Relevenkah Kahwin Tanpa Kapel?
Jumaat, Mac 29, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:00 PTG
Dari saya mengenal apa itu cinta... apa itu kapel .... masa zaman plkn dan matrikulasi... hampir satu dekad yang lepas... sehingga sekarang saya percaya kahwin tanpa kapel masih releven dengan zaman sekarang... apa yang saya maksudkan dengan kahwin tanpa kapel... satu pasangan tu tertarik hati... lalu berkahwin dan kemudian baru lah bercinta dan berkapel... setelah ada ikatan yang sah.... itu sebenarnya yang saya cari...
Kenapa tetiba saya nak tulis pasal ni... dah kemaruk nak bercinta sangat ker? atau dah gersang sangat nak kawin?... tak adalah... saya cuma mahu berkongsi.... sesuatu yang saya tak pernah terfikir berlaku kepada rakan baik saya... berkaitan dengan apa yang saya bincang ni...
Pada suatu pagi... tiba2 ada orang letak nota dan makanan di atas mejanya.... nota bukan sebarang nota... tapi nota untuk memetik bunga di taman yang sungguh puitis... tak perlu saya tulis balik isi nota tersebut disini.... cukuplah saya katakan lelaki tersebut adalah seorang yang agak alim... mungkin dia pegang kahwin tanpa kapel... kerana sebelum ini walaupun sama pejabat hanya 2 kali dia bercakap dengan kawan saya yang dilamarnya itu.... hmmmm....rupanya masih ada lelaki begitu....
Namun pada pandangan orang lain yang bercinta dulu sebelum kahwin... tindakan lelaki tersebut tidak relevan.... terlalu gelojoh...mana mungkin seorang wanita akan setuju berkahwin tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu.... tapi salahkah tindakan lelaki tersebut? pada saya tak salah sebab dia cuba menjaga perhubungan tersebut... atau saya yang terlalu jumud?
Apa sebenarnya patut seorang perempuan buat apabila mendapat lamaran sebegitu? semestinya solat ishtikarah... tapi takkan nak terus menerima lelaki tersebut... tanpa langsung mengenal siapa lelaki tersebut... islam pun suruh pilih... macam mana nak pilih kalau tak kenal kan? tapi macam mana nak kenal... pada saya... perempuan tersebut perlu berikan kertas berupa soalan untuk mendapat maklumat yang perlu diketahui dari lelaki tersebut ataupun membuat satu sesi taaruf yang ditemani rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk mengenali antara satu sama lain... dan seterusnya perbincangan keluarga bagi mendapat restu,... barulah ikatan yang sah di metrai dan ... yang dua menjadi satu... boleh lah bercouple dan bercinta tanpa mengundang dosa.... untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat....