Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Fokus Pada Impian

Khamis, Jun 30, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:11 PTG
Dulu duk fikir pasal nak kawin... tapi sekarang dah malas la... buat apa fikir benda yang tak mampu kita cakap... berangan jer la... hahaha... baik fikir masa depan kita sendiri... pasal jodoh biar masa menentukan... bila dah tiba saatnya... jodoh akan tiba tanpa perlu mencari... man is nothing la...kan kan... (haha.. aku memang antilelaki)... nak capai impian bukan perlukan lelaki pun... kekadang lelaki ni sekadar penyekat kita mengejar impian kita adalah.... Fantasi tak mungkin aku biarkan hanya sekadar mimpi indah.... selagi ada daya akan ku kejar biar sampai ke hujung dunia... (hiperbola betul la...)

Apa impian aku sekarang? erm,... gelaran pelajar telah aku gugurkan... surat menamatkan pengajian telah aku hantar... biarlah impian aku tertangguh... asal aku mampu fokus dalam menjalankan tanggungjawab aku mendidik anak bangsa... aku nak fokus dengan kerja aku... aku nak fokus bidang yang aku minat iaitu automotif... bak kata orang tua tua menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan... biar apa orang nak kata... walaupun bidang automotif tu bidang lelaki... perempuan boleh wooo... (adakah aku menafikan fitrah seorang perempuan?) ... jadi sekarang aku nak jadi workaholic.... sambil tu aku nak jadi studyholic... sebab aku masih banyak tak tahu dalam bidang automotif ni....

Kenapa aku tetiba nak jadi workaholic?? sebab aku nak jadi gila duit,.. setelah  beberapa lama aku membenci duit...(atas pengalaman pahit)... kenapa nak gila duit? sebab aku sedar kehidupan tetap memerlukan duit untuk kita dapat apa yang kita inginkan... lagipun tak lama lagi aku akan ada hutang sebab aku dah beli kereta... huhuhu... nak lunaskan hutang dalam masa 9 tahun... nak kumpul duit lagi untuk sambung belajar... nak kumpul duit untuk gi mekah lagi...nak bagi mak ayah duit lagi... nak melabur lagi... nak simpan untuk masa depan lagi...nak guna untuk kehidupan lagi (yang ni kalau ada suami boleh suami  tanggung...hehe...)... dan nak kumpul duit untuk kawin... boleh ker aku nak kumpul semua duit ni dalam masa 5 tahun??? sebab tu aku kena betul2 gila duit...hahahaa....

Kenapa aku nak kumpul dalam masa 5 tahun? sebab lepas 5-7 tahun... aku nak cuti untuk belajar... aku nak sambung impian aku... paling kurang umur 35 dah ada master... umur 40 dah ada PhD... sementara tunggu 5 tahun ni... aku nak cari tajuk yang boleh aku fokus dan aku minat... untuk aku buat phd... jadi tak ada la rugi masa aku menunggu impian aku dikejar kembali... boleh buat persediaan awal2... nanti boleh ambik phd sekejap jer...haha... berangan jer aku ni... doakan aku berjaya yer... InsyaAllah... Amin...

p/s: sebenarnya aku nak jadi workaholic bukan kerana duit gaji... insyaAllah... aku berkhidmat kerana Allah... sesungguhnya berkongsi ilmu itu membahagiakan....