SeGaLa IsI PeNuLiSaN DaLaM BLoG iNi aDaLah HaK CiPTa iXoRa_sKRu
Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis... Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Sabtu, Julai 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:29 PTG
Mula-mula... jom kita hayati lagu ni dulu...
mainkan clip video ni... nyanyi sambil hayati lirik dibawah ni...
HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah
Kenapa tiba-tiba aku minat lagu ni...
semalam aku tengok final imam muda dengan lagu tema lagu ni...
aku rentaknya rancak aku suka... aku cuba cari liriknya...
yeah... lirik dia cukup sesuai untuk aku jadikan lirik tema...
untuk aku mengejar impianku...
untuk menaikkan semangatku agar tidak aku putus asa...
biar mungkin bukan sekarang...
masanya akan tiba untuk aku realisasikannya...
kerana takdir menentukan segalanya,...
mungkin bagi orang lain perjuangan aku bukan apa2...
tapi bagi aku perjuangan ini adalah segala-galanya...
dalam perjalanan hidup aku ni...
mungkin aku tidak mampu menyumbang apa-apa pada mata orang lain...
cuma mengejar impian seorang insan biasa....
ya aku tak mampu mengangkat senjata memerangi musuh islam...
aku tak punya ilmu untuk berbahas tentang islam...
sedangkan aku sendiri masih berperang dengan nafsukan sendiri...
aku cuba sedaya mungkin menggunakan sebaiknya
ilmu dan minat yang Allah kurniakan kepada aku...
biar orang kata aku melawan fitrah seorang perempuan...
Biar hanya Cintaku yang mengerti....
apa yang tersirat dihati ini....
biarpun perjalanan ini bersimpang siur...
akan aku tetap terus...
Ke arah satu perjalanan...
yang aku tak tahu dimana penghujung...
Khamis, Jun 30, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:11 PTG
Dulu duk fikir pasal nak kawin... tapi sekarang dah malas la... buat apa fikir benda yang tak mampu kita cakap... berangan jer la... hahaha... baik fikir masa depan kita sendiri... pasal jodoh biar masa menentukan... bila dah tiba saatnya... jodoh akan tiba tanpa perlu mencari... man is nothing la...kan kan... (haha.. aku memang antilelaki)... nak capai impian bukan perlukan lelaki pun... kekadang lelaki ni sekadar penyekat kita mengejar impian kita adalah.... Fantasi tak mungkin aku biarkan hanya sekadar mimpi indah.... selagi ada daya akan ku kejar biar sampai ke hujung dunia... (hiperbola betul la...)
Apa impian aku sekarang? erm,... gelaran pelajar telah aku gugurkan... surat menamatkan pengajian telah aku hantar... biarlah impian aku tertangguh... asal aku mampu fokus dalam menjalankan tanggungjawab aku mendidik anak bangsa... aku nak fokus dengan kerja aku... aku nak fokus bidang yang aku minat iaitu automotif... bak kata orang tua tua menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan... biar apa orang nak kata... walaupun bidang automotif tu bidang lelaki... perempuan boleh wooo... (adakah aku menafikan fitrah seorang perempuan?) ... jadi sekarang aku nak jadi workaholic.... sambil tu aku nak jadi studyholic... sebab aku masih banyak tak tahu dalam bidang automotif ni....
Kenapa aku tetiba nak jadi workaholic?? sebab aku nak jadi gila duit,.. setelah beberapa lama aku membenci duit...(atas pengalaman pahit)... kenapa nak gila duit? sebab aku sedar kehidupan tetap memerlukan duit untuk kita dapat apa yang kita inginkan... lagipun tak lama lagi aku akan ada hutang sebab aku dah beli kereta... huhuhu... nak lunaskan hutang dalam masa 9 tahun... nak kumpul duit lagi untuk sambung belajar... nak kumpul duit untuk gi mekah lagi...nak bagi mak ayah duit lagi... nak melabur lagi... nak simpan untuk masa depan lagi...nak guna untuk kehidupan lagi (yang ni kalau ada suami boleh suami tanggung...hehe...)... dan nak kumpul duit untuk kawin... boleh ker aku nak kumpul semua duit ni dalam masa 5 tahun??? sebab tu aku kena betul2 gila duit...hahahaa....
Kenapa aku nak kumpul dalam masa 5 tahun? sebab lepas 5-7 tahun... aku nak cuti untuk belajar... aku nak sambung impian aku... paling kurang umur 35 dah ada master... umur 40 dah ada PhD... sementara tunggu 5 tahun ni... aku nak cari tajuk yang boleh aku fokus dan aku minat... untuk aku buat phd... jadi tak ada la rugi masa aku menunggu impian aku dikejar kembali... boleh buat persediaan awal2... nanti boleh ambik phd sekejap jer...haha... berangan jer aku ni... doakan aku berjaya yer... InsyaAllah... Amin...
p/s: sebenarnya aku nak jadi workaholic bukan kerana duit gaji... insyaAllah... aku berkhidmat kerana Allah... sesungguhnya berkongsi ilmu itu membahagiakan....
Sabtu, April 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:26 PTG
baru- baru ni aku baca bab brek... brek menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga haba... menggunakan hukum termodinamik pertama.... tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan... haba cuma boleh ditukar ke bentuk lain... dalam konsep brek tu... tenaga kinetik di tukar kepada tenaga haba dan dilepaskan ke persekitaran... tiba-tiba otak aku melayang layang berfikir.... selalu masa aku belajar... selalu terbaca ayat ni... bertukar kepada tenaga haba dan dibebaskan ke persekitaran... otakku terus mentafsir.... apa yang akan berlaku pada tenaga haba tu seterusnya? kalau tenaga haba tu terus dalam keadaan tu tanpa bertukar ke tenaga lain... alamatnya... semakin hari semakin banyaklah tenaga haba kat dunia ni... dan sebab tu la berlaku pemanasan dunia....
setiap hari... biasa kita tengok... kita panaskan air... kita masak nasi... kita sterika baju..,dan banyak lagi la kita tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba...tak masuk lagi tenaga haba yang terbebas dari kenderaan kita... huh... banyak betul tenaga haba yang terbebas ke persekitaran... mana tak panasnya dunia ni..
dan tenaga haba tu macam membazirnya... kalau kita tak guna balik dia... cuba imbas balik alat2 kat dunia ni... mana ada yang tukar tenaga haba kepada tenaga lain yang bermanfaat untuk kita...
yang ada sekarang adalah guna semula tenaga haba yang terbebas dari barang tu sendiri.. macam kereta hibrid... tenaga haba yang terhasil daripada brek ditukar kepada tenaga untuk kenderaan itu sendiri... jimat la minyak... dan kurang la tenaga haba yang terbebas ke persekitaran...selamat dunia...lagi contoh lain... ada bangunan di singapura dibangunkan NUS yang mengunakan tenaga haba yang terdapat di dalam bangunan tu untuk kegunaan memanaskan air... kira bangunan tu tak keluarkan tenaga ke persekitaran la... ni la namanya teknologi hijau... sistem dia macam ni... dia buat salur air kecil di sekeliling rumah tu... tenaga haba akan diserap oleh air yang mengalir tersebut...lebih kurang sistem penyejukan kereta la... cuma haba dari sistem penyejukan tu dibebaskan ke persekitaran... yang ni di gunakan untuk memanaskan air...
bagaimana dengan haba yang dah ada kat persekitaran sekarang? bagaimana pula dengan haba yang terus terbebas ke persekitaran dari alat2 yang bukan teknologi hijau... yang tak mementingkan alam sekitar... kita sebagai manusia dicipta dengan akal... untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini... kita perlu menjaga alam yang diciptakan oleh Allah untuk kita... bukan memusnahkannya.. jadi jom kita fikir alat yang bagaimana yang mampu kita buat untuk menyedut tenaga haba dan tukarkan kepada sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua... teringat kata kawan... cukupkah sebatang mancis mendidihkan seliter air? apa yang aku faham dari sini... dunia ni luas... haba tersebar ke seluruh dunia... kalau kita tak kumpul dia banyak... mana mungkin kita dapat manfaat darinya... kita hanya dapat rasa kepanasan... jadi sebab tu saya rasa kita perlu alat yang mampu mengumpul tenaga haba tersebut dan menukarkannya kepada tenaga lain.... mungkin ini mampu menggantikan tenaga nukleur... siapa tahu kan???
