Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Relevenkah Kahwin Tanpa Kapel?

Jumaat, Mac 29, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:00 PTG
Assalamualaikum,
Dari saya mengenal apa itu cinta... apa itu kapel .... masa zaman plkn dan matrikulasi... hampir satu dekad yang lepas... sehingga sekarang saya percaya kahwin tanpa kapel masih releven dengan zaman sekarang... apa yang saya maksudkan dengan kahwin tanpa kapel... satu pasangan tu tertarik hati... lalu berkahwin dan kemudian baru lah bercinta dan berkapel... setelah ada ikatan yang sah.... itu sebenarnya yang saya cari...

Kenapa tetiba saya nak tulis pasal ni... dah kemaruk nak bercinta sangat ker?  atau dah gersang sangat nak kawin?... tak adalah... saya cuma mahu berkongsi.... sesuatu yang saya tak pernah terfikir berlaku kepada rakan baik saya... berkaitan dengan apa yang saya bincang ni...

Pada suatu pagi... tiba2 ada orang letak nota dan makanan di atas mejanya.... nota bukan sebarang nota... tapi nota untuk memetik bunga di taman yang sungguh puitis... tak perlu saya tulis balik isi nota tersebut disini.... cukuplah saya katakan lelaki tersebut adalah seorang yang agak alim... mungkin dia pegang kahwin tanpa kapel... kerana sebelum ini walaupun sama pejabat hanya 2 kali dia bercakap dengan kawan saya yang dilamarnya itu.... hmmmm....rupanya masih ada lelaki begitu....

Namun pada pandangan orang lain yang bercinta dulu sebelum kahwin... tindakan lelaki tersebut tidak relevan.... terlalu gelojoh...mana mungkin seorang wanita akan setuju berkahwin tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu....  tapi salahkah tindakan lelaki tersebut? pada saya tak salah sebab dia cuba menjaga perhubungan tersebut... atau saya yang terlalu jumud?

Apa sebenarnya patut seorang perempuan buat apabila mendapat lamaran sebegitu? semestinya solat ishtikarah... tapi takkan nak terus menerima lelaki tersebut... tanpa langsung mengenal siapa lelaki tersebut... islam pun suruh pilih... macam mana nak pilih kalau tak kenal kan? tapi macam mana nak kenal... pada saya... perempuan tersebut perlu berikan kertas berupa soalan untuk mendapat maklumat yang perlu diketahui dari lelaki tersebut ataupun membuat satu sesi taaruf yang ditemani rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk mengenali antara satu sama lain... dan seterusnya perbincangan keluarga bagi  mendapat restu,... barulah ikatan yang sah di metrai dan ... yang dua menjadi satu... boleh lah bercouple dan bercinta tanpa mengundang dosa.... untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat....


Komen: 
0 comments

Apa Nak Jadi?

Jumaat, Mac 22, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:01 PTG

Apa nak jadi dengan dunia kita hari ini? Gambar sebelah kiri adalah gambar di majlis tilawah al-Quran manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar di festival muzik... gambar ni pernah sy uploadkan di post Ekslusif : Adakah ini muzik?....

Cuba tengok gambar di kiri terlebih dahulu... kerusi kosong yang ada hanyalah orang tua sahaja... yang dah rasa hidupnya semakin singkat... manakala gambar di sebelah kiri menunjukkan gambar golongan muda yang sibuk berhibur seakan lupa kita masih ada akhirat....

Kalau keadaan kita terus begini... apa nak jadi dengan masyarakat kita pada masa akan datang... kita tak boleh biarkan benda ini berterusan... tapi apa yang mampu kita buat... sedang masyarakat kita semakin hanyut dalam arus sosial yang tak berbatas lagi....fikir-fikirkan... ini masalah ummat...
Komen: 
0 comments

Peace No Wars LD, Sabah

Ahad, Mac 03, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:00 PTG
Isu lahad datu... suka juga aku mengikuti perkembangan semasa berbanding perkembangan politik negara yang sibuk menfitnah antara satu sama lain... saya bukan orang sabah... jadi saya tak layak nak cakap banyak2 pasal isu ni... saya cuma nak ulas sikit2 apa yang saya tahu....

Masa awal2 berita tentang ada datang pengganas sulu ke Lahad Datu saya tak ambil kisah sangat... kedatangan rakyat sulu ke lahad datu pada pandangan saya bukanlah sesuatu yang pelik... rakyat kelantan dan siam pun biasa menyeberang sungai golok tu sesuka hati tanpa passport... hehe...

Bila timbul isu ni... saya cuba tanya pelajar saya yang berasal dari Lahad Datu... apa pandangan anda tentang kedatangan pengganas sulu ke lahad datu...sambil saya buat mock interview dengan pelajar saya... mereka jawab "biasa saja tu... politik semua tu... ndak ada apa2...  lepas pilihanraya balik lah mereka tu"... jadi saya rilek2 saja... sebab memang saya ndak mau ambil kisah tentang politik ni...

Tapi yang mengejutkan saya... tiba2 berlaku serangan sehingga 2 anggota polis terkorban... semua pihak saling menuduh antara satu sama lain antara parti politik... satu pihak menuduh pihak lawan yang membawa pengganas sulu... satu pihak lagi menuduh ini semua lakonan semata-mata.... mana mungkin keamanan negara jadi cagaran... mohon orang politik bersatu mempertahankan negara... jangan sekadar tahu menyebarkan fitnah sahaja... macam ni ker nak jadi pemimpin negara?

Sayangnya... pengganas sulu pun islam... polis kita pun islam... saling berperang... ahli politik saling menyalahkan... nampak tiada perpaduan... harap2 tidak ada masuk campur tangan asing nanti... kalau dulu pelajar saya kata politik... tapi sekarang orang lahad datu pun risau keselamatan keluarga mereka.... bukan setakat lahad datu... tapi seluruh negeri sabah....

Untuk pengetahuan semua... kebanyakkan orang sabah ni tinggi budi bahasanya... pandai mereka menghormati orang lain... periang orangnya... dan yang paling penting ramai yang kuat pegangan agama mereka... kerana mereka semua bukan senang nak dapat islam tu... tak semua lahir dalam keluarga islam dan dibesarkan dengan cara islam... diorang cari islam dengan inisiatif mereka sendiri... Saya sangat senang bergaul dengan sabahan ni... Satu lagi... sabah ni mempunyai banyak khazanah alam yang cantik... taman laut yang sungguh indah...Sangat rugi Malaysia kalau kehilangan negeri Sabah...

Bila dah jadi keaadaan begini... pelajar2 saya yang berasal dari sabah pun belajar tak tenang... memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman...Semoga lahad datu  dan sabah keseluruhannya...nanti kembali aman seperti sedia kala... Peace No Wars LD...


Komen: 
0 comments