Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Saliran Hidroelektrik

Ahad, April 17, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:19 PTG
sebab orang duk sibuk2 dengan nuklear...
aku pun fikir macam mana nak buat sistem janakuasa yang efisien dan mesra alam... almaklumlah... sistem hidroelekkrik kat negara kita ni tak mampu membekalkan kuasa yang cukup... masih perlu menggunakan loji kuasa untuk menghasilkan elektrik... sistem ini memerlukan bahan api... kos bahan api pula semakin hari semakin naik... sebab bahan api adalah sumber tenaga yang tak mampu diperbaharui...

sebab tu la kut kerajaan sibuk nak buat nuklear... sepakar pakar jepun dalam bidang nuklear pun kelam kabut bila ada bencana alam... malaysia nak buat nuklear... jangan rakyat jadi mangsa sudah la... bukan saya tak percayakan pakar nuklear tempatan... tapi saya tak percayakan integriti masyarakat malaysia... terlalu banyak rasuah kat malaysia ni... tak perlu tunggu nuklear... tengok saja mutu automotif malaysia yang penuh dengan rasuah....aish... saya tulis ni bukan nak ulas pasal nukleur dan rasuah... kembali pada topik....

emmm... sekarang ni memang banyak sumber tenaga yang cuba dikaji... tenaga solar, angin, dan macam macam lagi... tapi yang jenis bergantung pada cuaca ni susah juga... sebab cuaca sekarang bukan menentu... dan ia juga tak boleh memberi tenaga berterusan...

bila saya tengok air mengalir... dari kolam takungan ke rumah.... dari rumah ke tempat pemprosesan air... kenapa tidak kita olah sistem saliran kita bukan sahaja mengalirkan air malah supaya ia mampu juga menghasilkan tenaga... kenapa kita biarkan saja air itu mengalir tanpa kita mengambil faedah daripadanya... memang mungkin aliran ini hanya mampu memberikan tenaga yang sedikit... tapi jangan kita lupa kata-kata orang tua... sikit-sikit lama2 jadi bukit...

kita cuba fikir ini... saya bagi satu contoh...kalau air dari tangki sebelum masuk ke rumah... kita letak turbin kecil ... kira tinggi tangki tu... berapa banyak tenaga keupayaan yang boleh dihasilkannya untuk memutarkan turbin tersebut...dan berapa banyak kuasa yang mampu dijana...

mungkin sistem ini tak lengkap... mungkin juga sistem ini akan menyebabkan aliran air menjadi perlahan... disebabkan saya belum membuat kajian mengenainya... saya yakin kelemahannya mampu kita perbaiki... ini hanya sekadar draf kasar idea tersebut... saya ingat... kalau ada peluang saya sambung belajar sampai peringkat PhD... insyaAllah... saya nak cuba buat tajuk ni... sebab pada saya ini tanggungjawab saya kepada alam sekitar sebagai seorang yang berada dalam bidang kejuruteraan mekanikal..

walaupun saya memang kurang minat dalam bidang elektrik..dan pernah mendapat gred paling teruk dalam subjek elektrik motor... insyaAllah saya akan cuba dulu... jangan mengalah sebelum melangkah... tapi kalau ada orang nak buat benda ni dulu... nak ambik idea ni... silakan.. demi untuk kebaikan kita bersama....