Ahad, April 17, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:01 PTG
dulu teringin nak reka baju halimunan... tapi dah ada yang reka... nak reka robot pembantu rumah... jepun dah buat... ni nak buat tandas baring la pula... minta minta tak ada orang buat lagi...
tandas duduk dah ada... tandas cangkung dah ada... jadi apa kepentingan tandas baring? ia direka bukan untuk orang yang malas... tapi untuk orang yang sakit tak boleh bangun... berak dalam pamper mesti tak best kan? lagipun akan menyebabkan gatal2 pada kulit... dah la sakit... nak berak pun tak selesa...
lagipun susah la nak salin buang ni... pampers sekarang bukan murah... sebab tu saya rasa kita kena ada tandas baring untuk pesakit... biar ia mesra pengguna...kalau boleh tandas tu pesakit boleh guna walaupun tiada penjaga... terus salir bahan buangan pada saluran najis yang sepatutnya...
tak perlu nak kena buang najis dah... moga moga nanti tandas ni menjadi satu kenyataan...insyaAllah...amin...
ni gambar dia... saya baru tambah.... maaf la lukis guna paint jer... nak lukis guna autocad... laptop ni tak boleh install..
sebab orang duk sibuk2 dengan nuklear...
aku pun fikir macam mana nak buat sistem janakuasa yang efisien dan mesra alam... almaklumlah... sistem hidroelekkrik kat negara kita ni tak mampu membekalkan kuasa yang cukup... masih perlu menggunakan loji kuasa untuk menghasilkan elektrik... sistem ini memerlukan bahan api... kos bahan api pula semakin hari semakin naik... sebab bahan api adalah sumber tenaga yang tak mampu diperbaharui...
sebab tu la kut kerajaan sibuk nak buat nuklear... sepakar pakar jepun dalam bidang nuklear pun kelam kabut bila ada bencana alam... malaysia nak buat nuklear... jangan rakyat jadi mangsa sudah la... bukan saya tak percayakan pakar nuklear tempatan... tapi saya tak percayakan integriti masyarakat malaysia... terlalu banyak rasuah kat malaysia ni... tak perlu tunggu nuklear... tengok saja mutu automotif malaysia yang penuh dengan rasuah....aish... saya tulis ni bukan nak ulas pasal nukleur dan rasuah... kembali pada topik....
emmm... sekarang ni memang banyak sumber tenaga yang cuba dikaji... tenaga solar, angin, dan macam macam lagi... tapi yang jenis bergantung pada cuaca ni susah juga... sebab cuaca sekarang bukan menentu... dan ia juga tak boleh memberi tenaga berterusan...
bila saya tengok air mengalir... dari kolam takungan ke rumah.... dari rumah ke tempat pemprosesan air... kenapa tidak kita olah sistem saliran kita bukan sahaja mengalirkan air malah supaya ia mampu juga menghasilkan tenaga... kenapa kita biarkan saja air itu mengalir tanpa kita mengambil faedah daripadanya... memang mungkin aliran ini hanya mampu memberikan tenaga yang sedikit... tapi jangan kita lupa kata-kata orang tua... sikit-sikit lama2 jadi bukit...
kita cuba fikir ini... saya bagi satu contoh...kalau air dari tangki sebelum masuk ke rumah... kita letak turbin kecil ... kira tinggi tangki tu... berapa banyak tenaga keupayaan yang boleh dihasilkannya untuk memutarkan turbin tersebut...dan berapa banyak kuasa yang mampu dijana...
mungkin sistem ini tak lengkap... mungkin juga sistem ini akan menyebabkan aliran air menjadi perlahan... disebabkan saya belum membuat kajian mengenainya... saya yakin kelemahannya mampu kita perbaiki... ini hanya sekadar draf kasar idea tersebut... saya ingat... kalau ada peluang saya sambung belajar sampai peringkat PhD... insyaAllah... saya nak cuba buat tajuk ni... sebab pada saya ini tanggungjawab saya kepada alam sekitar sebagai seorang yang berada dalam bidang kejuruteraan mekanikal..
walaupun saya memang kurang minat dalam bidang elektrik..dan pernah mendapat gred paling teruk dalam subjek elektrik motor... insyaAllah saya akan cuba dulu... jangan mengalah sebelum melangkah... tapi kalau ada orang nak buat benda ni dulu... nak ambik idea ni... silakan.. demi untuk kebaikan kita bersama....
Rabu, April 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:42 PTG
baru lepas tengok cerita gemilang...
nah hayati lagu ni dulu...
sambil tengok lirik dia ni...
