Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Penukar Tenaga Haba

Sabtu, April 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:26 PTG
baru- baru ni aku baca bab brek... brek menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga haba... menggunakan hukum termodinamik pertama.... tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan... haba cuma boleh ditukar ke bentuk lain... dalam konsep brek tu... tenaga kinetik di tukar kepada tenaga haba dan dilepaskan ke persekitaran... tiba-tiba otak aku melayang layang berfikir.... selalu masa aku belajar... selalu terbaca ayat ni... bertukar kepada tenaga haba dan dibebaskan ke persekitaran... otakku terus mentafsir.... apa yang akan berlaku pada tenaga haba tu seterusnya? kalau tenaga haba tu terus dalam keadaan tu tanpa bertukar ke tenaga lain... alamatnya... semakin hari semakin banyaklah tenaga haba kat dunia ni... dan sebab tu la berlaku pemanasan dunia....

setiap hari... biasa kita tengok... kita panaskan air... kita masak nasi... kita sterika baju..,dan banyak lagi la kita tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba...tak masuk lagi tenaga haba yang terbebas dari kenderaan kita... huh... banyak betul tenaga haba yang terbebas ke persekitaran... mana tak panasnya dunia ni..
dan tenaga haba tu macam membazirnya... kalau kita tak guna balik dia... cuba imbas balik alat2 kat dunia ni... mana ada yang tukar tenaga haba kepada tenaga lain yang bermanfaat untuk kita...

yang ada sekarang adalah guna semula tenaga haba yang terbebas dari barang tu sendiri.. macam kereta hibrid... tenaga haba yang terhasil daripada brek ditukar kepada tenaga untuk kenderaan itu sendiri... jimat la minyak... dan kurang la tenaga haba yang terbebas ke persekitaran...selamat dunia...lagi contoh lain... ada bangunan di singapura dibangunkan NUS yang mengunakan tenaga haba yang terdapat di dalam bangunan tu untuk kegunaan memanaskan air... kira bangunan tu tak keluarkan tenaga ke persekitaran la... ni la namanya teknologi hijau... sistem dia macam ni... dia buat salur air kecil di sekeliling rumah tu... tenaga haba akan diserap oleh air yang mengalir tersebut...lebih kurang sistem penyejukan kereta la... cuma haba dari sistem penyejukan tu dibebaskan ke persekitaran... yang ni di gunakan untuk memanaskan air...

bagaimana dengan haba yang dah ada kat persekitaran sekarang? bagaimana pula dengan haba yang terus terbebas ke persekitaran dari alat2 yang bukan teknologi hijau... yang tak mementingkan alam sekitar... kita sebagai manusia dicipta dengan akal... untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini... kita perlu menjaga alam yang diciptakan oleh Allah untuk kita... bukan memusnahkannya..  jadi jom kita fikir alat yang bagaimana yang mampu kita buat untuk menyedut tenaga haba dan tukarkan kepada sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua... teringat kata kawan... cukupkah sebatang mancis mendidihkan seliter air? apa yang aku faham dari sini... dunia ni luas... haba tersebar ke seluruh dunia... kalau kita tak kumpul dia banyak... mana mungkin kita dapat manfaat darinya... kita hanya dapat rasa kepanasan... jadi sebab tu saya rasa kita perlu alat yang mampu mengumpul tenaga haba tersebut dan menukarkannya kepada tenaga lain.... mungkin ini mampu menggantikan tenaga nukleur... siapa tahu kan???
Komen: 
0 comments

Sebuah Perjalanan

Rabu, April 20, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:58 PTG
di atas permintaan seorang sahabat...
dia nak saya letak kisah perjalanan ke tempat kerja...
saya dah letak gambar kat fb...
tapi dia nak dalam bentuk penulisan....
nah... saya dedikasikan untuknya...


Sebuah Perjalanan


Sebuah perjalanan...
Untuk mencari rezeki
Untuk mendidik anak bangsa
Untuk memberi bakti
Demi menunaikan janji
Sebagai seorang anak merdeka...

Sebuah  perjalanan
di pagi yang hening...
terdengar lagu negaraku berkumandang...
dari sekolah di belakang sana..
deruman enjin memecah kesunyian..
jam berdetik menunjukkan 7.15pagi..
pintu dikunci pagar ditutup...
bermulalah sebuah perjalanan...

