Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Penukar Tenaga Haba

Sabtu, April 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:26 PTG
baru- baru ni aku baca bab brek... brek menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga haba... menggunakan hukum termodinamik pertama.... tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan... haba cuma boleh ditukar ke bentuk lain... dalam konsep brek tu... tenaga kinetik di tukar kepada tenaga haba dan dilepaskan ke persekitaran... tiba-tiba otak aku melayang layang berfikir.... selalu masa aku belajar... selalu terbaca ayat ni... bertukar kepada tenaga haba dan dibebaskan ke persekitaran... otakku terus mentafsir.... apa yang akan berlaku pada tenaga haba tu seterusnya? kalau tenaga haba tu terus dalam keadaan tu tanpa bertukar ke tenaga lain... alamatnya... semakin hari semakin banyaklah tenaga haba kat dunia ni... dan sebab tu la berlaku pemanasan dunia....

setiap hari... biasa kita tengok... kita panaskan air... kita masak nasi... kita sterika baju..,dan banyak lagi la kita tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba...tak masuk lagi tenaga haba yang terbebas dari kenderaan kita... huh... banyak betul tenaga haba yang terbebas ke persekitaran... mana tak panasnya dunia ni..
dan tenaga haba tu macam membazirnya... kalau kita tak guna balik dia... cuba imbas balik alat2 kat dunia ni... mana ada yang tukar tenaga haba kepada tenaga lain yang bermanfaat untuk kita...

yang ada sekarang adalah guna semula tenaga haba yang terbebas dari barang tu sendiri.. macam kereta hibrid... tenaga haba yang terhasil daripada brek ditukar kepada tenaga untuk kenderaan itu sendiri... jimat la minyak... dan kurang la tenaga haba yang terbebas ke persekitaran...selamat dunia...lagi contoh lain... ada bangunan di singapura dibangunkan NUS yang mengunakan tenaga haba yang terdapat di dalam bangunan tu untuk kegunaan memanaskan air... kira bangunan tu tak keluarkan tenaga ke persekitaran la... ni la namanya teknologi hijau... sistem dia macam ni... dia buat salur air kecil di sekeliling rumah tu... tenaga haba akan diserap oleh air yang mengalir tersebut...lebih kurang sistem penyejukan kereta la... cuma haba dari sistem penyejukan tu dibebaskan ke persekitaran... yang ni di gunakan untuk memanaskan air...

bagaimana dengan haba yang dah ada kat persekitaran sekarang? bagaimana pula dengan haba yang terus terbebas ke persekitaran dari alat2 yang bukan teknologi hijau... yang tak mementingkan alam sekitar... kita sebagai manusia dicipta dengan akal... untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini... kita perlu menjaga alam yang diciptakan oleh Allah untuk kita... bukan memusnahkannya..  jadi jom kita fikir alat yang bagaimana yang mampu kita buat untuk menyedut tenaga haba dan tukarkan kepada sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua... teringat kata kawan... cukupkah sebatang mancis mendidihkan seliter air? apa yang aku faham dari sini... dunia ni luas... haba tersebar ke seluruh dunia... kalau kita tak kumpul dia banyak... mana mungkin kita dapat manfaat darinya... kita hanya dapat rasa kepanasan... jadi sebab tu saya rasa kita perlu alat yang mampu mengumpul tenaga haba tersebut dan menukarkannya kepada tenaga lain.... mungkin ini mampu menggantikan tenaga nukleur... siapa tahu kan???
Komen: