Pelajar Poli Vs Pelajar Universiti
Sabtu, Februari 19, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:37 PTG
terlalu banyak kelebihan pelajar poli berbanding pelajar universiti... jadi tak hairan la... kalau majikan lebih suka mengambil pelajar poli berbanding pelajar universiti sebagai pekerja... kerana displin itu penting... dah la pelajar universiti perlu dibayar gaji lebih kerana kelulusan... tapi pelajar universiti hanya tahu teori... pengetahuan praktikal sangatlah terbatas... jadi untuk apa bayar lebih kepada orang yang tak tahu nak buat kerja???
tapi saya tertanya... kenapa pelajar poli lebih berdisiplin... adakah kerana ada pensyarah yang menjaga displin mereka... displin mereka di awasi... dan mereka adalah terbatas berbanding pelajar universiti yang bebas untuk buat apa saja mereka mahu... adakah nanti pelajar poli selepas keluar dari poli akan terikut dengan budaya luar dan bila tiada yang mengawasi displin mereka... mereka akan menjadi liar seperti pelajar universiti...
kalau hanya menjadi jinak kerana ada pengawasan... saya rasa kita masih belum mampu mendidik anak bangsa kita... kerana mereka akan hancur tanpa pengawasan... mereka patut faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh itu untuk kebaikan mereka... dan kepentingannya... bukan sekadar kerana mengikut peraturan sebab takut nanti didenda... pada saya remaja patut didik dengan nasihat bukannya hukuman... tapi bergantung kepada pelajar itu sendiri juga...
Untuk pelajar poli... teruskan hidup dalam displin yang baik biarpun nanti keluar dari poli... untuk pelajar universiti... ubahlah dirimu... jangan jadi orang berilmu yang tidak berdisplin... kerana displin juga mencerminkan akhlak mu...