Sebuah perjalanan...
melalui kawasan perumahan...
melihat anjing berkejaran..
bermain bersama taulan...
menggunakan jalan yang tak rata...
hasil dari rasuah pemimpin...
yang gila kuasa dan wang...
hanya tahu menyusahkan rakyat...

Sebuah perjalanan..
menuntut sebuah kesabaran...
pemandu tak reti peraturan jalan
jalan berhenti sesuka hati
belok tanpa memberi signal
orang sini memang begitu...

Sebuah perjalanan...
yang perlu menyeberangi jalan...
kekadang susah kekadang senang...
kekadang tak putus kereta...
kekadang ada insan berhati mulia...
memberi jalan pada yang memerlukan...

Sebuah perjalanan...
yang bertentangan dengan insan lain...
insan lain bekerja di bandar..
tapi aku bekerja di pedalaman
jadi tidak perlu untuk aku..
melalui jalan yang begitu sesak...

Sebuah perjalanan...
melalui jalan lurus dan panjang..
melihat sekolah dan juga semak...
memasuki lebuhraya tanpa tol...
lebuhraya tidak lulus CF..
tiada jaminan keselamatan untuk pengguna..
memecut sekadar mengejar masa..

Sebuah perjalanan
melalui jalan berbukit...
seolah mahu pergi berkhemah...
merentasi ladang dan hutan belantara...
jalan berliku mengundang kemalangan
sehingga jalan dianggap keras...

Sebuah perjalanan
menghampiri destinasi tujuan
ada taman reakrasi air terjun
dikelilingi gunung diselimuti kabus
indah alam kurniaan tuhan
penenang hati para pencari ilmu

Sebuah pejalanan
Akhirnya berakhir di sebuah destinasi
tempat anak bangsa dididik
menjadi insan berguna
punya ilmu dan akhlak mulia
supaya mampu menyumbang
kepada negara dimasa depan...

Komen: 
0 comments

Tandas Baring

Ahad, April 17, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:01 PTG
dulu teringin nak reka baju halimunan... tapi dah ada yang reka... nak reka robot pembantu rumah... jepun dah buat... ni nak buat tandas baring la pula... minta minta tak ada orang buat lagi...

tandas duduk dah ada... tandas cangkung dah ada... jadi apa kepentingan tandas baring? ia direka bukan untuk orang yang malas... tapi untuk orang yang sakit tak boleh bangun... berak dalam pamper mesti tak best kan? lagipun akan menyebabkan gatal2 pada kulit... dah la sakit... nak berak pun tak selesa...

lagipun susah la nak salin buang ni... pampers sekarang bukan murah... sebab tu saya rasa kita kena ada tandas baring untuk pesakit... biar ia mesra pengguna...kalau boleh tandas tu pesakit boleh guna walaupun tiada penjaga... terus salir bahan buangan pada saluran najis yang sepatutnya...
tak perlu nak kena buang najis dah... moga moga nanti tandas ni menjadi satu kenyataan...insyaAllah...amin...


ni gambar dia... saya baru tambah.... maaf la lukis guna paint jer... nak lukis guna autocad... laptop ni tak boleh install..
Komen: 
9 comments

Saliran Hidroelektrik

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:19 PTG
sebab orang duk sibuk2 dengan nuklear...
aku pun fikir macam mana nak buat sistem janakuasa yang efisien dan mesra alam... almaklumlah... sistem hidroelekkrik kat negara kita ni tak mampu membekalkan kuasa yang cukup... masih perlu menggunakan loji kuasa untuk menghasilkan elektrik... sistem ini memerlukan bahan api... kos bahan api pula semakin hari semakin naik... sebab bahan api adalah sumber tenaga yang tak mampu diperbaharui...

sebab tu la kut kerajaan sibuk nak buat nuklear... sepakar pakar jepun dalam bidang nuklear pun kelam kabut bila ada bencana alam... malaysia nak buat nuklear... jangan rakyat jadi mangsa sudah la... bukan saya tak percayakan pakar nuklear tempatan... tapi saya tak percayakan integriti masyarakat malaysia... terlalu banyak rasuah kat malaysia ni... tak perlu tunggu nuklear... tengok saja mutu automotif malaysia yang penuh dengan rasuah....aish... saya tulis ni bukan nak ulas pasal nukleur dan rasuah... kembali pada topik....

emmm... sekarang ni memang banyak sumber tenaga yang cuba dikaji... tenaga solar, angin, dan macam macam lagi... tapi yang jenis bergantung pada cuaca ni susah juga... sebab cuaca sekarang bukan menentu... dan ia juga tak boleh memberi tenaga berterusan...