Lirik OST Gemilang (Suatu Ketika) : Adi Mentor Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…
Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ooohhhhh……
bila tengok cerita gemilang ni... rasa ingin nak tubuhkan institusi sendiri... dengan korikulum sendiri... sekarang manusia sangat mementingkan ilmu dunia.... sehingga kadang kala melupakan ilmu akhirat...
insyaAllah kalau ada peluang saya ingin menubuhkan sebuah institusi bernama Institut Razzaz al Jazari (IRJ)... misi dan visi institusi ini adalah untuk melahirkan Jurutera Mekanikal yang mempunyai asas agama yang kukuh dengan akhlak beracuankan Al Quran... kiranya kalau boleh nak lahirkan Razzaz al Jazari moden...
korikulum bagi institusi ni adalah gabungan korikulum pengajian pondok dan pengajian kejuruteraan moden... buktikan sains adalah sebahagian daripada agama dan sains dan agama tak mampu dipisahkan... dengan mengenali sains... manusia akan dapat melihat lebih banyak kehebatan Allah...pelajar yang dilahirkan disini... bukan hanya punya ilmu tapi punya akhlak yang mulia... seperti dalam post saya yang ini... akhlak jauh lebih penting daripada ilmu... bila mana agama islam dikenali... difahami dan diceduk sebagai satu cara hidup... maka... insyaAllah... ilmu yang dipelajari akan diguna sebaiknya dalam menjalani hidup ini.... inilah generasi yang kita mahukan... bukan sekadar berilmu tapi akhlaknya hampeh...
semoga impian ini menjadi nyata... IRJ bakal melahirkan pemikir hebat yang mampu menaikkan nama Islam dimata dunia...amin...
Aku nak cerita impian baru aku... moga ia jadi kenyataan... dulu aku fikir aku nak buka kilang robot... tapi memandangkan kalau nak buka kilang tu modal tinggi... aku rasa aku tak mampu... lagipun aku nak buat robot pembantu rumah... nanti kesian pembantu rumah hilang pekerjaan.... jadi aku bekukan dulu impian tu... tapi bukan batalkan... cuma tangguh kan...
aku dapat idea baru untuk impian aku... perniagaan bukan semata mata untuk keuntungan... tapi tujuan utama untuk membantu masyarakat sekeliling... kalau duit banyak kat dunia simpan saja buat apa? tapi kalau berbudi insyaAllah jadi pelaburan untuk kehidupan kedua... apa impian aku tu? impian sekarang... nanti aku dah balik kampung... dah pakar pasal servis kereta... aku nak buka pusat servis... pusat servis yang murah... ambik untung sikit2 jer... yang penting dapat bantu masyarakat yang berpendapatan rendah nak servis kenderaan mereka...
pekerja pusat servis tu aku nak ambik budak2 yang tak ada kerja... aku nak latih dia... biar pandai servis kereta... untung aku ambik sikit... jadi gaji mereka sikit la... tak apa... yang penting bukan duit tapi ilmu... tapi sambil bagi ilmu... laih dia cara perniagaan dan akhlak yang baik... ikut cara Nabi Muhammad s.a.w berniaga...bila dah pandai... dia boleh buka kedai sendiri... tak pun aku boleh buka pusat servis francise... biasa orang buat makanan jer francise... yang penting aku dapat tolong masyarakat... bukan perniagaan sekadar kaut untung tanpa manfaat untuk masyarakat....
impian aku untuk masa terdekat... nak belajar betul2 ilmu servis kenderaan ni... biar belajar bersama pelajar pun... asalkan aku dapat ilmu tu... belajar sambil mengajar... untuk dapat ilmu kita tak boleh malu untuk belajar dan bertanya dengan sesiapa pun... tugas seorang pengajar sekarang bukan sekadar memberi ilmu... tapi membentuk akhlak pelajar... almaklumlah akhlak pelajar sekarang semakin teruk... ilmu tanpa akhlak yang baik... nanti ilmu tu disalah guna...
