Jodoh dulu... Jodoh kini...
Ahad, Oktober 03, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:33 PTG
orang kini...sebelum kawin kawan dulu 5 tahun.. bercinta dulu 2 tahun... tapi kahwin sebulan lepas tu cerai...ahhh... aku ni mereka-reka sahaja... yang pasti orang sekarang... majoritinya bercinta sebelum berkahwin...ibubapa pun dah tak kisah anak-anak nak buat balik pasangan ke rumah... orang tak pernah bercinta dan berkapel tu pula di kira pelik zaman sekarang ni... huhu...bak kata orang tak kenal macam mana nak cinta...
kalau orang dulu.... nak kawin suruh lelaki suruh mak dia pergi risik perempuan tu... tapi orang sekarang... lelaki tu lamar si anak perempuan... dan si anak terus setuju... seolah-olah si anak perempuan tu sebatang kara yang tak ada wali...gadis yang tak punya pemilik...kalau mak ayah tak bagi.... kawin lari....kemana hilangnya rasa hormat pada mak ayah yang besarkan kita sebelum ni? aku pelik betul la...
ahhh... boring la bab cinta ni... aku nak tulis kat sini pasal memilih calon pula...lelaki sekarang... suka pilih perempuan cantik.... perempuan pula suka memilih lelaki kaya.... dah tak kira tua kerepot ker... asal kewangan stabil... harga barang sekarang kan naik... hahah... dunia-dunia... kalau perempuan tu kena asid.... sekejap jer hilang kecantikannya... kalau lelaki tu jatuh bankrupt.... hilang segala harta kekayaannya...
aku nak tulis kisah seorang perempuan yang aku sangat kagumi... dia mengenali suaminya apabila dijodohkan dengan orang tengah... tiada cinta sebelum perkahwinan mereka.... dia menerima lelaki itu hanya kerana agamanya... bukan kerana harta, rupa atau keturunan... pada masa dia buat keputusan untuk menerima lelaki itu.... yang dia tahu...lelaki itu tak punya harta..tak punya pekerjaan tetap... hanya buat kerja kampung... lelaki itu anak yatim piatu...hanya punya kakak yang membesarkannya... bukan dari keturunan yang hebat-hebat...hanya budak kampung yang miskin sahaja...soal rupa... lelaki tu hanya kurus kering....maklumlah miskin hidup hanya kais pagi makan pagi... kais petang makan petang...kira bagi perempuan tu... dia bukan lelaki yang kacak la...
tapi kenapa perempuan itu tetap menerima lelaki itu... kerana lelaki itu bukan budak kampung biasa yang biasa lepak-lepak di kedai kopi... lelaki ni kiranya budak masjid la...masuk waktu dia pergi surau... waktunya biasa digunakan untuk kerja-kerja berfaedah...dan lelaki ini lebih muda berbanding perempuan itu... aku kagum dengan cara perempuan itu memilih calon suaminya... masih ada lagikah perempuan sekarang yang begitu? aku pula macam mana? mampukah aku meletakkan agama sebagai satu-satunya criteria pemilihan seperti perempuan itu?
adakah bahagia kehidupan perempuan itu? apa yang aku lihat mereka bahagia la... bersama susah dan senang... perempuan tu ada pendapatan tetap... jadi tak adalah susah sangat nak sara keluarga... kalau lelaki tu ada duit... dia bagi jer semua duit tu pada isterinya... masa perempuan tu pergi kerja... lelaki tu tolong jaga dan masakkan untuk anak-anak.... maklumlah lelaki tu tak ada waktu kerja tetap... jadi senanglah urusan rumah tangga dilakukan...kini kemana sahaja mereka pergi pasti bersama... walaupun hanya kebelakang rumah...oohhh... bahagianya aku melihat mereka...
oh... bahagianya perempuan itu mendapat lelaki tu... dan betapa bahagia lelaki itu mendapat perempuan itu... aku tumpang gembira...hahaha...
seterusnya... aku nak kongsi pendapat... pasal satu lagi cara orang dapat jodoh iaitu melalui kahwin paksa... hehe... kalau orang sekarang... mesti ramai yang gerun bila disuruh kahwin paksa.. tambah-tambah yang dah ada pasangan sendiri... lain pula pandangan dari aku... kalau aku kena kahwin paksa... aku memang bahagia... hahahah.. tapi dengan syarat aku kena kawin paksa oleh mak bapak aku... bukan orang lain yang paksa...huhu... kenapa?
mari aku jelaskan.... mak bapak aku adalah orang yang paling rapat dengan aku sejak dari aku kecil sampai besar ni... kompem-kompem la dalam banyak-banyak manusia kat dalam dunia ni... mereka yang paling kenal dan faham aku... terutama mak aku... so dia tahu la macam mana test lelaki idaman aku,...hahahah...dan aku yakin mak bapak aku mesti bagi calon yang terbaik untuk aku... sebab mesti diorang nak anak diorang dapat yang terbaik dan bahagiakan? sebab aku benar-benar kenal mak bapak aku... mereka tak mungkin persiakan aku... jadi kalau diorang bagi aku calon untuk kawin paksa... apa lagi... aku ngap jer...hahhaa... lagipun... kompem-kompem la calon tu memenuhi kriteria-kriteria menantu idaman mereka... jadi tak payah aku susah-susah nak cari...heheh...tapi ada syarat satu lagi la nak tambat... aku jer kena kawin paksa.... calon tu tak kena paksa...kalau dia kena paksa juga... adeh la...kalau dia dah ada calon sendiri sebenarnya... tak pasal-pasal aku dipersalahkan...
best apa kena kawin paksa... kita tak kenal orang tu.. suprise and adventure.... hahahah... aku dah bengong ni... banyak pulak yang aku merepek dalam tajuk ni... ok la.. nak cuci otak dulu... apapun yang baik jadikan pedoman... yang buruk jadikan pengajaran...