Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Perkahwinan

Isnin, Februari 21, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:08 PTG
Indahnya perkahwinan
Andai disulami kebahagiaan
Itulah impian setiap insan
Namun takdirNya
Tiada siapa yang tahu
Tetapi sakitnya perkahwinan
Andai dianyam derita
Impian musnah merentap jiwa

Nikah
Mudah disebut
Tapi tangungjawabnya cukup besar
Ia adalah amanah
Sebuah janji yang perlu dikota

Ramai mengimpikan
Sebuah keluarga sakinah dan mawaddah
Yang melahirkan mujahid dan mujahidah
Melayan pasangan sebaik mungkin
Si suami mahu menjalankan tanggungjawabnya
Si isteri mahu mentaati suaminya
Mengumpul pahala tinggi menggunung
Untuk bekalan di alam akhirat
Dalam sebuah perkahwinan

Tetapi ramai yang tidak sedar
Keluarga terbina bukan keluarga impian
Anak yang lahir jadi sampah masyarakat
Suami isteri saling bergaduh
Si suami lupa janji diakad
Si isteri berleter mengherdik suami
Hilanglah taat hilanglah tanggungjawab
Menghimpun dosa bertimbun meninggi
Bakal disoal di hari akhirat

Si bujang melihat mengeleng kepala
Mahu kawin tapi takut hilang bahagia
Mahu membujang tapi sampai bila
Pilihan dibuat berdasarkan takdir
Biarlah takdir jadi penentu