Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Makin

Jumaat, Oktober 08, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:38 PTG
Makin aku dekati
Terasa kau makin menjauh
Makin aku hampiri
Terasa kau makin menjarak
Makin aku realisasikan
Terasa kau hanya mimpi

Kaulah impianku
Setelah bertahun aku mengejarmu
Kini hanya beberapa tahun lagi
Tak mungkin aku tinggalkanmu
Biar terasa tak terdaya diri ini
Biar terpaksa harungi onak duri
Biar terus dilambung ombak
Akan ku cuba mencapaimu jua

Namun dalam memiliki mu
Makin aku banyak tahu
Makin aku kurang tahu
Kerana ilmu itu luas
Tak mampu aku miliki semuanya

Cita-citaku
Kau setinggi gunung everest
Kau seluas lautan pasifik
Sedangkan aku manusia biasa
Namun akan ku cuba sebaik mungkin
Untuk jadikan mu sebuah realiti
Bukan sekadar hanya fantasi

Walau kau umpama imej maya
Bila ku dekati
Ku lihat mu masih dihadapan sana
Perjalanku belum lagi tamat
Selagi belum ajal menjemputku
Selagi itu hidupku untukmu
Kerana kau adalah perjuanganku
Di medan sebuah kehidupan
Sebagai hadiah buat Cintaku
Yang terus setia mencintaiku
Dan kerana Dia memberi aku hidup