Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



BerJuang Fi Sabilillah

Rabu, Oktober 27, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:31 PTG
Kita dilahirkan sebagai juara... dari asal sebelum kita wujud lagi kita adalah juara dalam perjuagan kita... kerana kita adalah dari satu-satunya sperma dari berjuta sperma lain yang mampu memasuki ovum... aduh... lucah la pulak.. maaf kalau salah... saya tak suka sangat bio ni... tak pernah belajar pun... cuma teringat pesan cikgu ni... semua manusia yang dilahirkan ini adalah juara....

Selepas kita hidup dan membesar dalam perut ibu kita... akhirnya kita dilahirkan... hasil titik peluh ibu kita menjaga kita didalam kandungannya dan melahirkan kita... kita adalah hasil perjuangan ibu kita melahirkan zuriatnya dan zuriat ayah kita.... tanda kasih dan sayang mereka....

Setelah kita hidup di dunia... kita tak mampu lari dari berjuang... kerana hidup ini penuh cabaran dan dugaan... tidak dapat tidak kita perlu berjuang... Bersyukurlah... Alhamdulillah... kita dilahirkan dalam keluarga Islam.... Jadi kita tak perlu berjuang untuk mendapatkan menganut agama Islam... tapi.. jangan pula kita jadi orang islam hanya kerana peluang... tapi jadilah kita orang islam kerana pilihan kita sendiri...

kita bermula dengan perjuangan...lahir dari hasil perjuangan...dan hidup untuk berjuang... tapi jangan jadi pejuang yang hanya sekadar berjuang... jadilah Pejuang Fi Sabilillah... maksudnya... berjuang untuk menaikkan nama Islam...

Ramai orang kita belajar kerana nak dapat keputusan hebat.. kerana nak dapat kerja besar... kerana nak kumpul duit banyak.... bila ada duit banyak boleh beli segalanya termasuk kebahagian.... apa kata kita tukar pemikiran ni... bukan tukar keseluruhanya... tapi biar selari dengan fi sabilillah... kita belajar kerana nak dapat keputusan hebat supaya orang tak pandang islam hina kerana tak berilmu.. kerana nak dapat kerja besar supaya nanti orang fikir... orang islam pun mampu berjaya kat dunia ni... kerana nak kumpul duit banyak supaya dapat bantu orang islam lain yang hidup susah dan membantu pejuang islam yang lain... bantu mualaf.... bila ada duit banyak boleh beli segalanya termasuk kebahagiaan.... yer... boleh beli kebahagiaan dunia dan akhirat... hati kita akan rasa bahagia bila kita buat benda baik....

berjuang fi sabilillah... tak semestinya kita mengangkat senjata... ada saya baca yang mati syahid... seorang pemuda Malaysia... perjuangannya dalam bidang dakwah... pergi ke kawasan pedalaman... ajak yang telah murtad kerana tiada pembimbing... untuk kembali mengesakan Allah... dia menggunakan duit perbelanjaannya... dan usia mudanya untuk berjuang dijalan Allah... mungkin kita tak mampu berbuat seperti dia...

apakata kita buat yang senang-senang dulu... menepati masa... biar orang tahu... dalam islam diajar untuk menepati masa... menunaikan janji... agar orang tahu islam menyuruh penganutnya menunaikan janji selagi tidak melanggar syariat... memegang amanah... supaya orang tahu islam membenci gejala rahsuah... dan segala nilai murni lain... kerana agama islam menyemai nilai murni sebagai amalan kita... Islam adalah cara hidup... cara hidup terbaik untuk setiap manusia... Cara hidup diajar dalam al-Quran... dan Rasulullah s.a.a.w adalah al-Quran bergerak... kerana cara hidup baginda menepati cara hidup yang diajar dalam Islam...

Dengan kita mengamalkan cara hidup Kekasih Allah ini... kita akan berakhlak mulia... dan pastinya orang akan tertarik kepada keindahan akhlak kita... seterusnya tertarik kepada islam apabila mereka tahu itu adalah cara hidup yang diajar Islam... ini juga akan mengangkat agama islam... saya rasa ini juga salah satu cara untuk kita berjuang.... Tapi untuk melakukan semua ini... kita perlu berjuang melawan musuh dalam diri kita terlebih dahulu... iaitu nafsu... jangan biarkan ia bermaharajalela memerintah kita... sebaiknya kita lah yang menjaganya...

Sayangnya semangat juang ini semakin luntur dalam masyarakat islam kita... hanya kerana disogok duit dan hiburan... kita asyik mahu berhibur sahaja... lupa akan perjuangan yang perlu kita teruskan... ingatlah... kita adalah ummat yang terbaik hanya jika kita meneruskan tugas dan perjuangan nabi kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran...

Tak kisahlah dijalan mana mahu kita berjuang... asalkan niatnya untuk menaikkan nama islam... bukan untuk menaikkan nama sendiri... nanti ujub pulak jadinya... Ayuh kita semua berjuang pemuda pemudi Islam sekalian!!!