Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Mengundi... Demokrasikah?

Rabu, April 10, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:12 PTG
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?

Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."

Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...

Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...

Kalau beginilah kisahnya... adakah perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....

Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka....  tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)

Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk  menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai...

Nota tambahan: Akhirnya saya balik mengundi kerana saya dapat tiket free... namun malangnya perjalanan saya jadi kucar kacir kerana ada pihak yang menyekat kenderaan kami... akhirnya terpaksalah balik dari KL ke KB dengan duit sendiri... Saya tak akan lupakan perjalan balik mengundi ini sebagai satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya... jem dari KL ke KB (keseluruhan perjalanan lebih hampir 24 jam)... dan yang paling teruk jem di bandar kb... perjalanan hampir 2 jam untuk jarak yang biasa hanya menggunakan 10 minit...