Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Malaysia dan Rasuah

Sabtu, Oktober 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:08 PTG
Nak merepek kat sini sikit jer... sebab dengar cerita dari kawan-kawan bos mereka banyak bagi rahsuah untuk dapat projek dan memastikan barang mereka diterima walaupun tak cukup spesifikasi yang sepatutnya... rasuah ni banyak terutamanya dalam bidang automobil... sebab tu kereta keluaran malaysia kurang kualitinya... banyak berlaku rahsuuah antara proton dan vendornya (syarikat yang mengeluarkan komponen untuk pembuatan kereta proton)... jadi kerana barang yang digunakan ini tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya... sebab tu kadang-kadang kereta tempatan ni banyak masalah... tak sampai beberapa tahun dah rosak...

kalau setakat rosak jer tak apa... macam mana kalau membahayakan keselamatan pengguna? kalau setakat tingkap tak boleh tutup... kusyen bunyi bahagian belakang... tak apa lagi.. kalau bahagian paling penting kereta rosak macam mana? kalau lengan piston patah masa tengah lari laju... bahagian penhubung stereng dan tayar rosak... tak ker nanti kereta tu hilang kawalan... dan menyebabkan kemalangan... dan mungkin merempuh banyak lagi kereta lain yang tak bersalah...

kejuruteraan adalah satu bidang yang melibatkan nyawa... bukan hanya perubatan yang melibatkan nyawa... kalau berubatan... sekali salah... sorang jer yang meninggal... tapi kejuruteraan melibatkan lebih banyak nyawa...jadi soal keselamatan tidak boleh diambil ringan... segalanya hendaklah mengikut spesifikikasi... jika tidak... kemungkinan berlaku kegagalan adalah tinggi dan banyak nyawa akan berada dalam bahaya...

sedarlah pemberi dan penerima rasuah... kepada penerima rasuah... sedarlah... dengan duit rasuah yang diterima... tidak mampu menggantikan nyawa pelanggan anda yang hilang akibat kerakusan anda.... kepada pemberi rasuah... duit yang anda dapat hasil projek yang diterima dan keuntungan berganda dari rasuah.... anda akan bagi pekerja anda... pekerja anda dan anda akan guna untuk keluarga... nak suruh semua orang makan duit projek hasil dari rasuah? padan la rosak masyarakat kita... dengan rasuah ni... macam mana industri automobil negara nak maju setanding negara luar kalau penuh dengan rasuah... jagalah kualiti barang keluaran anda... jagalah nyawa pelanggan anda... jujurlah dengan perniagaan anda.... Hapuskan Rahsuah!!!