Kenderaan Robotik Untuk Pertanian (Bahagian 2)
Khamis, Jun 03, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:42 PTG
sekarang ni baru saya ada masa nak sambung... sambung dari tajuk yang dulu...
Kenderaan Robotik Untuk Pertanian (Bahagian 1)
saya lama berhenti dulu sebab nak tunggu gear siap dibuat... gear tu lambat siap sebab kena beratur kat kilang untuk buat guna mesin CNC... puas tunggu... 2 bulan lebih kut... akhirnya fabrikasi disambung... aku pun siapkan nak welding la... technician tolong welding.... siap semua kerja welding... bearing pun dipasang... hari tu kalau nak kira hari kelima la..aku gi pukul 10 balik pukul 4... setelah siap pasang bearing... kerja fabrikasi tergendala lagi... tayar la plak tak ada lagi...huhu...pastu fikir macam mana nak pasang motor...technician tolong fikirkan... design aku kena ubah skit...yang tak tahannya... gear yang bukan main lama aku tunggu... x perlu guna pun dalam design baru tu...buat bazir masa aku jer tunggu bebulan bulan... kalau tak mesti dah lama siap... tapi pasti ada hikmah disebaliknya... mungkin ia mendidik aku menjadi lebih sabar...pastu plak... design baru ni... kena kecilkan tayar...sebab tayar yang diperolehi adalah kecil... walaupun nampak macam tak sesuai dan lawak sebab kenderaan tu agak besar...huhu...ok... ni design baru aku....
ni plak lukisan pemasangan motor tu... gambar dari bawah...
gambar hari kelima tu aku tak ambik... lepas hari kelima tu... bila dah dapat tayar.... aku serahkan sepenuhnya kerja fabrikasi tu kat technician sebab aku ada kelas komputer... aku gi lawat waktu rehat jer la...
dan kat bawah ni aku letak gambar yang aku ambik masa aku lawat sampai kenderaan tu siap difabrikasi...
di sebabkan lambat sangat dapat bahan... maka lambat siap... dan aku tak ada masa nak buat kawalan dia... setakat tu sajalah projek aku... hanya bahagian mekanikal sahaja tanpa kawalan...walaupun nampak benda ni simple gila... tapi harganya mencecah RM1000... nasib baik projek ni ada grant...huhu...kenderaan ni sudah siap diuji... dan berjaya mencapai objektifnya... mampu bergerak... nak letak video.. tapi tak sempat nak ambik gambar video masa ujian tu di lakukan....
jutaan terima kasih diucapkan kepada technician yang tolong aku... en saiful.,.. dan sorang lagi yang aku tak tau nama...terima kasih juga kepada en rosli membeli barang untuk projek ni... tanpa mereka mungkin projek aku ni tak jadi kenyataan...tak boleh konvo la aku... dan tidak lupa juga pensyarah pembimbing aku... Dr Sallehuddin... yang sangat baik dan sporting sepanjang membimbinga aku...terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini...
Sekian, projek aku yang ini....
Moga suatu hari nanti ada lagi fantasi yang akan menjadi realiti...