Kenapa Kau Diam?
Khamis, Oktober 21, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:52 PG
Diam seribu bahasa
Diam tanpa kata-kata
Diam tanda marah
Diammu itu menyakitkan ku
Diammu itu menusuk kalbuku
Diammu itu menghiris hatiku
Kenapa Kau Diam?
Tidak kau marah diriku ini
Tidak kau maki diriku ini
Tidak kau tengking diriku ini
Tidak kau tampar diriku ini
Agar marah mu terlepas
Agar ku tahu salah ku padamu
Dari aku terus meneka sendiri
Kenapa kau diam?
Apa salahku
Apa silapku
Boleh aku perbetulkan
Boleh aku membaikinya
Aku insan yang lemah
Mungkin aku ulangi kesilapan sama
Maka nasihatilah aku
Jangan kau diam saja
Kenapa kau diam?
Sekurangnya beritahulah silap ku
Boleh aku perbetulkan
Walau kau tak mahu menerimaku lagi
Sebagai sahabat mu
Aku takut aku mati tanpa kemaafanmu
Maafkan lah aku
Akan ku tunggu masanya nanti
Bila kau tidak diam lagi...