Janji Melayu
Ahad, Jun 06, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:46 PTG
Pertama sekali... senang saya ulas benda ini berdasarkan pengalaman. Pengalaman berkerja dalam kumpulan bersama pelajar melayu dan cina. kalau meeting dengan pelajar cina. masa memang mereka tepati.. paling lambat pun 5 minit. kalau lambat pun mereka akan memberitahu terlebih dahulu. jadi tak adalah ahli kumpulan lain akan tertunggu-tunggu.
berbeza dengan pelajar melayu. pelajar melayu biasanya akan datang lambat tanpa rasa bersalah. kalau boleh saya nak katakan di sini.. kalau tak nak hargai masa sendiri... hargailah masa orang lain... kalau meeting dengan kumpulan yang mempunyai ahli cina... mereka datang mungkin dalam 15 minit hingga setengah jam lambat. berlainan pula keadaannya apabila semua ahli kumpulan melayu... 1 jam lepas masa yang dijanjikan belum tentu mereka dah datang... saya sendiri telah lali dengan keadaan itu, jadi untuk tidak membuang masa menunggu mereka... saya bawalah kerja lain yang boleh dibuat semasa menunggu mereka datang...
itulah situasinya yang berlaku. situasi ini bukan merujuk kepada semua melayu. tapi kebanyakan melayu. kalau ditegur, orang kata... ala.. biasalah.. janji melayu.. padahal orang melayu sepatutnya beragama islam.. dan islam sangat menitik beratkan soal pengurusan masa... kalau tidak masakan ada surah berkaitan masa... demi masa... sesungguhnya manusia kerugiaan...bukan setakat itu... malah islam mengajar kita menguruskan waktu dengan perlaksanaan solat 5 kali sehari semalam... kita didik untuk solat secepat mungkin apabila masuk waktu solat... bukan menangguhkan solat sebelum waktunya tamat... apabila kita prihatin terhadap waktu solat.. kita akan lebih prihatin terhadap masa... dan menghormati masa.... masa tak mungkin bertambah... malah sentiasa berkurang... mati semakin hampir...
kesimpulan yang mampu saya buat disini...orang melayu sepatutnya malu dengan ungkapan janji melayu... bukannya bangga... kita perlu sama2 menukar ungkapan tersebut menjadi janji melayu apabila kita menepati masa perjanjian malah datang lebih awal dengan persediaan yang cukup... baru la bangsa kita boleh berjaya... ni tidak.. kalau pergi kelas... siapa yang lambat datang? melayu juga... padahal kita didik untuk menghormati guru... sepatutnya kita datanng awal sebelum lecturer datang...ok... akhir kata dari saya... tepati masa anda wahai kaum melayu... kalau tidak kaum kita akan terus layu... diulik mimpi lena tanpa menyedari kita kian ditinggalkan masa...