Ku Tak Mampu
Isnin, Oktober 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:59 PG
Tak mampu lagi untuk bertahan
Tak mampu lagi untuk berlakon
Tak mampu lagi untuk bersabar
Semakin lama hati ini kian terluka
Semakin hari hati ini kian remuk
Menahan duka dan lara sendiri
Demi menjaga hati seorang kawan
Maafkan aku
Aku bukan ixora
Tak mampu menjadi ixora
Aku tak sehebat ixora
Kerana aku juga punya hati
Aku juga punya perasaan
Tak dapat untuk aku bertahan lagi
Ku tak mampu
Membalas perbuatanmu dengan kebaikan
Seperti ixora
Membalas penghisap madunya
Dengan kecantikan bunganya
Walaupun ku sudah mencuba
Tapi aku tak setabah ixora
Ku tak mampu
Untuk bersama denganmu lagi
Maafkan segala kesilapanku
Halalkan segala makan minumku
Sekali ku anggap kau kawanku
Selamanya kau tetap kawanku
Walaupun kau tak terima aku lagi
Kerana dalam hidupku
Tiada istilah lawan
Izinkan ku undur diri dulu
Tapi ingatlah
Sampai ke akhir hayatku
Kau tetap sebagai kawanku...