bila saya tengok air mengalir... dari kolam takungan ke rumah.... dari rumah ke tempat pemprosesan air... kenapa tidak kita olah sistem saliran kita bukan sahaja mengalirkan air malah supaya ia mampu juga menghasilkan tenaga... kenapa kita biarkan saja air itu mengalir tanpa kita mengambil faedah daripadanya... memang mungkin aliran ini hanya mampu memberikan tenaga yang sedikit... tapi jangan kita lupa kata-kata orang tua... sikit-sikit lama2 jadi bukit...

kita cuba fikir ini... saya bagi satu contoh...kalau air dari tangki sebelum masuk ke rumah... kita letak turbin kecil ... kira tinggi tangki tu... berapa banyak tenaga keupayaan yang boleh dihasilkannya untuk memutarkan turbin tersebut...dan berapa banyak kuasa yang mampu dijana...

mungkin sistem ini tak lengkap... mungkin juga sistem ini akan menyebabkan aliran air menjadi perlahan... disebabkan saya belum membuat kajian mengenainya... saya yakin kelemahannya mampu kita perbaiki... ini hanya sekadar draf kasar idea tersebut... saya ingat... kalau ada peluang saya sambung belajar sampai peringkat PhD... insyaAllah... saya nak cuba buat tajuk ni... sebab pada saya ini tanggungjawab saya kepada alam sekitar sebagai seorang yang berada dalam bidang kejuruteraan mekanikal..

walaupun saya memang kurang minat dalam bidang elektrik..dan pernah mendapat gred paling teruk dalam subjek elektrik motor... insyaAllah saya akan cuba dulu... jangan mengalah sebelum melangkah... tapi kalau ada orang nak buat benda ni dulu... nak ambik idea ni... silakan.. demi untuk kebaikan kita bersama....
Komen: 
0 comments

Pelajarku tanggungjawabku

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:30 PTG
selalu orang kata pelajar automotif tak dengar kata... degil... teruk... biadap... macam macam la lagi tomahan untuk pelajar automotif... kebanyakan pendidik tidak suka pada mereka...

saya pernah dengar luahan hati mereka... mereka seolah olah diban untuk ke pejabat... kerana pendidik pendidik banyak yang tidak suka pada mereka... patut ke mereka dilayan begini? mereka bukan lagi budak budak... mereka patut dilayan sebagai kawan... bukannya lawan... memang saya tak ada ilmu dalam mendidik tapi saya hanya percaya apa yang saya rasa andai saya ditempat mereka sebab saya pun baru jer bertukar status dari seorang pelajar kepada pendidik...

sebagai seorang pendidik di bidang automotif... saya rasa ini tanggungjawab saya untuk menukar pandangan negatif terhadap pelajar automotif ini... dan mengubah pelajar automotif ini menjadi antara pelajar yang terbaik.... bukan sahaja dari segi ilmu tapi yang penting akhlak dan juga displin...aku akan buktikannya... InsyaAllah...
Komen: 
1 comments

Kenapa Perempuan dipersoalkan?

Ahad, April 10, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:19 PG
maaf... mungkin akhir akhir ini aku selalu meluah rasa disini... aku nak meluah rasa di facebook dan ym... takut nanti ada yang terasa... aku bukan apa cuma hipokrit...hahaha... senang disini tiada yang mengenali aku dalam dunia realitiku...

aku tertanya tanya... kenapa untuk perempuan banyak yang tidak boleh berbanding lelaki... kenapa kalau perempuan buat itu ini semua orang nak umpat... tapi kalau lelaki buat ok saja... tak pakai handbag pun salah... pakai beg galas pun salah... sendawa kuat pun salah... tak pandai masak pun tak boleh... tak suka kemas rumah pun tak boleh... duduk kaki menyilang pun tak boleh... merempit tengah malam apa lagi la... comfirm tak boleh... semua benda tak boleh... hidup tak bebas... macam la perempuan ni dijadikan sebagai hamba untuk lelaki... aku benci...

aku pakai beg pikul pun orang kata tak sesuai untuk perempuan... hey... lelaki pakai tak apa? bagi alasan dia la nak tegur tu... jangan bercakap tanpa berfikir... tu nasib baik saya pakai beg galas biasa... kalau saya pakai beg doraemon... tak tahu la apa diorang nak kata... aku pakai beg doraemon baru tahu... orang tak pakai handbeg pun nak susah... weh sekarang musim meragut... buat apa letak diri dalam risiko... pakai beg galas la selamat... orang susah nak ragut,...kalau aku kena ragut... sampai mati sape nak tanggung??? ikut suka aku la nak pakai apa... biar macam student pun... dah awet muda nak buat macam mana... jangan la jeles....

