Tangan VS Sudu
Sabtu, Mac 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:05 PTG
Contoh mudah yang ingin saya bincangkan adalah benda yang kita buat setiap hari iaitu makan. Cara makan masyarakat melayu kini banyak terpengaruh dengan budaya asing. Ramai dikalangan kita yang lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu, serta chopstick. Mereka bangga makan menggunakan cara barat yang dianggap lebih moden.
Mereka mengatakan makan mengunakan cara barat ini memberi banyak kelebihan berbanding cara melayu iaitu meggunakan tangan semasa makan yang dianggap kolot. Mereka kat makan guna sudu ni senang….tak perlu basuh tangan …tangan pun tak berbau. Itu saja kelebihannya sampai ia dianggap ‘up to date’.
Disini saya nak menjawab permasaalah itu. Pasal basuh tangan…takkan nak basuh tangan pun kita malas. Kalu basuh tangan, kita sendiri yang basuh. Kita tahu tahap kebersihannya. Kalu guna sudu, orang lain yang basuh. Kita tak tau macam mana dia basuh…ni untuk yang makan kat kedai la… Pasal tangan berbau pula…kan sabun untuk basuh tangan disediakan…apa nak takut…kalu x basuh dengan betul memang la berbau…mulut pun berbau makanan…
Makan dengan tangan ikut budaya melayu ni ada kebaikannya. Antaranya ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Makan dengan tangan kanan ada kelebihanya kerana tangan kanan dicipta Allah untuk menyuapkan makanan. Ikut kajian enzim yg ada ditangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman selepas makan.. Pastinya banyak lagi kelebihan makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah sunnah nabi.Kalu kita makan dengan cara barat pastinya kita tidak menyentuh makanan itu. Ditambah pula kita akan menyuapkan makanan tersebut dengan kedua dua tangan bukan kanan sahaja.
Saya pelik kenapa orang melayu sendiri malu nak makan menggunakan tangan. Kalu makan sup tu tak pe la guna sudu pun. Nak ambik kuah kan. Tapi yang saya pelik kenapa orang pelik kalu tengok saya makan mee guna tangan ….pelik sangat ker??? Cuba tengok orang barat.. dia orang makan masakan melayu kat Negara kita pun dengan cara mereka. Kenapa kita nak makan makanan melayu kat Negara sendiri ikut cara barat …pelik kan???
Kenapa kalu kita makan makanan barat kat Negara sendiri guna tangga. Pasti orang pandang pelik kat kita. Salahkah kita menggunakan budaya melayu itu sendiri?? Kalu kita tak tonjolkan budaya kita, sape lagi nak buat. Kita patut bangga dengan budaya kita, cara makan kita, tambah2 lagi ia adalah sunnah nabi yang kita kasihi. Jangan anggap benda tu lapuk kalu benda tu x bg kerugian kat kita untuk teruskan …lagipun benda tu boleh bg kita pahala free…nape x nak???
Fikir2 kan lah…..