa pelajar poli lebih berdisiplin... adakah kerana ada pensyarah yang menjaga displin mereka... displin mereka di awasi... dan mereka adalah terbatas berbanding pelajar universiti yang bebas untuk buat apa saja mereka mahu... adakah nanti pelajar poli selepas keluar dari poli akan terikut dengan budaya luar dan bila tiada yang mengawasi displin mereka... mereka akan menjadi liar seperti pelajar universiti...

kalau hanya menjadi jinak kerana ada pengawasan... saya rasa kita masih belum mampu mendidik anak bangsa kita... kerana mereka akan hancur tanpa pengawasan... mereka patut faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh itu untuk kebaikan mereka... dan kepentingannya... bukan sekadar kerana mengikut peraturan sebab takut nanti didenda... pada saya remaja patut didik dengan nasihat bukannya hukuman... tapi bergantung kepada pelajar itu sendiri juga...

Untuk pelajar poli... teruskan hidup dalam displin yang baik biarpun nanti keluar dari poli... untuk pelajar universiti... ubahlah dirimu... jangan jadi orang berilmu yang tidak berdisplin... kerana displin juga mencerminkan akhlak mu...
Komen: 
0 comments

Luahan Si Bujang

Ahad, Februari 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:42 PG
Bila buka facebook... tengok orang bertunang dan kawin... mengandung dan dapat anak... kawan2 masa sekolah dulu... terfikir bila la sampai jodoh aku... pastu fikir... ada ker lelaki yang nak kat aku... ada ker lelaki yang akan bagi hati dia kat aku... ohhh... aku macam tak layak jer untuk semua itu... Layakkah aku???... siapalah aku nak dibandingkan dengan perempuan lain... orang lain cantik... pandai masak... lemah lembut.. ayu.. kemas... rajin... baik... pandai ambik hati... solehah... pandai ilmu agama... mengaji Quran pun sedap... siapa yang nak kat aku yang tak ada apa2...

Ahhh... buat apa aku fikir pasal jodoh... biarlah Allah yang tentukannya... kalau aku kawin nanti... kang aku tak mampu memuaskan hati suami.. tak pasal2 tempah neraka... kawin konon2 sebab nak kumpul pahala layan suami sebaik mungkin... tapi nanti kawin... terkumpul dosa pula menggunung tinggi sebab tak taat pada suami....boleh ker aku jadi isteri yang baik? kalau tak mampu... baik tak payah kawin... tapi kalau kawin... dapat jadi isteri solehah... boleh masuk mana mana pintu syurga yang dikehendaki... tapi mampukah aku???

Hakikatnya... kekadang aku rasa nak kawin... kekadang aku rasa tak nak kawin.... nak kawin sebab aku diciptakan sebagai seorang wanita yang memerlukan lelaki untuk membimbing aku... tapi aku fikir lagi... macam la aku tak boleh hidup tanpa lelaki.... hidup tak perlukan lelaki kecuali ayah... tak nak kawin sebab takut tak mampu jadi isteri solehah... takut tak mampu mengorbankan masa bersama mak ayah demi untuk seorang suami...

Alahai... kawin ker tidak... biarlah Allah yang uruskan... pastinya ketentuan Allah adalah yang terbaik baik untuk ku... tak payah lah aku pening2 fikir... kalau kawin dapat berbakti pada suami... kalau tak kawin dapat fokus untuk berbakti pada ibubapa... yang penting aku bahagia dengan apa juga yang aku lalui dalam hidup aku....
Komen: 
0 comments

Hebat Sangatkah Kita?

Khamis, Februari 03, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:39 PG
Hebat sangatkah kita?
Kalau kita punya harta...
Kalau kita punya ilmu dunia...
Kalau kita punya rupa...
Kalau kita punya pangkat...
Kalau kita punya pengaruh...

Hebat sangatkah kita?
Kalau kita punya semua benda...
Yang manusia kejar di dunia...
Tapi kita tak punya akhlak...
Tapi kita tak punya ilmu akhirat...
Tapi kita tak punya ketenangan...
Tapi kita tak punya kebahagiaan...

Hebat sangatkah kita?
Kalau punya harta berjuta juta...
Tapi kedekut nak bagi sedekah...
Kalau setiap sem dapat dekan..
Tapi mengaji Quran merangkak rangkak...
Kalau punya paras cantik sekali...
Tapi terdedah sana terdedah sini...
Kalau punya kerja taraf profesional...
Tapi buat kerja tanpa amanah...

Hebat sangatkah kita?
Mungkin hebat dimata manusia...
Tapi mungkin hina dimata Tuhan...
Jadi....
Hebat sangatkah kita?
Komen: 
0 comments