Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Perlukah Teknologi?

Sabtu, Oktober 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:24 PTG
bagi aku sebagai pelajar kejuruteraan... teknologi amat perlu... kalau tak aku tak ambik jurusan ini untuk membina teknologi dunia... tanpa teknologi manusia akan kekal ditahap lama... teknologi banyak membantu manusia dalam menguruskan hidup dengan lebih mudah....

tapi sayangnya... banyak teknologi yang telah disalah guna....banyak teknologi diguna untuk melakukan benda yang salah disisi agama... contoh yang kita dapat lihat ialah internet... ramai orang guna internet bukan untuk memudahkan mendapatkan ilmu... tapi melakukan perkara lagha dan sia-sia.. ada yang hacking guna internet untuk curi duit orang... ramai yang membazir masa di internet terutama dalam laman web seperti facebook... bermain game yang tidak bermanfaat... banyak lagi la salah guna internet ni... malas aku nak cerita... cuma aku ambik contoh jer la...(padaahal aku pun kekadang salah guna juga teknologi ni)

disebabkan terlalu banyak salah guna dalam teknologi sehingga ada orang menganggap teknologi ini lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan... ada pendapat mengatakan perkembangan teknologi harus diberhentikan dahulu sebelum semua masalah berkaitan salah guna teknologi berjaya diselesaikan... aku kurang setuju dengan pendapat ni... tak mungkin perkembangan teknologi dapat disekat... kerana ia berkembang diserata dunia... kalau kita sekat kat negara kita.. tidak ker negara kita juga yang rugi kerana tidak mendapat manfaat teknologi yang baru?

pada pendapat saya... kita perlu didik masyarakat untuk menggunakan teknologi yang betul dan tidak menyalahgunakannya... mungkin juga kita boleh didik masyarakat menggunakan teknologi itu sendiri.. teknologi akan terus berkembang... kita perlu menggunakannya dengan sebaik mungkin sebagai khalifah di muka bumi ini... bukan pemusnah bumi ini... dengan teknologi... kehidupan kita jadi lebih mudah... mungkin kita ada lebih banyak masa untuk bersamaNya... jangan lupa bersyukur dengan teknologi yang kita ada... kerana ini adalah anugerah dariNya... Dia yang memberi manusia akal untuk berfikir dan memberi idea kepada manusia untuk mereka... kerana Dia adalah Maha Pencipta... mencipta segala-galanya daripada tiada kepada ada....hanya Dia yang tidak punya permulaan dan pengakhiran... kerana Dia adalah Tuhan yang Maha Esa.... bagi pereka teknologi... sepatutnya mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan teknologi itu... serta cara mengelakkan teknologi tersebut disalah guna masyarakat...

sebelum saya menutup topik ini... mahu saya buat pembaca terfikir... tentang teknologi garfu dan sudu... masyarakat kita banyak makan menggunakan sudu dan garfu walaupun makanan tersebut tidak berkuah... katanya tak mahu tangan kotor atau berbau... sedangkan sunnah Rasulullah s.a.a.w kekasih kesayanganNya makan menggunakan tangan... banyak faedah menggunakan tangan... sudu di reka untuk memudahkan makan makanan berkuah,...kalau teknologi semudah garfu dan sudu dah kita salah guna? bagaimana kita nak didik masyarakat guna teknologi yang lebih maju sebaik mungkin? Fikir-fikirkan lah...