Kehidupan Yang Pelik 3
Rabu, Jun 29, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:26 PTG
kawan-kawan... sedarkah kita... bulan puasa bukan sekadar bulan ibadat... tapi bulan untuk melatih diri kita... kalau dah nama latihan tu... perlu teruskanlah walau bulan tu dah berakhir... istiqamah dalam apa juga perbuatan kita... tak perlu tunggu hanya bulan ramadhan untuk buat perkara baik... tak perlu tunggu hari raya untuk meminta maaf... macam juga kita tak perlu tunggu kebulur baru nak makan... nanti kalau tunggu kebulur takut mati tak sempat nak makan... kalau tunggu bulan ramadhan takut mati tak sempat nak beramal... kalau tunggu hari raya.... takut mati tanpa kemaafan...
benda pelik seterusnya saya nak ulas... pasal manusia yang mengagungkan artis... pelik betullah apa yang artis tu sumbang pada manusia? hiburan? mampu bahagiakah dengan hiburan... pada saya la... bahagia lagi kalau dapat ilmu berbanding hiburan... dengan ilmu kita boleh bagi manfaat buat manusia lain lagi... kemanisan bahagia akan terasa bila kita mampu membantu orang lain... bukan dengan kita cuma membahagiakan diri kita sendiri sahaja... berapa banyak guru kita... pensyarah kita... yang memberi kita ilmu yang tak bertepi... kenapa kita tetap mengagungkan artis yang pada saya tak membawa apa2 dalam kehidupan kita... kenapa begitu banyak remaja yang bercita-cita untuk menjadi artis... sedangkan kerjaya itu banyak mengumpul dosa... mungkin mereka inginkan glamour...perhatian... mungkin kerana mereka dibesarkan dengan persekitaran yang kurang memberi perhatian ada mereka... maklumlah... ibu ayah sibuk dengan kerjaya masing2...anak2 terabai... mencari perhatian dengan cara lain...
Ramai orang suka rancangan maharaja lawak... yup... ia mampu memberi keceriaan dalam hidup... maaf ni pandangan saya... harap tiada yang terasa... sedarkah kita ketawa mampu mengurangkan ingatan kita... ketawa juga mampu membuatkan kita lupa pada tuhan...(padahal tak ketawa pun selalu lupa...teruk betul aku ni)... mungkin dalam maharaja lawak ada diselitkan nilai positif untuk mengingatkan kita pasal mati...pasal tuhan.... tapi saya takut lawak itu menenggelamkannya... manusia hanya lihat pada lawak bukan padan nilai positif yang terselit didalam itu.. biasa la... yang positif ni susah sikit nak dicerna...yang peliknya... belajar banyak-banyak... lepas tu tengok raja lawak? mampukah ilmu itu untuk kekal didada?