Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Salahkah aku???

Sabtu, Oktober 09, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:52 PTG
boleh tak nak luahkan hati...
tentang sedihnya perasaan ini...
semalam aku baca buku fitnah wanita sementara tunggu isyak...
masa yang singkat membuatkan aku milih tajuk...
hanya 2 bab yang sempat aku baca....
bab pertama pengenalan mengenai fitnah wanita...
fitnah wanita ibarat api... andai fitnah wanita itu api...
sudah ramai lelaki yang telah terbakar...

tapi bukan bab itu yang mahu aku utarakan...
bab yang mahu aku kongsikan disini bab mengenai...
fitnah wanita dari wanita berpendidikan tinggi...
bukan aku nak kata aku berpendidikan tinggi...
aku ni pun pendidikan setakat mana jer...
ilmu banyak lagi yang perlu ku cari...
cuma aku terasa dengan penulisannya

antaranya...
tentang wanita yang berkerja sebagai jurutera...
disitu diceritakan seolah-olah...
semua isteri yang bekerjaya... melawan cakap suami..
mahu merampas hak suami dalam rumahtangga...
mahu jadikan rumah seolah tempat kerja...
memang ada yang begitu... tapi bukan semuanya...
memang la bagus... dalam islam...
tempat perempuan dirumah.. terhindar dari fitnah...
tapi tak semua mampu lakukannya...
aku kagum dengan mereka yang berjaya...
tapi aku sendiri rasa tak mampu...salahkah aku?

tentang perempuan yang cuba menyamai lelaki...
memang salah untuk perempuan cuba menyamai lelaki...
tapi tak salahkah perempuan berkecimpung dalam bidang lelaki...
memang nampak seolah olah banyak pergaulan bebas...
tapi kat malaysia ni mana ada universiti yang tak campur lelaki perempuan...
kalau nak buat group tanpa lelaki pun pensyarah tak bagi...
bagi aku... asalkan kita tahu dan jaga batas-batasnya...
bukan sekadar tahu tapi tak amal...tak guna juga...

ni luahan terus dari hati...
rasanya tak salah aku akui... dulu antara matlamat aku masuk bidang ni...
memang nak buktikan perempuan setanding lelaki....
budak-budak... tak matang lagi... biasa la... anti lelaki sikit...
sekolah perempuan... lawannya sekolah lelaki kan...
tapi bila tahun pertama aku... ada pensyarah suka bagi nasihat masa dalam kelas...
aku sedar...sebagai perempuan aku tak boleh buat macam tu...
perempuan dan lelaki mempunyai keistimewaan tersendiri...
aku buang matlamat tu... fokus matlamat lain...
buktikan pelajar islam setanding pelajar bukan islam dalam akademik...
dan pelajar islam menepati masa dan bertanggungjawab dalam tugas...
aku melihat persekitaran ku... kebanyakan lelaki tidak boleh diharap...
banyak yang tidak menepati masa... walaupun islam mengajar kita untuk menepati masa... dengan solat pada waktunya...
ramai yang tidak bertanggung jawab dalam tugas.... hanya sekadar melepaskan batuk ditangga...atau lebih teruk lagi... melarikan diri dari tugas... walaupun bukan semua... tapi kebanyakkan lelaki islam begitu...
wahai lelaki yang baca post ni....bukan aku nak kutuk kamu...
tapi...aku bercakap sebagai saudara islam mu...
jangan keranamu orang bukan islam memandang hina agama ini...
nanti kau akan jadi pemimpin sebuah keluarga...
yang bakal melahirkan generasi islam yang akan datang...
mahukah kamu generasimu teruk hanya kerana kamu???
kalau bukan aku pelajar islam yang nak buktikan...
siapa lagi yang boleh diharap...
walaupun aku ni pun kekadang x boleh diharap juga...hehe...
bukan boleh nak ubah orang lain melainkan kita ubah diri sendiri walaupun susah...

kenapa aku terus dalam bidang ni?
kerana aku minat bidang ini... salahkah aku minat bidang yang majoritinya lelaki? aku dilahirkan dengan minat yang begitu...
setiap orang ada minat yang berbeza...
seperti juga salahkah lelaki menceburi bidang wanita seperti memasak dan kejururawatan... bukankah ada juga keistemewaan mereka memasuki bidang itu...
bagi aku tak salah... asalkan kita tak melanggar fitrah kita sebagai lelaki dan perempuan...dan menjaga adab pergaulan yang perlu dijaga...
salahkah aku???

p/s: kalau salah tolong perbetulkan...