apa masalah dengan korang ni... nak tegur aku tegur la depan2.. ni guna kawan aku lagi... kesian ni... dia dah puas tegur aku... dah aku tak nak dengar... ikut suka aku la... aku ni merdeka... bukan hamba korang nak ikut korang kata apa... mak ayah aku sendiri pun kekadang aku tak ikut... ini pulak korang yang entah sape... ikut suka aku la aku nak pakai apa... nak pakai macam mana... nak selekeh ker... nak nampak buruk ker... nak nampak comot ker... nak nampak pelik ker... itu aku punya suka... keselesaan aku... style aku... aku bebas memilih penampilan aku sendiri... korang nak tengok aku dengan personaliti bergaya, feminim... untuk apa? korang nak bergaya bergaya la... ada aku kisah...

kata aku tak ikut fesyen... aku bukan tak reti fesyen atau bergaya... tapi aku tak nak... macam aku cakap sebelum ni... buat apa bergaya depan lelaki jalanan? buat tambah dosa jer... buat apa beli pakaian berfesyen... sekejap tukar... membazir duit jer... baik beli buku... dapat juga tambah ilmu... setiap orang ada taste shopping berbeza... korang suka habiskan duit beli pakaian berfesyen... beli la... aku tak larang... tapi jangan la paksa aku beli juga... manusia tak semuanya sama... ada citarasa berbeza...
kalau nak kata aku kolot kata la... aku tak kisah... asal aku boleh hidup bebas dengan cara aku sendiri...

ni baru aku nak mempertahankan kebebasan aku dalam gaya aku sendiri... tu pun dah perit macam mana orang yang mempertahankan tudung labuh dan pemakaian purdah... mesti lagi hebat dugaannya... kenapa orang nak sibuk pasal kita... ikut suka kita la nak buat apa nak pakai apa... bukan buat benda dosa pun... tapi bila orang buat benda dosa tak berani pulak korang nak tegur...

ahhhh... aku nak jadi student... masa aku jadi student tak ada orang pun nak kisah pasal aku pakai pakaian kesukaan aku baju kurung, seluar track dan kasut sport... masuk bengkel dan lab pakai baju kurung... sendawa kuat kuat... merempit tengah malam... ada orang kisah... biarkan aku dengan hidup aku sendiri... rasa macam nak cepat2 buka bengkel sendiri... kerja sendiri... masuk bawah kereta pakai baju kurung pun orang tak boleh nak marah... sebab itu bengkel aku....hahhaha...

fikir positif la pulak... asyik negatif jer... ok la... kalau aku tukar imej pun demi menjaga persahabatan aku dengan kawan aku... aku tak nak korang libatkan dia dan malukan dia... korang punya pasal la... pergi tegur aku melalui kawan aku... tak pasal2 dia yang kena... kalau tak aku sembur korang jer senang... fikir positif.... korang nak tengok aku tak nampak pelik... tak nak orang mengata aku... aku pun kena la jaga.. supaya korang pun tak perlu menambah dosa untuk mengata aku....kan..kan...kan...

lagipun aku sebagai sorang muslimah... kena jaga imej muslimah yang lain... (muslimah la konon,.. macam terlebih perasan jer ayat ni)...kalau aku pakai tudung nampak buruk... nanti orang cakap kalau pakai tudung nanti nampak buruk... kalau aku pakai tudung nampak elok... nanti orang tertarik nak pakai tudung...hahaha...kalau orang tengok pakaian menutup aurat ni nampak selekeh... kolot... nanti orang takut nak menutup aurat kerana takut nampak selekeh dan kolot....tapi bergaya pun biar berpada pada... jangan sampai pakai pembalut nangka...tu bukan menutup aurat namanya... tapi menutup kulit....cukuplah sekadar nampak kemas...hahahha... tapi ingat... menutup aurat bukan untuk bergaya... tapi untuk menurut perintah Allah... kerana Allah... ingatlah dirimu sangat berharga... bukan sekadar perhiasan murahan....
Komen: 
1 comments

Institut Razzaz al Jazari (IRJ)

Rabu, April 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:42 PTG
baru lepas tengok cerita gemilang...
nah hayati lagu ni dulu...



sambil tengok lirik dia ni...

