Memilih Yang Terbaik
Khamis, Jun 09, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
yang belum menemui jodoh dikatakan terlalu memilih..
ya... aku akui... aku memang memilih...
memilih suami terbaik untukku
memilih menantu terbaik untuk ibubapaku
memilih bapa terbaik untuk anak-anakku
memilih lelaki yang mampu membuatkan aku bahagia
dunia dan akhirat...
aku tak mahu nanti aku ragu padanya
aku tak mahu nanti aku melawan katanya
aku tak mahu nanti aku mengguris hatinya
tapi salahkah aku memilih?
ya... aku akui... aku tak punya apa apa
untuk memilih yang terbaik...
aku tak layak memilih yang terbaik
kerana aku bukan yang terbaik
terbaik di mata ku
bukan bermakna dia insan sempurna
kerana tiada insan sempurna selain Rasulullah...
terbaik dimata ku
tidak bermaksud terbaik dimata semua manusia
cukuplah sekadar mampu memberiku bahagia...
kerana bahagia itu berbeza maksud bagi setiap insan
Hanya Dia yang tahu...
Siapakah yang terbaik untukku itu...
Biarlah masa yang menentukan segalanya..
Moga aku ditemukan dan disatukan
dengan yang terbaik untukku..
melalui jalan yang halal...
bukan jalan yang dimurkai...
Bahagia yang ku nantikan
darimu yang terbaik untukku...
p/s: saya dah lama tulis... tapi lupa nak upload...jadi aku tambah sikit2 dan upload...