Berubah
Selasa, April 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:47 PTG
Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti...
Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50 atau pahminabanyak2... nak guna bidang 60 atau tudung bulat tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...
Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...