Lirik OST Gemilang (Suatu Ketika) : Adi Mentor
Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…

Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ooohhhhh……

bila tengok cerita gemilang ni... rasa ingin nak tubuhkan institusi sendiri... dengan korikulum sendiri... sekarang manusia sangat mementingkan ilmu dunia.... sehingga kadang kala melupakan ilmu akhirat...

insyaAllah kalau ada peluang saya ingin menubuhkan sebuah institusi bernama Institut Razzaz al Jazari (IRJ)... misi dan visi institusi ini adalah untuk melahirkan Jurutera Mekanikal yang mempunyai asas agama yang kukuh dengan akhlak beracuankan Al Quran... kiranya kalau boleh nak lahirkan Razzaz al Jazari moden...

korikulum bagi institusi ni adalah gabungan korikulum pengajian pondok dan pengajian kejuruteraan moden... buktikan sains adalah sebahagian daripada agama dan sains dan agama tak mampu dipisahkan... dengan mengenali sains... manusia akan dapat melihat lebih banyak kehebatan Allah...pelajar yang dilahirkan disini... bukan hanya punya ilmu tapi punya akhlak yang mulia... seperti dalam post saya yang ini... akhlak jauh lebih penting daripada ilmu... bila mana agama islam dikenali... difahami dan diceduk sebagai satu cara hidup... maka... insyaAllah... ilmu yang dipelajari akan diguna sebaiknya dalam menjalani hidup ini.... inilah generasi yang kita mahukan... bukan sekadar berilmu tapi akhlaknya hampeh...

semoga impian ini menjadi nyata... IRJ bakal melahirkan pemikir hebat yang mampu menaikkan nama Islam dimata dunia...amin...
Komen: 
0 comments

Buka Bengkel Kereta

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:35 PTG
Aku nak cerita impian baru aku... moga ia jadi kenyataan... dulu aku fikir aku nak buka kilang robot... tapi memandangkan kalau nak buka kilang tu modal tinggi... aku rasa aku tak mampu... lagipun aku nak buat robot pembantu rumah... nanti kesian pembantu rumah hilang pekerjaan.... jadi aku bekukan dulu impian tu... tapi bukan batalkan... cuma tangguh kan...

aku dapat idea baru untuk impian aku... perniagaan bukan semata mata untuk keuntungan... tapi tujuan utama untuk membantu masyarakat sekeliling... kalau duit banyak kat dunia simpan saja buat apa? tapi kalau berbudi insyaAllah jadi pelaburan untuk kehidupan kedua... apa impian aku tu? impian sekarang... nanti aku dah balik kampung... dah pakar pasal servis kereta... aku nak buka pusat servis... pusat servis yang murah... ambik untung sikit2 jer... yang penting dapat bantu masyarakat yang berpendapatan rendah nak servis kenderaan mereka...

pekerja pusat servis tu aku nak ambik budak2 yang tak ada kerja... aku nak latih dia... biar pandai servis kereta... untung aku ambik sikit... jadi gaji mereka sikit la... tak apa... yang penting bukan duit tapi ilmu... tapi sambil bagi ilmu... laih dia cara perniagaan dan akhlak yang baik... ikut cara Nabi Muhammad s.a.w berniaga...bila dah pandai... dia boleh buka kedai sendiri... tak pun aku boleh buka pusat servis francise... biasa orang buat makanan jer francise... yang penting aku dapat tolong masyarakat... bukan perniagaan sekadar kaut untung tanpa manfaat untuk masyarakat....

impian aku untuk masa terdekat... nak belajar betul2 ilmu servis kenderaan ni... biar belajar bersama pelajar pun... asalkan aku dapat ilmu tu... belajar sambil mengajar... untuk dapat ilmu kita tak boleh malu untuk belajar dan bertanya dengan sesiapa pun... tugas seorang pengajar sekarang bukan sekadar memberi ilmu... tapi membentuk akhlak pelajar... almaklumlah akhlak pelajar sekarang semakin teruk... ilmu tanpa akhlak yang baik... nanti ilmu tu disalah guna...

Moga fantasiku menjadi sebuah realiti... amin... Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku...
Komen: 
5 comments

Hipokritnya aku...

