Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Omelan tentang sektor kerajaan

Ahad, Mac 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:57 PTG
Pertama sekali aku nak ingatkan tulisan ini tidak berkait lansung tentang politik... hanya pandangan daripada seorang rakyat.... mula mula aku nak komen pasal misi kerajaan... aku start hidup masa Mahathir... dia dengan misi wawasan 2020... menjadikan Malaysia negara maju.... lepas tu diganti dengan Abdullah Badawi... timbul pulak Islam hadhari... kemajuan mengikut teras Islam... masuk pula Najib Razak... Satu Malaysia... dalam ketiga tiga ni tak ada pun misi untuk meningkatkan akhlak masyarakat... keruntuhan moral terus bertambah... di mana pemimpin kita untuk menyekat perkara ini... semua sibuk mengejar kemajuan... ada apa pada kemajuan kalau masyarakat punah ranah... kerja tak amanah... sibuk dengan rasuah... akhirnya rakyat juga akan tertindas... untuk apa negara maju tanpa rakyat yang berkualiti??? harap2... pemimpin yang naik selepas ini mengambil berat soal masalah akhlak remaja.... jangan hanya maju fizikal... tapi mundur rohani....

saya tengok sektor kerajaan sibuk duk mencantikkan... membeli benda yang bukan keperluan... dana yang diagihkan sepatutnya diguna sebaik mungkin untuk keperluan masyarakat... tapi diguna untuk menghias pejabat... untuk apa pejabat cantik tapi tak mampu memberi khidmat terbaik.... contoh ada satu tempat... duit dana yang sikit digunakan untuk menghias pejabat... tuka perabut sedia ada... sedangkan perabut sedia ada masih elok... padahal duit itu patut digunakan untuk benda yang lebih penting... senang nak ringkas.... sektor tu sektor pendidikan... duit tu patut guna untuk menjadikan persekitaran pembelajaran pelajar lebih selesa...

satu lagi aku nak komen sektor pendidikan... ini mengenai bahasa inggeris... sibuk nak pelajar dapat markah tinggi... tapi suruh pengajar mengajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... tapi macam mana pelajar nak dapat result tinggi kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya kalau mereka tak faham.... bila diajukan pada orang atas... takut pelajar tak faham kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... dia orang kata pelajar kat sini pandai bahasa inggeris... jangan risau...weh.. hang tak pernah mengajar ker? try hang gi ajar budak2 tu... faham ker ternganga diorang kalau hang ajar dalam bahasa penjajah tu sepenuhnya.... untuk apa belajar kalau kita tak faham ilmu tu... setakat hafal untuk jawab exam buat apa? aku harap suatu hari nanti bahasa penjajah tu hilang di bumi melayu ni dalam sistem pendidikan... hidup Penyata Razak dalam sistem pendidikan...