Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



C.I.N.T.A

Rabu, Oktober 13, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:43 PG
C.I.N.T.A...ibarat bunga yang dibawah ini... sekali dipandang nampak indah disekelilingnya... namun hakikatnya... reput ditengah... telah layu...inilah cinta... nampak indah tapi buruk.. nampak bahagia tapi sengsara.. ada tangis dalam tawa... ada derita dalam gembira... jangan kau cuba hampirinya andai dirimu tak cukup kuat... jangan belayar di lautan ganas andai kau hanya kapal kecil yang mengikut arus... patah hati kerana impian ku sudah cukup merana... kerana impianku adalah cinta ku... belum lagi patah hati kerana cinta...



Aku sebagai sang pemerhati... suka memerhati kehidupan di sekeliling ku... betapa ramai yang kecewa kerana cinta... tak mampu lagi di bilang dengan jari...cuba lihat dibawah... mungkin tak jelas... aku ambik gambar ni dari jambatan antara midvalley dan the garden... sementara menunggu kawanku... dalam gambar ini terdapat 5 pasangan couple yang melayu.... Melayu bukankah bermakna Islam...bukan kah Islam mengharamkan couple?



Tapi kenapa mereka tetap bercouple? kata mereka itu adalah usaha untuk mencari jodoh... kawan-kawan ku... kahwin ialah ibadat... kenapa usaha nak cari jodoh itu perlu dicampur dengan yang haram... kenapa perlu tambah dosa kita yang dah sedia banyak? tak takutkah kamu akan kehidupan kedua nanti... ini kehidupan pertama... apa yang kita buat di kehidupan pertama ini adalah penentu kehidupan kita yang kedua... yang kekal abadi...

Kalau tak couple... tak dapat jodoh ker? aku akui... setiap kali ada kawan aku couple... pasti aku rasa sedih... kalau kawan aku putus... aku rasa cukup gembira... adakah bermaksud aku dengki pada kawan aku? tidak... ini sebab aku sayang saudara-saudara aku... aku tak mahu hatimu terluka... aku tak mahu kau menambah dosa... aku tak mahu maruahmu tergadai... sayang... Aku tahu... setiap hati yang bercinta pasti kan terluka...bukan senang nak ubat hati yang dilukai... mungkin taubat mampu menghapus dosa couple... tapi hati yang remuk... bagaimana mahu dirawat? yup... dekatkan diri dengan Pemilik Cinta Sempurna...

Aku lihat... ramai yang memberi hati kepada yang tidak berhak... kerana itu hatimu dilukai... jagalah hatimu agar tidak pernah dilukai... berilah hati mu pada yang sah milik mu,... selagi belum ijabmu... jangan diberikan hatimu... walaupun dia adalah tunangan mu... dia bukan lagi sah milik mu... agar senang kau putuskan pertunangan itu andai terlihat dia bukan yang terbaik untukmu... kerana andai nanti dia menjadi suami mu kamu perlu mengikut segala suruhannya... dan kamu perlukan redhanya... namun selagi pertunangan itu terjalin setialah dengan dia... kerana sebagai tunangan orang kau tak mungkin dipinang lagi... tidak boleh meminang atas pinangan orang lain...

Mahu aku tulis tentang gadis-gadis yang mudah termakan dan tertipu dengan pujuk rayu lelaki... jangan percayakan kata-kata manis lelaki tanpa apa-apa tindakan dari mereka... memang senang untuk bermain kata... tapi susah untuk mengubati hati yang terluka... andai ada mana-mana lelaki yang mengungkapkan rasa hati kepadamu... anggaplah itu hanya gurauan.. supaya hatimu tidak menaruh harapan... Anggaplah dia serius ingin memilikimu hanya jika dia mahu menghantar risikan ke rumahmu... kerana kamu milik keluarga mu... kamu bukan janda yang tidak perlu keizinan wali... ingatlah redha keluarga itu penting... jangan kamu terima suntingannya... sebelum keluarga menerimanya... tak perlu kamu setia selagi kamu bukan tunangannya... kerana kamu masih berhak memilih pada masa ini...

Banyak betul la aku cakap... aku sendiri macam mana? aduh... Alhamdulillah... setakat ini aku masih mampu menjaga hati aku agar tak dilukai... Alhamdulillah,... aku tak pernah diuji kerana cinta... andai diuji... aku pasti menangis..kerana aku tahu... aku tak tahan diuji... aku takut untuk melukai hati aku sendiri dan melukai hati orang lain... dunia terlalu singkat untuk aku mencari musuh... Ya Allah... moga aku mampu mempertahankan hati ini hanya untuk yang sah bagiku... dan moga tiada yang sudi memberikan hatinya kepada ku selain yang sah memiliki ku... kerana aku takut diuji C.I.N.T.A...