Moga fantasiku menjadi sebuah realiti... amin... Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku...
saya lama berhenti dulu sebab nak tunggu gear siap dibuat... gear tu lambat siap sebab kena beratur kat kilang untuk buat guna mesin CNC... puas tunggu... 2 bulan lebih kut... akhirnya fabrikasi disambung... aku pun siapkan nak welding la... technician tolong welding.... siap semua kerja welding... bearing pun dipasang... hari tu kalau nak kira hari kelima la..aku gi pukul 10 balik pukul 4... setelah siap pasang bearing... kerja fabrikasi tergendala lagi... tayar la plak tak ada lagi...huhu...pastu fikir macam mana nak pasang motor...technician tolong fikirkan... design aku kena ubah skit...yang tak tahannya... gear yang bukan main lama aku tunggu... x perlu guna pun dalam design baru tu...buat bazir masa aku jer tunggu bebulan bulan... kalau tak mesti dah lama siap... tapi pasti ada hikmah disebaliknya... mungkin ia mendidik aku menjadi lebih sabar...pastu plak... design baru ni... kena kecilkan tayar...sebab tayar yang diperolehi adalah kecil... walaupun nampak macam tak sesuai dan lawak sebab kenderaan tu agak besar...huhu...ok... ni design baru aku....
ni plak lukisan pemasangan motor tu... gambar dari bawah...
gambar hari kelima tu aku tak ambik... lepas hari kelima tu... bila dah dapat tayar.... aku serahkan sepenuhnya kerja fabrikasi tu kat technician sebab aku ada kelas komputer... aku gi lawat waktu rehat jer la... dan kat bawah ni aku letak gambar yang aku ambik masa aku lawat sampai kenderaan tu siap difabrikasi...
di sebabkan lambat sangat dapat bahan... maka lambat siap... dan aku tak ada masa nak buat kawalan dia... setakat tu sajalah projek aku... hanya bahagian mekanikal sahaja tanpa kawalan...walaupun nampak benda ni simple gila... tapi harganya mencecah RM1000... nasib baik projek ni ada grant...huhu...kenderaan ni sudah siap diuji... dan berjaya mencapai objektifnya... mampu bergerak... nak letak video.. tapi tak sempat nak ambik gambar video masa ujian tu di lakukan....
jutaan terima kasih diucapkan kepada technician yang tolong aku... en saiful.,.. dan sorang lagi yang aku tak tau nama...terima kasih juga kepada en rosli membeli barang untuk projek ni... tanpa mereka mungkin projek aku ni tak jadi kenyataan...tak boleh konvo la aku... dan tidak lupa juga pensyarah pembimbing aku... Dr Sallehuddin... yang sangat baik dan sporting sepanjang membimbinga aku...terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini...
Sekian, projek aku yang ini.... Moga suatu hari nanti ada lagi fantasi yang akan menjadi realiti...
Sabtu, Februari 06, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:39 PTG
Menjadikan fantasi sebuah lukisan menjadi realiti sebuah objek ni alam nyata...
dalam ni sy nak citer proses fabrikasi projek sy..
"Rekabentuk dan Fabrikasi Kenderaan Robotik untuk Pertanian"
ni gambar di alam fantasiku...
dan kat bawah ni ialah realiti
Hari pertama (4jam): 2 1/6 batang besi dipotong (13m) kepada beberapa batang...(boring nyer duk sesorang dalam bengkel... ada technician tolong potong...aku ukur...tanda... dan kikir jer...heheh)
Hari kedua (1 1/2jam): potong 3 batang lagi besi dan welding (hari ni ada Mok Keat...heheh.. welding plak... technician tolong weldingkan...keesokannya mata aku jadi bengkak macam org x tidur malam sbb masuk asap welding)
Hari ketiga: (2 1/2jam): Welding sampai siap bahagian atas tempat letak lengan robotik.. dan grinding...(welding technician wat... grinding aku wat sendiri... sambil bersila dan bersimpuh... sampai sakit urat dan tulang kaki aku keesokannya)
Hari keempat (2 1/2 jam): potong bahagian bersudut... yang hari ni majoriti kerja aku buat... sebab tu ambik masa lama... nak tanda untuk potong pun lambat.. jangka sudut x pandai nak guna... dah potong...salah plak tu.. potong lagi smpai jadi.. jadi pun x sempurna sangat..gambar aku x leh upload.. sbb bateri hp habis..x leh nak ambik gambar tadi...(kalu jumpa gadis bersimpuh atau bersila kat bengkel.. aku la tu.. potong besi pun duduk bersila... lenguh la duk mencangkung ni..)
P/s: nanti sy akan sentiasa update sampai projek sy siap...