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:32 PTG
Hipokritnya aku...
kalau anda pernah baca post ini
dan kemudian anda baca post ni... pasti anda akan kata saya memang hipokrit...

sebelum ni... saya kata saya tak kisah pasal penampilan saya... tak nak jaga penampilan dihadapan lelaki jalanan... tapi akhirnya aku kecundang... malam sebelum dinner pergi kedai makeup... banyak sale.... dasar perempuan tak boleh tengok makeup sale... terus beli...haha... aku beli dengan niat nak main2 dalam bilik dan guna nanti dah kawin (macam la dah nak kawin...haha)....tapi lain pula jadinya...

bajet masa dinner... nak pakai baju kurung... dah siap iron dah... (rajin pula kali ni)... tapi orang kata kena pakai kasual.... orang tak pakai baju kurung... aku mula2 tetap nak pakai baju kurung... (lambang identiti gadis melayu la konon)... entah syaitan mana menghasut aku,... aku pun bersetuju menerima tawaran kawan aku untuk pinjam baju dia...(almaklum la... aku ni tak suka jaga penampilan... mana ada baju comel... yang ada baju kolej bagi masa kat u dulu jer la... takkan nak pakai tshirt biasa makan kat hotel...)... dalam otak aku nak pakai baju kurung yang dah aku gosoknya tu esoknya..(sebab esoknya ada buat makan2 sikit kat rumah aku)...

bila dah aku pakai baju comel yang feminin siap dengan seluar jean lagi... aku pun perasan comel... entah syaitan mana pula yang menghasut aku... aku pun calit makeup nipis ke muka aku...hurmmm... bila tanya housemate aku yang lain... diorang kata nampak lain aku... macam ni la bergaya... siap ada housemate yang menawarkan gincu pelbagai warna...

dipendekkan cerita aku pun pergi diner... rakan sepejabat pun cakap aku nampak lain,... ada yang siap tak kenal aku lagi... ingat kawan aku bawa kawan dia yang lain... rasa megah ker aku? tidak sama sekali... malu la... jalan tunduk jer... malu la lelaki tengok.... malu untuk menjadi perempuan murah yang menarik minat lelaki....kalau boleh nak duduk kat tempat gelap jer... supaya orang tak perasan kelainan aku...

aku terfikir... beza sangatkah aku dimalam itu? aku rasa cuma aku kurang serabai... dan biasa pergi pejabat... aku tak mengenakan apa2 kemukaku... selain wuduk...kalau rajin pakai pun krim pelembab... uv dan bedak carrie junior... aku terfikir lagi... zaman sekarang kita perlu bergaya ker baru nampak bukan macam budak2? patutkah perempuan Islam bergaya dihadapan lelaki yang bukan halal baginya?

ya Allah...aku tak kuat mempertahankan pendirian aku keseorangan... tanpa ada yang menegur pakaianku ketat... aku bergaya dihadapan lelaki yang tak sepatutnya... aku dikelilingi orang yang menggalakkan aku untuk bergaya...aku tak mampu melawan nafsu ku sendiri... aku perempuan yang juga ingin kelihatan cantik...Kau kirimkanlah aku seorang teman yang membimbing aku ke jalan Mu yang lurus... moga aku tak tersesat dalam mencari cahayaMu...amin...
Komen: 
0 comments

Awat takut sangat ni?

Ahad, April 03, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:07 PG
aku pelik... bila semua orang takut pada kiamat...
takut bila berlaku tsunami... takut sangat bila berlaku radiasi nuklear?
kenapa? takut mati? takut cacat? takut hilang orang tersayang?

hmmm... cara aku cakap ni... macam la aku tak takut mati... aku pun takut... tapi sedarkah kita... ajal maut di tangan Tuhan... bila bila masa pun kita boleh mati.... tak perlu tunggu kiamat... tak perlu tunggu tsunami... tak perlu tunggu radiasi nuklear... begitu juga kehilangan orang tersayang.... pasal cacat pula... bila2 masa pun kita boleh cacat... patah kaki... buta... melecur...semua tu ketentuan Allah... bila dia nak tarik nikmat keatas kita...

kita asyik duk takut nikmat itu ditarik... ingatkah kita untuk bersyukur dengan segala nikmat tu? kita asyik duk takut mati... beramalkah kita menanti mati? kira dan hintungkan dosa pahala yang telah kita lakukan... cukupkah pahala itu? sudah bertaubatkah dengan kesalahan yang kita telah lakukan?... mungkin sedetik lagi nyawa kita diambil...

tak perlu takut dengan setiap kejadian... tapi ambillah iktibar daripadanya... kita akan pergi jua akhirnya... bersedialah kita untuk menghadapinya.... takut sangat lagi ka?
Komen: 
0 comments